Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj.

Kami: 30/002/12(4)
Tarikh : 15 Julai 2019

Kepada:

Ketua Setiausaha Sulit,


YAB Menteri Besar Kedah,
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman,
Pejabat Menteri Besar Kedah Darul Aman,
Aras 3, Blok A, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Jawatankuasa Lawatan dan Pelancongan SK Haji Abdullah Sadun akan
mengadakan Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 31 Oktober 2019 hingga 02 Disember 2019
Hari : Khamis hingga Sabtu
Tempat : Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur
Bil. Peserta : 35 orang

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi sumbangan
kewangan bagi menampung pelaksanaan program tersebut sebanyak RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu
Sahaja). Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Rakyat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sek.
Keb. Haji Abdullah Sadun iaitu ____________________. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Mohd
Tarmizi bin Hanafi, (No Tel: 012-494 1826), Pengerusi Jawatankuasa Lawatan dan Pelancongan SK Haji
Abdullah Sadun.

4. Untuk makluman pihak tuan, sebahagian besar murid-murid tahun 6 ini datang dari keluarga kurang
berkemampuan dan penjaga bekerja sebagai petani dan nelayan.

5. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………….
(KAIRUDDIN BIN ARSHAD)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Baru

You might also like