Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


BIL /2019
PERTANDINGAN INOVASI PIALA KETUA PENGARAH FRIM 2019
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
2019

1. PENGENALAN
Program Transformasi Sekolah 3.0 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi
dalam pembelajaran dan pengajaran (pdpc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM ) 2013 -2025. Sekolah Transformasi ini menjadi peneraju
atau model kepada sekolah lain dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan ,
diterajui kepimpinan berkualiti dan berwawasan, memiliki guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi,
dan mempunyai komitmen padu dengan komuniti.
SK Bukit Rawang Jaya ( SERAYA ) merupakan sekolah rintis bagi kohort ke tiga yang telah
terpilih untuk Program Transformasi Sekolah ( 2018-2020) TS25. Justeru itu, sebagai salah satu usaha
untuk mencapai objektif sekolah TS25, pihak sekolah mengambil peluang menyertai pertandingan
inovasi yang dianjurkan oleh pihak komuniti persekitaran ,bagi menyediakan ruang dan peluang
kepada guru dan murid menunjukkan keupayaan diri masing-masing. Penyertaan dalam pertandingan
ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dan juga kementerian mencapai matlamat Program
TS25.

2. RASIONAL
Penyertaan dalam pertandingan Inovasi Piala Ketua Pengarah FRIM ini adalah salah satu usaha pihak
sekolah yang terancang dan berperingkat untuk mencapai hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
meningkatkan kualiti guru dan kemenjadian murid seterusnya mampu melahirkan modal insan unggul.

3. OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada guru dan murid secara praktikal dan mengaplikasikan Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK 21 ).
3.2 Menjana nilai kepimpinan cemerlang serta mempamerkan kemenjadian murid melalui penglibatan
aktif dalam aktiviti yang dirancang.
3.3 Melahirkan kerjasama dan mengeratkan silaturrahim antara pihak sekolah dengan ibubapa murid
yang terlibat dan pihak luar melalui Saran Sekolah dan Sarana Ibubapa.
3.4 Mencungkil bakat murid dalam pembentangan bahan inovasi ( 5 aspirasi murid).
3.5 Meningkatkan tahap keyakinan dalam diri murid sebagai pemimpin. ( 5 aspirasi murid ).

4. TAJUK PROJEK PERTANDINGAN INOVASI


Perangkap Minyak GreTi

5. SINOPSIS INOVASI / PERMASALAHAN

Tercetusnya idea ini apabila kumpulan unit beruniform mengadakan perkhemahan di tepi sungai.
Semua peserta menggunakan anak sungai untuk membersihkan semua peralatan memasak. Disebabkan itu,
segala kekotoran seperti minyak akan mengalir bersama dengan air sungai tersebut. Seperti kita sedia
maklum,minyak tidak boleh larut di dalam air dan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air dan
akan memusnahkan hidupan di dalam air. Air sungai merupakan sumber minuman kepada manusia dan
juga haiwan. Maka dari sini tercetuslah idea untuk mencipta Perangkap Minyak @ GreTi dengan
menggunakan bahan semulajadi dan menggunakan bahan-bahan terbuang sebagai langkah kitar semula
bahan.

6. HASIL DAPATAN / PERBINCANGAN

Projek ini telah dianggotai oleh 5 orang guru pembimbing dan juga 5 orang murid. Pasukan ini
menjalankan kajian di lokasi sasaran, mengutip data dan maklumat , melayari internet dan mengendalikan
eksperimen di makmal.

7. TARIKH : 10 JUN HINGGA 7 OGOS 2019


8. TARIKH AKHIR PERTANDINGAN :
PERSIAPAN TEMPAT PERTANDINGAN /BOOTH PAMERAN : 6 OGOS 2019
PERTANDINGAN AKHIR : 7 OGOS 2019
TEMPAT : DEWAN ALWY, FRIM KEPONG
9. SASARAN PESERTA : 5 ORANG GURU PEMBIMBING
5 ORANG MURID
10. KELEBIHAN DAN KEBAIKAN

*Kos yang murah


Daripada bahan semulajadi

*Mudah untuk disediakan


Bahan-bahan mudah untuk diperolehi

*Tidak merbahaya
100% tiada penggunaan bahan kimia

*Mesra alam sekitar


Tidak mencemarkan alam sekitar

11. BAHAN DAN ALAT

1.Rambut / Sabut Kelapa


2.Kain perca
3.Jarum
4.Benang

12. SAIZ PERANGKAP


11cm X 30cm

13. PENGISIAN PROGRAM

8.1 Pertandingan inovasi ini bermula dari 10 Jun sehingga 7 Ogos 2019. Ianya melibatkan 2 peringkat iaitu
pusingan awal bermula dari 10 Jun sehingga 1 Julai 2019. Manakala peringkat akhir akan dijalankan pada 7
Ogos 2019 di Dewan Alwy,FRIM Kepong. Sepanjang tempoh pertandingan, semua ahli akan menjalankan
beberapa peringkat kajian dan pengumpulan data yang akan berlaku di kajian lapangan ( sungai & longkang
berhampiran lokasi sekolah ) dan di makmal. Ahli yang terdiri daripada guru dan murid akan melaksanakan
kerja projek secara berjadual untuk memastikan kajian yang bakal dihasilkan itu benar-benar sah dan relevan.
8.2 Selain itu juga, murid akan dibimbing oleh guru untuk menjalankan pembentangan hasil kajian mereka.
Pada hari pertandingan, 5 orang murid ini akan diadili oleh barisan juri dan panel hakim daripada pihak
FRIM.

14. RUMUSAN

Secara kesimpulan,rambut adalah satu bahan semulajadi yang efektif untuk menyerap minyak.Produk
ini seharusnya dikomersialkan kerana menggunakan bahan semulajadi dan boleh dikategorikan sebagai
bahan kitar semula.Disamping itu juga ia dapat menyelamatkan sumber air kita dari dicemari dengan
minyak.

15. AHLI JAWATANKUASA


Pengerusi : Pn Hurul Ain Zahra bt Mohd Halim (Guru Besar )
Timbalan Pengerusi : En Nordin b Osman ( Pen.Kanan Pentadbiran )
Naib Pengerusi 1 : Puan Nurermashanis bt Khalid ( Pen. Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn Wan Rohana bt Wan Abd Aziz ( Pen. Kanan Koko )
Penyelaras : En Wan Flaszy b Zainal Abidin
Setiausaha : En Hadi b Muhamad
Bendahari : Pn Nor Azlin bt Sapuan
AJK : En Anuzi b Adam
Pn Koe Bi Hun
AJK Murid : Shesashthiny a/p Manicka Rao
Muhammad Aqil Mustaqim b Nor Azmi
Parvena a/p Vignesan
Khalid Muhammad b Akmal Halimy
Qhaleesya Qistina bt Muhamad Rizuan
16. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara / Kuantiti Jumlah


a. Bahan
1. Paip PVC & set elbow ( 5 batang ) RM 60.00
2. Gam PVC ( 1 tin ) RM 10.00
3. Mounting Board ( 5 keping ) RM 50.00
4. Poster Board ( 10 keping ) RM40.00
5. Gam UHU ( 5 batang ) RM40.00
6. Gam Tembak & refill ( 10 batang ) RM 10.00
7. Kertas warna pelbagai saiz ( 1 rim ) RM13.00
8. Binding Tape ( 10 gulung ) RM 60.00
9. Binding tape arlcalirc ( 2 gulung ) RM 52.00
10. Benang kait Minlon ( 5 gulung ) RM 14.00
11. Ink printer ( hitam & warna ) RM 130.00
12. Label sticker ( 5 peket ) RM 45.00
13. Aksesori ( rambut palsu , clip rambut) RM 15.00
14. Marker pen ( 1 kotak ) RM 67.00
15. Marker pen arlcarlic ( 2 batang ) RM 27.00
16. Magic pen ( 2 set ) RM 31.60
JUMLAH a RM 664.60

b. Banner ( 2 keping ) RM150.00


c. Bunting ( 3 keping ) RM 50.00
JUMLAH b + c RM 200.00
d. Makan minum peserta
1. 10 hari projek kajian lapangan
Sarapan pagi
5 orang x 10 kali x RM 3 RM 150.00
2. 1 hari penyediaan tempat ( 6 Ogos 2019 ) di Dewan Alwy
Sarapan pagi
5 orang x 1 kali x RM 3.00 RM 15.00
Makan tengahari
5 orang x 1 kali x RM 5.00 RM25.00
3. 1 hari pertandingan ( 7 Ogos 2019 ) di Dewan Alwy
FRIM
Sarapan pagi
5 orang x 1 kali x RM 3.00 RM 15.00
Makan tengahari
5 orang x 1 kali x RM 5.00 RM 25.00
JUMLAH d RM 230.00

JUMLAH BESAR ( a + b + c + d ) RM 1094.00

17. IMPLIKASI KEWANGAN


Bil Sumber
1 Peruntukan Kewangan TS25
RM 2000.00 ( fasa 2 )
RM 1094.00 ( 54.7 % )

18. PENUTUP
Diharapkan hasil daripada program atau pertandingan seperti ini dapat membentuk keperibadian mulia
murid, membina keyakinan dan jati diri murid dalam kehidupan seharian mereka. Program ini juga akan dapat
memberi peluang dan pengalaman kepada murid untuk merancang dan mengurus sesuatu program dengan baik
dan cekap serta berupaya membentuk keyakinan diri dalam berkomunikasi.

Disediakan oleh, Disemak oleh

(Wan Flaszy b Zainal Abidin) (Nordin b Osman)


Penyelaras TS25 Pen. Kanan Pentadbiran SKBRJ

Disahkan oleh,

( Hurul Ain Zahra bt Mohd Halim )


Guru Besar SKBRJ
SK BUKIT RAWANG JAYA
TAMAN BUKIT RAWANG JAYA , 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN,
KOD SEKOLAH :BBA7231
NO. TELEFON : 03-60935044 / NO. FAKS : 03-60935043
EMEL : BBA7231@moe.edu.my

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN INOVASI
PIALA KETUA PENGARAH FRIM
2019
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
KERTAS KERJA BIL 1/2019

You might also like