Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

FACULTY OF EDUCATION AND SOCIAL

SCIENCES

SEMESTER SEPTEMBER / 2019

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN


TAMADUN ASIA (TITAS) 1

MATRICULATION NO : 950823125699001
IDENTITY CARD NO. : 950823125699
TELEPHONE NO. : 0109356588
E-MAIL : Kitut95@gmail@oum.edu.my
LEARNING CENTRE : Sri Rampai Learning Centre
MPU3323 1

Isi Kandungan

Muka
Surat
1. 1.0 Pendahuluan 2

2. 2.0 Perbincangan mengenai sumbangan yang diilustrasikan 3


dalam Gambar Rajah 1 dan hubungannya dengan kemajuan
bidang sains dan teknologi.

2.1 Sumbangan dari bidang astronomi 3

2.2 Sumbangan dari segi ilmu matematik 4

2.3 Sumbangan dari bidang perubatan 4

2.4 Sumbangan dari segi teknologi 5

3. 3.0 Perbincangan mengenai bagaimana sumbangan tamadun 7


China memberi kesan kepada pemikiran inovatif masyarakat kini

3.1 Pertanian 7

3.2 Kewangan dan mata wang 7

3.3 Teknologi kertas 8

4. 4.0 Cadangan ciptaan-ciptaan baharu yang mampu memberi 9


kesan kepada tamadun kini, khususnya di Malaysia.

4.1 Rumah Tanam Untuk Empat (4) Musim 9

4.2 Kedai Automatik Bayar Sendiri 9

4.3 Robot Rumah 10

4.4 Pembukuan Hasil Senibina Malaysia 11

5. 5.0 Kesimpulan 12

6. 6.0 Rujukan 13

7. 7.0 Reflektif Jurnal 14


MPU3323 2

1.0 Pendahuluan

Asas sesebuah kerajaan terawal di dunia wujud dengan kewujudan tamadun yang
membawa kepada pecahan ciri-ciri tamadun antaranya ialah wujudnya penempatan
kekal, mempunyai sistem pemerintahan, kemunculan bahasa dan tulisan, kewujudan
agama dan kepercayaan,wujud pengkhususan pekerjaan dan kewujudan sistem
perundangan (Harris Anuar,2010).

Tamadun merujuk kepada hidup dalam sesuatu suasana kehidupan orang


bandar dan menikmati kehidupan yang maju (Ibrahim Mustafa, 1989). Kemajuan
sesebuah tamadun diukur dari beberapa ciri-ciri tertentu. Dalam bukunya
Comparative History of Civilizations in Asia, Edward L. Farmer (1986) berpendapat
sebuah tamadun mesti mempunyai tujuh ciri utama iaitu, penempatan kekal, revolusi
pertanian, pengkhususan kerja dan inovasi teknologi, stratifikasi sosial, urbanisasi,
kehidupan beragama serta sistem tulisan (Ahmad Zaki, A.L., Hamzah, A., & Mad
Aros, A., 2012).

Tamadun China merupakan tamadun yang terawal muncul didunia selain


tamadun Mesir dan tamadun Yunani. Tamadun ini terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu pembinaan,zaman peralihan dan zaman moden.Antara kegemilangan tamadun
China adalah dalam sistem pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral dan
penciptaan serta sains. Tamadun China sangat popular dengan sistem
peperiksaannya yang mengambil masa selama tiga hari tiga malam dan hukuman
bunuh akan dijatuhkan kepada sesiapa yang meniru. Peperiksaan ini terbahagi
kepada tiga tahap iaitu Hsiu Tai, Chun Jen, dan Chin Sih. Matlamat utama
peperiksaan ini adalah untuk mendapatkan jawatan dalam pentadbiran (Ahmad Zaki,
A.L., Hamzah, A., & Mad Aros, A., 2012).

Dalam tugasan kali ini, perbincangan yang akan diketengahkan adalah


sumbangan tamadun China dan hubungannya dengan kemajuan bidang sains dan
teknologi; bagaimana sumbangan tamadun China memberi kesan kepada pemikiran
inovatif masyarakat kini; dan juga perbincangan mengenai ciptaan-ciptaan baharu
yang mampu memberi kesan kepada tamadun kini, khususnya di Malaysia. Di akhir
tugasan ini, kefahaman mengenai tamadun China dapat didalami serta terdapat
perkara yang dapat kita terapkan bagi meningkatkan tamadun, khususnya di
Malaysia.
MPU3323 3

2.0 Perbincangan mengenai sumbangan yang diilustrasikan dalam Gambar


Rajah 1 dan hubungannya dengan kemajuan bidang sains dan teknologi.

Gambar rajah 1: Great Wall of China

Mengenai gambar rajah 1, tujuan pembinaan Tembok Besar (Great Wall of China)
ini adalah untuk mencegah serangan dan menghalang kemasukan orang-orang
nomad yang mengancam sempadan utara China. Bangsa-bangsa nomad yang
mendiami padang rumput Eurasia (Eurasia Steppe) cuba merebut sumber alam dan
kekayaan tamadun China yang merupakan tamadun pertanian. Tembok besar China
bukan simbol kekuatan tamadun China kerana dinasti yang kuat tidak fokus kepada
membina tembok semata-mata. Tembok besar ini hanya melambangkan mentality
bertahan yang pasif dan tidak berkesan dalam menghadapi musuh (Wong A. R.,
2019). Oleh itu dalam topik ini, perkara yang akan lebih dibincangkan adalah
sumbangan Tamadun China.

2.1 Sumbangan dari bidang astronomi

Sumbangan pertama tamadun China adalah dari segi


Astronomi. Semasa pemerintahan dinasti zhou, orang
cina mampu merekod dan membuat katalog mengenai
bintang, komet dan gerhana bulan serta matahari yang
hamper tepat dengan penulisan astronomi daripada
tamadun Mesir, India dan Barat. Sumbangan terbesar
ahli astronomi cina juga adalah penghasilan Gambar Rajah 2: Bidang
Astronomi
peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod
MPU3323 4

astronomi yang sempurna dan tepat. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan
crab nebula pada abad ke-11 (Izzuddin., 2010).

Orang cina juga Berjaya menentukan latitud matahari dengan mengukur


kedudukan panjang bayang-bayang pada waktu tengahari dengan menggunakan
gnomon ('SAINS DAN TEKNOLOGI ASIA: HADIAH ASIA KEPADA DUNIA', 2015).
Tamadun China juga telah mencipta sistem kalender dimana sistem kalender China
adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding sistem lain di
dunia.

2.2 Sumbangan dari segi ilmu matematik

Seterusnya, perbincangan diteruskan


dengan sumbangan dari segi ilmu
matematik. Ilmu matematik berkembang
lebih pesat di China berbanding di
Eropah pada abad ke-14. Pada abad ke-
2, pakar matematik cina telah mula
menggunakan sistem abacus walaupun
alat itu tidak digunakan secara meluas
pada abad itu.

Selain itu, Ahli matematik cina juga telah


Gambar Rajah 3: Sampoa (abacus)
dapat mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan
dan sistem perpuluhan. Dimana sistem ini
masih digunakan sehingga ke hari ini. Tamadun China juga telah menyumbang
karya matematik yang ditulis oleh Chou Pei Suan dimana ia berkaitan dengan
kalender,pengiraan masa bayang-bayang dan mengandungi catatan matematik.
Seterusnya, karya Chiu Chang Suan yang mengandungi Sembilan bab mengenai
kira-kira, ukuran dan beberapa teori matematik

2.3 Sumbangan dari bidang perubatan

Sumbangan seterusnya adalah dari segi perubatan. Amalan perubatan cina


berkembang hasil daripada kaedah empirical iaitu melalui pemerhatian pada tubuh
MPU3323 5

manusia dan beberapa jenis penyakit. Orang cina mengamalkan perubatan


tradisional cina dimana amalan-amalan ini boleh diperolehi dari karya-karya tulisan
oleh pengamal perubatan cina contohnya
Inner Cannon ( Nei Ching), Metarial
Medica (Pen TsÕao Kang Mu).

Secara ringkas, Bagi orang cina,


penyakit boleh dirawat melalui 3 cara iaitu
Materia Medica dimana rawatan diberikan
secara pemberian bahan seperti herba
dan bahan galian. Kaedah ini juga
membolehkan mereka menemui penawar
bagi penyakit asma dan beguk. Kaedah
Gambar Rajah 4: Metarial Medica (Pen
kedua ialah moksibusi dimana ia TsÕao Kang Mu)
merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari
herba tertentu untuk dilekatkan. Seterusnya, kaedah akupuntur yang menggunakan
serpihan tulang tajam dan dimasukkan ke bahagian-bahagian tertentu (Izzuddin.,
2010).

2.4 Sumbangan dari segi teknologi

Akhir sekali, Tamadun China telah


menyumbang kepada sains dan teknologi
dunia melalui empat penciptaan agung.
Antara penciptaan teknologi Cina purba
yang paling berguna dan berpengaruh
ialah teknik membuat kertas, pencetakan,
bahan letupan dan kompas.

Menurut Izzuddin (2010), teknik


pembuatan kertas telah dicipta oleh Cai
Lun dimana beliau menggunakan fiber
tumbuh-tumbuhan. Teknik ini kemudian
dibawa dan diperkenalkan di dunia barat

Gambar Rajah 5: Teknik pembuatan


melalui jalan sutera lama. Kedua ialah
kertas
MPU3323 6

kaedah pencetakan. Kaedah ini mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti


Tang. Buku Fingang Jing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei
868 adalah antara buku bercetak yang terawal dan dipelihara di muzium British di
England. Kaedah ini diteruskan oleh Bi sheng pada tahun 1405 dimana beliau telah
melakukan inovasi dan menjadikannya mesin pencetak bergerak.

Seterusnya, Kaedah pembuatan bahan letupan telah ditemui oleh ahli kimia
daois semasa melakukan uji kaji mencamour saltpetra dengan sulfur dan karbon.
Ilmu ini mula dibawa masuk dan diperkenalkan di negara Arab pada kurun ke -13
dan seterusnya diperkenalkan negara Eropah (Izzuddin., 2010).
MPU3323 7

3.0 Perbincangan mengenai bagaimana sumbangan tamadun China memberi


kesan kepada pemikiran inovatif masyarakat kini

Tamadun China telah banyak memberi sumbangan kepada peradaban dunia.


Sumbangan ini memberi kesan kepada pemikiran inovatif masyarakat kini.

3.1 Pertanian

Antaranya ialah sumbangan dari segi bidang pertanian. Semasa pemerintahan


dinasti Ching Song, Ming, Yuan dan Tang, bidang pertanian masyarakat cina pada
masa itu bertambah maju dan moden dengan adanya bantuan daripada maharaja
China melalui sistem penanaman secara bergilir bagi tanaman kontan.

Masyarakat kini masih lagi mengamalkan sistem penanaman secara bergilir


tetapi teknologi penanaman telah diinovasikan kepada sistem mekanisasi ladang
secara berjantera daripada penyediaan tanah, menabur biji benih, sistem pengairan,
membaja, kawalan semburan kimia, menuai sehingga aktiviti selepas dituai

3.2 Kewangan dan mata wang

Dari segi kewangan, tamadun China telah memperkenalkan penggunan mata wang,
pada peringkat awal, China menggunakan wang kulit siput. Ekonomi wang yang
diperkenalkan pada zaman Dinasti Chou itu telah meningkatkan lagi perdagangan
dan kegiatan perindustrian China.

Diikuti dengan mata wang dari tembaga dari Dinasti Chin, emas dan perak
pada zaman Dinasti Han, seterusnya penggunaan wang kertas pada zaman Dinasti
Yuan atau mongul tetapi diberhentikan pada tahun 1311M disebabkan oleh
penggunaan dan pengedaran wang kertas yang tidak terkawal. Kesan daripada itu,
masyarakat masa kini lebih berhati-hati dalam mengeluarkan wang kertas.

Dalam kerajaan Malaysia, wang kertas haruslah dikeluarkan oleh Bank


Negara Malaysia. Wang kertas Malaysia yang dikeluarkan haruslah menggabungkan
ciri-ciri keselamatan yang berkualiti tinggi supaya apa-apa percubaan untuk
memalsukan wang kertas tulen menjadi lebih sukar. Contohnya, cetakan timbul
(intaglio printing), potret tanda baying (watermark portrait), tanda pandang telus
(perfect see-through register) dan lain-lain lagi.
MPU3323 8

3.3 Teknologi kertas

Seterusnya, Dari segi penghasilan teknologi China iaitu penciptaan kertas. Orang
China adalah bangsa pertama yang mempunyai teknologi untuk menjadikan bahan
seperti kulit pohon mulberi, bahan terpakai seperti kain buruk menjadi pulpa dan
akhirnya diproses menjadi kertas.

Kemudiannya, teknologi ini telah sampai ke negara Eropah dan negara Islam
menjelang kurun ke-13. Penghasilan kertas ini telah diinovasi oleh masyarakat dari
semasa ke semasa supaya lebih senang diproses dan digunakan oleh masyarakat.
Pada masa kini, Masyarakat dapat menghasilkan kepingan kertas yang lebih napas
dan rata disebabkan oleh penekanan terhadap gentian.

Bahan yang digunakan pula ialah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa
seperti spruce, tetapi bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen, dan hem
juga boleh digunakan. Bahan-bahan ini akan melalui 3 proses mudah dalam
penghasilan kertas iaitu penyediaan gentian, pembentukan menjadi kepingan
seterusnya proses pengeringan.
MPU3323 9

4.0 Cadangan ciptaan-ciptaan baharu yang mampu memberi kesan kepada


tamadun kini, khususnya di Malaysia.

Melalui kajian tamadun-tamadun di dunia ini, telah terbukti bahawa penciptaan


teknologi yang baru mampu meningkatkan taraf kehidupan sesebuah tamadun itu.
Hal ini dibuktikan oleh tamadun China apabila mereka mencipta 4 penciptaan agung
orang cina iaitu kertas, teknik pencetakan, bahan letupan dan juga kompas.
Penciptaan ini telah banyak membantu tamadun China dalam memajukan orang
cina pada zaman itu. Masyarakat di Malaysia seharusnya menjadikan hal ini sebagai
sebuah platform untuk berfikir secara kritis supaya memperkenalkan produk yang
baru dan dapat mempertingkatkan taraf hidup masyarakat.

4.1 Rumah Tanam Untuk Empat (4) Musim

Antara penciptaan yang boleh dibuat adalah rumah tanam untuk 4 musim.
Kedudukan Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara menyebabkan Malaysia hanya
mengalami cuaca tropika yang panas dan lembap dengan kelembapan yang agak
tinggi, kecuali di tanah-tanah tinggi.

Dengan adanya penciptaan rumah tanaman empat musim ini negara kita
dapat menghasilkan produk sendiri seterusnya meningkatkan kadar ekonomi negara
khususnya dalam bidang perdagangan dengan cara menjual serta mempromosikan
produk yang dihasilkan di pasaran negara luar.

Penciptaan ini juga dapat mengurangkan kadar pengimportan produk dari luar
negara kerana kualiti produk yang akan dihasilkan di Malaysia setanding dengan
produk luar. Contohnya ialah produk sayur-sayuran seperti brokoli, cendawan,
tomato dan sebagainya yang diimport dari beberapa negara Asia

4.2 Kedai Automatik Bayar Sendiri

Seterusnya ialah mewujudkan kedai automatik bayar sendiri seperti kedai – kedai
serbaneka dan dobi pakaian yang menggunakan kaedah bayaran secara online
serta mempunyai sistem keselamatan yang rapi seperti pemasangan kamera litar
tertutup yang boleh diakses melalui telefon pintar.
MPU3323 10

Berbeza dengan kedai tradisional, ciptaan kedai automatik bayar sendiri ini
membolehkan pelanggan untuk membuat pembayaran secara online tanpa
menggunakan wang tunai. Contohnya ialah pembayaran menggunakan barcode dan
juga paywave. Hal ini dapat memudahkan lagi pelanggan membeli barang serta
dapat menjimatkan masa pelanggan kerana mereka tidak perlu lagi beratur di
Automated Teller Machine (ATM).

Hal ini sekaligus, akan menyebabkan kadar jenayah di Malaysia seperti kes
rompakan dan kes ragut dapat dikurangkan. Akhir sekali, ia dapat mengurangkan
kadar kecurian di dalam kedai yang boleh merugikan para pemilik kedai kerana
setiap produk akan diimbas melalui Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID)
dimana untuk mengesahkan pembayaran sebelum membuka pintu untuk keluar
(Murdika, H. U., 2015).

4.3 Robot Rumah

Penciptaan seterusnya ialah robot rumah. Teknologi merupakan sebuah alat yang
mempengaruhi kehidupan pada masa kini. Penggunaan teknologi dalam kehidupan
seharian dapat membantu dalam mengurangkan bebanan kerja dan meningkatkan
produktiviti kerja (Ahmad, 2018).

Dengan adanya penciptaan robot rumah ini, ia akan membantu dalam


pengawalan rumah yang lebih sistematik dan selamat untuk didiami. Robot rumah
haruslah dicipta sebagai suatu robot yang multi-tasking. Antara kepakaran yang
harus ada ialah dari segi kebersihan. Robot rumah haruslah boleh mengesan
kekotoran dan membersihkannya dengan serta merta contohnya air yang tertumpah,
sampah dan habuk pada lantai untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Dari segi keselamatan pula, robot rumah ini akan dilengkapi dengan sistem
kamera yang akan disambungkan kepada peranti telefon pinta pemilik rumah
tersebut. Dengan ini, pemilik rumah dapat melakukan pemantauan secara
berterusan ke atas rumah semasa mereka bekerja atau tengah bercuti. Oleh itu,
penggunaan teknologi robot ini mampu memberikan kesan yang positif kepada
peningkatan sesuatu tamadun khususnya di Malaysia.
MPU3323 11

4.4 Pembukuan Hasil Senibina Malaysia

Tamadun dan Senibina jika dibandingkan dari segi aspek fizikal dan kehidupan
masyarakat adalah begitu saling berkait rapat di antara satu sama lain. Memang
tidak boleh diakui lagi Senibina secara fizikal melambangkan nilai dan ciri-ciri
sesebuah masyarakat. Tetapi mengapa sejarah menitikberatkan perkembangan
tamadun barat? Ini kerana boleh dikatakan seluruh masyarakat di dunia dari semua
pelusuk Timur, Barat, Selatan dan Utara, dari berbagai budaya, kepercayaan dan
agama menerima sejarah yang dibukukan oleh ahli-ahli falsafah intelektual Barat
(Hassan, A. S. (n.d.)).

Faktor utama mengapa ianya terjadi sedemikian sudah tentunya ahli-ahli


falsafah Barat akan mengakui kepentingan ilmu dalam sesebuah masyarakat.
Menjadi dunia barat sebagai pusat ilmu (‘centre of knowledge’) merupakan garis
ukuran mereka terhadap kemajuan sesebuah tamadun lain (Hassan, A. S. (n.d.)).
Pembangunan fizikal seperti kekayaan sesebuah negara, banyaknya bangunan dan
industri, atau jumlah penduduk sesebuah masyarakat bukan melambangkan tahap
kemajuan sesebuah tamadun kerana semuanya ini dapat dibeli dan diimport.

Maka dengan itu, Negara Malaysia perlu memajukan ilmu senibina khusus
mengikut cara dan budaya yang ada di Malaysia. sebagai contoh, membukukan
proses penghasilan senibina seperti bangunan, tulisan khat, pembuatan batik dan
lain-lain, mengikut ketetapan dan keperluan budaya di dalam Malaysia. Hal ini
sekaligus akan memajukan tamadun di Malaysia dan turut menjadi sumber rujukan
bagi pembinaan senibina di rantau dunia.
MPU3323 12

5.0 Kesimpulan

Tugasan ini banyak menerangkan tentang tamadun China yang mana ia


menitikberatkan sumbangan yang diwujudkan sepanjang perkembangan tamadun
tersebut. Antaranya ialah, bidang astronomi, bidang ilmu matematik, bidang
perubatan dan bidang teknologi. Hasil daripada kewujudan bidang sedemikian di
tamadun China, hasilnya ia mampu memajukan tamadun tersebut dan juga dijadikan
sebagai rujukan kepada Negara-negara luar.

Kesan daripada sumbangan yang wujud daripada tamadun China ini, maka
muncul pemikiran yang inovatif dan kreatif. Hasil daripada itu, terdapat beberapa
kesan yang dapat di titikberatkan dalam tugasan ini. Antaranya ialah, pertanian,
kewangan dan mata wang serta teknologi kertas.

Melalui tugasan ini juga, hasil daipada perbincangan yang dilakukan, terdapat
beberapa cadangan inovasi yang mampu memajukan tamadun, khususnya di
Malaysia. antaranya ialah, rumah tanam empat musim, robot rumah, kedai automatik
bayar sendri dan pembukuan hasil senibina Malaysia. cadangan ini mampu untuk
mengubah tamadun Malaysia daripada pelbagai aspek. Contohnya, dengan adanya
inovasi seperti ini, maka bidang seperti senibina, akhlak, kesusasteraan, sains dan
teknologi, kesenian dan lain-lain, akan maju dan menjadikan tamadun di Malaysia
lebih baik daripada yang sedia ada.
MPU3323 13

6.0 Rujukan

Ahmad Zaki, A.L., Hamzah, A., & Mad Aros, A.(2012). Tamadun Islam dan tamadun

asia(TITAS). (2). Selangor, Malaysia: Oxford Fajar

Harris Anuar (2010). Ciri-ciri awal tamadun.Diakses pada Oktober 19, daripada

http://sejarah.blogspot.com/2010/11/huraikan-ciri-ciri-utama-tamadun.html

Hasnan Ika (2011), Sumbangan tamadun China terhadap Malaysia. Diakses pada

25 November 2019, daripada


http://tamadunmalaysia.blogspot.com/2011/08/sumbangan-tamadun-cina-
terhadap-tamadun.html

Hassan, A. S. (n.d.). Tamadun dan Senibina: Dunia Berat Barat, Pengagungan

Kebatilan? Retrieved November 14, 2019, from


http://www.hbp.usm.my/cad/LectureNotes/rak343ht/per1~1.htm.

Izzuddin (2010).Sejarah ringkas tamadun China. Diakses pada 15 November 2019,

daripada http://titas209.blogspot.com/2012/08/perkembangan-tamadun-di-
asia.html

Murdika, H. U. (2015). Rancang Bangun Peralatan Penghitung Putaran Otomatis

Berbasis Radio Frequency Identification (RFID) . Jurnal Rekayasa Dan


Teknologi Elektro , Volume 9, 72–77.

Wong, A. R. (2019, July 25). Tembok Besar China: Sumber kekuatan atau

kelemahan Tamadun. Retrieved November 15, 2019, from


https://www.thepatriots.asia/tembok-besar-china-simbol-kekuatan-atau-
kelemahan-tamadun/.
MPU3323 14

TUGASAN 2

REFLEKTIF JURNAL

Saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan
peluang dalam menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini berkait rapat dengan tamadun China
dimana topik yang diutarakan adalah sumbangan-sumbangan tamadun China kepada dunia,
kesan kepimpinan zaman pemerintahan tamadun China keatas peradaban serta pemikiran
inovatif pada masa kini serta ciptaan-ciptaan yang boleh memberi kesan kepada tamadun
masa kini Khususnya di Malaysia. Sepanjang perjalanan saya dalam menyiapkan tugasan
saya telah menghadapai pelbagai cabaran dan halangan tetapi saya juga memperolehi ilmu
yang tidak ternilai.

Pertama sekali, sebelum memulakan tugasan ini, pelbagai persoalan berada di minda
saya seperti mampukah saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang singkat, mampukah
saya menjawab setiap persoalan dengan betul dan mampukah saya mendapatkan bahan
rujukan tepat yang diperlukan. Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan bidang sains
perubatan, mempelajari subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah sesuatu yang baru
bagi saya. Namun itu, ia tidak menghalang saya untuk belajar dengan lebih lagi dalam subjek
ini. Bagi saya, subjek ini adalah sebuah subjek kecil dan senang untuk dipelajari. Saya juga
tidak mengetahui apa itu tamadun, fungsi sesebuah tamadun itu serta sumbangan sesebuah
tamadun itu kepada dunia. Walau bagaimanapun, saya tetap menyahut cabaran ini dengan
melakukan tugasan ini mengikut arahan yang diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan
bahawa mempelajari subjek ini adalah sesuatu yang penting bagi semua penuntut universiti
supaya dapat mengetahui sejarah-sejarah dunia.

Selepas mempelajari tamadun-tamadun ini saya telah mengetahui bahawa subjek ini
adalah sebuah subjek yang besar dan perlu dipelajari oleh setiap penuntut universiti. Hal ini
adalah kerana ia mengajar setiap penuntut universiti tentang sejarah kita yang terdahulu
supaya setiap pelajar lebih peka terhadap sejarah kita. Setiap masyarakat juga haruslah
mengambil iktibar daripada kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh orang zaman
dahulu dengan bersama-sama memelihara keharmonian dan hubungan yang baik seperti
yang ditunjukkan pada zaman Dinasti Song(960-1279M) dimana pemerintahnya meneruskan
hubungan baik melalui bidang perdagangan dengan negara luar seperti Asia Tenggara, Asia
Selatan dan Asia Barat khususnya di Tanah Melayu. Keadaan perhubungan yang akrab antara
MPU3323 15

negeri Melaka dan Dinasti Ming telah dibuktikan dengan ketiadaan perselisihan atau
pergaduhan apatah lagi peperangan selama lebih daripada satu abad. Selain itu, masyarakat
juga boleh mencontohi sikap orang zaman dahulu yang tidak mudah putus asa dalam
melakukan sesuatu supaya dapat memajukan diri sekaligus memajukan sesuatu tamadun
tersebut. Contohnya, dalam ilmu pencetakan, pencetak telah diperkenalkan semasa
pemerintahan dinasti Tang dan diinovasi kepada mesin pencetak bergerak oleh Bi Sheng pada
tahun 1045.

Saya telah mempelajari mengenai keunggulan tamadun-tamadun besar didunia,


kelebihan, kelemahan serta sumbangan mereka. Pengajian ini membuatkan saya lebih
memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antar tamadun islam, tamadun cina,
tamadun india serta tamadun melayu. Kini saya sedar dengan memahami tentang latar
belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada tamadun
islam menyedarkan saya untuk menyumbang ke arah kebaikan untuk semua tanpa mengira
agama ataupun bangsa. Setiap sumbangan yang diberikan oleh setiap tamadun memberikan
impak kepada masyarakat pada masa kini. Contohnya tamadun China telah mencipta 4
penciptaan agung iaitu, kertas, teknik pencetakan, bahan letupan dan juga kompas dimana
semua penciptaan ini digunakan di seluruh dunia pada masa kini. Sumbangan ini telah
memperlihatkan kehebatan hasil ciptaan manusia dalam pelbagai aspek kebendaan di
samping pengamalan kerohanian untuk membina dunia moden yang dinikmati sejagat pada
masa kini.

Pada pandangan saya, Sejarah atau ketamadunan merupakan mata pelajaran penting
kerana ianya merupakan dari catatan sejarah, kita akan belajar banyak perkara yang kita tidak
ketahui sebelum ini. Selain daripada pembelajaran melalui kelas, saya berharap pengajian ini
dapat dilakukan di luar kelas dengan melawati tempat – tempat yang mempunyai nilai sejarah
bagi mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan mahasiswa – mahasiswi yang
berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta
membentuk tiang negara di masa hadapan.
MPU3323 16

You might also like