Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI OBESITI DI KALANGAN

PENDUDUK KOTA SAMARAHAN YANG BERUMUR AWAL 20AN

NADZATUL HIDAYAH BT. ALIAS

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian


Kaunseling

Fakulti Sains Kognitif dan Pcmbangunan Manusia


UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2009
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W. T kerana dengan izin dan


limpah kurniaNya maka dapatlah kajian im disiapkan dengan jayanya seperti mana
yang dikehendaki walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan terutarna
semasa menjalankan penyelidikan ini. Saya ingin merakamkan penghargaan yang
tidak terhingga kepada pensyarah dan selaku penyelia saya iaitu Drs. Muharnad
Sophian Nazaruddin di atas nasihat, bimbingan dan teguran yang diberikan kepada
saya daripada bermulanya kajian sehinggga saya dapat menghabiskan kajian dengan
jayanya. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada sernua
pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia di atas segala nasihat,
teguran dan bimbingan yang diberikan selama saya menjalankan kajian ini. Jasa
kalian semua hanya tuhan saja yang dapat membalasnya. Moga kalian semua
sentiasa di rahmati oleh Allah.

Buat insan tersayang, ayahanda dan bonda tercinta yang banyak memberi
dorongan dan kata-kata semangat sepanjang kajian im dijalankan. Jasa ayahanda dan
bonda tidak akan dapat anakanda lupakan dan jutaan terima kasih anakanda ucapkan
kepada ayahanda dan bonda. Tidak lupa juga kepada pihak responden kajian yang
banyak memberi kerjasama serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
dalam memberi sokongan dalam menjayakan kajian ini secara langsung mahupun
tidak langsung.

III
ISI KANDUNGAN

Muka Surat
Penghargaan iii
Isi Kandungan iv
Senarai Jadual vii
Senarai Rajah xii
Abstrak xiii
Abstract xiv

BAB 1- PENGENALAN

1.0 Pendahuluan
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Kenyataan Masalah 5
1.3 Persoalan Kajian 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.4.1 Objektif Umum 7
1.4.2 Objektif Khusus 7
1.5 Kerangka Konseptual 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Definisi Istilah l0
1.7.1 Definisi Konseptual IO
1.7.2 Definisi Operasional 10
1.8 Kesimpulan I1

BAB 2- KAJIAN LEPAS

2.0 Pendahuluan 12
2.1 Pendekatan teori 12
2.1.1 Teori Personaliti Alfred Adler 13
2.1.2 Teori Tingkah Laku 14
2.1.3 Teori Rasional Emotif-dan Tingkah Laku (RERT) 15
2.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Ohesiti 17
2.3 Kajian Lepas 17
2.3.1 Kajian Lepas Berkaitan Faktor Keluarga 17
2.3.2 Kajian Lepas Berkaitan Faktor Keturunan 18
2.3.3 Kajian Lepas Berkaitan Faktor Gaya Hidup 20
2.3.4 Kajian Lepas berkaitan Faktor Pemakanan 23
2.4 Kesimpulan 25

iv
BAB 3- METODOLOGI

3.0 Pendahuluan 26
3.1 Reka bentuk kajian 27
3.2 Partisipan 27
3.3 Persampelan 27
3.4 Lokasi 28
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 28
3.5.1 Kaedah Temubual Semi-Struktur 29
3.5.2 Kaedah Temubual Secara Mendalam 30
3.6 Instrumentasi Kajian 30
3.7 Kaedah Penganalisaan Data 31
3.8 Jangka Masa Kajian 33
3.9 Kesimpulan 33

BAB 4- DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 34
4.1 Penganalisaan Data 35
4.2.1 Borang Kaji Selidik 36
4.2.2 Contoh Borang Kaji Selidik 37
4.2.3 Dapatan kajian 40
4.2.4 Dapatan Faktor Keluarga 42
4.2.5 Dapatan Faktor Keturunan 50
4.2.6 Dapatan Faktor Gaya Hidup 54
4.2.7 Dapatan Faktor Pernakanan 62
4.2.8 Kesimpulan Dapatan Faktor-faktor Yang 72
Mempengaruhi Obesiti
4.2.9 Perbincangan 80

BAB 5- RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 8s
5.1 Rumusan 86
5.2 Limitasi 88
5.2.1 Responden Kajian 88
5.2.2 Pengkaji 89
5.3 Cadangan 89
5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 91
5.5 Ringkasan 92

RUJUKAN 94

V
LAMPIRAN 96
LAMPIRAN A: Borang Pemberitahuan dan Persetujuan Temubual 97
LAMPIRAN B: Borang Izin Rakam Audio 100
LAMPIRAN C: Borang Kaji Selidik 101

vi
SENARAI JADUAL

Jadual 4.2.4.1
Petikan Dialog I 42

Jadual 4.2.4.2
Petikan Dialog 2 42

Jadual 4.2.4.3
Petikan Dialog 3 43

Jadual 4.2.4.4
Petikan Dialog I 44

Jadual 4.2.4.5
Petikan Dialog 2 45

Jadual 4.2.4.6
Petikan Dialog 3 45

Jadual 4.2.4.7
Petikan Dialog I 46

Jadual 4.2.4.8
Petikan Dialog 2 47

Jadual 4.2.4.9
Petikan Dialog 3 47

Jadual 4.2.4.10
Petikan Dialog I 48

Jadual 4.2.4.11
Pelikan Dialog 2 48

Jadual 4.2.4.12
Petikan Dialog 3 49

V11
Jadual 4.2.5.1
Petikan Dialog 1 50

Jadual 4.2.5.2
Petikan Dialog 2 51

Jadual 4.2.5.3
Petikan Dialog 3 51

Jadual 4.2.5.4
Petikan Dialog I 52

Jadual 4.2.5.5
Petikan Dialog 2 52

Jadual 4.2.5.6
Petikan Dialog 3 53

Jadual 4.2.6.1
Petikan Dialog I 54

Jadual 4.2.6.2
Petikan Dialog 2 55

Jadual 4.2.6.3
Petikan Dialog 3 55

Jadual 4.2.6.4
Petikan Dialog I 56

Jadual 4.2.6.5
Petikan Dialog 2 56

Jadual 4.2.6.6
Petikan Dialog 3 57

Jadual 4.2.6.7
Petikan Dialog I 57

Jadual 4.2.6.8
Petikan Dialog 2 58

viii
Jadual 4.2.6.9
Petikan Dialog 3 58

Jadual 4.2.6.10
Petikan Dialog 1 59

Jadual 4.2.6.11
Petikan Dialog 2 59

Jadual 4.2.6.12
Petikan Dialog 3 60

Jadual 4.2.6.13
Petikan Dialog I 60

Jadual 4.2.6.14
Petikan Dialog 2 61

Jadual 4.2.6.15
Petikan Dialog 3 61

Jadual 4.2.7.1
Petikan Dialog 1 62

Jadual 4.2.7.2
Petikan Dialog 2 62

Jadual 4.2.7.3
Petikan Dialog 3 63

Jadual 4.2.7.4
Petikan Dialog I 63

Jadual 4.2.7.5
Petikan Dialog 2 64

Jadual 4.2.7.6
Petikan Dialog 3 64

Jadual 4.2.7.7
Petikan Dialog 1 65

ix
Jadual 4.2.7.8
Petikan Dialog 2 65

Jadual 4.2.7.9
Petikan Dialog 3 66

Jadual 4.2.7.10
Petikan Dialog 1 67

Jadual 4.2.7.11
Petikan Dialog 2 67

Jadual 4.2.7.12
Petikan Dialog 3 68

Jadual 4.2.7.13
Petikan Dialog I 68

Jadual 4.2.7.14
Petikan Dialog 2 69

Jadual 4.2.7.15
Petikan Dialog 3 69

Jadual 4.2.7.16
Petikan Dialog 1 70

Jadual 4.2.7.17
Petikan Dialog 2 70

Jadual 4.2.7.18
Petikan Dialog 3 71

Jadual 4.2.8.1
Petikan Dialog I 72

Jadual 4.2.8.2
Petikan Dialog 2 73

Jadual 4.2.8.3
Petikan Dialog 3 73

r
Jadual 4.2.8.4
Petikan Dialog 4 74

Jadual 4.2.8.5
Petikan Dialog 5 74

Jadual 4.2.8.6
Petikan Dialog 6 75

Jadual 4.2.8.7
Petikan Dialog 7 76

Jadual 4.2.8.8
Petikan Dialog 8 76

Jadual 4.2.8.9
Petikan Dialog 9 77

Jadual 4.2.8.10
Petikan Dialog 10 78

Jadual 4.2.8.11
Petikan Dialog 11 78

Jadual 4.2.8.12
Petikan Dialog 12 79

xi
SENARAI RAJAH

Rajah 1.5.1
Kerangka Konseptual 8

Rajah 2.1.3.1
Model Personaliti A-B-C 16

Rajah 2.1.3.2
Aplikasi Teori Ke Atas Kes Obesiti 16

Rajah 3.7.1
Proses Penganalisaan Data 32

xii
ABSTRAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI OBESITI DI KALANGAN


PENDUDUK KOTA SAMARAHAN YANG BERUMUR AWAL 20AN

Nadzatul Hidayah Bt. Alias

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi obesiti


di kalangan penduduk Kota Samarahan yang berumur awal 20 an. Metod yang telah
digunakan di dalam menjalankan kajian ini adalah temubual serni-struktur dan juga
temubual secara mendalam melalui borang kaji selidik yang telah disediakan oleh
pengkaji sendiri. Borang kaji selidik yang telah disediakan mengandungi dua
bahagian, iaitu Bahagian A( demografi) manakala Bahagian B pula terdiri daripada
soalan-soalan yang mengkaji empat faktor yang mempengaruhi obesiti iaitu faktor
keluarga, faktor keturunan, faktor gaya hidup, dan faktor pemakanan. Partisipan bagi
kajian ini adalah seramai tiga orang. Hasil dapatan kajian mendapati responden
bersetuju bahawa faktor pemakanan, faktor keturunan, dan faktor gaya hidup
mempengaruhi obesiti di kalangan penduduk Kota Samarahan yang berumur awl 20
an.. Walau bagaimana pun, kesemua responden tidak bersetuju bahawa faktor
keluarga mempengaruhi obesiti di kalangan penduduk Kota Sarnarahan yang
berumur awal 20 an.

xiii
ABSTRACT

THE FACTORS INFLUENCING OBESITY AMONG THE 20'S YEAR OLD


COMMUNITY IN KOTA SAMARAHAN.

Nud_utu! Hiduvuh Bt. Alias

This study aims to identify the factors influencing obesity among the 20's year old
community in Kota Samarahan. The methodology of this research are semi-stricture
interview and in depth interview by using the questionnaire which is created by the
researcher. The questionnaire contains two sections, which is highlighted the
demograpfy of the respondent in Section A, while the Section B contains the
questions that related to the factors influencing obesity, which are. familv. fuctor,
factor, life factor, , factor. The /or
genetic style and eating number of participant. this
research is three respondents. The end result of this study. find that the respondent
agree that eating factor, genetic factor, and life style factor influencing factors
.
influencing obesity among the 20's year old community in Kota Samurahan.
However, the respondents are disagree that family factor influencing factors
. . .
influencing obesity among the 20's year old community in Kota Samarahun.

xIV
BAB1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan mengenai persediaan isu yang akan dikaji.
Antara perkara yang akan diketengahkan tennasuklah aspek latar belakang kajian,
kenyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, delinisi

istilah, limitasi kajian dan kesimpulan.

1.1 Latar Belakang Kajian

Pada masa kini, obesiti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita.
Dalam senario rakyat Malaysia, obesiti semakin meningkat clan tahun ke tahun.

I
Menurut Surinah Asan dan Hanafiah Mohd Salleh (1996), kira- kira enam

peratus rakyat Malaysia dianggap berada dalam kategori amat gemuk, yang

meningkat hampir 10 peratus pada tahun 2000 berbanding tahun 1992. Malahan

masalah ini seakan-akan sudah sebati dengan kehidupan masyarakat kita pada hari
ini walau pun masing-masing telah pun mengetahui akan bahayanya kepada

kesihatan mereka. Walaupun obesiti adalah sejenis masalah kegemukan yang serius,

namun masyarakat tidak pemah mempedulikannya. Walaupun kerajaan telah

mengambil langkah inisiatif bagi membasmi namun ia tetap tidak memberi


kesedaran kepada rakyat. Sudah terdapat banyak kempen, seminar, dan program
kesihatan yang dianjurkan berkaitan dengan isu ini namun masyarakat masih

memandang ringan dan masih tidak sedar dengan masalah yang semakin berleluasa
ini. Masyarakat masih menganggap obesiti sebagai perkara yang tidak begitu serius

dalam kehidupan mereka.

Menurut Blair (2000), obesiti adalah keadaan di mana tenaga-tenaga di

dalam badan yang telah disimpan, dibiarkan berkumpul di dalam tisu-tisu lemak di

dalam badan sehingga melebihi tahap kesihatan. Di sinilah alat ukur BMI (hodv

mass index) akan digunakan untuk mengukur berat badan kita sama ada ia
bersesuaian dengan tinggi kita. Badan yang sihat tanpa obes selalunya akan dapat

mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (IJT) yang sihat iaitu daripada 18.5 hingga 24.9

kg/m2. Kiraan IJT diukur menggunakan formula yang telah ditetapkan oleh

BMI iaitu UT = Berat Badan (kg)

Tinggi (m) x Tinggi (m)

ý
Menurut beliau lagi, BMI atau Body Mass Index dikira dengan

membahagikan berat (dalam kg) dengan ketinggian ( dalam meter) padu. Jika BMI
adalah antara 24.9 hingga 30, seseorang itu gemuk. Jika BMI lebih daripada 30,
seseorang itu dianggap amat gemuk.

Menurut Setiausaha Perkhidmatan Kemanusiaan dan Kesihatan Amerika

Syarikat (AS), Tommy Thompson (2008), obesiti boleh berlaku sekiranya berat

badan bertambah apabila kita makan dengan banyak, melebihi daripada apa yang

boleh dibakar oleh badan kita. Kalori yang berlebihan ini akan disimpan sebagai
lemak. Kegemukan atau obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan

tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkurnpul

dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun. Antara faktor-faktor berisiko

mernpengaruhi obesiti adalah sejarah keluarga, faktor persekitaran, iaitu makanan

segera dan duduk terlalu lama terutamanya ketika bekeija atau kanak-kanak yang

terlalu lama menonton televisyen, masalah perubatan, faktor psikologikal termasuk

tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan, pengaruh budaya sosial dan

sekeliling (tabiat makan anda), dan juga faktor persekitaran yang menyumbang
kepada cara hidup yang tidak aktiff.

Walaupun obesiti merujuk kepada keadaan klinikal seseorang individu itu,

namun para pakar menganggapnya sebagai suatu masalah yang bahaya kepada

kesihatan awam. Ini adalah berikutan dengan keadaan penghidap obesiti yang
kesemuanya tidak memiliki berat badan ideal yang bersesuaian dengan tinggi

mereka. Obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan masalah jantung seperti


penyakit darah tinggi atau hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi, penyakit
kencing manis atau Diabetes, kesan psikologikal seperti kernurungan dan kurang
keyakinan din, masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur, komplikasi

3
sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul dan juga

pertambahan berat badan apabila umur meningkat. Untuk menghalang daripada

berlakunya implikasi berkaitan dengan obesiti, faktor-faktor yang mempengaruhi

obesiti harus dikenalpasti dan langkah-langkah berjaga haruslah di ambil dari awal

lagi sebelum ia terjadi.

my/myhealth/bm/remaja content.jtii))
(Diambil daripada http: //www. myhealth. =cýýv.

4
1.2 Kenyataan Masalah

Faktor-faktor yang mempengaruhi obesiti di kalangan remaja telah dijadikan


topik kajian oleh pengkaji kerana lazimnya, kita sudah biasa melihat golongan

yang sudah berumur mempunyai berat badan berlebihan memandangkan faktor

usia mereka yang semakin meningkat. Namun, ia agak pelik jika kita melihat

golongan yang masih muda tetapi sudah berhadapan dengan masalah kegemukan.
Menurut Jensen dan Roger (1998), umumnya semakin meningkat umur, kadar

metabolisma makin berkurangan dan hanya memerlukan sedikit kalori sahaja

untuk mengekalkan berat badan. Oleh itu, semakin meningkat usia maka semakin

tinggi risiko untuk mendapat berlebihan berat badan. Kebanyakan mereka yang

obes adalah daripada golongan pertengahan umur.

Ibu bapa kini terlalu memanjakan anak-anak mereka dengan memberi dan

menuruti apa sahaja kemahuan anak-anak. Begitu juga dari segi pemakanan. Mereka

memberi apa sahaja yang diingini oleh anak-anak mereka tanpa mengambil kira soal
kesihatan dan kesannya terhadap pengambilan makanan secara berlebihan itu,

asalkan anak-anak mereka dapat menikmati makanan-makanan tersebut sepuas-

puasnya. Menurut Mary Easaw John (2008), ibu bapa sebagai individu yang paling
hampir dengan remaja, berpengaruh besar dalam mencorakkan tabiat pemakanan

mereka.

Kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti sama ada keluarga merupakan

salah-satu faktor yang mempengaruhi obesiti, atau pun ada täktor-faktor lain yang
menyumbang kepada berlaku fenomena ini. Menurut Surinah Asan dan Hanaiiah
Mohd Salleh (1996), obesiti di kalangan remaja adalah salah satu masalah kesihatan

yang kian meningkat di Malaysia. lusteru itu, di dalam usaha untuk mengawal dan
.

5
mencegah masalah obesiti, adalah penting mengkaji faktor-faktor yang berkaitan
dengan obesiti terutamanya mengenai persepsi terhadapnya.

Kebanyakan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan bagi kes ini terlalu

umum dan lebih kepada kajian saintifik di mana kebanyakannya lebih banyak

memberi penekanan terhadap diet-diet yang digunakan dan telah dijalankan daripada

aspek klinikal. Antara kajian yang telah dijalankan melalui aspek klinikal ialah

kajian yang telah dijalankan oleh Samaha (2003), di mana beliau telah berjaya

menjalankan satu kajian perbandingan berat badan 132 penghidap obesiti setelah

mengamalkan diet rendah lemak dan karbohidrat. Selain itu, kumpulan Internal

Medicine telah melaporkan hasil kajian yang berkaitan dengan karbohidrat. Yanty

(2004), telah menyelesaikan sebuah kajian yang sama dengan Samaha (2003), tetapi
dijalankan ke atas 120 penghidap obesiti. Kesimpulan yang dibuat oleh Yanty
(2004), adalah dibandingkan dengan diet rendah lemak, program diet rendah
karbohidrat lebih berkesan untuk menurunkan berat badan.
lurnal Kesihatan
.
Persatuan Kesihatan America (2007), pula telah melaporkan bahawa Garner (2007),

telah berjaya menjalankan satu kajian terhadap 311 penghidap obesiti perempuan

telah mengikuti salah satu daripada program diet daripada Atkins, Zone, LEARN,

and Ornish dalam masa 12 tempoh percubaan.

6
1.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan kesimpulan yang diperolehi hasil daripada kajian yang telah


dijalankan oleh Surinah Asan dan Hanafiah Mohd Salleh (1996), didapati bahawa

adalah sangat penting mengkaji faktor-faktor yang berkaitan dengan obesiti dalam

usaha untuk mengawal dan mencegah masalah obesiti, Di dalam kajian yang telah
mereka jalankan, telah dikenalpasti bahawa keluarga, keturunan, gaya hidup dan
juga pemakanan adalah merupakan faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada

obesiti. Justeru, pengkaji telah membentuk persoalan kajian selaras dengan cadangan
yang telah mereka kemukakan. Persoalan kajian yang telah dikenalpasti bagi kajian
ini adalah:

i. Adakah faktor keluarga mempengaruhi obesiti?


ii. Adakah faktor keturunan mempengaruhi obesiti?
iii. Adakah faktor gaya hidup mempengaruhi obesiti?
iv. Adakah faktor pemakanan mempengaruhi obesiti?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian terbahagi kepada dua (2) iaitu objektif kajian secara secara

umum dan objektif kajian secara khusus.

1.4.1 Objektif Umum

Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti taktor- i'aktor

yang mempengaruhi obesiti di kalangan penduduk Kota Samarahan yang berumur

awal 20an.

7
1.4.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, pengkaji ingin:

i. Mengenalpasti sama ada faktor keluarga mempengaruhi obesiti?


ii. Mengenalpasti sama ada faktor keturunan mempengaruhi obesiti?
iii. Mengenalpasti sama ada faktor gaya hidup mempengaruhi obesiti'?
iv. Mengenalpasti sama ada faktor pemakanan mempengaruhi obesiti?

1.5 Kerangka Konseptual

Faktor keluarga

Obesiti Faktor keturunan

Faktor gaya hidup

Faktor pemakanan

Sumber: Surfnah Asan dan Hanafiah Mohd Salleh (1996)

Rajah 1.5.1 : Kerangka Konseptual

K
1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini akan menambahkan ilmu pengetahuan pengkaji dan juga

masyarakat tentang bahaya obesiti terhadap kesihatan mereka. Melaluinya, pengkaji


dan masyarakat akan lebih mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan. Bagi

penghidap obesiti pula, ia sedikit-sebanyak akan membantu mereka untuk

melakukan perubahan terhadap personaliti diri pada masa akan datang. Sekurang-

kurangnya, mereka akan mempunyai kesedaran dan juga semangat baru untuk mula

mengawal tahap kesihatan diri mereka walau pun sudah agak sedikit lewat. Dalam

agama Islam sendiri, menurut Al-Quran, " Manusia sendiri bertanggungjawab

terhadap diri dan tubuh badan mereka, dan amalan penjagaan tubuh badan dan juga
kebersihan diri adalah perkara yang dituntut dalam Islam " (Hadis Abu Daud) (Doi,

A. R. 1. (1990). Pada masa yang sama, kajian ini diharap dapat mengurangkan kes

obesiti terutamanya di kalangan remaja. Kajian juga diharap akan tnemberi


kesedaran kepada masyarakat supaya tidak memandang remeh soal penjagaan
kesihatan, melabel atau meminggirkan penghidap obesiti.

Kaunselor-kaunselor pula dapat mengaplikasikan hasil dapatan dari kajian ini

untuk membantu mereka bersedia menangani serta membantu klien yang

menghadapi isu yang sama. Hal ini kerana, "setelah dikenalpasti faktor penyebab

sesuatu keadaan maka dapatan itu boleh digunakan untuk mengawal sesuatu keadaan

yang tidak diingini daripada berlaku" (Asmawati, 2002).

9
1.7 Definisi Istilah

Definisi istilah akan menjelaskan secara spesifik istilah konseptual dan

operational terhadap perkataan obesiti yang menjadi aspek penting yang dikaji di

dalam kajian ini. Dalam definisi istilah, pengkaji akan merungkai maksud obesiti

melalui definisi konseptual dan juga definisi operasional.

1.7.1 Definisi Konseptual

Menurut Blair (2000), obesiti adalah sejenis masalah kegemukan. la

bukanlah sejenis penyakit dan juga bukanlah sejenis wabak yang berbahaya tetapi

penghidap obesiti berisiko tinggi untuk menghidap penyakit berbahaya seperti

penyakit jantung, penyakit kardiovaskular, darah tinggi dan barah. Obesiti adalah

keadaan di mana tenaga-tenaga di dalam badan yang telah disimpan, dibiarkan

berkumpul di dalam tisu-tisu lemak di dalam badan sehingga melebihi tahap


kesihatan. Kebiasaannya obesiti didefinisikan sebagai BMI (hodv muss index

yang melebihi 30 kg/m'. BMI atau Bodv Mass Index dikira dengan membahagikan

berat (dalam kg) dengan ketinggian (dalam meter) padu.

1.7.2 Definisi Operasional

Menerusi definisi operasional pula, obesiti merupakan suatu masalah


kegemukan. Penghidap obesiti selalunya mempunyai berat badan yang tidak
bersesuaian dengan tinggi mereka. Oleh kerana terlalu gernuk, mereka cenderung

untuk memiliki self-esteem yang lemah apabila bertemu dengan orang sekeliling
mereka. Mereka juga akan selalu merasa rendah diri, tidak selesa dan malu dengan
bentuk badan mereka jika dibandingkan dengan orang lain yang tidak menghadapi

masalah kegemukan seperti mereka. Obesiti juga akan mempengaºuhi tahap


keyakinan diri mereka kerana kebiasaannya penghidap obesiti tidak akan sesekali

lO
berpuas hati dengan fizikal mereka. Lebih buruk lagi, penghidap obesiti berisiko

untuk menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya yang lain contohnya sakit
jantung, darah tinggi, kencing manis dan barah.

1.8 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dalam bab ini pengkaji telah menerangkan tentang


latar belakang kajian, kenyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian,
kepentingan kajian, dan definisi istilah. Diharap gambaran mengenai kajian ini akan
lebih jelas dan mudah difahami.

ii

You might also like