Bahasa Jepun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAHASA JEPUN

1. SEJARAH BAHASA JEPUN

Bahasa Jepun (日本語 Nihon-go) ialah bahasa rasmi negara Jepun dan dituturi 125 juta orang.

Bahasa Jepun juga digunakan oleh sebilangan rakyat dari negara yang pernah ditaklukinya
seperti Korea dan Taiwan. Ia juga dituturi di Amerika Syarikat (California dan Hawaii)
dan Brazil akibat penghijrahan orang Jepun ke sana. Namun keturunan mereka yang
dipanggil nisei (二世, generasi kedua), tidak lagi fasih dalam bahasa tersebut.

Bahasa Jepun terbahagi kepada dua bentuk iaitu Hyoujungo (標準語), pertuturan baku,
dan Kyoutsugo (共通語), pertuturan umum. Hyoujungo ialah bentuk yang diajar di sekolah dan
digunakan di televisyen dan segala perhubungan rasmi. Tatabahasa Jepun amat berlainan dengan
kebanyakan bahasa lain, kerana ia ialah bahasa Subjek-Objek-Kata kerja iaitu kata kerja selalunya
berada di hujung suatu ayat.

2. PEMBAHAGIAN ERA PERKEMBANGAN BAHASA JEPUN

Pembahagian era perkembangan bahasa Jepun boleh dilihat daripada pembahagian mengikut
sejarah perkembangan politik. Ini adalah kerana perubahan terhadap politik sesuatu zaman itu turut
mempengaruhi bahasa yang digunakan dalam masyarakat. Oleh yang demikian pembahagian
sejarah perkembangan bahasa Jepun perlu mengikut sejarah perkembangan politik.

Pembahagian sejarah perkembangan bahasa Jepun ini terbahagi kepada 5 tahap :

I. Bahasa Jepun Kuno (Joodai Nihongo) digunakan di era Nara dan era sebelumnya iaitu
pada sekitar abad ke-8 sehingga ke-12.

II. Bahasa Jepun Pertengahan Awal (Chuko Nihongo) digunakan di era Heian iaitu pada abad
ke-9 sehingga ke-13.

III. Bahasa Jepun Pertengahan Akhir (Chuusei Nihongo) digunakan di era Kamakura dan era
Ashikaga iaitu pada abad ke-14 hingga ke-16.

IV. Bahasa Jepun Moden (Kinsei Nihongo) digunakan di era Tokugawa iaitu pada abad ke-17
sehingga ke-19.

V. Bahasa Jepun Kontemporari (Gendai Nihongo) digunakan di era Meiji iaitu pada abad ke-
20 hingga kini.
3. SISTEM TULISAN JEPUN

TULISAN

Tulisan bahasa Jepun berasal daripada tulisan Cina (漢字) yang diperkenalkan pada kurun keempat
Masihi. Sebelum itu, orang Jepun tiada sistem tulisan sendiri.

Tulisan Jepun terbahagi kepada tiga:

 Kanji (漢字) Tulisan Cina yang digunakan pada kebanyakan perkataan Jepun yang diambil
aksaranya daripada tulisan Cina. Kira-kira 3000 aksara kanji perlu dipelajari oleh penutur Jepun.
 Hiragana (ひらがな) tulisan suku kata yang diolah dan dipermudah daripada tulisan kanji oleh
golongan wanita bangsawan. Tulisan hiragana digunakan pada perkataan asli Jepun yang tidak
terdapat sebarang aksara kanji baginya.
 Katakana (カタカナ) yang diolah daripada tulisan kanji pada kurun kelapan Masihi oleh
sami Buddha. Tulisan katakana digunakan bagi semua perkataan yang dipinjam daripada bahasa
asing kecuali Bahasa Cina.

BUNYI

1. Vokal

Dalam bahasa Jepun, hampir tidak ada huruf mati, seolah olah semua huruf tersebut adalah huruf
vokal. Contoh : Vokal U pada suku kata SU hampir tidak bersuara kalau diikuti dengan suku kata
yang dimulai dengan huruf konsonan.

Vokal U juga hampir tidak bersuara apabila menjadi akhira kata kerja. Contoh Desu dibaca DES.

2. Konsonan

Dalam bahasa Jepun, konsonan L tiada. Konsonan G pula pada awal kata disebut biasa tetapi
jika diletak di tengah-tengah atau akhir kata disebut dengan cara yang lain.

Contoh :

Nagai disebut na-ga-i.

Gogo disebut go-ngo.


4. TATABAHASA JEPUN

Susunan perkataan dalam ayat bahasa Jepun ialah subjek-objek-kerja, SVO. Namun begitu,
peraturan syarat susunan ayat yang khusus hanyalah kata kerja perlu diletakkan di akhir ayat,
memandangkan bahasa Jepun menggunakan sistem partikel yang menentukan sifat tatabahasa
pada suatu perkataan dalam ayat.

Bahasa Jepun tidak menunjukkan sifat majmuk, jantina dan artikel. Misalnya, perkataan hito (人,
orang) boleh merujuk kepada satu orang atau banyak orang. Untuk menunjukkan bilangan objek
secara jelas, cara-cara di bawah boleh dilakukan:

 menyebut nilai kuantiti objek;


 menambah akhiran yang menunjukkan sifat majmuk;
 penggandaan kata

5. BENTUK TULISAN JEPUN

Tulisan Jepun boleh dibahagikan kepada tiga (3) bahagian utama iaitu hiragana (ひらがな),
katakana (カタカナ) dan kanji (漢字). Ketiga-tiga tulisan ini digunakan serentak dalam setiap
penulisan seharian masyarakat Jepun mengikut makna dan perkataan yang diguna.
Hiragana adalah tulisan paling asas bahasa Jepun. Diikuti dengan tulisan katanana yang mana
diguna apabila melibatkan perkataan pinjaman daripada bahasa asing. Manakala kanji merupakan
tulisan karakter Cina yang menjadi punca asal usul terbitnya tulisan hiragana dan katakana.
Contoh perkataan dan ayat :
Saya suka makan spaghetti di Itali.
イタリアでスパゲッティの食べる事が好きです。
Itaria de supagetti no taberukoto ga suki desu.
 イタリア - tulisan katakana

 で、の、です - tulisan hiragana

 食、事、好 - tulisan kanji

Masyarakat Jepun perlu menguasai ketiga-tiga bentuk tulisan ini bagi membolehkan penguasaan
dalam penulisan bahasa Jepun termasuklah pada mana-mana warga asing yang ingin belajar bahasa
Jepun. Apa yang menarik tentang tulisan kanji ialah walaupun bunyi berlainan namun makna dan
maksudnya sama dan hampir sama dengan bahasa Cina.

Berikut adalah antara kosa- kosa kata huruf Jepun :


RUMI / HIRAGANA / KATAKANA
a i u e o/あ い う え を/ア イ ウ エ ヲ
ka ki ku ke ko / か き く け こ/カ キ ク ケ コ
ma mi mu me mo / ま み む め も/マ ミ ム メ モ
na ni nu ne no / な に ぬ ね の/ナ ニ ヌ ネ ノ
ta chi tsu te to / た ち つ て と/タ チ ツ テ ト
ra ri ru re ro / らりるれろ/ ラリルレロ

You might also like