Minit Moral 1 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK TUN ABD RAZAK SELEKOH

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL KALI PERTAMA TAHUN 2017

Tarikh : 12 Januari 2017 (KHAMIS)

Masa : 1.20 Petang

Tempat : Pusat Sumber, SMK Tun Abd Razak Selekoh

Kehadiran :

Guru-guru yang hadir :

1. Cik Nuradilah Bt Shaari (Pengerusi)


2. Cik Siti Salwa Bt Rahim (Naib Pengerusi)
3. Pn. Noor Rohaya Bt Abdul Manap (Setiausaha)
4. Pn Jesmin bt Abdul wahab
5. En Khairil Anuar B Daud

Agenda Mesyuarat

1.0 Ucapan Pengerusi

2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat

3.0 Perkara berbangkit

4.0 Perlantikan Jawatankuasa panitia Pendidikan Moral 2017

5.0 Rancangan pelajaran harian

6.0 Buku persediaan mengajar

7.0 Jenis latihan dan bilangan latihan minima

8.0 Peperiksaan (Penyedia soalan dan skema jawapan)

9.0 Headcount dan Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2016

10.0 Hal-hal lain

11.0 Ucapan Penangguhan


1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat panitia kali
pertama bagi tahun ini. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua
ahli panitia kerana dapat hadir. Beliau juga mengharapkan agar ahli panitia dapat
bekerjasama dalam satu pasukan dalam usaha memantapkan P&P agar
keputusan peperiksaan dapat dipertimgkatkan pada tahun ini.

2.0 Pembentangan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

2.1 Pn Rohaya selaku setiausaha panitia membentangkan minit mesyuarat kali


keempat 2016.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 Perlantikan Jawatankuasa Panitia Pendidikan Moral 2017

4.1 Ahli panitia sebulat suara mengekalkan pn Rohaya sebagai setiausaha panitia
bagi tahun 2017.

5.0 Rancangan Pelajaran Harian

5.1 Pengerusi telah menentapkan bahawa rancangan pelajaran harian bagi subjek
Pendidikan Moral hendaklah ditulis seperti berikut:-
Tajuk :
Subtajuk:
Objektif :
Aktiviti :
Refleksi :
Tindakan : Ahli panitia

6.0 Buku Persediaan Mengajar

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua ahli panitia hendaklah menghantar buku
persediaan mengajar yang lengkap pada 27 Januari 2017 (Jumaat). Buku
Persedian mengajar yang lengkap hendaklah mengandungi Rancangan pelajaran
tahunan dan Sukatan pelajaran.

Tindakan : Ahli panitia


7.0 Jenis Latihan dan Bilangan Latihan Minima

7.1 Panitia telah menetapkan bahawa bilangan latihan minima bagi menengah
rendah ialah 40 soalan bagi setiap bulan iaitu merangkumi soalan objektif dan
struktur. Manakala bagi menengah atas pula panitia telah menetapkan sebanyak
10 soalan struktur dan 10 soalan esei untuk setiap bulan.

7.2 Pengerusi juga memaklumkan kepada semua ahli panitia supaya menyediakan
Modul Bahan relif sebanyak 5 modul bagi setiap tingkatan.
Tindakan : Ahli panitia

8.0 Penyedia Soalan dan Skema Jawapan Peperiksaan Dalaman

Ting 1 Pn Rohaya Bt abdul Manap(PBS)


Ting 2 Cik siti salwa Bt Rahim (PBS)
Ting 3 En Khairil Anuar b Daud, Pn Jesmin
Ting 4 Cik Nuradilah Bt Shaari
Ting 5 Cik Nuradilah Bt Shaari
Tindakan : Guru terlibat

9.0 Head Count 2017 dan Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2016

9.1 Seperti dalam lampiran


10.0 Hal-hal lain

10.1 Cik Nuradilah menerangkan tentang kerja kursus Pendidkan Moral bagi pelajar
tingkatan 4 dan 5. Setiap pelajar wajib untuk membuat kerja kursus bermula dari
tingkatan 4. Para pelajar mesti membuat 8 esei dan 4 kerja amal.

Tindakan : Guru ting.4 dan 5


11.0 Ucapan Penangguhan

11.1 Pengerusi mengharapkan agar guru-guru dapat bekerja dalam satu pasukan bagi
memantapkan lagi P&P dalam kelas seterusnya dapat meningkatkan peratus
subjek Pendidikan Moral khususnya dalam SPM.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………….. ………………….

(Pn Noor Rohaya Bt Abdul Manap) (cik Nuradilah bt Shaari)

Setiausaha Panitia Pendidikan Moral Ketua Panitia Pendidikan Moral

You might also like