Model Addie

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MODEL ADDIE

Diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan
yang lain. Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu:

(1) Analysis-Analisis

(2) Design-Rekabentuk

(3) Development-Pembangunan

(4) Implementation-Implimentasi

(5) Evaluate-Penilaian

(1) ANALISIS

Analisis atau “Analyze” bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu “courseware” diperkenalkan.
Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada pelajar
sebelum “courseware” itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian isi kandungan “courseware”
kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga
logistik sesuatu “courseware” yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan
melalui CD dan DVD.

(2) REKABENTUK

Rekabentuk atau “Design” pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan
digunakan. Contohnya “courseware” tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif, penerokaan, penyelesian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal,
tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti
sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya.

(3) PEMBANGUNAN

Pembangunan atau “Develop” ialah proses menghasikan “courseware” yang telah direkabentuk. Seperti
membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa
pengaturcaraan, membuat ujian “courseware” yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut. Tahap
ini membabitkan proses penjanaan dan penghasilan bahan pembelajaran, dan tujuan utama bagi tahap
ini adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran. Pada tahap ini, rangka cerita dibentuk,
kandungan ditulis, grafik direka bentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan
pelajaran dibentuk, dan semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan sebarang
dokumentasi sokongan dibentuk. Proses ini boleh melibatkan perkakasan komputer seperti kalkulator
grafik dan alat simulasi serta perisian komputer seperti Geometer’s Sketchpad dan pengajaran
berasaskan komputer.

(4) IMPLIMENTASI

Implimentasi atau “Implement” berperanan untuk membuat “pilot test” terhadap “courseware” yang
telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan “courseware”
tersebut. Tahap ini membabitkan penyampaian atau pelaksanaan pengajaran yang sebenar, sama ada
pengajaran itu berasaskan bilik darjah, makmal matematik, seting peribadi, mahupun berasaskan
komputer. Istilah pelaksanaan merujuk pelaksanaan artifak pembelajaran dan sistem yang dibentuk
dalam konteks pembelajaran yang diharapkan. Dengan kata lain, pelaksanaan membabitkan proses
menjalankan program atau modul pembelajaran dalam konteks dunia sebenar. Tujuannya adalah untuk
menyampaikan atau melaksanakan pengajaran dengan efisien dan berkesan. Tahap ini perlu menyokong
pemahaman pelajar tentang bahan yang disediakan, menyokong pelajar menguasai kemahiran tertentu,
membantu pelajar membina pengetahuan berdaya maju, menyediakan prosedur bagi melatih fasilitator
atau pelajar modul pembelajaran, dan mencuba pelajaran yang disediakan.

(5) PENILAIAN

Penilaian atau “Evaluate” pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan
penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap
keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu “courseware”
selepas ujian “pilot”. Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional
yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang
tercapai setelah proses penggunaan “courseware” tersebut selesai digunakan. Tahap penilaian
membabitkan pengukuran keberkesanan dan keefisienan pengajaran. Istilah penilaian merujuk kedua-
dua penilaian formatif dan sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan
dilaksanakan. Dengan kata lain, penilaian melibatkan proses menentukan kecukupan pelajaran atau
modul yang disediakan.

MODEL ASSURE
Diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1996 adalah model reka bentuk pengajaran
yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model Assure bermaksud
mempastikan atau ‘to assure’ pembelajaran berlaku. Model ASSURE dapat membantu guru
merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE memberi fokus
kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat
membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

Terdapat 6 langkah yang penting dan perlu dilalui oleh seseorang guru sekiranya memilih reka bentuk
pengajaran Model ASSURE ini. Antaranya ialah;

1. Analyse Learners (Analisis Pelajar)


2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)
5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
1. Analisis Pelajar

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran
pembelajaran yang sesuai bagi mereka.

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju
pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses
pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai.
Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin
dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan
sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek
berikut:

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.

Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu
dilakukan oleh guru.

5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan
perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris
dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar
terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis,
permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti
pembelajaran.

6. Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek
penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber
sesuai dengan keupayaan pelajar.
Aplikasi Web 2.0

Blog

 Blog ialah satu media dalam talian yang kandungannya dipapar mengikut turutan kronologi
dalam tertib terbalik di mana maklumat terkini berada di atas.
 Kandungan blog melibatkan teks, imej, audio/video dan pautan kepada blog-blog serta laman
web lain yang berkaitan. Blog merupakan media interaktif maya yang sangat berkesan bagi
tujuan menjayakan sesuatu forum perbincangan, menyampaikan idea, pandangan, membuat
aduan, mengemukakan komen, cadangan atau penambahbaikan.
 Blog boleh menjadi sebahagian daripada kandungan laman web atau pautan yang wujud di
dalam laman web.
 Blog merupakan tempat dimana penulis dapat menulis pengalaman sebenar beliau iaitu dengan
cara memautkan rangkaian bersama blog setiap ahli kumpulan dan ia memudahkan lagi
pengesanan.
 Melalui Blog, individu yang terlibat dapat memberikan maklum balas kepada ahlinya dengan
cepat dan berkesan.
 Selain itu ahli juga berpeluang untuk mengemukakan idea atau pendapat mereka bersama
dengan rakan sebaya untuk membina pengetahuan sendiri terutamanya bagi mengemaskini
setiap maklumat baru contohnya kerja rumah atau tugasan.

Forum Dalam Talian (Online Forum)

 Forum atau papan buletin adalah satu laman perbincangan secara atas talian yang dituju khas
kepada sesuatu tajuk yang spesifik.
 Sistem forum membolehkan pengguna menghantar maklumat atau mesej dan membaca mesej
orang lain.
 Misalnya seorang pengguna membuka satu tajuk perbincangan dan bertanyakan pendapat
orang lain.
 Pengguna yang lain boleh membalas dan akan terhasilnya satu perbincangan di situ.

Rangkaian/Jaringan Sosial

 Secara amnya rangkaian sosial adalah satu kumpulan individu yang membentuk komuniti di
alam maya berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti berkongsi minat dan aktiviti yang sama
atau atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain
 Web rangkaian sosial lebih tertumpu kepada membina jaringan sosial sesama pengguna.
 Web rangkaian sosial kebiasaannya mempunyai paparan profil peribadi pengguna, sambungan
ke laman kegemaran peribadi dan pelbagai lagi perkhidmatan.
 Bagi membolehkan pengguna berinteraksi 85 melalui dalam talian, pelbagai aplikasi lain
disertakan seperti email, video, Instant Messagging (IM), perkongsian fail, forum, foto geleri dan
blog. Perkongsian Media
 Perkongsian gambar membolehkan pengguna muatnaik fail media mereka dan berkongi dengan
pengguna lain.
 Mereka boleh menetapkan status fail media samada untuk paparan umum atau peribadi.
 Salah satu laman web perkongsian media yang popular adalah Flickr (perkongsian grafik),
Fotopages (perkongsian grafik), Slideshare (perkongsian Power Point) dan Youtube (perkongsian
video).

Berikut merupakan antara rangkaian sosial yang sering mendapat perhatian untuk P&P: Google Drive
(https://drive.google.com) Edmodo (www.edmodo.com Frog VLE (http://frogasia.com) . Nicenet
(www.nicenet.org . I Think (http://www.ithinkinc.com) Facebook (http://www.facebook.com/

You might also like