Professional Documents
Culture Documents
Contoh Pelaporan Learning Walk
Contoh Pelaporan Learning Walk
1. Pensyarah Terlibat:
i. Encik Mansor Bin Suleman
ii. Cik Nurul Hafalzillah Binti Abdul Hamid
iii. Puan Cheah Hwei Chiet
Pengurusan Kelas (classroom management) dan arahan pensyarah semasa PdP (classroom
instructions)
Justifikasi: Disebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran program matrikulasi bermula pada
27 Jun 2016, fokus tertakluk kepada cara yang berlainan semasa pensyarah memberi
pengenalan silibus dan spesifikasi sepanjang semester satu. Justeru, kelas yang telah dipilih
mempunyai persamaan iaitu, ketiga-tiga kelas ialah waktu pertama bagi semester satu.
Mengikut Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Unit (PPPU), pengisian waktu pertama
ialah aktiviti ice-breaking dan pengenalan kepada semester satu. myZIARAH dijalankan
selepas aktiviti ice-breaking dan sesi berkenalan antara pensyarah dan pelajar.
C. Kelas ketiga – 1ZT1 (Encik Nik Ahmad Kamal Ariffin Bin Nik Hashim)
i. Kaedah yang kreatif dengan menggunakan cara garisan jangka masa (time
frame) menunjukkan tempoh masa dan tugasan mingguan sepanjang
Semester 1.
ii. Cara ini telah memudahkan proses penerangan oleh pensyarah kepada
pelajar.
1
4. Senarai bukti pengajaran dan pembelajaran yang telah diperhatikan:
i. Silibus
ii. PPPU
5. Tindakan seterusnya
i. Secara keseluruhannya ketiga-tiga pensyarah mempunyai cara yang tersendiri
dan berlainan semasa menjalankan dan mengendalikan PdP dalam kelas
tutoran.
ii. Pensyarah menunjukkan semangat yang tinggi dan penampilan yang positif
dalam kelas. Pensyarah dapat menyampaikan sesi PdP dengan suara yang jelas
dan kuat.
iii. Pelajar menumpukan perhatian semasa pensyarah memberi penerangan untuk
memastikan pelajar membuat perancangan sepanjang Semester 1. Cara
pengendalian yang baik mewujudkan suasana kelas yang kondusif serta
penglibatan pelajar menanya soalan tentang silibus.
6. Cadangan penambahbaikan
i. Penggunaan ICT digalakkan semasa pensyarah mengendalikan PdP kerana ini
merupakan cara pembelajaran abad ke-21.
ii. Aktiviti-aktiviti berelemen KBAT diserap dalam proses PdP dengan
penggunaan alat bantu mengajar.
2
LAMPIRAN
Gambar 1:
Pensyarah membuat perbincangan prapemerhatian (Pre-Walk Discussion) sebelum
melawat bilik tutoran.
Gambar 2:
Pensyarah mengadakan perbincangan di luar bilik tutoran selepas pemerhatian
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Encik Jangal Barau.
3
Gambar 3:
Pensyarah membuat perbincangan pascapemerhatian (Post-Walk Discussion) selepas
menjalankan pemerhatian lawatan bilik tutoran.