Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BERUAS,

32700 BERUAS, PERAK DARUL RIDZUAN.


ததேசசிய வககைத தேமசிழ்ப்பள்ளசி பபருவவாஸ,
32700 பபருவவாஸ, தபரவாக

MINIT MESYUARAT PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH


KALI KE 1 / 2017

Tarikh : 10.1.2017
Hari : Rabu
Masa : 1.35 tengahari
Tempat : Bilik mesyuarat
Kehadiran : Pn.Danaletchimi A/P Arappan (Guru Besar )
Pn.Kavitha A/P Sathewellusamy (Guru RBT Tahun 4)
En.Narashimma A/L Somiah (Guru RBT Tahun 5)
Cik.Thulasirani A/P Munuyandi (Guru RBT Tahun 6)
Tidak hadir : tiada

Agenda
1.0 Ucapan Ketua Panitia
2.0 Ucapan Guru Besar
3.0 Pengesahan Minit
4.0 Penubuhan Ahli Jawatankuasa/ Pengedaran DSKP
5.0 Perkara Berbangkit
6.0 Aktiviti Tahunan
7.0 Hal-hal lain

1.0 Ucapan Ketua panitia


1.1 Ketua Panitia Cik.M.Thulasirani mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli kerana hadir.
1.2 Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangan beberapa perkara
sebagaimana yang tercatat didalam agenda demi kemajuan pendidikan.
Makluman : Semua ahli

2.0 Ucapan Guru Besar


2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana hadir.
2.2 Menyatakan bahawa semua panitia adalah penting. Oleh itu semua
perancangan dan pengurusan panitia perlu diurus dengan baik dan berkesan.
pihak sekolah mengharapkan agar panitia ini dapat merancang dan
melaksanakan selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.
Makluman : Semua ahli

3.0Pengesahan minit mesyuarat


3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang keempat dan
memohon ahli mesyuarat untuk membuat semakan dan mengemukakan
cadangan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan.
3.2 Cadangan minit disahkan oleh En.S.Narashimma dan disokong oleh
Pn.S.Kavitha.
Makluman : Semua ahli

4. Penubuhan Ahli Jawatankuasa / Pengedaran DSKP


4.1 Panel panitia telah menubuhkan ahli jawatankuasa baru.
Penasihat : Guru Besar , PK1,PK2 dan PK3
Ketua Panitia : Cik.M.Thulasirani
Setiausaha : EN.S.Narashima
Ahli : Pn.S.Kavitha
4.2 Panel telah mengagihkan sukatan dan huraian sukatan mata pelajaran
RBT Tahun 4, 5 dan Tahun 6.
4.3 Kandungan buku persediaan mengajar perlulah seragam mengikut KSSR.
4.4 Guru-guru yang memerlukan bahan bbm atau abm perlu rujuk dahulu
peruntukkan panitia dan mematuhi prosedur pembelian dan pengurusan stok
bersama Pk1 dan kerani.
4.5 Panitia telah menentukan bahan-bahan RBT yang perlu ada pada murid.
4.6 Panel juga menekankan kaedah P&P menjurus kepada KBKK agar PdP
menyeronokkan.
Makluman : Semua ahli

5.0 Perkara berbangkit


5.1 Ketua Panitia mencadangkan agar jadual pengunaan bilik disediakan oleh
Setiausaha.
5.2 Guru Besar mencadangan Buku stok panitia diurus dan dikemaskini
dengan baik
Makluman : Semua ahli

6. Cadangan Aktiviti Tahunan


6.1 Mesyuarat panitia akan diadakan sekurang-kuranya 4 kali setahun
6.2 Pertandingan Rekacipta akan diadakan pada bulan Oktober dan program
Taman Bunga akan bermula pada bulan Mac. Tindakan Cik.M.Thulasirani
(Penyelaras program)
Makluman : Semua ahli

7. Hal-hal lain
7.1 Pembelian Bahan
Sila rujuk Pembantu Tabdbir sebelum membuat pembelian dan semua ahli
perlu mengisi nota minta.
Makluman : Semua ahli

7.2 Keselamatan
Semua ahli mesti menutumakan keselamatan murid semasa dibengkel.
Makluman : Semua ahli
7.3 Rekod pengunaan Bilik
Sila rekodkan waktu pengunaan bilik kemahiran hidup
Makluman : Semua ahli

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


...................................... .............................
Setiausaha, Guru Besar,
En.S.Narashima Pn.A.Danaletchimi

SJK (T) Beruas,


32700 Beruas , Perak.

Kepada,
Semua yang mengajar Kemahiran Hidup dan RBT,
SJK (T) Beruas,
32700 Beruas, Perak. 3 JANUARI 2017
Tuan,
MESYUARAT PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI KALI 1/2017

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Rekabentuk dan tekonologi / Kemahiran Hidup akan
diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Januari 2017


Hari : Rabu
Masa : 1.35 Tengah Hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut :


a) Ucapan Ketua Panitia
b) Ucapan Guru Besar
c) Pengesahan Minit
d) Penubuhan Ahli Jawatankuasa/ Pengedaran DSKP
e) Perkara Berbangkit
f) Aktiviti Tahunan
g) Hal-hal lain

3. Kehadiran dan kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menurut perintah,

………………………………………………
(EN.NARASHIMA A/L SOMIAH)
Setiausaha Panitia Rekabentuk dan Teknologi
SJK (T) Beruas

You might also like