Tugasan 1 - Laporan Perkahwinan Dan Pembubaran Perkahwinan Plaintif (RMY) Dan Defendan (KSM)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Tugasan 1: Penulisan Laporan

LAPORAN PERKAHWINAN DAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN PLAINTIF (RMY) DAN


DEFENDAN (KSM)

Perkahwinan dalam Islam merupakan satu ibadah yang dituntut bagi melahirkan dan
mengembangkan umat Islam melalui pembinaan insan pada peringkat Baitul Muslim yang bermula
daripada Fardu Muslim (Individu Muslim), Baitul Muslim (Keluarga/Rumahtangga Muslim), Mujtama’
Muslim (Masyarakat Muslim) sehingga Daulah Muslim (Negara Muslim). Menurut Abdul Monir
Yaacob & Siti Shamsiah Md Supi (2006), nikah mengikut syarak adalah akad antara calon suami
dengan wali pihak perempuan bagi membolehkan lelaki dan perempuan tersebut bergaul sebagai
suami isteri yang sah mengikut syariat Islam. Hal ini kerana, Baitul Muslim adalah elemen membawa
perubahan ke arah kebaikan bersama keluarga dalam menuju redha Allah dan mencapai
perkahwinan yang sakinah, mawaddah dan warahmah. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:-

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-


mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan
daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya
Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.
Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan)
nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah)
hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan
mengawasi kamu.”

[Surah an-Nisa’: 4:1]

Namun begitu, tidak semua perkahwinan memberi kebahagiaan dan ketenangan malah ada
kalanya berlaku konflik sehingga memberi kesan kepada fizikal dan emosi suami atau isteri.
Penderaan secara fizikal mahupun tekanan emosi ini sering berlaku dalam perkahwinan dan
bukanlah satu fenomena baru kerana telah dicatatkan sebagai tiga isu utama masalah kekeluargaan
yang menjurus kepada penceraian di Malaysia iaitu sebanyak 4884 kes sehingga tahun 2019 (rujuk
lampiran 2). Oleh itu, syariat Islam telah menggariskan panduan bagi mereka yang tidak mampu
untuk menghadapi cabaran di dalam perkahwinan melalui perceraian sebagai jalan keluar. Namun
begitu, perlu difahami bahawa perceraian adalah amat tidak digalakkan dan merupakan langkah
terakhir penyelesaian kepada konflik perkahwinan sekiranya semua langkah penyelesaian yang lain
gagal. Daripada Ibnu Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:-

‫َّللاِ ال ه‬
ِ ‫ط ََل‬
‫ق‬ ُ َ‫أ َ ْبغ‬
‫ض ا ْل َح ََل ِل إِلَى ه‬
Maksudnya: “Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.”

[Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah]

Dalam hal ini, kes penderaan fizikal atau keganasan rumahtangga dapat dilihat sebagaimana
dalam kes permohonan penceraian secara ta’liq yang pernah dibicarakan di Mahkamah Rendah
Syariah Sepang, Selangor pada 24 Mei 2018 (rujuk lampiran 1). Taʻliq menurut tafsiran Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan ialah lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami
selepas akad nikah mengikut hukum syarak dan peruntukan akta. Permohonan perceraian ini
dipohon oleh plaintif (isteri) kepada mahkamah untuk membubarkan perkahwinannya bersama
defendan (suami) di bawah seksyen 50 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
No.2 Tahun 2003 atas dakwaan defendan telah melanggar lafaz ta’liq yang diucapkan semasa majlis
pernikahan mereka pada 2 April 2004. Pada tarikh tersebut, plaintif dan defendan telah bernikah
secara sah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan telah didaftarkan di atas Surat Perakuan Nikah
Selangor mengikut seksyen 25 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun
2003 seperti yang tercatat di dalam laporan kehakiman (rujuk lampiran 1). Mengikut prosedur
perkahwinan negeri Selangor, defendan telah melafazkan lafaz ta’liq selepas akad nikah. Merujuk
kepada lafaz ta’liq tersebut, terdapat beberapa syarat berkaitan shigah ta’liq yang boleh kita fahami
bahawa ianya tidak boleh dilakukan oleh defendan dan juga mengikat defendan demi kebajikan isteri
iaitu:-

i) Apabila saya tinggalkan isteri saya selama empat bulan hijrah


berturut turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan;
ii) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama
tempoh masa yang tersebut padahal dia taatkan saya atau ;
iii) Saya melakukan sebarang mudhorat kepada tubuh badannya;
iv) Kemudian dia mengadukan kepada Mahkamah Syariah dan
apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan dia memberi
kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya RM1
maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talaq khulu’.

Di awal perkahwinan, kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri adalah bahagia dan
hasil daripada perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata. Namun, pada
8 April 2016 jam 7:00 pagi, telah berlaku pergaduhan antara plaintif dan defendan sehingga
mengakibatkan kecederaan fizikal kepada plaintif yang disaksikan sendiri oleh anak-anak mereka.
Akibat daripada kejadian tersebut, plaintif telah membuat tuntutan penceraian secara ta’liq melalui
dakwaan bahawa defendan telah melanggar syarat ta’liq yang disebutkannya semasa akad nikah.
Berdasarkan keterangan plaintif dan saksi-saksi yang hadir di mahkamah, pergaduhan pada waktu
tersebut telah berlaku seperti berikut:-

“Plaintif telah dipukul dengan kipas meja sebanyak 3 kali, dipukul dengan
kayu beruti dipeha sehingga kayu tersebut patah dua dan melibas plaintif
dengan parang panjang sehingga tangan plaintif luka. Tindakan ini
menyebabkan bahagian punggung plaintif pecah darah dan bengkak-
bengkak di beberapa bahagian badan termasuk luka terkena libasan
parang.”

Keadaan ini telah mengkibatkan gangguan fizikal dan mental terhadap plaintif dan
menyebabkan tujuan sebenar perkahwinan tidak tercapai. Seperti yang kita sedia maklum,
perkahwinan yang diharuskan oleh syarak mempunyai banyak fungsi yang melibatkan peranan dan
tanggungjawab suami isteri bagi memastikan keharmonian rumah tangga berterusan sepanjang
hayat. Antara peranan dan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian adalah peranan dalam
memberikan kasih sayang dan belaian antara pasangan. Menurut Zaini Yusnita (2014), hak dan
tanggungjawab ini perlu dilaksanakan seiring dan perlu dijaga dengan sebaiknya kerana kebahagiaan,
keharmonian dan kesejahteraan keluarga banyak bergantung kepada peranan suami dan isteri.
Sabda Rasulullah SAW:-

‫سنُ ُه ْم ُخلُقًا َوأ َ ْل َطفُ ُه ْم بِأ َ ْه ِل ِه‬


َ ‫ين إِي َمانًا أ َ ْح‬
َ ِ‫إِ هن ِم ْن أ َ ْك َم ِل ا ْل ُم ْؤ ِمن‬
Maksudnya: “Sesungguhnya daripada orang beriman yang paling
sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan yang paling mesra
melayan ahli keluarganya.”
[Riwayat al-Tarmizi]

Namun dalam kes ini, telah berlaku darar (kemudaratan) terhadap plaintif apabila defendan
memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan terhadap plaintif. Mengikut Seksyen 2 Akta
Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, darar syarie ialah bahaya yang
menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran, maruah atau harta benda
mengikut kebiasaan yang diakui oleh hukum syarak. Kesan daripada penderaan fizikal ini bukan
sahaja memberi kesakitan dan kecederaan tubuh badan tetapi melibatkan trauma dari segi emosi
dan mental plaintif serta hilang kepercayaan kepada defendan sehingga menyebabkan plaintif
berhasrat untuk keluar daripada perkahwinan tersebut. Menurut Roos Niza Mohd Shariff (2018),
suami yang mencederakan isteri secara fizikal akan meletakkan isteri dalam ketakutan dan kesedihan.
Justeru, isteri yang mengalami darar syarie wajar diberi hak dan perlindungan menurut syarak dan
undang-undang. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:-

Maksudnya: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan


janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan
berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
berbuat baik.”

[Surah Al-Baqarah: 1:195]

Oleh itu, apabila berlakunya darar, dapat dilihat bahawa syarat-syarat di dalam lafaz ta’liq
telah dilangar oleh defendan melalui lafaz:-

iii) Saya melakukan sebarang mudhorat kepada tubuh badannya;


iv) Kemudian dia mengadukan kepada Mahkamah Syariah dan
apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan dia memberi
kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya RM1
maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talaq khulu’.

Berdasarkan lafaz ta’liq tersebut, plaintif telah membuat aduan kepada mahkamah untuk
pensabitan tututan cerai ta’liq melalui cara talak khulu’. Sekiranya plaintif memilih berdiam diri dan
tidak membuat pengaduan kepada mahkamah, maka selagi itulah pasangan ini masih sah menjadi
suami isteri. Oleh yang demikian, tindakan plaintif untuk mengadu merupakan tindakan yang wajar
kerana ta’liq tersebut telah disabitkan oleh mahkamah. Pengaduan plaintif telah melalui beberapa
turutan ‘Proses Kes Perceraian Secara Takliq atau Fasakh’ sehingga terbubarnya perkahwinan
mereka (rujuk lampiran 3 dan 4). Pada awalnya iaitu 24 Julai 2017, plaintif telah hadir ke kaunter
Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Plaintif telah menyerahkan borong permohonan perceraian
yang telah lengkap dan membayar yuran pendaftaran sebelum mendaftarkan kes cerai di kaunter.
Selepas pendaftaran, Penyata Tuntutan Pindaan Ta’liq plantif telah difailkan dan plaintif telah
menerima tarikh dan masa untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan kes. Setelah itu, 26 Julai 2017
jam 12:30 tengah hari, mahkamah telah menyerahkan surat saman dan perintah tuntutan kepada
defendan secara kendiri di Penjara Kajang. Surat tersebut diserahkan di Penjara Kajang kerana pada
waktu itu, defendan sedang menjalani hukuman atas kesalahan memukul plaintif. Pada hari sebutan
kes iaitu 9 Oktober 2017, plaintif telah hadir dan memberi keterangan secara lisan di mahkamah dan
diberikan tarikh perbicaraan. Pada 16 April 2018 pula, saksi-saksi bagi pihak plaintif telah hadir
memberikan keterangan secara lisan di mahkamah. Saksi-saksi ini terdiri daripada dua orang anak
plaintif.

Pada 24 Mei 2018, plaintif telah menghadiri perbicaraan yang ditetapkan. Ketika perbicaraan,
plaintif telah memberikan keterangan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang difailkan sebagai
pemberatan pembuktiaan kerana plaintif tidak diwakili oleh mana-mana peguam syarie. Setelah
tamat perbicaraan, hakim telah memutuskan aduan plaintif diterima dan disabitkan. Jika diperhatikan,
mahkamah telah memastikan bahawa plaintif bukanlah isteri yang nusyuz sebelum membuat
keputusan. Hal ini bagi mengesahkan syarat-syarat permohonan tuntutan cerai takliq Plaintif yang
perlu dipenuhi seperti di bawah peruntukan seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Negeri Selangor Tahun 2003. Dalam kes ini, plaintif sehingga kini masih lagi merupakan isteri
defendan yang taat kerana tiada sebarang perintah mahkamah yang dikeluarkan terhadap plaintif
yang menyatakan plaintif adalah seorang isteri yang nusyuz. Namun begitu, penceraian ini hanya
sah apabila syarat di dalam lafaz ta’liq terlaksana iaitu plaintif membuat aduan di mahkamah, lafaz
ta’liq disabitkan, plaintif membayar duit RM1 kepada mahkamah dan mengangkat sumpah istizhar.
Maka setelah itu barulah mahkamah mengesahkan tuntutan plaintif dan tertalaklah plaintif dengan
talak 1 (secara khulu’) (rujuk lampiran 1). Hal ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:-

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta


sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”
[Surah Al-Maidah: 5:1]

Berdasarkan hujahan oleh Hakim Tan Sri Mohamed Azmi dalam kes Fakhariah bte Lokman
lawan Johari bin Zakaria, amalan ta'liq semasa akad nikah boleh diterima pakai berdasarkan kepada
persetujuan kedua-dua pihak. Namun begitu, lafaz ta'liq yang dibuat oleh suami semasa upacara
akad nikah ini berbeza mengikut negeri. Bagi negeri Selangor, sesuatu penceraian yang dibuat
berdasarkan tuntutan lafaz ta’liq perlulah dilaksanakan melalui khulu’ (tebus talak) dengan membayar
wang kepada mahkamah. Hal ini sebagainya yang termaktub di dalam seksyen 50 Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Bagi hak hadhanah pula, lima orang cahaya mata plaintif dan defendan perlu mendapatkan
hak penjagaan dan perlindungan yang sewajarnya agar kebajikan mereka terjamin. Mengikut
pandangan mazhab Syafie, hadhanah ditakrifkan sebagai menjaga dan mendidik orang yang tidak
mampu bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang menyakitkannya. Di dalam kes ini,
hak penjagaan kanak-kanak tersebut adalah di bawah penjagaan ibu selepas perceraian. Hal ini
kerana, setelah berlakunya pergaduhan pada 8 April 2016, defendan telah ditanggap dan dijatuhkan
hukuman penjara di Penjara Kajang atas kesalahan keganasan rumah tangga (rujuk lampiran 5). Oleh
kerana semasa perceraian defendan masih menjalani hukuman tersebut, maka secara tidak lansung
hak hadhanah adalah lebih layak di bawah penjagaan plaintif. Hal ini berdasarkan seksyen 83
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - Kelayakan-kelayakan yang perlu
untuk penjagaan:-

Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak,


adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika:-

a) dia adalah seorang Islam;


b) dia adalah sempurna akal;
c) dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu
jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-
kanak itu;
d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin
menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Oleh itu berdasarkan syarat-syarat kelayakan tersebut, maka hadhinah (penjaga) perlulah
tinggal bersama kanak-kanak yang diasuh dan mempunyai tempat tinggal. Ini kerana kanak-kanak
tidak boleh diserahkan kepada penjaga jika mereka tidak mempunyai tempat tinggal tetap, sama ada
milik sendiri atau rumah sewa. Oleh itu, di dalam kes ini, hak hadhanah adalah di bawah plaintif kerana
dalam Arahan Amalan No. 15 Tahun 2007 [18] memperuntukkan bahawa antara alasan yang
menyebabkan hak jagaan seseorang bapa atau pihak lelaki hilang kelayakan terhadap Hadhanah,
“Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka”. Nabi Muhammad SAW juga bersabda:-

َ ‫َّللاِ إِ هن ا ْبنِي َهذَا ك‬


‫َان‬ ُ ‫ام َرأَةً قَالَتْ يَا َر‬
‫سو َل ه‬ ْ ‫ع ْب ِد للاِ ِب ْن ع َْم ٍر و أ َ هن‬
َ ‫ع َْن‬
‫ َوإِ هن أَبَاهُ َطلهقَنِي‬،‫سقَا ًء َو ِح ْج ِري لَهُ ِح َوا ًء‬
ِ ُ‫بَ ْطنِي لَهُ ِوعَا ًء َوث َ ْديِي لَه‬
‫َّللاِ صلى للا عليه‬ ‫سو ُل ه‬ ُ ‫ َفقَا َل لَ َها َر‬.‫عهُ ِم ِني‬ َ ‫َوأ َ َرا َد أ َ ْن َي ْنت َ ِز‬
ُّ ‫ت أ َ َح‬
‫ البيهقي‬،‫ أبو داود‬،‫ (رواه أحمد‬.‫ق ِب ِه َما َل ْم ت َ ْن ِك ِحي‬ ِ ‫ أ َ ْن‬:‫وسلم‬
)‫والحاكم‬
Maksudnya: Abdullah bin `Amr meriwayatkan bahawa seorang wanita
bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini menjadikan
perutku sebagai tempatnya berlindung, ribaku sebagai tempatnya
bermanja dan susuku menjadi minumannya. Tetapi tiba-tiba bapanya
berasa berhak mengambilnya daripadaku”. Lalu Rasulullah SAW
bersabda: engkau lebih berhak ke atas anak itu selagi engkau belum
berkahwin”.

[Riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Baihaqi Wa Al-Hakim]

DI akhir prosiding perbicaraan, setelah Hakim mendengar keterangan Plaintif dan saksi-saksi,
dokumen-dokumen yang difailkan, dan setelah Plaintif melafazkan sumpah Istizhar, maka Hakim
telah memberikan keputusan tuntutan perceraian seperti berikut:-

1) Mahkamah mensabitkan aduan Plaintif Rozita binti Mohd Yusof


bahawa defendan Khairul Sam bin Misnan telah melanggar syarat
ta’liqnya dengan memudhoratkan tubuh badan plaintif pada 8 April
2016 jam 7:00 pagi.
2) Setelah Mahkamah menerima RM 1 bagi pihak defendan, mulai hari
ini 24hb Mei 2018 jam ……… pagi maka tertalaqlah Plaintif dengan
talak satu kali pertama berjumlah satu talaq secara Khuluq (Bain
shugro) dan Mahkamah memerintahkan plaintif bereddah selama 3
kali suci mulai hari ini.
3) Mahkamah memerintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat
Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Surat Perakuan Nikah
Selangor No. Siri: xxx bil. Daftar: xx/04 dipulangkan dan dibatalkan.

Berdasarkan keputusan mahkamah (1) dan (2), maka perkahwinan antara plaintif dan
defendan telah disabitkan pembubarannya secara khulu’ (ba’in sughra) dengan talak satu kali
pertama. Oleh itu, plaintif telah diperintahkan beriddah selama tiga kali suci bermula 24 Mei 2018.
Tempoh iddah ini diambil berdasarkan tempoh iddah talaq ba’in sughra kerana cara talak khulu’ telah
dilakukan dalam pensabitan perceraian ini. Hal ini kerana, perceraian secara talak khulu’ termasuk
dalam kategori talaq ba’in sughra yang menyebabkan suami tidak boleh merujuk kembali kepada
isterinya semasa iddah. Jika mereka ingin hidup bersama semula, suami mestilah mengadakan akad
dan mas kahwin yang baru dan isteri berhak membuat keputusan untuk kembali bersama atau tidak.
Oleh itu, jika dilihat di dalam kes keganasan rumahtangga, mangsa (isteri) selalunya akan menuntut
perceraian secara fasakh atau khulu’ kerana kesannya yang berbeza dengan talak raj’ie yang
menidakkan kuasa suami dalam merujuk isteri semasa tempoh iddah. Hal ini pernah diakui sendiri
oleh mangsa keganasan rumah tangga (rujuk lampiran 6).

Selain itu, bagi keputusan mahkamah (3) pula, plaintif telah diarahkan supaya perceraian
didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat mengikut prosedur Proses Kes Perceraian
Secara Takliq atau Fasakh. Semasa di Pejabat Agama Islam tersebut, plaintif perlu menyerahkan
rekod cerai bersama dokumen asal Sijil Nikah, Kad Pengenalan, Perintah Daftar Cerai dan Rekod
Perceraian serta membayar yuran pendaftaran cerai. Setelah itu, Jabatan Agama Islam akan
mendaftarkan penceraian dan mengeluarkan sijil cerai.

Secara keseluruhannya, kes pembubaran perkahwinan ini menggambarkan cabaran-cabaran


yang dihadapi oleh mangsa keganasan rumah tangga dalam perjalanan mereka mencari
perlindungan ke atas hak dan keadilan untuk diri sendiri dan anak-anak dan membina kehidupan
mereka semula. Berdasarkan kisah tersebut, menjadi pengajaran kepada kita bahawa walaupun
jodoh merupakan salah satu rahsia Allah yang telah ditetapkan dan tidak mampu untuk ditukar oleh
sesiapa, namun dalam Islam, konsep keimanan kepada Qada’ dan Qadar ini perlulah dilakukan
seiring dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Oleh itu, syariat Islam telah menggariskan
panduan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan melalui proses Taaruf (perkenalan) bagi
mengenali pasangan dan sifat-sifatnya. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan
perkara yang lebih buruk berlaku terhadap diri dan anak-anak sekiranya tersilap dalam memilih
pasangan hidup. Kesimpulannya, sekiranya berlaku kes keganasan rumah tangga, semua pihak
perlu mengambil peranan membantu para isteri yang mengadapinya bagi mengelakkan mudarat
yang lebih berpanjangan terhadap keseluruhan sesuatu institusi keluarga.

(2476 patah perkataan)

You might also like