Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KAFA BIL.

1/2020

1. AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru KAFA dan pentadbir sekolah yang
dapat hadir dalam mesyuarat kali pertama tahun 2020

1.2 Beliau turut mengucapkan tahniah atas perlantikan guru-guru KAFA yang sedia ada dan
yang baru dilantik dan mengucapkan selamat bertugas di SKSIE.

2. AGENDA 2: UCAPAN GURU BESAR

2.1 Guru besar mengalu-alukan kehadiran guru-guru KAFA dalam mesyuarat kali pertama
pengurusan kelas KAFA ini.

2.2 Beliau turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran semua guru KAFA,
terutama yang baru dilantik serta mengucapkan selamat bertugas di SKSIE.

2.3 Beliau berharap kelas KAFA akan terus menjadi wadah kepada pembinaan murid celik Al-
Quran dan berakhlak mulia

2.4 Beliau turut menekankan aspek kebersihan kelas pada sesi petang, pastikan kelas bersih
sebelum PDP bermula dan sebelum pulang.

2.5 Beliau meminta semua guru KAFA berusaha menjadikan pembelajaran kelas KAFA sebagai
sesi pembelajaran yang meyeronokkan dan berkesan.

2.6 Guru besar menyarankan agar segala permasalahan berkaitan murid semasa sesi kelas KAFA
dapat dilaporkan terus kepada penyelaras atau pihak sekolah agar segala urusan pembelajaran
berjalan lancar.

2.7 Beliau berharap guru-guru KAFA dapat menjalankan tugas dengan selesa dan menganggap
seluruh warga SKSIE sebagai satu keluarga.

Makluman : semua AJK KAFA

3. AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT

3.1 Bendahari menyatakan bahawa tabung kebajikan KAFA akan diteruskan iaitu sebanyak
RM10 sebulan. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara.
Tindakan : Bendahari KAFA

4. AGENDA 4 : PDP KAFA

4.1 Penyelaras menyatakan bahawa seramai 8 orang guru KAFA yang diperuntukkan di SKSIE
pada tahun ini.

4.2 Penyelaras memaklumkan waktu kelas KAFA bagi tahun 2020 bermula pada pukul 1.30
petang dan berakhir pada pukul 5 petang.

4.3 Ust Wan Mohd Fattah akan mengimamkan solat murid tahap 1 di bilik muzik manakala ust
Wan Marzuki akan mengimamkan solat murid tahap 2 di musolla.

4.4 Guru- guru KAFA ditugaskan untuk mengawal murid sebelum sesi pembelajaran bermula
pada pukul 1.30 petang.

4.5 Penyelaras memohon kerjasama daripada guru-guru untuk memantau murid sewaktu
berwudhuk dan berdisiplin ketika solat.

4.6 Penyelaras meminta guru-guru melengkapkan segala maklumat yang diperlukan dalam BRM
masing-masing sebelum sesi kelas KAFA bermula.

5. AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Penyelaras memaklumkan bilik PIBG akan dijadikan bilik rehat atau untuk lain-lain kegunaan
bagi guru-guru KAFA.

5.2 Penyelaras memaklumkan sekiranya pembatalan kelas KAFA ingin dilakukan untuk majlis
tertentu, ia perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada unit KAFA PPD sekurang-kurangnya 4
hari sebelum tarikh tersebut

5.3 Pn Akmarina bertanyakan tentang penghantaran BRM untuk semakan pentadbir.


Persetujuan bersama penyelaras dan ahli AJK untuk semakan BRM dilakukan setiap 2 minggu.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.58 pagi.

You might also like