Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

990426-03-6162

ABSTRAK

Pembiakan Nyamuk Aedes dan Kesannya Terhadap Penduduk di Jalan Suadamai 6/2 Bandar
Tun Hussein Onn Cheras.

Kajian ini dijalankan di bawah tajuk “Pembiakan Nyamuk Aedes dan Kesannya
Terhadap Penduduk di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Kajian ini
mengemukakan dua objektif. Objektif yang pertama ialah mengenal pasti langkah-langkah
pencegahan nyamuk aedes di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Objektif
yang kedua pula ialah mengkaji punca-punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes di Jalan
Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 200 meter
dari kawasan pengkaji. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang
digunakan ialah kajian soal selidik, dokumentasi dan perpustakaan. Sampel kajian seramai 30
orang responden yang tinggal di kawasan perumahan Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein
Onn Cheras. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penduduk di kawasan tersebut sentiasa
bertanggungjawab dan prihatin akan kebersihan di kawasan perumahan mereka. Kajian ini
dirumuskan bahawa, terdapat pelbagai punca dan langkah-langkah yang boleh di atasi daripada
berlakunya pembiakan nyamuk aedes di kawasan perumahan tersebut.
990426-03-6162
PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya pengkaji


dapat menyiapkan tigasan kajian dalam tem[poh masa yang ditetapkan. Di samping itu, saya
panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kesihatan yang
baik sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir
sekolah SMKA Maahad Hamidiah khasnya buat Tuan Md Yusof bin Rahim selaku Pengetua
Sekolah dan Penolong Kanan Tingkatan 6 iaitu Encik Shaharuddin bin Abu Kassim kerana
banyak memberi kelulusan dan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Selain itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Marina
kerana banyak meluangkan masa dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada
saya untuk menyiapkan kajian ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua guru khasnya guru-guru tingkatan 6 yang banyak memberi nasihat dan galakan
kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Mohd
Faisal Bin Mohd Noor dan Puan Noramani binti Mat Nor dan adik-adik saya yang tersayang
kerana telah banyak memberi sokongan dan membantu saya terutama dari segi masa dan
kewangan sepanjang kajian ini dijalankan.

Seterusnya, ucapan terima kasih saya hadiahkan kepada sahabat saya iaitu Puteri
Nurina Qistina binti Megat Fauzi serta kawan-kawan yang lain kerana telah banyak memberi
nasihat dan membantu saya menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada semua responden
xaya kerana telah banyak meluangkan masa serta memberi sepenuh komitmen dalam
menjawab soal selidik yang diedarkan.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang
terlibat yang telah membantu saya menjayakan kajian ini secara langsung mahupun tidak
langsung.
1

990426-03-6162
1.0 PENGENALAN

Alam sekitar ialah segala benda hidup dan bukan hidup wujud secara semula jadi di
permukaan bumi atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan
fauna. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama iaitu unit landskap yang berfungsi
sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan,
batu-batu dan sebagainya. Selain itu, komponen lain ialah sumber sejagat semula jadi serta
fenomena fizikal yang tidak mempunyai sumber tertentu seperti udara,air dan iklim serta
tenaga,sinaran,cas elektrik dan daripada aktiviti manusia.

Prinsip-prinsip mengenai alam sekitar yang dibahaskan oleh barat tidak harus bersifat
teori sahaja, sebaliknya berupaya untuk dipraktikkan. Pengurusan alam sekitar di barat bermula
pada akhir kurun ke-19, kesan daripada revolusi industri. Perkembangan itu bermula dengan
tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam
sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar
daripada terjejas. Walaupun pelbagai kaedah dan langkah yang di ambil masih lagi gagal untuk
mneguruskan alam sekitar dengan berkesan.

Ekologi alam sekitar bermaksud cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di
antara benda hidup dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan
pengkut Darwin pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek. Kini istilah ekologi telah
digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian berhubungan dengan organisma dengan
persekitaran dan juga saling berhubung di kalangan kumpulan organisma itu tersendiri. Alam
sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik. Benda bukan hidup seperti cuaca dan
geologi dan persekitaran biotik iaitu benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan
penyelidikan ekologi menumpu kepada taburan dan jumlah organisma.

Ekologi alam sekitar juga berkait rapat juga dengan penyakit demam denggi. Kawasan
yang bersih tidak akan berlaku pembiakan nyamuk aedes yang akan menyebabkan berlakunya
kes demam denggi. Jika semua individu mainkan peranan penting untuk menjaga alam sekitar,
maka pembiakan nyamuk aedes tidak akan berlaku di kawasan perumahan kita.
2

990426-03-6162

Demam denggi boleh ditakrifkan lagi sebagai sejenis penyakit yang disebabkan oleh
jangkitan kuman daripada gigitan nyamuk aedes. Secara lazimnya, penyakit ini boleh
menyerang semua orang tanpa mengira peringkat umur mahupun taraf hidup. Selain itu,
penyakit demam denggi ini juga boleh mengakibatkan kesakitan pada sendi pesakit. Lebih
menggerunkan lagi, penyakit ini mampu meragut nyawa pesakit yang menghidapinya.

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus
denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan
nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat Terdapat dua jenis
denggi yang paling bahaya iaitu Demam Hemoragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi.
Virus denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3-14 hari sebelum menunjukkan
tanda-tanda pesakit mungkin akan mengalami demam yang mengejut yang diikuti dengan
berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang berbahaya disebarkan oleh nyamuk
aedes betina yang terinfektif. Bagi mengelakan penyakit ini dari terus merebak, Kementerian
Kesihatan Malaysia di bawah unit Kawalan Vektor telah menjalankan berbagai aktiviti bagi
menyekat dan mengawal penyakit ini dari terus merebak dan antara aktiviti yang telah
dijalankan adalah seperti aktiviti fogging, Larvaciding, oiling, PPA dan lain-lain lagi.

Dalam Utusan Harian ada menyatakan hampir 90 peratus kes kematian akibat demam
denggi yang berpunca daripada jangkitan kali kedua selalin membabitkan golongan yang
menghidap penyakit kronik. Pengarah Pusat Kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
untuk demam denggi dan denggi berdarah, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Sazaly Abu
Bakar berkata, pesakit demam denggi mampu sembuh dalam masa lima hari setelah dijangkiti,
namun mereka yang pernah dijangkiti atau menghidap penyakit kronik berisiko tinggi.

3
990426-03-6162

Seterusnya, agensi kerajaan seperti kementerian kesihatan perlu memainkan peranan


penting dalam usaha untuk menangani masalah ini. Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan
agar masyarakat dapat membuka mata tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan kawasan
persekitaran. Antaranya ialah kempen “Hapuskan Nyamuk Aedes dan
Demam Denggi”.Melalui kempen seumpama ini, kita boleh mendidik generasi muda
untuk menjaga kebersihan dan memahami kesan serta impak daripada penyakit demam denggi.

4
990426-03-6162
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

1) Mengenal pasti Langkah-langkah pencegahan nyamuk aedes di Jalan Suadamai 6/2 Bandar
Tun Hussein ONN Cheras .

2) Mengkaji punca-punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes terhadap penduduk di Jalan


Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

5
990426-03-6162
3.0 Lokasi Kajian
3.1 Peta

Peta 1: Peta Negeri Selangor

Walaupun wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama Selangor, namun sejarah
membuktikan bahawa ini diambil sempena nama sungai Selangor yang mengalir ke Selat
Melaka menerusi kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor. Perkataan
Selangor itu sendiri tidak membawa sebarang makna yang jelas dalam Bahasa Melayu dan
pengkaji beranggapan ia mungkin merupakan singkatan, gabungan atau perubahan yang
berlaku terhadap perkataan asal menerusi peredaran masa. Negeri Selangor Darul Ehsan ini
terletak di bahagian tengah pantai Barat Semenanjung Malaysian dan bersempadan dengan
Perak di sebelah Utara, Pahang disebelah Timur, Negeri Sembilan di sebelah Selatan.

6
990426-03-6162
Peta 2: Daerah Hulu Langat

Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daripada Sembilan daerah yang terletak di
Negeri Selangor. Malaysia merupakan daerah ke-5 yang terbesar di Negeri Selangor yang
terletak di dalam kawasan Lembah Klang. Hulu Langat mempunyai banyak kawasan
perumahan. Antaranya ialah, kawasan perumahan Bandar Tun Hussein Onn, kawasan
perumahan Tun Perak, Suarasa dan sebagainya.

7
990426-03-6162
Peta 3: Lokasi kajian

Di atas adalah peta lokasi kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Bandar Tun Hussein
onn . Jarak antara tempat kediaman saya dengan lokasi kajian tersebut kira-kira 10 kilometer.
Masa yang diambil untuk sampai ke lokasi kajian tersebut kira-kira 10 minit dengan
menggunakan kenderaan kereta. Bandar Tun Hussein Onn merupakan kawasan yang pesat
membangun dengan pelbagai jenis pembangunan dan tempat yang menarik. Di Bandar Tun
Hussein Onn mempunyai tempat yang menarik iaitu Lake Valley. Di lake valley mempunyai
tasik yang mungkin menyebabkan pembiakan nyamuk aedes jika pengguna tasik itu
membuang sampah di merata-rata tempat antaranya membuang ke dalam tasik.

8
990426-03-6162
4.0 Metodologi Kajian

Bahagian ini membincangkan mengenai metodologi kajian yang digunakan semasa


melakukan kajian tersebut. Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat
dalam kajian ini. Pelbagai kaedah digunakan untuk memastikan maklumat yang diperolehi
adalah betul dan tepat. Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan kualitatif dan
kuantitatif. Kaedah kualitatif dijalankan dengan membuat pemerhatian,kaedah dokumentasi
serta sesi temubual bagi mendapatkan punca yang sebenar berkaitan kajian tersebut. Selain itu,
melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan menyediakan borang soal selidik untuk mengumpul
data serta menganalisis maklumat dengan lebih jelas menggunakan kaedah peratusan bagi
mengira bilangan responden yang disoal.

4.1. Kaedah lapangan.

Kaedah soal selidik dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat
mengenai punca-punca berlakunya kes pembiakan nyamuk aedes di Bandar Tun Hussein Onn
Cheras. Dalam kajian ini, kaedah soal selidik diperlukan adalah untuk memudahkan lagi kajian
yang dijalankan. Soalan yang diberikan kepada responden adalah berkaitan punca-punca
berlakunya kes pembiakan nyamuk aedes. Borang soal selidik akan diedarkan secara rawak
kepada 30 orang responden di kawasan perumahan Bandar Tun Hussein Onn Cheras bagi
memudahkan pengkaji untuk membuat kajian.

Sebanyak 30 borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mencapai dua
objektif yang telah dilakukan. Kesemua soalan hendaklah ditandakan dengan betul pada soalan
yang berkenaan sahaja. Kesemua responden telah memberikan kerjasama yang baik untuk
menjalankan kajian ini. Pengkaji mendapati apabila melakukan kaedah kajian soal selidik ini,
pengkaji mendapat punca-punca yang betul berkaitan pembiakan nyamuk aedes di Bandar Tun
Hussein Onn Cheras.

9
990426-03-6162
ARAHAN : Tandakan ( / ) pada ruangkan jawapan yang disediakan.

Bil Perkara Sangat Setuju Tidak Kurang Sangat


setuju pasti setuju tidak
setuju

Borang soal selidik ini dianaliss dengan menggunakan bilangan dan peratus untuk
memudahkan proses kajian. Data yang diambil daripada jadual akan dipersembahkan dalam
dapatan kajian menggunakan jadual min dan carta pai.

4.2. Kaedah kepustakaan

Kaedah dokumentasi ini dijalankan oleh pengkaji dengan mencari maklumat daripada
buku-buku, akhbar, majalah, melalui internet dan sebagainya. Dengan menggunakan kaedah
dokumentasi ini, pengkaji mendapat pelbagai maklumat berkaitan kes pembiakan nyamuk
aedes. Pengkaji banyak mencari maklumat berkaitan kes pembiakan nyamuk aedes ini dengan
melayari internet.

4.3. Pemerhatian

Pengakji telah membuat kajian mengenai kes pembiakan nyamuk aedes dengan
menggunakan kaedah pemerhatian. Pengkaji telah membuat pemerhatian berkaitan pembiakan
nyamuk aedes yang akan melibatkan demam denggi di Bandar Tun Hussein Onn Cheras.
Pemerhatian ini dibuat oleh pengkaji dengan cara pengkaji melihat beberapa tempat yang
dipenuhi nyamuk aedes. Antaranya, pengkaji telah melihat di kawasan longkang-

longkang yang dipenuhi dengan air yang kotor. Longkang ini dipenuhi beberapa nyamuk aedes
di dalam longkang tersebut.

10

990426-03-6162
Di samping itu, kawasan kediaman juga perlu sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Bekas-bekas yang boleh menakung air seperti tayar buruk dan tin kosong harus dibuang atau
ditanam. Hal ini demikian, untuk mengelakkan nyamuk aedes daripada bertelur di atas
permukaan air yang bersih. Pasu bunga, alas pasu dan kolah mandi perlu ditukarkan airnya
seminggu sekali. Peralatan ini juga perlu dibasuh sehingga bersih. Selain itu, pastikan
longkang-longkang kecil tidak tersumbat untuk mengelakkan takungan air.

Pembiakan nyamuk aedes di Bandar Tun Hussein Onn Cheras semakin meningkat
disebabkan tingkah laku masyarakat di tempat itu tersendiri. Apabila masyarakat memainkan
perana yang penting untuk menangani masalah pembiakan nyamuk aedes,mereka tidak akan
membuang sampah merata-rata tempat. Contohnya,membuang di tempat yang tidak sepatutnya
walhal telah disedikan tempat membuang sampah. Mereka mengambil ringan mengenai
perkara tersebut sehingga berlakulah pembiakan nyamuk aedes di Bandar Tun Hussein Onn
Cheras.

Secara rasionalnya, kajian penyakit demam denggi ini dibuat adalah untuk
mengurangkan pembiakan nyamuk aedes di Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Penduduk di
Bandar Tun Hussein Onn Cheras mestilah memainkan peranan penting bagi memastikan
persekiran di taman tersebut terkawal dan tidak akan berlaku pembiakan nyamuk aedes.
Demam denggi akan berkurang sekiranya kita sentiasa menjaga kebersihan persekitaran taman
kita.

11
990426-03-6162
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan tentang langkah-langkah pencegahan
nyamuk aedes di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein ONN Cheras dan punca-punca
berlakunya pembiakan nyamuk aedes terhadap penduduk di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun
Hussein Onn Cheras.

5.1 Demografi Responden

Jadual 1 berikut menunjukkan peratus bilangan responden yang disoal selidik mengikut umur.

Jadual 1 : Demografi Responden Mengikut Umur

Umur Bilangan ( responden) Peratus %

18 tahun hingga 22 tahun 9 30

23 tahun hingga 27 tahun 15 50

30 tahun dan ke atas 6 20

12
Responden yang berumur 18 tahun hingga 22 tahun adalah seramai 9 orang bersamaan
30%. Bagi responden yang berumur 23 tahun hingga 27 tahun pula adalah seramai 15 orang
bersamaan 50%. Akhir sekali, responden yang berumur 30 tahun dan ke atas adalah seramai 6
orang bersamaan 20%. Ini bermakna responden yang berumur lingkungan 23 tahun hingga 27
tahun merupakan golongan yang sangat menekankan mengenai langkah pembiakan nyamuk
aedes dan punca-punca yang berlaku pembiakan nyamuk aedes di Jalan Suadamai 6/2 Bandar
Tun Hussein Onn Cheras.

13
990426-03-6162

5.2 Jadual 2 Demografi Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus (responden)

Lelaki 9 30%

Perempuan 21 70%

Jadual 2 menunjukkan demografi responden mengikut jantina iaitu lelaki dan


perempuan. Bilangan bagi jantina lelaki sebanyak 9 orang bersamaan 30% dan bagi bilangan
jantina perempuan pula sebanyak 21 orang bersamaan 70%. Ini bermaksud, perempuan lebih
meluangkan masa dan mengambil berat mengenai langkah dan punca berlakunya pembiakan
nyamuk aedes di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Husssein Onn Cheras berbanding lelaki.

14
990426-03-6162

5.3 Jadual 3 Demografi Responden Mengenai Status Pendidikan

Status Bilangan Peratus (responden)

SPM 3 10%

STPM 2 7%

DIPLOMA 7 23%

IJAZAH 12 40%

LAIN-LAIN 6 20%

15
990426-03-6162

Jadual 3 menunjukkan demografi responden mengenai status pendidikan. Responden


bagi status pendidikan SPM seramai 3 orang bersamaan 10%. Selain itu, bagi responden yang
status pendidikannya STPM seramai 2 orang yang bersamaan 7%. Bagi status pendidikan
DIPLOMA pula seramai 7 orang bersamaan 23% dan responden yang statusnya IJAZAH pula
seramai 12 orang yang bersamaan 40%. Akhir sekali, responden yang berstatus lain-lain
seramai 6 orang bersamaan 20%. Daripada demografi responden mengenai status pendidikan
ini, pengkaji melihat bahawa responden yang berstatus Ijazah merupakan yang paling ramai
memberikan kerjasama dan mengambil berat mengenai langah untuk mengatasi kes pembiakan
nyamuk aedes dan punca-punca yang berlaku pembiakan nyamuk aedes di Jalan Suadamai 6/2
Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

16
990426-03-6162

5.4 Jadual 4 demografi responden mengenai status

Status Bilangan Peratus (responden)

Bujang 12 40%

Berkahwin 18 60%

17
990426-03-6162

5.5 Mengenal pasti langkah-langkah pencegahan nyamuk aedes di Jalan Suadamai 6/2
Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

BIL. PERNYATAAN Sangat Peratus Setuju Peratus Tidak Peratus Sangat Peratus
setuju setuju tidak
setuju
1 Tutup semua bekas 25 83% 5 17% 0% 0% 0% 0%
penyimpan air dengan rapat
untuk mencegah nyamuk
aedes daripada bertelur.
2 Memelihara ikan seperti 10 33% 20 67% 0% 0% 0% 0%
ikan gapi dan puyu untuk
memakan jentik-jentik.
3 Memastikan tiada takungan 24 80% 6 20% 0% 0% 0% 0%
air di sekeliling
persekitaran rumah.
4 Menyediakan tempat 30 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
pembuangan sampah yang
banyak di kawasan
perumahan.
5 Mengadakan kempen 16 53% 14 47% 0% 0% 0% 0%
kesedaran berkaitan
langkah-langkah untuk
mencegah pembiakan
nyamuk aedes daripada
membiak.
6 Bekerjasama antara jiran 30 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
tertangga untuk melakukan
gotong-royong di kawasan
perumahan.
7 Mendapatkan khidmat 30 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
semburan ‘fogging’ yang
dilakukan secara berkala di
kawasan perumahan.
8 Memeriksa saluran atap 20 67% 8 27% 0% 0% 0% 0%
rumah semiggu sekali
untuk membuang daun-
daun yang tersumbat yang
boleh mengahalang air
untuk mengalir.
9 Memasukkan ubat 30 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
pembunuh jentik-jentik ke
dalam tangki simpanan air
sebanyak 4 bulan sekali.
10 Membuang sampah di 30 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
kawasan pembuangan
sampah yang betul supaya
tidak bercampur sampah
basah dan kering.

18

19
990426-03-6162

Jadual di atas menunjukkan langkah-langkah pencegahan nyamuk di Jalan Suadamai


6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji
mendapati bahawa kerjasama penduduk di kawasan ini sangat mementingkan langkah-langkah
untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes daripada berlaku.

Seterusnya, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik, didapati bahawa
penduduk di kawasan perumahan Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras sangat
mementingkan langkah-langkah pencegahan nyamuk aedes daripada berlaku di kawasan
perumahan tersebut.

Sebagai contoh, kesemua 30 responden bersetuju bahawa menyediakan tempat


pembuangan sampah di kawasan perumahan merupakan langkah yang paling penting untuk
mengelakkan daripada berlakunya pembiakan nyamuk aedes. Bukan itu sahaja, responden juga
memberi respon yang sangat setuju bagi langkah membuang sampah di kawasan pembuangan
sampah yang betul supaya tidak bercampur dengan sampah basah dan kering.

20

990426-03-6162
Aktiviti ini perlu diterapkan dalam diri masing-masing supaya dapat mencegah
daripada pembiakan nyamuk di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

Di samping itu, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik di kawasan
kajian, didapati bahawa seramai 14 orang setuju mengadakan kempen kesedaran berkaitan
langkah-langkah mencegah pembiakan nyamuk aedes daripada membiak yang peratusnya
sebanyak 47%. Penduduk di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras amat
mementingkan langkah-langkah untuk mengatasi pembiakan nyamuk aedes di kawasan
perumahan mereka di mana mereka akan mengadakan kempen berkaitan pencegahan nyamuk
aedes daripada berlaku.

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapatai bahawa penduduk di kawasan perumahan


Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras ini amat menitikberatkan mengenai
langkah-langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes daripada berlaku di kawasan
perumahan mereka.

21

990426-03-6162
5.6 Mengkaji punca-punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes terhadap penduduk di
Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

BIL PERNYATAAN Sangat peratus Setuju Peratus Tidak Peratus Sangat Peratus
setuju setuju tidak
setuju
1 Air bertakung menyebabkan 30 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
pembiakan nyamuk aedes
2 Terdapat indvidu yang tidak 25 83% 5 17% 0% 0% 0% 0%
bertanggugjawab membuang
sampah di merata-rata tempat
yang boleh menyebabkan
pembiakan nyamuk aedes.
3 Jabatan kesihatan tidak 15 50% 15 50% 0% 0% 0% 0%
membuat pemeriksaan di
kawasan perumahan
4 Keadaan longkang yang 30 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
tersumbat di kawasan rumah
yang boleh menyebabkan air
tidak mengalir
5 Kawasan perumahan yang 5 17% 10 33% 15 50% 0% 0%
tidak bersih mudah untuk
aedes membiak
6 Perubahah musim dari panas 10 33% 5 17% 15 50% 0% 0%
kepada musim hujan
7 Tong sampah yang penuh 30 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
dengan air sampah akan
menyebabkan pembiakan
nyamuk aedes
8 Tempat-tempat penampungan 10 33% 10 33% 5 17% 5 17%
air yang terbuka dapat
menjadi akses dan sarang
nyamuk aedes untuk bertelur.
9 Paip bocor akan 0% 0% 15 50% 10 33% 5 17%
menyebabkan pembiakan
nyamuk aedes kerana air akan
bertakung dan tidak mengalir

10 Membuang sampah sarap ke 30% 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0%


dalam sungai akan
menyebabkan nyamuk aedes
membiak.

22

23

990426-03-6162
Jadual di atas menunjukkan punca-punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes di Jalan
Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh
pengkaji mendapati bahawa trdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan berlakunya
pembiakan nyamuk aedes di kawasan perumahan tersebut.

Seterusnya, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik, didapati bahawa
penduduk di kawasan perumahan Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras tahu
bahawa punca-punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes di kawasan perumahan mereka
adalah disebabkan daripada keadaan longkang yang tersumbat yang akan menyebabkan air
susah untuk mengalir dan membuang sampah sarap ke dalam sungai sesuka hati yang boleh
menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes.

24

990426-03-6162

Sebagai contoh, kesemua 30 responden bersetujuyang bersamaan 100% bahawa


membuang sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan nyamuk aedes membiak. Bukan
itu sahaja, responden juga memberi respon yang sangat setuju bahawa tong sampah yang penuh
dengan air sampah akan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes yang mempunyai 30%
responden yang bersamaan 100% di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Jika
penduduk di kawaan perumahan tersebut tidak mempedulikan akan sampah , maka wajarlah
berlaku pembiakan nyamuk aedes di kawasan perumahan mereka.

Selain iti, antara punca-punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes di kawasan Jalan
Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn ini ialah keadaan longkang yang tersumbat di kawasan
rumah yang boleh menyebabkan air tidak mengalir yang mempunyai 30 responden bersaman
100%. jika penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak mengambil peduli mengenai
perkara ini, maka nyamuk senang untuk membiak dan seterusnya berlakulah pembiakan
nyamuk aedes yang berleluasa yang boleh menyebabkan demam denggi.

Seterusnya, tempat-tempat penampungan air yang terbuka dapat menjadi akses dan
sarang nyamuk aedes untuk bertelur mendapat sebanyak 10 orang responden yang bersamaan
33% menyatakan sangat setuju bahawa perkara ini merupakan salah satu punca daripada
berlakunya pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa
setiap tempat di kawasan rumah kita yang boleh menyebabkan berlakunya tempat
penampungan air berada dalam keadaan yang baik.

Akhir sekali, seramai 15 orang responden bersamaan 50% setuju bahawa paip bocor
akan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes kerana air akan bertakung dan tidak mengalir.
Kita sebagai penduduk yang prihatin, kita patutlah memastilan bahawa setiap paip di rumah
kita berada dalam keadaan yang baik. Jika berlaku pembocoran, kita mestilah mengambil
langkah untuk membaiki kerana takut akan menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk
aedes di kawasan perumahan kita.

25

990426-03-6162

6.0 RUMUSAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti langkah-langkah pencegahan
nyamuk aedes dan punca-punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes di Jalan Suadamai 6/2
Bandar Tun Hussein Onn Cheras .Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian
ini. Kajian ini meliputi objektif mengenal pasti langkah-langkah pencegahan nyamuk aedes
dan punca-punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun
Hussein Onn Cheras

Kajian ini telah meningkatkan pengetahuan pengkaji dan member pendedahan kepada
masyarakat tentang langkah pencegahan nyamuk aedes yang dijalankan dalam kalangan
penduduk kampung. Selain itu, kajian ini turut memberi maklumat yang terperinci
tentangpunca-punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes. Hasil analisis telah menunjukkan
objektif mengenal pasti langkah pencegahan nyamuk aedes yang dijalankan dalam kalangan
penduduk tercapai. Majoriti responden sangat bersetuju bahawa langkah pencegahan nyamuk
aedes yang dijalankan dalam kalangan penduduk adalah menyediakan tempat pembuangan
sampah yang banyak di kawasan perumahan.

Seterusnya, hasil analisis telah menunjukkan objektif untuk mengkaji punca-punca


berlakunya pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk tercapai. Punca-punca
berlakunya pembiakan nyamuk aedes yang popular ialah air bertakung menyebabkan
pembiakan nyamuk aedes dan keadaan longkang yang tersumbat di kawasan rumah yang boleh
menyebabkan air tidak mengalir. Data-data ini juga disokong oleh kebanyakan penduduk yang
tinggal di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Banyak langkah-langkah
pencegahan nyamuk aedes yang positif berlaku dalam kalangan penduduk Jalan Suadamai 6/2
Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

Konklusinya, penduduk dapat menggunakan infomasi daripada punca-punca


berlakunya pembiakan nyamuk aedes dan langkah-langkah pencegahan nyamuk aedes.

26
990426-03-6162

7.0 Rujukan

i) Bahan Internet

-https://image.slidesharecdn.com/pengajianam-170820044737/95/contoh-kerja-kursus-
pengajian-am-tingkatan-6-penggal-2-2015-stpm-majlis-perkahwinan-masyarakat-india-1-
638.jpg?cb=150320447

- wikipidea 2011

- www.BeritaHarianOnline.my

- Google Maps https://www.google.com/maps/

- www.puncapuncademamdenggi.com

- www.caramengatasidemamdenggo.com

- Kamus dewan ( Edisi ke 4 )

-https://www.scribd.com/document/257596164/KERJA-KURSUS-PENGAJIAN-AM
PENGGAL-2-STPM-2014

27
990426-03-6162

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MAAHAD HAMIDIAH

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

BORANG SOAL SELIDIK

KAJIAN TENTANG PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DAN KESANNYA TERHADAP


PENDUDUK DI JALAN SUADAMAI 6/2 BANDAR TUN HUSSEIN ONN CHERAS

Mohon kerjasama daripada pihak tuan atau puan untuk menjawab soalan-soalan yang telah
disediakan. Tujuan pengkaji menyediakan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat
tentang kajian yang dijalankan sebagai memenuhi keperluan kerja kursus mata pelajaran
Pengajian Am 900/4 STPM 2018. Semua maklumat yang akan diberikan adalah sulit.

28

990426-03-6162
BORANG SOAL SELIDIK
Bahagian A : Demografi Responden
Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan jawapan yang telah disediakan.

1) Jantina :

Lelaki

Perempuan

2) Umur :

18 hingga 22 tahun

23hingga 26 tahun

30 tahun ke atas

3) Status :

Bujang

Berkahwin

4) Status pendidikan :

SPM

STPM

Diploma

Ijazah

Lain-lain
29
Bahagian B : Mengenal pasti Langkah-langkah pencegahan nyamuk aedes di Jalan Suadamai
6/2 Bandar Tun Hussein ONN Cheras .
Arahan : Bulatkan satu jawapan anda di bawah mengikut skala linked yang telah diberikan.
1) Sangat setuju
2) Setuju
3) Tidak setuju
4) Sangat tidak setuju

BIL. PERNYATAAN Sangat Setuju Tidak Sangat


setuju setuju tidak
setuju
1 Tutup semua bekas penyimpana air dengan rapat 1 2 3 4
untuk mencegah nyamuk aedes daripada bertelur.
2 Memelihara ikan seperti ikan gapi dan puyu untuk 1 2 3 4
memakan jentik-jentik.
3 Memastikan tiada takungan air di sekeliling 1 2 3 4
persekitaran rumah.
4 Menyediakan tempat pembuangan sampah yang 1 2 3 4
banyak di kawasan perumahan.
5 Mengadakan kempen kesedaran berkaitan 1 2 3 4
langkah-langkah untuk mencegah pembiakan
nyamuk aedes daripada membiak.
6 Bekerjasama antara jiran tertangga untuk 1 2 3 4
melakukan gotong-royong di kawasan
perumahan.
7 Mendapatkan khidmat semburan ‘fogging’ yang 1 2 3 4
dilakukan secara berkala di kawasan perumahan.
8 Memeriksa saluran atap rumah semiggu sekali 1 2 3 4
untuk membuang daun-daun yang tersumbat yang
boleh mengahalang air untuk mengalir.
9 Memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke 1 2 3 4
dalam tangki simpanan air sebanyak 4 bulan
sekali.
10 Membuang sampah di kawasan pembuangan 1 2 3 4
sampah yang betul supaya tidak bercampur
sampah basah dan kering.

30
Bahagian C : Mengkaji punca-punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes terhadap penduduk
di Jalan Suadamai 6/2 Bandar Tun Hussein Onn Cheras.
Arahan : Bulatkan satu jawapan anda mengikut skala linked yang diberikan.
1) Sangat setuju
2) Setuju
3) Tidak setuju
4) Sangat tidak setuju

BIL PERNYATAAN Sangat Setuju Tidak Sangat


setuju setuju tidak
setuju
1 Air bertakung menyebabkan pembiakan nyamuk aedes 1 2 3 4
2 Terdapat indvidu yang tidak bertanggugjawab 1 2 3 4
membuang sampah di merata-rata tempat yang boleh
menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.
3 Jabatan kesihatan tidak membuat pemeriksaan di 1 2 3 4
kawasan perumahan
4 Keadaan longkang yang tersumbat di kawasan rumah 1 2 3 4
yang boleh menyebabkan air tidak mengalir
5 Kawasan perumahan yang tidak bersih mudah untuk 1 2 3 4
aedes membiak
6 Perubahah musim dari panas kepada musim hujan 1 2 3 4
7 Tong sampah yang penuh dengan air sampah akan 1 2 3 4
menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
8 Tempat-tempat penampungan air yang terbuka dapat 1 2 3 4
menjadi akses dan sarang nyamuk aedes untuk bertelur.
9 Paip bocor akan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes 1 2 3 4
kerana air akan bertakung dan tidak mengalir
10 Membuang sampah sarap ke dalam sungai akan 1 2 3 4
menyebabkan nyamuk aedes membiak.

You might also like