Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BIODATA PENERIMA ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM

(AFIQ IRSYAT)

Tangisan anak bongsu daripada 3 beradik kepada pasangan En Yusri dan


Cikgu Aisyah pada tanggal 8 September 2007 di Hospital Kulim, Kedah.

Tahun ini, anak ini membesar menjadi seorang pemimpin pelajar yang disegani
dan dihormati ramai. Seorang yang amat disenangi oleh guru-guru dan para
pelajar SK Jalan Selama, beliau menjadi “Abang Long” kesayangan semua.
Tidak hairanlah kalau setiap pagi kita dapat melihat anak-anak kecil Tahun 1
hingga Tahun 4 datang bersapa dengan beliau

Beliau mula bergiat aktif dalam olahraga semenjak berusia 10 tahun. Beliau
terlibat dalam pertandingan peringkat daerah namun belum menampakkan
kejayaannya. Pada usia 11 tahun, beliau mula menunjukkan taring dengan
menyertai aktiviti bola sepak dan olahraga.

Kebolehan beliau dalam bidang sukan semakin menampakkan kejayaan


apabila mendapat pingat emas dalam acara 100m, 200m, 4x100m dan
4x200m di peringkat sekolah. Dan seterusnya melayakkan diri untuk
dinobatkan sebagai Olahragawan Peringkat Sekolah.

Beliau meneruskan perjuangan di peringkat PKG Serdang. Sekali lagi beliau


mencipta kejayaan dengan memperoleh 4 pingat emas dalam acara 100m,
200m, 4x100m dan 4x200m. sekali lagi, anak ini mendapat kejayaan dan
dinobatkan sebagai olahragawan peringkat PKG Serdang.
Kejayaan olahraganya tidak terhenti di situ saja. Beliau meneruskan
perjuangan ke peringkat Daerah. Di peringkat daerah, beliau telah mencipta
kejayaan dengan mendapat pingat emas dalam 100m, 200m dan 4x100m.
manakala pingat gangsa untuk 4x20m. ia telah menjadi memori terindah buat
adik irsyat apabila dapat memecahkan rekod dalam acara 100m.

Kemenangan ini telah melayakkan beliau untuk meneruskan perjuangan


mewakili negeri Kedah ke MSSM DI JOHOR.

Pelbagai onak dan duri ditempuhi oleh ibu bapanya semasa beliau menjalani
sesi latihan di sekolah Menengah Tunku Anum di Alor Setar selama 3 minggu.
Beliau hampir-hampir menarik diri dari latihan akibat berjauhan dengan
mamanya yang sentiasa menemaninya dalam setiap latihan. Berkat iringin doa
daripada keluarga, guru-guru dan rakan-rakan, akhirnya beliau mendapat
semangat baru dan meneruskan perjuangannya mengharumkan nama
sekolah ke peringkat kebangsaan. di sana, beliau telah melayakkan diri dalam
acara akhir 100m, 4x100m dan 4x200m. beliau telah mendapat 7 terbaik bagi
kategori 12tahun ke bawah.

Walaupun adik Irsyat tidak mendapat tempat 3 teratas, kami di SKJS tetap
berbangga dan sentiasa menjadi juara di hati kami.

Tahniah diucapkan kepada mamanya Cikgu Aisyah dan abahnya Encik Yusri
Aatas kejayaan anak ini.
Dipersilakan ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM adik MUHAMMAD AFIQ
IRSYAT BIN MOHD YUSRI bersama-sama dengan kedua ibu bapanya tampil
ke atas pentas.

You might also like