Mohon Dewan Terbuka - Yb Norita

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rujukan : XBA1308/PIBG/SKETBN/18/(20)

Tarikh : 15 November 2018

Kepada:
YB Norita Sual
Ahli Parlimen P 181 Tenom,
89900 Tenom

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN MEMBINA DEWAN TERBUKA SEKOLAH

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan, pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Entabuan Tenom ingin memohon sumbangan
kewangan daripada pihak tuan bagi membiayai perbelanjaan membina dewan terbuka Sekolah
Kebangsaan Entabuan Tenom.

03. Sehubungan itu, permohonan ini dibuat berikutan sekolah tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk murid-
murid berkumpul/berhimpun. Perhimpunan pagi sering tidak dapat dijalankan apabila hujan turun. Kelas juga
selalu digunakan untuk murid-murid berkumpul bagi menjalankan aktiviti. Namun bilik kelas ini tidak dapat
memuatkan murid yang ramai.Justeru, banyak program/aktiviti tidak dapat dijalankan dengan lancar dengan
keadaan sebegitu. Oleh itu, pihak PIBG ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi sumbangan bagi memberi
keselesaan kepada murid-murid dan warga sekolah.

04. Sumbangan tuan boleh disalurkan kepada YDP PIBG Fldelis Rantau (Tel:017-2029120) atau bendahari
PIBG Puan Khylmiza Ahmad (Tel: 012-8383627)

05. Harapan kami agar permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama,
sumbangan dan keprihatinan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga.

Sekian.

“ BERSATU BERILMU BERBAKTI “

Yang Benar,

………………………………
(FLDELIS RANTAU)
YDP PIBG sesi 2018/2019
Sek. Keb. Entabuan,
TENOM.
S.k - Sk.Entabuan Tenom
- Fail

You might also like