Minit Mesyuarat 4 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN IBRAHIM

08000 SUNGAI PETANI,KEDAH

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN/RMT/PS1M

KALI KEEMPAT

TARIKH : 29 OKTOBER 2019

MASA : 1.45 PETANG

TEMPAT: BILIK MESYUARAT SKI

KEHADIRAN :

En. Abd. Manaf B. Souib ( PK HEM)

Pn. Madihah bt Muhammad ( Setiausaha Kantin)

Pn. Rasyidah Bt. Ismail (Setiausaha RMT)

Pn. Hjh. Rozita Bt. Ismail ( Setiausaha PS1M)

Pn. Madihah Bt. Muhammad

Pn. Rozana Bt. Samaon

Pn. Fazilah Bt. Din

Pn. Subba A/P Kanesan

Pn. Hjh. Fadzilah Bt. Mohd Safar

Pn. Norizan Bt. Jaafar

Pn. Shasikala A/P Nadarajan

En. Muhammad Sahlan B. Isa


AGENDA MESYUARAT:

1. Ucapan aluan pengerusi


2. Pengesahan minit mesyuarat lalu
3. Pemilihan murid RMT 2020
4. Kehadiran murid RMT
5. Hal-hal lain
6. Ucapan penangguhan

1.0 Ucapan aluan pengerusi.

1.1 Encik Abd. Manaf B. Souib (PK HEM) selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas
kehadiran guru-guru yang terlibat dalam jawatankuasa Kantin/RMT/PS1M 2016.
1.2 PK HEM berharap semua ahli jawatankuasa dapat bekerjasama demi kebaikan bersama.
1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua
ahli dalam melancarkan proses pengagihan RMT.
1.4 Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memaklumkan mengenai Peluasan RMT
yang dijalankan di sekolah.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
Pencadang : Pn Madihah
Penyokong: Pn Monaliza
Tindakan : makluman

3.0 Pemilihan murid RMT 2020


3.1 En. Abd. Manaf memaklumkan bahawa murid-murid yang sedang menerima bantuan
RMT akan terus menerima bantuan tersebut pada tahun 2020.
3.2 Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang murid yang telah dikenalpasti
layak untuk menerima RMT akan dipertimbangkan untuk tahun 2020.

Tindakan : makluman
4.0 Pungurusan RMT
4.1 Murid RMT diawasi oleh guru yang bertugas di kantin pada waktu rehat disamping JK
yang bertugas mengikut aliran.
4.2 Pn.Rasyidah memohon kerjasama JK RMT yang bertugas agar memastikan murid
mengambil makanan ditempat yang disediakan serta meletakkan semula bekas
makanan di tempat yang disediakan.
4.3 Pengusaha kantin mestilah menyediakan satu hidangan makanan RMT untuk dirasa oleh
guru yang bertugas RMT.
Tindakan: semua AJK dan pengusaha kantin

5.0 Kehadiran Murid RMT


5.1 Pn Rasyidah memaklumkan bahawa terdapat murid yang tidak mengambil makanan
RMT pada hari tertentu sekiranya menu pada harri tersebut tidak memenuhi citarasa
murid.

Tindakan : Makluman

6. Ucapan penangguhan

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

…………………………… ……………………………….

(RASYIDAH BINTI ISMAIL) (EN. ABD. MANAF BIN SOUIB)

Setiausaha RMT Penolong Kanan HEM SKI

You might also like