Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAJUK : TELEMUSIM

Encik Rizuan bin Asmarah


Cik Fairzan Nazzila Binti Mohd Nazrie

ABSTRAK

Keseluruhan kajian dilaksanakan bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam
menguasai kemahiran memahami dan mengingati maklumat tentang kejadian empat musim. Topik
kejadian empat musim ini terkandung di dalam kurikulum KSSM Tingkatan 2 dan Kurikulum
Antarabangsa Cambridge. Sampel kajian melibatkan seramai 10 orang pelajar Tingkatan 2 dan 6
orang pelajar Tingkatan 3 dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat
melalui ujian pra yang menunjukkan murid masih lemah dalam memahami dan menguasai
maklumat berkaitan kejadian empat musim. Di dalam arus pemodenan dan globalisasi yang kian
rancak, terlalu banyak perubahan telah berlaku khususnya terhadap ekologi pembelajaran (Ariffin,
2003). Lantaran itu, iklim dan modus pembelajaran yang yang berkesan dan harmoni perlulah
difikirkan bagi menggenggam kecemerlangan pendidikan. Namun demikian, perkara yang
membimbangkan adalah berlakunya kemerosotan kualiti pembelajaran pelajar dalam proses
pengajaran dan pemebalajaran pelajar ketika menghadapi pendidikan formal di dalam kelas
berdasarkan pencapaian pelajar dalam memahami dan mengingat maklumat berkaitan kejadian
empat musim sehingga menjejaskan pencapaian pelajar dalam Geografi peringkat Tingkatan 2,
PT3 mahupun Cambridge Checkpoint Examination.

PENGENALAN

Di dalam arus pemodenan dan globalisasi yang kian rancak, terlalu banyak perubahan telah
berlaku khususnya terhadap ekologi pembelajaran (Ariffin, 2003). Di dalam hal ini, mutu
pendidikan berkualiti dan terjamin amat dituntut dalam menghadapi cabaran alaf baharu, cabaran
dunia teknologi maklumat dan semua cabaran merentasi arus pembangunan pendidikan kesan
ledakan maklumat yang semakin berkembang. Lantaran itu, iklim dan modus pembelajaran yang
yang berkesan dan harmoni perlulah difikirkan bagi menggenggam kecemerlangan pendidikan.
Namun demikian, perkara yang membimbangkan adalah berlakunya kemerosotan kualiti
pembelajaran pelajar dalam proses pengajaran dan pembalajaran pelajar ketika menghadapi
pendidikan formal di dalam kelas berdasarkan pencapaian pelajar dalam memahami dan
mengingat maklumat berkaitan kejadian empat musim sehingga menjejaskan pencapaian pelajar
dalam Geografi peringkat Tingkatan 2, PT3 mahupun Cambridge Checkpoint Examination.
Fenomena ini perlu ditinjau secara halus dan teliti bagi mencari kaedah dan formulasi berkesan
dalam menangani isu pembelajaran pelajar dalam kelas khususnya dalam pengajaran dan
pembelajaran Geografi Tingkatan 2 dan 3.
LATAR BELAKANG KAJIAN

Mata pelajaran Geografi merupakan mata pelajaran teras pada peringkat Penilaian Tingkatan 3
(PT3). Format pentaksiran Penilaian Tingkatan 3 telah mengalami perubahan format bermula
tahun ini. Tajuk kejadian empat musim merupakan tajuk yang terkandung di dalam rancangan
tahunan Tingkatan 2 yang mana tajuk ini merupakan salah satu komponen penting di dalam
penyumbangan markah bagi kertas Geografi Tingkatan 2, PT3 mahupun Cambridge Checkpoint
Examination. Aspek yang diberikan penekanan dalam kejadian empat musim adalah kemahiran
pelajar mengingat maklumat seperti tarikh-tarikh berlakunya kejadian empat musim, mengenal
pasti negara-negara yang mengalami jenis musim pada waktu yang berbeza, garisan-garisan latitud
yang terlibat ketika berlakunya kejadian empat musim serta jumlah penerimaan cahaya matahari
pada sudut yang berbeza. Penguasaan terhadap tajuk ini memerlukan pelajar menguasai kemahiran
memahami dan mengingat fakta secara berkesan. Oleh itu, topik kejadian empat musim ini
memerlukan kemahiran aras tinggi. Kemahiran pelajar mengingat maklumat tersebut perlu
dikuasai oleh pelajar Tingkatan 2 dan 3 bagi membolehkan mereka memperoleh markah yang
tinggi dan memuaskan. Oleh hal demikian, penguasaan terhadap kemahiran memahami dan
mengingat fakta berkaitan kejadian empat musim memerlukan pendekatan berfokus yang
komprehensif untuk memberi kefahaman yang mudah dan jelas kepada pelajar. Sehubungan itu,
projek penyediaan dan pemilihan bahan-bahan bantu mengajar (BBM) dengan pendekatan
Telemusim yang mempunyai roda berpusing dan mempunyai maklumat berfokus berkaitan
kejadian empat musim disediakan yang bertujuan untuk membantu pelajar Tingkatan 2 dan 3
Sekolah Antarabangsa Labuan dalam menangani masalah yang dihadapi pelajar dalam aspek
memahami dan mengingat fakta berkaitan kejadian empat musim. Di dalam Telemusim Beroda
ini, terdapat maklumat yang berfokus dan berkaitan antara roda-roda yang lain serta mempunyai
maklumat berkaitan kejadian empat musim yang boleh membantu pelajar memahami dan
mengingat maklumat secara pembelajaran gamifikasi dan melibatkan kaedah pembelajaran
kinestetik.

ISU DAN FOKUS KAJIAN


Berdasarkan ujian pra Geografi bulan Mac. Kelas Tingkatan 2 dan 3 didapati sebanyak 100 peratus
pelajar telah gagal. Oleh itu, pelajar gagal dalam ujian topik kejadian empat musim berpunca
daripada pelbagai faktor yang perlu ditinjau secara teliti dan mendalam. Pembedahan terhadap isu
kegagalan pelajar dalam pembelajarannya perlu dilakukan dengan segera. Keadaan ini tidak boleh
dibiarkan berpanjangan kerana pelajar ini akan menghadapi Peperiksaan Semester, Akhir Tahun
dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun hadapan. Lantaran itu, bagi meningkatkan
kemahiran pelajar di dalam mengingat dan memahami fakta berkaitan kejadian empat musim
‘Pendekatan Berfokus’ dilaksanakan yang diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di kelas. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 2, fokusnya adalah
kepada keupayaan pelajar dalam memahami dan mengingat maklumat berkaitan kejadian empat
musim termasuklah Menilai kesan putaran bumi dan kesan peredaran bumi terhadap cuaca dan
iklim. Oleh hal demikian, kemahiran memahami dan mengingat kejadian empat musim
merangkumi bidang interpersonal dan bidang maklumat yang perlu dikuasai oleh pelajar ketika
proses pengajaran dan pembelajaran formal di kelas. Antara contoh hasil pembelajaran yang perlu
dicapai adalah seperti pelajar akan dapat mengingat maklumat seperti tarikh-tarikh berlakunya
kejadian empat musim. Pelajar akan memahami dan mengenal pasti negara-negara yang
mengalami jenis musim pada waktu yang berbeza. Pelajar akan dapat memahami dan mengetahui
garisan-garisan yang terlibat ketika berlakunya kejadian empat musim serta jumlah penerimaan
cahaya matahari pada sudut dan bacaan yang berbeza. Oleh hal demikian, sebagai guru, kita perlu
mengembangkan potensi pelajar selaras dengan Matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
agar dapat membentuk insan pelajar yang seimbang. Selain itu, guru juga perlu memupuk minat
dan sikap positif terhadap pembelajaran pelajar dengan memperkenalkan pendekatan
pembelajaran secara komprehensif dan strategi belajar kejadian empat musim yang mudah di
samping berusaha meningkatkan kemahiran pelajar di dalam memahami dan mengingat maklumat
berkaitan topik dan subtopik yang di ajar.

OBJEKTIF KAJIAN

a. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan penggunaan teknik


yang sesuai, mudah, dan betul.
b. Memudahkan pelajar memahami dan mengingat fakta-fakta penting yang terlibat di
dalam topik
c. Merangsang tahap kognitif, kinestetik, psikomotor dan pembelajaran afektif pelajar.
METODOLOGI KAJIAN

Dalam pelaksanaan kajian ini. Ujian pra diberikan kepada pelajara untuk mengukur tahap
penguasaan pelajar dalam topik kejadian empat musim. Tindak balas pelajar di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran turut dilaksanakan dimana aktiviti dijalankan secara gamifikasi
menggunakan Telemusim yang mengandungi semua fakta penting mengenai kejadian empat
musim bagi merangsang psikomotor, kinestetik, kognitif dan afektif . Selepas aktiviti gamifikasi
dilaksanakan, kajian diteruskan dengan mengadakan ujian pasca bagi melihat keberkesanan
telemusim dalam pembangunan kognitif pelajar serta mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam
topik kejadian empat musim.

TEORI KAJIAN

Kajian ini menggunakan ‘Teori Pembelajaran Kognitif’ berpandukan ‘Pendekatan Berfokus’ yang
ditekankan dalam kejadian empat musim. Penggunaan bahan rangsangan yang berbentuk
telemusim beroda yang sebagai bahan bantu mengajar adalah berdasarkan Teori Kognitif
Behaviorisme dan Teori Gestalt. Berdasarkan Teori Kognitif Behaviorisme, manusia menyedari
bahawa rangsangan akan menyebabkan gerak balas. Oleh hal demikian, manusia sentiasa melihat
rangsangan sebagai sesuatu yang perlu diberi tindakan menurut perspektif yang sesuai berdasarkan
persepsi, pengalaman, persekitaran atau apa sahaja yang berkaitan. Hal ini bermakna, tingkah laku
manusia adalah berasaskan pengetahuan atau pemikiran mereka tentang sesuatu situasi
(rangsangan) yang menyebabkan sesuatu perubahan tingkah laku akan berlaku. Oleh itu, dalam
situasi kajian ini rangsangan berlaku apabila guru mengemukakan soalan mengenai kejadian empat
musim dan pelajar bertindak balas mencari jawapan dengan bantuan bahan bantu mengajar iaitu
telemusim.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 : Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos


Berdasarkan Jadual 1 di atas, kajian menunjukkan bahawa pelajar memperoleh keputusan yang
sangat tidak memuaskan pada peringkat ujian pra, setelah pelajar bermain secara gamifikasi
menggunakan Telemusim yang mengandungi semua fakta penting mengenai kejadian empat
musim, analisis ujian pelajar meningkat secara seratus peratus selepas ujian pasca diberikan
kepada mereka.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian secara serius kerana boleh
memberi kesan terhadap kemahiran pelajar mengingat fakta mengenai kejadian empat musim.
Seandainya pelajar mengalami masalah dalam proses mengingat fakta berkaitan, maka ianya
mampu menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar dalam topik kejadian empat musim. Guru
seharusnya peka terhadap masalah pembelajaran pelajar dan berusaha untuk mengatasinya dengan
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu Pendekatan berfokus
yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran guru mengenai kejadian empat musim
dengan menggunakan alat bantu mengajar yang dipanggil Telemusim diharap mampu
meningkatkan pencapaian pelajar dalam ujian dan peperiksaan dalam mata pelajaran Geografi.

RUJUKAN

Book with one author:


Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Penulis : Kang Chai Yoeng, Zulkipli bin Ismail, Rajanderan
Subramaniam

Journal article:
Hubungan variasi musim dengan kejadian preeklampsia di RSUP Dr. Sardjito, Yogyakarta,
1999-2003

Gerak Bumi dan Bulan, Agus Fany Chandra Wijaya, DIGITAL LEARNING LESSON STUDY
JAYAPURA.

Dasar-Dasar Ilmu Falak Dan Tataordinat: Bola Langit dan Peredaran Matahari, Abbas Fadil

A publication in press:
Kejadian Empat Musim, Pressreader, Maria Uffa Zulkafeli

You might also like