Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PENDAFTARAN KP29 – 05.12.

2019 (SESI I)

1. Tiga buah raga boleh memuatkan 91.5kg rambutan. Nisbah perbandingan berat purata satu raga buah rambutan
kepada satu raga buah betik ialah 1:2. Berapakah berat bagi 2 raga buah betik tersebut?

A) 30.5kg
B) 61kg
C) 91.5kg
D) 122kg

2. Sehelai kertas berbentuk bulatan dipotong kepada 16 bahagian yang sama besar. Berapakah jumlah nilai sudut
sektor (dalam unit darjah (°)) untuk 6 bahagian kertas tersebut?

A) 2.67
B) 135
C) 22.5
D) 225

3. Sebuah segi empat tepat mempunyai ukuran panjang 55.5m dan lebar 31.5m. Berapakah bilangan minimum
bulatan berdiameter 1.5m yang boleh memenuhi permukaan segi empat tepat tersebut?

A) 776
B) 777
C) 1165
D) 1166

4. 12 buah raga dimuatkan dengan buah rambutan sehingga penuh. Kebarangkalian terdapat buah rambutan yang
rosak ialah 1/75 iaitu sebanyak 3 biji dalam setiap sebuah raga. Berapakah bilangan keseluruhan buah rambutan
yang elok dalam 12 buah raga tersebut?

A) 2700
B) 2664
C) 900
D) 225

5. Nisbah bagi bilangan permukaan berwarna ungu kepada permukaan berwarna kuning bagi sebuah kubus ialah
1:2. Jika luas bagi satu permukaan kubus itu ialah 36cm², berapakah jumlah keseluruhan luas (dalam unit cm²)
permukaan kubus yang berwarna kuning?

A) 72
B) 108
C) 180
D) 144

6. Nilai integer terbesar bagi R yang memuaskan ketaksamaan R/5 > 15 + 3R ialah

A) -1.2
B) -5
C) -5.375
D) -6
7. Sebiji botol berbentuk silinder mempunyai ketinggian 25cm dipenuhi dengan gula-gula. Jika 5/12 daripada
bilangan gula-gula di dalam botol itu berjumlah 65 biji. Berapakah bilangan kesemua gula-gula tersebut?

A) 156
B) 325
C) 677
D) 780

8. Linda bermain badminton 4 hari berturut-turut dalam tempoh masa purata 1 jam 45 minit sehari. Berapakah
tempoh masa keseluruhan Linda bermain badminton dalam 4 hari tersebut?

A) 4 jam 45 minit
B) 5 jam
C) 6 jam 20 minit
D) 7 jam

9. 5 mililiter air di dalam sebuah mangkuk boleh tersejat dalam tempoh 3 minit apabila di letakkan di tengah
padang pada waktu tengah hari. Berapakah masa yang diambil untuk 1/2 daripada 150 mililiter air akan tersejat di
dalam mangkuk dan situasi yang sama?

A) 15 minit
B) 25 minit
C) 45 minit
D) 75 minit

10. Syamsul mempunyai sebuah tabung berisi wang yang jumlahnya bernilai RM355. Terdapat 20 helai wang 5
ringgit, 236 keping wang syiling 50 sen dan selebihnya wang syiling 20 sen. Berapakah jumlah kepingan wang
syiling 20 sen?

A) 137
B) 274
C) 548
D) 685

11. Titik koordinat yang manakah berada pada garis lurus Y = X + 9?

A) (2,13)
B) (4,11)
C) (3,12)
D) (5,10)

12. {150, 165, 180, P, 210, Q, 240}. Apakah P/Q?

A) 3/5
B) 13/15
C) 7/9
D) 19/22

13. Terdapat 552 biji buah rambutan bercampur buah pulasan di dalam sebuah raga. 69 biji adalah rambutan
merah, 138 biji adalah rambutan kuning dan selebihnya buah pulasan. Berapakah bahagian bilangan buah
pulasan?

A) 5/6
B) 3/5
C) 5/8
D) 2/3
14. Sebuah bekas mengandungi 1,200 biji buah rambutan dan akan dibahagikan kepada Ali, Azmi dan Ahmad
mengikut nisbah 7:5:3. Berapakah bilangan buah rambutan bagi bahagian yang paling kecil?

A) 30
B) 80
C) 160
D) 240

15. Harga sepasang kasut sukan adalah lebih 65% daripada harga sebuah beg galas. Jumlah harga kedua-dua
barang tersebut ialah RM424. Berapakah jumlah harga bagi tiga pasang kasut sukan dan dua beg galas tersebut?

A) RM1,112.00
B) RM1,123.60
C) RM1,212.50
D) RM1,272.00

16. Berapakah tempoh masa perjalanan bagi sebuah bas yang menuju ke destinasi sejauh 534.8km jika dipandu
dengan kelajuan purata 95.5km/j?

A) 5 jam 06 minit
B) 4 jam 30 minit
C) 5 jam 36 minit
D) 4 jam 56 minit

17. Rahim memulakan perjalanan pada pukul 6.45 am menuju ke destinasi yang jauhnya 350km dengan kelajuan
purata 80km/j. Pukul berapakah dia akan sampai ke destinasi itu?

A) 11.08am
B) 11.15am
C) 11.18am
D) 11.20am

18. Hisham menjual rambutan dengan harga RM4.00 sekilogram. Bagi pelanggan yang membeli lebih daripada
10kg, harga yang akan ditawarkan ialah RM3.80 sekilogram. Suatu hari Razak membeli 30kg dan 35 orang
pelanggan yang lain membeli purata 3kg rambutan seorang daripada Razman. Berapakah hasil jualan yang
diperolehi pada hari itu?

A) RM114.00
B) RM420.00
C) RM534.00
D) RM513.00

19. Jumlah penduduk di sebuah taman perumahan ialah 5,760 orang. Jumlah penduduk yang berumur lebih 55
tahun ialah 32.5% daripada jumlah tersebut. Berapakah bilangan penduduk yang berumur 55 tahun dan ke bawah?

A) 3,859
B) 1,872
C) 3,888
D) 1,843

20. Sebuah balang mengandungi 68 guli biru, 136 guli kuning dan beberapa guli merah. Berapakah bilangan guli
merah jika kebarangkalian guli itu dipilih secara rawak ialah 1/7?

A) 29
B) 34
C) 42
D) 56

You might also like