Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK KAMPUNG LUAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
TEL/FAX : 085-434759
E-MAIL: pibg.skkpgluak@gmail.com

RUJ. KAMI : JPS(W)/SKKL(PERH)/153/09/04/01


TARIKH : 22 JANUARI 2020
KEPADA :
PEJABAT JKR BAHAGIAN MIRI,
MENARA 2, LOT 3510, KOMPLEKS ISLAM SARAWAK,
JALAN PUJUT, 98000 MIRI,
SARAWAK, MALAYSIA

Tuan/Puan

PERMOHONAN MEMINJAM 1 BUAH KHEMAH BERSAIZ 20X20, 25 BUAH KERUSI


PLASTIK DAN 3 BUAH MEJA PANJANG BERSEMPENA SK LUAK RUN 2020 SEKOLAH
KEBANGSAAN KAMPUNG LUAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sekolah Kebangsaan Kampung Luak akan mengadakan SK Luak Run 2020 seperti ketetapan
berikut :

TARIKH : 29 MAC 2020 (AHAD)


MASA : 5.45 A.M. – 8.00 A.M. (6.30 A.M. FLAG TIME)
TEMPAT : MARINA PARKCITY, MIRI

3. Oleh hal demikian, pihak sekolah memerlukan 1 buah khemah bersaiz 20x20, 25 buah kerusi
plastik dan 3 buah meja panjang dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Miri untuk menjayakan
program ini.

4. Oleh kerana program diadakan pada awal pagi 29 Mac 2020, maka pihak kami amat berharap
agar pihak JKR Miri boleh meminjamkan kelengkapan tersebut pada petang 28 Mac 2020 (Sabtu).
Pihak sekolah akan menghantar dua orang wakil guru untuk menjaga kelengkapan tersebut sepanjang
malam untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

5. Besar harapan kami agar pihak tuan / puan boleh meminjamkan kelengkapan di atas untuk
melancarkan lagi perjalanan program kami. Sebarang maklum balas boleh berhubung dengan Encik
Zainal bin Hazmi, selaku Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan
Kampung Luak di talian 012-6025896 atau sekolah di talian 085-434759.

Kerjasama daripada pihak tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(EN. MOHD AZRUL ASRAFF BIN ABDULLAH)


YANG DIPERTUA,
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG),
SK KAMPUNG LUAK, MIRI.

s.k : Fail Timbul

You might also like