Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT ASET KALI PERTAMA 2019

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru pada Mesyuarat Jawatankuasa


Pengurusan Aset Alih Kerajaan kali pertama hari ini dan memulakan mesyuarat dengan meminta
semua yang hadir membaca Ummul Kitab.

1.2 Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menerangkan
tentang Dasar Pengurusan Aset Kerajaan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih
Kerajaan peringkat sekolah bagi tahun 2015.

(Pengerusi

2. Perlantikan AJK Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2015

2.1 Membentangkan AJK Pengurusan Aset Alih Kerajaan Sekolah Kebangsaan Gelok 2015
seperti berikut :

Penasihat : Puan Puziah Ani Binti Mansor

Guru Besar Sek. Keb. Gelok.

Pengerusi : Puan Hajah Jamaliah binti Alang Ibrahim

PK Pentadbiran

Guru Aset : Pn. Noor Azihan binti Sulaiman

AJK :

1. Puan Puziah Ani Bt Mansor Guru Besar

2. Pn Hjh Jamaliah Bt. Alang Ibrahim PK Pentadbiran


2.2 Edaran bahan tentang Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (Rujuk Edaran)

Tajuk : Dasar Pengurusan Aset Kerajaan.

(Semua guru)

3. Pengurusan Harta Modal dan Inventori

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Harta Modal bermaksud Aset Alih yang harga perolehan
asalnya RM1,000.00 dan ke atas setiap satu atau Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan
secara berjadual merujuk kepada aset yang memerlukan penyelenggaraan seperti yang telah
disyaratkan dalam manual / buku panduan pengguna.

(Makluman)

3.2 Inventori pula bermaksud Aset Alih yang harga perolehaan asalnya kurang daripada
RM1,000.00 setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual. Bagi perabot, hamparan,
hiasan, langsir dan pinggan mangkuk pula tidak perlu mengambilkira harga perolehan asal.

(Makluman)

3.3 Pengerusi memaklumkan semua Harta Modal dan Inventori didaftarkan dalam kad dengan
segera agar tidak berlaku kehilangan. Tempoh yang ditetapkan bagi pendaftaran Aset Alih mengikut
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 adalah 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.
Rekod Harta Modal adalah pada KEW.PA-2 dan Inventori pada KEW.PA-3.

(Makluman)

4. Hal-hal lain

4.1 Pengerusi menjelaskan tentang tanggungjawab guru-guru stok untuk melaksanakan


tugasan yang diberi dengan sebaiknya.
4.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa kunci setiap bilik di bangunan sekolah mestilah
mempunyai salinan di pejabat.

(Semua Guru)

5. Penutup

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan
berharap agar semua Ahli Mesyuarat memberi kerjasama dalam menjaga kecemerlangan urusan
Aset Alih sekolah untuk memberi imej yang baik kepada sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

You might also like