Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROGRAM PENDIDIKAN- PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI

INISIATIF #62: PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI


DALAM EKOSISTEM SEKOLAH

1. Anjakan 9: Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) menyatakan bahawa hasrat murni
Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran
dalam komuniti. Ekosistem pembelajaran pada abad ke-21 telah mengubah konsep
pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system)
yang lebih luas cakupannya.

2. Pernyataan dasar- Pelibatan ibu bapa dan komuniti secara aktif dalam pembangunan
akademik adalah untuk meningkatkan proses pembelajaran, keberhasilan murid dan
secara menyeluruh dapat meningkatkan prestasi akademik murid dan sekolah.

3. Strategi pelaksanaan:
a. Meningkatkan pelibatan ibu bapa secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah.

b. Meningkatkan pelibatan dan jalinan pintar antara ibu bapa dengan pihak
sekolah bagi pembangunan sahsiah dan disiplin murid secara menyeluruh
melalui kerjasama dengan komuniti serta agensi tempatan seperti RELA,
JKKK, PDRM dan lain-lain lagi.

c. Memantapkan peranan Kumpulan Penggerak Ibu bapa dan Komuniti


Kebangsaan (KPIBKK) serta Jurulatih Utama PIBK bagi memberi kesedaran
kepada ibu bapa dan komuniti melibatkan diri dengan memberi sumbangan
berbentuk kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing membantu
pihak sekolah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

d. Memperluas promosi kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pelibatan


mereka membantu pihak sekolah melalui media massa dan media cetak.

4. Punca kuasa

a. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melalui Anjakan


ke-9, iaitu bekerjasama dengan ibu bapa dan komuniti secara meluas

You might also like