Minit Mesyuarat Moral 1 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL KALI -1 TAHUN 2020

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELUTONG

Tarikh : 06.01.2020 (Isnin)


Masa : 1.30- 2.30 petang
Tempat : Pepustakaan SMKJ

Kehadiran :

BIL NAMA JAWATAN


1 Cik. Rozita bt Abdul Rasip Ketua Bidang Kemanusiaan
2 Pn. Devi Serkaran Ketua Panitia Pendidikan Moral
2 Pn. Cheah Ai Jun Guru Mata pelajaran
3 Pn. Tiong Siew Hie Guru Mata pelajaran
4 Pn. Anichamalar Guru Mata pelajaran
7. Cik. Wan Norziana bt Yaacob Guru Mata pelajaran

Tidak Hadir :

1. Cik. Tiang Guru Mata pelajaran Alasan - Urusan rasmi


2. Pn. Fatin Nabilah Guru Mata pelajaran Alasan - Urusan rasmi

1. Ucapan Pengerusi:
1.1 Pn. Devi selaku ketua panitia Pendidikan Moral mengucapkan terima kasih atas kesudiaan
menghadiri mesyuarat panitia yang pertama bagi sesi 2020.
Tindakan: Makluman

2. Taklimat Guru Kanan Kemanusiaan


2.1 Cik. Rozita selaku Guru Kanan kemanusiaan mengucapkan terima kasih kerana diberi ruang untuk
menyampaikan taklimat beliau. Guru kanan juga mengingatkan gur-guru agar melaksanakan
tanggungjawab mengikut SOP yang telah ditetapkan. Guru Kanan turut menggalakkan guru-guru
agar sentiasa menerapkan amalan Gusto dalam Pdpc guru.
Tindakan: Makluman

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


3.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral keempat :
Cadangan : Pn. Anichamalar
Disokong : Pn. Tiong Siew Hie
Tindakan: Makluman

4. Perkara Berbangkit dan Maklum Balas Minit Mesyuarat


4.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.
Tindakan: Makluman
5. Persediaan Pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2020
5.1 Buku Rekod Mengajar
Guru-guru diminta melengkapkan buku rekod masing-masing sebelum 31 Januari 2020.
Penyemakan Buu Rekod Mengajar akan dilakukan oleh pihak pentadbir bermula 31 Januari 2020.
Buku Rekod yang lengkap harus disertakan dengan Rancanagan Pengajaran Tahunan serta DSKP
atau Huraiaan Sukatan Mata Pelajaran bagi setiap subjek yang diajar, butir-butir peribadi, surat
aku janji serta rekod mata pelajaran yang diajar.
Tindakan : Semua Guru

5.2 Sukatan Pelajaran / Rancangan Pelajaran Tahunan


Pengerusi memaklumkan bahawa rancangan pelajaran tahunan dan sukatan pelajaran akan
disediakan oleh Penyelaras Tingakatan masing-masing Guru yang bertanggungjawab menyediakan
RPT bagi setiap tingkatan perlu mengedarkannya kepada guru mata pelajaran sama ada dalam
bentuk ‘soft copy’ atau bercetak Berikut merupakan penyelaras tingkatan yang bertanggungawab
dalam menyediakan RPT :

Nama Tingkatan
Pn. Devi Serkaran Tingakatan 5
Pn. Tiong Siew Hie Tingkatan 4
Pn. Cheah Ai Jun Tingakatan 3
Cik. Wan Norziana Tingkatan 2
Pn. Fatin Nabilah Tingkatan 1

Tindakan: Penyelaras Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran

5.3 Penetapan Jumlah Buku Latihan dan Jumlah Latihan


Setelah berbincang dengan ahli panitia, Pn. Devi Serkaran menetapkan bahawa dua buku pendek
akan digunakan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Buku tersebut digunakan sebagai buku nota
dan latihan. Walaubagaimanapun, bagi kelas terakhir atau lemah, penggunakan hanya satu buku
pendek masih dibenarkan. Setelah perbincangan, ketua panitia mencadangkan agar pelajar diberi
sekurang-kurangnya dua latihan bagi seminggu dan dipersetujui oleh ahli panitia. Pn. Devi turut
mencadangkan agar unsur KBAT diterapkan dalam latihan yang diberikan kepada pelajar.
Tindakan: Guru Mata Pelajaran

5.4 Penggubalan Soalan Peperiksaan dan Ujian


Penggubal soalan ujian dan peperiksaan Pendidikan Moral bagi tahun 2020 adalah seperti berikut :

Ujian 1 PPT PAT / Pep.Percubaan


Tingkatan 1 En. Chen Choo Keong Cik. Tiang En. Chen Choo Keong
Tingkatan 2 Cik. Wan Norziana Cik. Wan Norziana Cik. Wan Norziana
Tingakatan 3 Pn. Anichamalar Pn. Cheah Ai Jun Pn. Anichamalar
Tingkatan 4 Pn. Tiong Siew Hie Pn. Tiong Siew Hie Pn. Tiong Siew Hie
Tingkatan 5 Pn. Devi Serkaran Pn. Devi Serkaran Pn. Devi Serkaran

Guru-guru harus peka terhadap tarikh peperiksaan dan menghantar kertas soalan kepada unit
peperiksaan mengikut jajaran masa yang telah ditetapkan. Penyediaan kertas soalan perlu
mengikut JSI yang ditetapkan dan akan dimaklumkan kepada guru dari semasa ke semasa. Guru
penggubal soalan perlu menghantar kertas soalan, JSU serta JSI soalan kepada ketua panitia untuk
difailkan.
Tindakan: Semua penggubal soalan

5.5 Penyemakan Buku Latihan


Guru-guru Pendidikan Moral diingatkan untuk menyemak semua latihan pelajar dengan teliti dan
guru-guru diminta menyemak buku pelajar sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Pencerapan buku
latihan pelajar akan dilakukan oleh pihak pentadbir mengikut jajaran masa yang telah ditetapkan
dalam takwim sekolah.
Tindakan: Makluman

2
6. Pendidikan Abad Ke 21 dan Amalan Gusto
6.1 Selaras dengan matlamat Kementerian dan amalan Gusto sekolah, guru-guru diingatkan agar
sentiasa mengamalkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dalam kelas. Beberapa aktiviti boleh
dirancang oleh guru untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam Pdpc. Antara contoh aktiviti
yang boleh dirancang ialah :
1. Fan-N-Pick
2. Hot Seat
3. Gallery Walk
Peta I- think
Tindakan : Makluman

7. Kurikulum KSSM/KBSM
7.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa kita masih menggunakan sistem KBSM untuk tingakatan 5.
Manakala tingkatan 1-4 telah meggunakan KSSM. Guru-guru, khasnya guru mata pelajaran
tingkatan 4 diingatkan agar lebih peka dan merancang Pdpc mengikut suktan terbaru. Guru-guru
juga diingatkan dengan pelaksanaan PBD dari tingkatan 1-4.
Tindakan: Makluman

8. Pencerapan Pdpc
8.1 Pencerapan guru oleh penilai masing-masing akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu penggal 1 dan
penggal 2. Guru perlu merujuk kepada penilai masing-masing untuk sebarang tindakan lanjut.
Tindakan: Makluman

9. LDP Panitia
9.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa latihan dalam perkhidmatan atau PLC bagi ahli panitia Moral
akan diadakan dari semasa ke semasa sebagai suatu sesi perkongsian ilmu dalam kalangan ahli-ahli
panitia. LDP panitia yang pertama akan diadakan pada awal bulan Februari. Tempat dan tarikh akan
dimaklumkan kepada semua ahli setelah ditetapkan.
Tindakan: Makluman

10. Pengurusan Kewangan Tahun 2020


10.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa duit PCG panitia bagi tahun 2019 telah habis digunakan.
Penggunaan duit PCG panitia bagi tahun 2020 dirancang untuk tujuan berikut :
1. Pembelian ABM
2. Bulan Kemanusiaan
3. Sambutan Bulan Kemerdekaan
Program Khidmat Masyarakat
Ketua panitia juga mengalu-alukan sebarang cadangan pembelian ABM untuk tahun 2020 agar
pembelajaran yang lebih kodusif dapat dijalankan.
Tindakan: Ketua panitia

11. Penerapan Nilai Sivik dalam Mata Pelajaran Pendidikan Moral


11.1 Semua ahli panitia diingatakan agar melakukan penerapan nilai sivik dalam Pdpc. Setiap guru
mata pelajaran diwajibkan melakukan penerapan nilai dalam minggu keempat setiap bulan bagi
satu kelas yang telah dipilih. Guru-guru mata pelajaran diminta menyerahkan jadual penerapan
nilai bagi kelas masing-masing kepada ketua panitia.
Tindakan : Guru Mata Pelajaran

12. Kajian Tindakan


12.1 Ahli panitia dimaklumkan bahawa panitia pendidikan moral diwajibkan untuk melakukan kajian
tindakan sebanyak dua kali sepanjang tahun 2020. Guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk
melakukan kajian tindakan adalah seperti berikut :
Penggal Satu - Pn. Devi Serkaran
Penggal Dua - Cik. Wan Norziana
Tindakan :Guru Berkenaan

3
11. Hal-hal Lain
11.1 Tiada
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................................ .......................................................................
(PN. CHEAH AI JUN ) (CIK. ROZITA BT ABDUL RASIP )
Setiausaha Panitia Pendidikan Moral SMKJ Ketua Bidang Kemanusiaan SMKJ

You might also like