Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ANJUS YUSSALLY


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : JABATAN ILMU PENDIDIKAN
(c) Kumpulan Perkhidmatan :
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


DARI LEMBAH KE PUNCAK
1. Tajuk Buku:

2. Pengarang: GHAZALI LATEH

3. Tahun
diterbitkan: 2009

4. Diterbitkan oleh:
CERDIK PUBLICATIONS SDN. BHD
Novel “Dari Lembah Ke Puncak” adalah sebuah novel ciptaan Ghazali
5. Sinopsis Buku
Lateh yang diterbitkan oleh Cerdik Publications Sdn. Bhd pada tahun
Yang Dibaca:
2009. Novel ini pernah menjadi teks wajib kepada pelajar-pelajar yang
mengambil bidang Kesusateraan Melayu di Tingkatan 5.

Novel “Dari Lembah Ke Puncak” ini mengisahkan tentang kegigihan


dan kecekalan seorang anak muda bernama Jalil yang mempunyai
semangat juang yang tinggi untuk menunaikan tanggungjawab dan
amanah bagi mendapatkan kembali hak milik tanah pusaka
ayahnya yang telah dijual oleh ibunya

Jalil merupakan pelajar Tingkatan 5. Beliau telah melalui pelbagai


pahit getir selepas bapanya, Pak Teh meninggal dunia. Ibunya
seorang wanita kampung yang selalu bertindak mengikut fikirannya
tanpa memikirkan kesan dan akibat tindakannya itu. Kisah cerita ini
bermula, apabila Biah, seorang gadis dari Kampung Bukit Nibung,
di Bukit Jenun melarikan diri selepeas ditunangkan. Penduduk
Kampung Bukit Nibung gempar apabila mendakwa Biah dilarikan
oleh Muhsin, iaitu abang Jalil. Sejak itu, Mak Teh menjual tanah
bendang dan Tanah pusaka peninggalan Pak Teh kepada sepupu
Pak Lang Ali. Pak Lang Ali mengambil kesempatan atas situasi
yang berlaku kepada Mak Teh. Pak Lang Ali menjual tanah bendang
Mak Teh sebanyak 5 relong kepada sepupunya Pak Amat di Guar
Chempedak dengan harga RM10 ribu sedangkan dia membayar
kepada Mak Teh dengan harga RM5 ribu. Oleh kerana terdesak
Mak Teh menjual dengan harga murah kerana dia hendak
menghapuskan keaiban yang dilakukan oleh anak lelaki
kesayangannya dan menghilangkan malu dengan orang kampung.

Mak Teh menumpang di rumah sepupunya Pak Long Ayob. Jalil


tidak mahu mengikut ibunya berpindah kerana dia hendak
meneruskan pelajaran. Dugaan pertama yang dihadapi oleh Jalil
ialah ibunya telah merobohkan rumahnya dan semua kayu
rumahnya dibawa ke Guar Chempedak kerana hendak didirikan
rumah baru di Bagan Lalang. Jalil terpaksa mendirikan dangau
untuk beliau berteduh. Dengan kudrat yang ada, Jalil cuba
mengusahakan tanah arwah bapanya dengan berbincang semula
dengan pembeli tanah itu, Pak Amat. Jalil berjanji dia akan
pulangkan duit RM10,000 kepada Pak Amat dalam masa 10 tahun.
Detik-detik kesukaran yang dilalui oleh Jalil ialah semasa diganggu
oleh Kudin, abang Biah dan semasa dia hendak membayar yuran
peperiksaannya. Jalil juga dipulaukan oleh penduduk kampung
kerana perbuatan abangnya Muhsin. Namun, Latifah anak Pak
Lang Ali menjadi penyelamat kepada kehidupan Jalil. Latifah ketika
itu dalam tingkatan 3 amat menyanjungi keketanlan semangat juang
Jalil. Latifah juga yang memujuk ayahnya agarnya membantu Jalil
membayar yuran peperiksaan SPM.

Selepas membayar yuran itu, Jalil menyerahkan resit yurannya agar


disimpan oleh Latifah sebagai bukti dia telah membayar yuran
kepada gurunya. Latifah juga membantu Jalil semasa kakinya luka
ketika menanam padi dalam petak sawahnya kerana Kudin telah
dengan sengaja melemparkan kaca di dalam bendangnya. Selepas
peperiksaan SPM, Jalil meninggalkan kampung halamannya
dengan berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tanahnya itu sudah jadi
milik orang. Namun, Pak Amat membiarkan Jalil mengusahakan
tanah sawahnya sendiri. Semasa Jalil mahu ke Kuala Lumpur dia
memajak padinya yang baru menguning kepada Ah Bee sebanyak
RM400. Dengan duit itu, Jalil membeli tiket keretapi ke Kuala
Lumpur. sebelum pergi ke KL, Jalil telah membeli batu nisan untuk
diletakkan di kubur ayahnya di kedai Hameed dengan harga RM15.
Di Kuala Lumpur Jalil bertemu dengan Abang Joe di Pasar Budaya
dan seterusnya dia bekerja dengan Abang Joe. Abang Joe
beruntung kerana Jalil mahir melukis. Selepas itu, mereka
mengusahakan projek dengan menghantar lukisan ke hotel-hotel.

Kejayaan yang diperoleh oleh Jalil tidak berhenti di situ kerana dia
mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia melanjutkan
pelajaran di UPM dalam bidang Lanskap. Jalil belajar sambil bekerja
dengan Abang Joe. Akhirnya mereka menubuhkan Syarikat Alam
Hijau. Syarikat Jalil berkembang sehinggalah mereka membina
empayar perniagaan berasaskan landskap dan dekorasi. Semasa
temuduga pegawai akaun, Jalil bertemu semula dengan Latifah
setelah berbelas tahun dia meninggalkan Kampung Nibung.
Akhirnya Jalil dan Joe telah melancarkan Projek Taman Tema
Kampung Nibung. Latifah menjadi pendorong dan inspirasi
kehidupan Jalil telah membantu Jalil mendapatkan kepercayaan
orang kampung untuk menjual tanahya mereka kepada Jalil.
Akhirnya kesengsaraan hidup Jalil dalam usaha menebus semula
tanah pusaka ayahnya berbaloi.

6. Manfaat/
pengajaran yang Seperti juga tulisan Ghazali Lateh, “Dari Lembah Ke Puncak” penuh
diperoleh
dengan pelajaran tentang hidup. Gambaran perjuangan anak muda
daripada buku
yang dibaca: iaitu Jalil harus dijadikan teladan kerana kecekalan dan ketabahannya
dalam menghadapi liku-liku kehidupan sehinggalah berjaya mencapai
kejayaan. Kemisikinan juga tidak seharusnya dijadikan alas an untuk
tidak Berjaya, walhal ia seharusnya dijadikan sebagai pembakar
semangat untuk terus berjaya.

7. Tandatangan:

You might also like