Minit Mesyuarat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAMPIRAN C

MINIT MESYUARAT
“PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA, GURU DAN PELAJAR TAHUN 6”

TARIKH : 12/05/2018 (Sabtu)


MASA : 8.00 – 1.00 petang
TEMPAT : Pejabat Komuniti pelajar PACE, Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur
PENGERUSI : Masrina Binti Hudri
KEHADIRAN : Bilangan kehadiran 24 orang

AGENDA MESYUARAT

1.0 ALUAN PENGERUSI


Yang berusaha Pengerusi Masrina Binti Hudri memulakan mesyuarat dengan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan memaklumkan tentang
pentingnya program yang akan dijalankan mahasiswa sebagai pelaksana program.

2.0 PERKARA BERBANGKIT


i. Cadangan menamakan program sebagai “Program Permuafakatan Ibu Bapa, Guru
dan pelajar tahun 6”.
-Seorang ahli bertanya akan kesesuaian nama program berkenaan untuk dipakai
bagi program yang akan dilaksanakan. Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

3.0 PERBINCANGAN PROGRAM


(a) Mesyuarat mengambil maklum:
i. program akan dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya,
Lorong Masjid 1 (3/69-1), 46000 Petaling Jaya, Selangor.
ii. berkenaan kekurangan wang yang disediakan pihak Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE)

1
iii. cadangan jawatankuasa untuk meminta bantuan dari Pusat Kokurikulum
bagi menampung perbelanjaan.

(b) Mesyuarat bersetuju:


i. dengan cadangan program dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan
Petaling Jaya, Lorong Masjid 1 (3/69-1), 46000 Petaling Jaya, Selangor
kerana berdekatan dengan kumpulan peserta sasaran.
ii. dengan cadangan supaya jawatankuasa meminta bantuan daripada Pusat
Kokurikulum bagi menampung perbelanjaan.

4.0 PENGISIAN PROGRAM


(a) Mesyuarat mengambil maklum:
i. cadangan agar program dijalankan di Dewan Serbaguna Petaling Jaya
kerana dewan tersebut lebih besar.
ii. cadangan agar semua peserta dibekalkan dengan alat tulis, buku nota serta
bahan-bahan lain untuk sepanjang program.
iii. cadangan diadakan kuiz soalan dihujung program dan hadiah disediakan.

(b) Mesyuarat bersetuju:


i. cadangan program dijalankan di Dewan Serbaguna Petaling Jaya ditolak
kerana kadar sewaan yang tinggi.
ii. cadangan supaya alat tulis dan buku nota memohon tajaan pihak PACE.
Bahan-bahan lain yang perlu boleh dibeli.
iii. cadangan diadakan kuiz terpulang kepada pihak pembentang.

4.0 HAL-HAL LAIN


i. Mesyuarat bersetuju bekerjasama dengan guru-guru Sekolah Kebangsaan Petaling
Jaya untuk menjayakan program.
ii. Mesyuarat bersetuju supaya dilantik seorang penyelaras daripada pihak Sekolah
Kebangsaan Petaling Jaya untuk memudahkan perhubungan.

2
5.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada
pengerusi.

Disediakan oleh: Tarikh: 30/05/2018

………………...
(PAVITRA A/P SUNDRALINGAM)
Setiausaha “Program Permuafakatan
Ibu Bapa, Guru dan pelajar tahun 6”

You might also like