Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PATIKANG LAUT

PETI SURAT 397


89008, KENINGAU
SABAH, MALAYSIA

Rujukan Kami: SKPL/XBA1066/100/1/1


Tarikh: 8 Januari 2020

Jurutera
JKR Keningau
89008 Keningau
Sabah

Tuan

MOHON MEMBUAT PENILAIAN BANGUNAN SEKOLAH SK PATIKANG LAUT

Merujuk perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Guru Besar SK Patikang Laut,
Keningau ingin memohon dari pihak tuan untuk membuat penilaian bangunan sekolah yang lama dan
usang.

2. Untuk makluman pihak tuan, bangunan sekolah kami kurang selamat untuk diduduki oleh
pelajar bagi setiap kali sesi persekolahan kerana bangunan sudah lama dan usang.

3. Pihak sekolah juga melalui guru keselamatan dan pembangunan sekolah, telah menganalisa dan
membuat penelitian tentang masalah tersebut mendapati banyak kayu yang sudah reput dan struktur
tiang bangunan yang sudah sengit.

4. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan ini.

5. Kerjasama dan keperihatinan daripada pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang benar,

(SABILI LASIMON)
Guru Besar,
SK Patikang Laut,
Keningau.
Tel : 087-336916
HP : 019-8724158

You might also like