Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

JALAN SULTAN ABU BAKAR, 26600, PEKAN PAHANG

KERTAS KERJA

MEGA REUNION SHAH PEKAN 0509

“A DECADE GIVE BACK TO SCHOOL”

TARIKH

4 APRIL 2020 (SABTU)

ANJURAN

KUMPULAN ALUMNI PELAJAR SHAH PEKAN

TAHUN 2009

TEMPAT

SHAH PEKAN
KUMPULAN ALUMNI PELAJAR SHAH PEKAN
TAHUN 2009

1.0 NAMA PENGANJUR


Kumpulan Alumni Pelajar SHAH Pekan Tahun 2009

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA


Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan, sokongan dan kerjasama daripada
pihak pentadbiran Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan dalam menganjurkan mana-
mana aktiviti dinyatakan di bawah.

3.0 PENDAHULUAN
Sempena 10 tahun usia Kumpulan Alumni Pelajar Shah Pekan Tahun 2009, kumpulan
penganjur iaitu Kumpulan Alumni Pelajar Shah Pekan Tahun 2009 terpanggil untuk
membalas khidmat dan jasa pihak sekolah dari apa jua segi kemampuan. Program ini
bertujuan utama untuk memupuk kesedaran dalam kalangan Kumpulan Alumni untuk terus
menyumbang kepada pihak sekolah selepas alam persekolahan.

4.0 MATLAMAT
Mengumpulkan seberapa ramai orang Alumni Shah Pekan Tahun 2009 dan melaksanakan
aktiviti tanggungjawab sosial melalui beberapa aktiviti yang dilaksanakan menerusi
program ini.

5.0 OBJEKTIF

7.1 Mengumpul kumpulan pelajar alumni Shah Pekan tahun 2009


7.2 Menyumbang kepada pihak sekolah dalam bentuk perkongsian pengalaman dan
kerjaya kepada kumpulan pelajar fokus
7.3 Menyumbang kepada pihak sekolah dalam bentuk dana kewangan

8.0 TARIKH PELAKSANAAN & TEMPAT

4 April 2020 (Sabtu), sekitar SHAH PEKAN


9.0 FORMAT PELAKSANAAN

9.1 PERKONGSIAN PERJALANAN PENDIDIKAN

Perkongsian dari wakil alumni untuk menerangkan mengenai pilihan laluan


pendidikan selepas tamat pengajian menengah. Intipati perkongsian adalah
gabungan daripada laluan dan pengalaman keseluruhan alumni.

9.2 PERKONGSIAN KERJAYA

Perkongsian oleh beberapa orang alumni yang dipilih dari bidang-bidang utama
industri permintaan, bermula dari perkongsian laluan pendidikan selepas tamat
SPM, perkongsian dalam tugas bidang kerja masing-masing, dan juga perkongsian
pengalaman peribadi dalam kerjaya.

9.3 JAMUAN MAKAN

Jamuan makan secara santai untuk alumni dan guru bagi menghargai komitmen dan
sumbangan yang diberikan sepanjang program berlangsung.

9.4 AKTIVITI RIADAH

Aktiviti riadah ringan melibatkan pelajar, alumni dan guru untuk merapatkan
hubungan silaturahim serta memberi peluang kepada alumni melihat suasana dan
perkembangan sekolah dan asrama.

10.0 PENYERTAAN

10.1 Semua Pelajar Tingkatan 4 & Tingkatan 5

10.2 Kumpulan Alumni SHAH Pekan 2009

11.0 BILANGAN PESERTA

Anggaran 30 orang Kumpulan Alumni SHAH Pekan 2005 – 2009


12.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengarah Program : Muhammad Haziq Bin Salim


Setiausaha : Syed Ahmad Adib Hazim Bin Syed Ab Rahman
Bendahari : Azrul Azri bin Anuar
AJK Penajaan : XXXXXXXXX
AJK Aktiviti : XXXXXXXXX
AJK Makanan : XXXXXXXXX
AJK Publisiti : Amirul Rahim Baharudin
AJK Hadiah : XXXXXXXXX
AJK Tugas Khas : Muhammad Safwan Hakim Bin Ahmad Kamil

13.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti Tempat


8.00 am - -
9.00 am Perkongsian Perjalanan Pendidikan Dewan SHAH
10.00 am Perkongsian Kerjaya Dewan SHAH
11.00 am Perkongsian Kerjaya Dewan SHAH
12.00 pm Jamuan Makan KIV
1.00 pm Jamuan Makan KIV
2.00 pm - -
3.00 pm - -
4.00 pm - -
5.00 pm Aktiviti Riadah – Bola Tampar Court Volley SHAH
6.00 pm Aktiviti Riadah – Bola Tampar Court Volley SHAH
7.00 pm - -
8.00 pm - -
9.00 pm - -
10.00 pm - -
14.0 PERALATAN DAN PENYEDIAAN TEMPAT

Peralatan dan penyediaan tempat yang di pohon daripada pihak sekolah untuk menjayakan
program ini adalah seperti berikut:

i. Dewan SHAH (bersama sistem siaraya)


ii. Projector & papan layar
iii. Gelanggang bola tampar
iv. 2 biji bola tampar

15.0 PENUTUP

Pihak Alumni dari bekas pelajar SHAH PEKAN tahun 2009 mengucapkan ribuan terima
kasih dan penghargaan kepada pihak pentadbiran sekolah atas pertimbangan bagi kelulusan
dan sokongan terhadap program ini. Semoga usaha ini menjadi satu batu loncatan dalam
memupuk semangat bakti bekas pelajar kepada sekolah, di samping mengeratkan ukhwah
antara bekas pelajar dan warga SHAH PEKAN.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................................... ..........................................................
SYED AHMAD ADIB HAZIM MUHAMMAD HAZIQ BIN SALIM
Setiausaha Program, Pengarah Program,
MEGA REUNION SHAH PEKAN 0509 MEGA REUNION SHAH PEKAN 0509
“A DECADE GIVE BACK TO SCHOOL” “A DECADE GIVE BACK TO SCHOOL”

You might also like