Dasar Fiskal Saliza

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

GMGF2033

Dasar Dan Analisis Fiskal

1.0 PENGENALAN

Fungsi pengagihan diserahkan kepada kerajaan pusat disebabkan kerajaan negeri kurang
berkesan untuk mencapai matlamat agihan disebabkan oleh golongan kaya dalam kawasan
kerajaan negeri itu akan berpindah keluar ke kawasan jiran yang lain, manakala golongan miskin
dari kawasan lain akan berhijrah masuk ke kawasan negeri yang mengamalkan programcukai-
subsidi. Kesan akhir daripada program ini ialah kawasan tersebut akan mempunyai golongan
miskin yang rendah pendapatan per kapita mereka, manakala kawasan lain akan mempunyai
golongan kaya yang tinggi pendapatan per kapita. Walaupun semua anggota dalam masyarakat,
termasuk golongan kaya, bersetuju menghapuskan kemiskinan melalui program cukai-subsidi,
namun mereka masih memikirkan cara atau peluang untuk mengelakkan diri daripada menyertai
program itu. Contoh program yang dijalankan oleh kerajaan mengikut fungsi pengagihan adalah
seperti program rasionalisasi subsidi. Subsidi adalah bantuan kewangan disediakan kerajaan bagi
memastikan harga bagi beberapa barangan dan perkhidmatan berpatutan untuk membantu rakyat
Malaysia yang memerlukan barangan dan perkhidmatan berkenaan. Pengurangan subsidi bahan
api dan gula adalah langkah pertama dalam pelaksanaan rasionalisasi berkala yang lebih besar.
Untuk masa akan datang, tambahan dan perubahanyang sepatutnya akan dilakukan terhadap
program subsidi ini. Subsidi terhadap barangan pengguna perlu seperti pendidikan dan kesihatan
akan kekal – subsidi diperkenal bagi membolehkan barangan keperluan utama dan perkhidmatan
boleh didapati pada harga yang berpatutan, selain perkhidmatan kesihatan dan masa depan rakyat
Malaysia. Untuk itu,kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi untuk barangan pengguna yang
penting, termasuk pendidikan dan kesihatan.Kerajaan hanya melakukan rasionalisasi – dengan
pengurangan ini pun, kerajaan tetap membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion pada 2010 terhadap
subsidi.Ini adalah langkah pertama terhadap pelaksanaan berkala terhadap usaha rasionalisasi lebih
besar – untuk masa hadapan, tambahan, berkala dan perubahan sepatutnya akan dilakukan
terhadap rejim subsidi kerajaan bagi memastikan Malaysia dapat mencapai sasaran
pembangunannya dan masih menyediakan keperluan rakyat Malaysia. Program subsidi pada masa
ini menjadi tidak lagi efektif dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukannya –
program subsidi kerajaan menjadi tidak berkesan dalam membantu rakyat Malaysia yang kurang
bernasib baik, dengan terlalu banyak kemudahan mengalir kepada golongan kaya, warga asing dan
perniagaan besar.Ini adalah perkara berkaitan ekonomi fiskal – pengurangan membolehkan

1
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

Malaysia mengurangkan defisit dan mencapai sasaran pembangunan –Malaysia perlu


menguruskan dan mengurangkan defisit. Di waktu kita mempunyai polisi yang tepat untuk
memandu kepada kemajuan, polisi yang membantu kita mencapai pertumbuhan 10.1 peratus pada
suku pertama 2010, kita juga perlu mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai
sumber mencukupi untuk melabur pada masa hadapan.Mengurangkan perbelanjaan membolehkan
pelaburan terhadap masa hadapan Malaysia – perbelanjaan subsidi kita menjadi penghalang bagi
mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Pengurangan dalam
perbelanjaan kerajaan ini membolehkan Malaysia melabur untuk masa hadapannya – bagi
pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pembangunan masyarakat, latihan dan mewujudkan
pekerjaan – pelaburan yang menyediakan kemudahan berterusan untuk generasi kini dan masa
depan. Langkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-
10 – rasionalisasi subsidi adalah satu daripada beberapa langkah dalam Model Ekonomi Baru dan
Rancangan Malaysia ke-10. Dengan melaksanakan langkah ini yang mana seperti dikatakan
Perdana Menteri akan “memperbaiki tahap kompetitif dan kebolehan pasaran... dan akan
memastikan penggunaan sumber yang optimum,” Malaysia sudah mengambil langkah konkrit
terhadap pelaksanaan inisiatif pembaharuan ini.
Dalam dunia yang semakin maju hari ini, bahan api menjadi sumber terpenting dan
strategik untuk pembangunan bagi sesebuah negara negara. Kenaikan harga bahan bakar (HBB)
di pasaran dunia secara langsung akan memberi kesan kepada pembangunan dan perancangan
ekonomi negara pada masa hadapan. Ini menyebabkan kerajaan mengambil langkah dengan
menaikan HBB di pasaran tempatan bagi membendung peningkatan subsidi yang ditanggung oleh
kerajaan. Kerajaan Malaysia telah menyediakan subsidi bahan bakar yang tinggi bagi petroleum,
diesel, gas dan elektrik bagi kegunaan rakyat Malaysia. Pada tahun 2011 dan 2012, kerajaan
Malaysia telah menyediakan subsidi langsung masing-masing sebanyak RM12.2 billion dan
RM17.6 billion manakala pada tahun 2013 kerajaan telah menyediakan subsidi sebanyak RM9
billion. Manakala pada tahun 2014 subsidi bahan bakar adalah sekitar RM9.6 billion. Subsidi yang
disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi bahan bahan bakar untuk tahun 2015 sebanyak RM15.9
billion1. Ini menunjukkan setiap tahun kerajaan telah memperuntukkan berbillion ringgit untuk
menyediakan subsidi bahan bakar bagi kegunaan rakyat Malaysia.

1
Kementerian Kewangan Malaysia. 2013. Laporan Ekonomi 2012/2013.

2
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

Menurut Abidin et al.2, sektor pengangkutan di Malaysia mencakupi sebanyak 40 peratus


daripada penggunaan tenaga di Malaysia yang bergantung terus kepada bahan bakar fosil. Ini
menunjukkan rakyat Malaysia tidak perlu membayar harga sebenar petrol yang lebih mahal untuk
melakukan perjalanan. Penyediaan subsidi menyebabkan pengguna kenderaan bermotor tidak
perlu membayar kos penuh perjalanan, termasuk kesan luaran seperti pencemaran alam sekitar,
kesesakan dan juga kemalangan. Subsidi bahan bakar yang disediakan oleh kerajaan dilihat telah
memacu kepada peningkatan pesat penggunaan kenderaan persendirian di Malaysia. Berdasarkan
beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan HBB telah memberi kesan terhadap
penggunaan kenderaan persendirian seperti kereta. Haire dan Machemehl (2007) menganalisis
hubungan secara statistik antara penumpang pengangkutan awam dan HBB. Kajian menunjukkan
bahawa kenaikan HBB meningkat penggunaan transit di bandar-bandar yang berorientasikan
penggunaan kereta di Amerika. Sementara itu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Currie dan
Phung (2012), mereka merumuskan kesan kenaikan HBB memberikan kesan yang besar terhadap
penggunaan pengangkutan awam. Berdasarkan kajian dilakukan di Australia menunjukkan dengan
berlaku peningkatan sebanyak 10% bagi HBB global akan meningkatkan penggunaan
pengangkutan awam sebanyak 2.2%. Lane3 juga mendapati keputusan yang sama di mana
peningkatan penumpang pengangkutan awam adalah 0.047% hingga 0.121% dengan kenaikan 1%
HBB. Kajian terkini yang dilakukan oleh Nowak dan Savage (2011) menunjukkan peningkatan
perkhidmatan bas bandar sebanyak 0.283% dengan kenaikan 1% dalam HBB. Ini menunjukkan
bahawa kenaikan HBB dilihat akan meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam.

2.0 KEADAAN EKONOMI MALAYSIA: KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK


2.1 Terhadap Pasaran Pekerja

Kadar pengangguran meningkat kepada 3.5% pada tahun 2016 (2015: 3.1%; purata tahun
2011-2015: 3.0%), disebabkan kurangnya peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam keadaan
pertumbuhan ekonomi yang lebih sederhana. Meskipun jumlah guna tenaga bertambah, namun
tidak mencukupi untuk menyerap kemasukan pekerja baharu ke dalam pasaran pekerja. Tenaga

2
Abidin, A. Z., Mansor, H., Ahmad, R. D. R., Abdullah, R. & Chung, 2004. The Estimation of Carbon Dioxide missions from the Transport
Sector in Malaysia (2000–2020). National Institute for Environmental Studies 9th Asian Pacific Integrated Model (AIM) Workshop. Kuala
Lumpur, Malaysia.
3
Lane, B. W. 2012. A Time-series Analysis Of Gasoline Prices And Public Transportation In U.S. Metropolitan Areas. Journal of Transport
Geography. 22: 221–235.

3
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

kerja bertambah sebanyak 168,000 orang, manakala jumlah guna tenaga bersih pula sebanyak
112,300 pekerjaan. Interaksi dan perbincangan pihak Bank dengan industri yang dijalankan dalam
tahun 2016 turut mengesahkan tanggapan bahawa majikan kini lebih berhati-hati dan mengelak
daripada mengembangkan tenaga kerja masing-masing dengan terlalu cepat. Dalam hal ini, tenaga
kerja belia merupakan golongan yang paling terjejas memandangkan pertumbuhan yang sederhana
menyebabkan keadaan yang lebih mencabari bagi golongan ini untuk memperoleh pekerjaaan.
Kadar penyertaan tenaga kerja turun sedikit kepada 67.6% daripada populasi umur bekerja (2015:
67.9%).
Namun demikian, keadaan pasaran pekerja pada amnya kekal stabil apabila guna tenaga
serta gaji dan upah terus berkembang. Peningkatan guna tenaga didorong terutamanya oleh sektor
perkhidmatan, khususnya subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan serta makanan
dan minuman, dan pendidikan, manakala peningkatan dalam sektor perkilangan pula sederhana
(Rajah 1). Dari segi kemahiran, pertambahan pekerjaan bersih tertumpu kebanyakannya pada
segmen kemahiran tinggi seperti jawatan profesional dan pengurusan, yang merupakan
kesinambungan trend sejak tahun 2014. Walau bagaimanapun, pertambahan pekerjaan dalam
semua segmen ini, masih tidak mencukupi untuk mengatasi isu kadar pengangguran belia yang
tinggi, terutamanya bagi belia berpendidikan peringkat tertiari (2016: 10.5%; 2015: 10.7 %)
2.2 Inflasi Keseluruhan Meningkat Disebabkan Kos Pengangkutan Yang Lebih
Tinggi

Inflasi keseluruhan4 lebih tinggi pada 4.3% pada suku pertama 2017 (S4 2016: 1.7%)
didorong terutamanya oleh faktor kos. Pada suku tersebut, harga purata petrol RON95 lebih tinggi
pada RM2.23 seliter berbanding dengan harga purata RM1.73 seliter semasa tempoh asas S1 2016.
Hal ini telah mengakibatkan inflasi yang nyata lebih tinggi dalam kategori pengangkutan pada
16.2% (S4 2016: -2.6%). Harga bahan api dalam negeri yang lebih tinggi disebabkan terutamanya
oleh kenaikan harga minyak dunia berikutan persetujuan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran
minyak mentah berkuat kuasa pada 1 Januari 2017. Inflasi dalam kategori makanan dan minuman
bukan alcohol naik 4.2% (S4 2016: 3.3%) dengan subkategori makanan di luar rumah meningkat
4.0% (S4 2016: 3.4%). Kenaikan inflasi makanan yang berpunca daripada kekurangan bekalan
makanan segar akibat keadaan cuaca buruk juga telah menyebabkan harga makanan di luar rumah

4
Seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP).

4
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

meningkat. Namun, inflasi makanan mulai menjadi sederhana pada bulan Mac 2017, apabila
keadaan bekalan bertambah baik. Harga makanan di luar rumah yang lebih tinggi dalam keadaan
kenaikan inflasi sewa telah mengakibatkan inflasi teras yang lebih tinggi pada 2.4% pada S1 2017
(S4 2016: 2.1%). Walau bagaimanapun, kesan pindahan harga yang lebih tinggi adalah masih
terkawal. Ini digambarkan oleh rebakan inflasi5 yang pada amnya stabil. Kesan pindahan yang
agak terhad ini disebabkan sebahagiannya oleh bahagian kategori pengangkutan, tenaga dan bahan
kimia asas yang kecil (10.4%)6 dalam kos pengeluaran kebanyakan item dalam bakul IHP. Selain
itu, pengeluaran dan penggunaan dalam negeri juga secara relatif mempunyai kandungan import
yang sederhana (masing-masing kira-kira 20% dan 6.7%). Ini lantas membendung kesan pindahan,
akibat kadar pertukaran ringgit yang lebih lemah, kepada inflasi dalam negeri. Dalam keadaan
permintaan yang tidak begitu kukuh, keupayaan dan kesanggupan syarikat untuk memindahkan
kenaikan kos kepada pengguna juga lebih terhad.

5 Rebakan inflasi (inflation pervasiveness) mencakupi bahagian item dalam bakul IHP yang lebih besar pada kadar yang tertentu. Inflasi akan
menjadi lebih merebak jika lebih banyak item mencatat kenaikan harga yang lebih pantas. Perlu untuk membezakan kenaikan inflasi keseluruhan
yang didorong perubahan harga secara relatif dengan perubahan harga secara am.
6
Bahagian ini diperoleh daripada analisis jadual Input-Output.

5
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

Rajah 1: Menunjukkan Inflasi Keseluruhan


(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia Dan Anggaran Bank Negara Malaysia)

2.3 Terhadap Industri Perkapalan

Kesan utama harga minyak yang tinggi ke atas sektor perkapalan ialah peningkatan kadar
fret pengangkutan kargo atau freight rates yang dikenakan oleh para pemilik kapal. Ini tidak dapat
dielakkan memandangkan yang syarikat-syarikat perkapalan terpaksa menanggung kos operasi
yang lebih tinggi dalam perniagaan mereka akibat kenaikan harga minyak. Di dalam persekitaran
harga minyak yang tinggi, kos pengangkutan barangan menggunakan kapal juga turut meningkat
dan mengurangkan kadar keuntungan syarikat-syarikat perkapalan. Pemilik kapal tidak
mempunyai pilihan selain dari ‘memindahkan’ kos tersebut kepada pelanggan mereka dengan cara
mengenakan caj penghantaran kargo yang lebih tinggi bagi menjamin kadar keuntungan yang
munasabah. Peningkatan harga bunker oil atau minyak yang digunakan untuk menggerakkan enjin
kapal mendatangkan impak ke atas operasi syarikat perkapalan.
Bagi menjimatkan penggunaan minyak dan mengurangkan kos operasi kapal, pemilik
kapal dagangan mengamalkan strategi slowsteaming atau belayar padar kelajuan yang perlahan.
Langkah ini tentunya mempengaruhi jadual pelayaran kapal syarikat tersebu kerana ia tidak dapat
mengekalkan kadar perkhidmatan yang tinggi akibat pengurangan kelajuan 2 pelayaran,
seterusnya mengurangkan tahap produktiviti kapal-kapal mereka. Ini bakal mendatangkan ‘kesan
domino’ kepada produktiviti dan perniagaan pelabuhan dan pelbagai perkhidmatan sokongan
kendalian kapal dan kargo. Ini tentunya tidak disenangi oleh penghantar barangan dan pengguna
perkhidmatan perkapalan yang juga tertekan oleh kos operasi yang tinggi akibat harga minyak tang
mahal. Namun, pengguna perkkhidmatan perkapalan tidak mempunyai banyak pilihan selain dari
menerima kenaikan kos yang dikenakan oleh pemilik kapal dalam keadaan harga minyak yang
tidak menentu kini. Sebagai sebuah kaedah pengangkutan yang berperanan sebagai pemudahcara
dagangan, prestasi industri perkapalan berkait rapat dengan rentak-tari dagangan antarabangsa.
Tentunya keadaan harga minyak yang mahal yang berpanjangan akan membawa kepada
peningkatan harga bahan mentah, barangan keluaran dan perkhidmatan serta mendatangkan kesan
negatif kepada ekonomi dunia. Ini seterusnya akan mengurangkan permintaan terhadap

6
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

perkhidmatan perkapalan dan secara langsung membawa kesan negatif kepada perkhidmatan
sokongan industri perkapalan. Jumlah kendalian kargo di pelabuhan akan berkurangan, dan sektor
pengakgkutan dagangan akan terjejas.

3.0 KENAIKAN HARGA MINYAK: CARA DAN LANGKAH KERAJAAN


MENGAWAL BELANJAWAN NEGARA

Salah satu matlamat utama dasar ekonomi ialah memastikan pertumbuhan yang mampan
dan inklusif. Peruntukan sumber yang cekap amat penting bagi membolehkan sesebuah ekonomi
yang berdaya saing berfungsi dengan lancar, dan ini seringkali dicapai melalui isyarat harga7.
Kegagalan atau ketidakcekapan pasaran juga boleh terjadi apabila mekanisme harga gagal
mengambil kira kos dan manfaat sosial daripada pengeluaran dan penggunaan sesetengah jenis
barangan , terutamanya barangan awam seperti pertahanan, pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Oleh itu, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, seperti suntikan dana terhadap beberapa
sektor ekonomi, peruntukan subsidi dan kawalan harga mungkin perlu dalam sesetengah kes bagi
meningkatkan kesejahteraan dan memastikan keterangkuman. Hujah yang biasa diketengahkan
ialah subsidi dan kawalan harga menyebabkan herotan dalam peruntukan sumber dan mempunyai
kesan buruk jangka panjang terhadap kecekapan ekonomi. Apabila sebahagian besar daripada
penduduk hidup dalam kemiskinan, terutamanya dalam ekonomi yang berada pada peringkat awal
pembangunan, langkah-langkah yang menyeluruh oleh kerajaan seperti kawalan harga dan subsidi
akan memastikan harga barangan keperluan utama kekal stabil dan mampu milik untuk kumpulan
yang disasarkan.
Apabila ekonomi kian berkembang maju, kos subsidi dan kawalan harga akan beransur-
ansur mengatasi manfaatnya8. Oleh itu, subsidi pukal (menyeluruh) atau kawalan harga akan
tertakluk kepada ketirisan, memandangkan golongan yang tidak mudah terjejas akan terus
menerima bantuan.Yang penting, apabila industri beralih ke peringkat yang lebih matang, herotan
harga boleh merencatkan insentif untuk meningkatkan produktiviti, melakukan inovasi dan

7
Dalam sesebuah ekonomi pasaran, sumber yang terhad akan dikenakan harga yang lebih tinggi berbanding dengan sumber yang banyak.
Akibatnya, pengeluar dan pengguna akan menggunakan sumber yang terhad untuk tujuan yang bernilai lebih tinggi sahaja, bagi memastikan
peruntukan yang cekap bagi sumber yang terhad ini.
8
Terdapat beberapa pengecualian. Subsidi dan/atau penglibatan kerajaan dalam bidang yang terdapat kegagalan pasaran diterima umum sebagai
tindakan yang wajar. Sebagai contoh, langkah-langkah kerajaan bagi memastikan pendidikan dan penjagaan kesihatan disediakan dengan
mencukupi biasanya dianggap perlu, demi meraih manfaatnya yang menyeluruh. Kes yang serupa dapat diterima pakai untuk barang awam seperti
pertahanan dan infrastruktur.

7
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

mencapai tahap kecanggihan produk yang lebih tinggi, menerima pakai keamatan teknologi yang
lebih tinggi serta beralih kepada aktiviti bernilai tambah lebih tinggi

3.1 Suntikan Dana: Memastikan Semua Sektor Ekonomi Meningkat

Dari segi penawaran, kesemua sektor ekonomi terus berkembang pada tahun 2013,
didorong terutamanya oleh pertumbuhan berterusan dalam permintaan dalam negeri dan keadaan
luaran yang bertambah baik pada separuh tahun kedua. Sektor perkhidmatan berkembang
sebanyak 5.9% pada tahun 2013 dan kekal sebagai penyumbang terbesar pertumbuhan (3.2 mata
peratusan daripada pertumbuhan KDNK keseluruhan). Pertumbuhan sektor ini disokong
terutamanya oleh subsektor yang memenuhi permintaan dalam negeri. Subsektor perdagangan
borong dan runcit mencatat pertumbuhan yang tinggi hasil daripada perbelanjaan runcit isi rumah
yang terus kukuh. Dalam subsektor komunikasi, pertumbuhan kekal teguh, terutamanya
disebabkan oleh permintaan berterusan terhadap perkhidmatan komunikasi data. Prestasi
subsektor pengangkutan dan penyimpanan adalah mampan berikutan pertumbuhan kukuh dalam
sektor perjalanan penumpang. Sebaliknya, pertumbuhan yang sederhana dicatat dalam subsektor
kewangan dan insurans ekoran margin kadar faedah dan premium insurans yang lebih
rendah.Sektor perkilangan berkembang sebanyak 3.4%, hasil prestasi industri berorientasikan
dalam negeri yang terus kukuh dan prestasi industri berorientasikan eksport yang lebih baik pada
separuh kedua tahun 2016. Pengeluaran dalam industri berorientasikan eksport disokong oleh
eksport yang lebih kukuh dalam produk E&E dan keluaran kelompok berkaitan sumber, dalam
keadaan pemulihan secara beransur-ansur dalam ekonomi global. Industri berorientasikan dalam
negeri mencatat pertumbuhan yang mampan, terutamanya didorong oleh penggunaan swasta yang
teguh selain aktiviti pembinaan yang terus kukuh.Pertumbuhan sektor pembinaan kekal kukuh
(10.9%), hasil daripada aktiviti pembinaan yang teguh dalam subsektor kediaman dan kejuruteraan
awam. Pertumbuhan dalam subsektor kediaman disokong oleh pembinaan harta tanah mewah dan
bertingkat tinggi di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
Dalam subsektor kejuruteraan awam, aktiviti dalam projek infrastruktur, serta yang
berkaitan dengan minyak dan gas telah menyokong pertumbuhan. Projek utama termasuk loji jana
kuasa Tanjung Bin dan Janamanjung, MRT, Terminal Minyak dan Gas Sabah, Saluran Gas Sabah-
Sarawak serta projek Minyak dan Gas Kebabangan. Dalam sektor pertanian, pertumbuhan adalah

8
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

lebih kukuh pada 2.1%, kebanyakannya disebabkan pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih
tinggi, mencerminkan kadar hasil yang lebih menggalakkan berikutan keadaan cuaca yang baik.
Pengeluaran komoditi makanan seperti ternakan, sayur-sayuran dan perikanan, juga meningkat
pada tahun 2016, hasil daripada usaha untuk meningkatkan tahap jaminan bekalan makanan negara
serta usaha berterusan untuk terus memajukan industri makanan asas tani dan akuakultur. Sektor
perlombongan mencatat pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 0.5% pada tahun 2016,
mencerminkan pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah disebabkan kerja-kerja
penyenggaraan pada separuh tahun kedua. Pengeluaran gas asli, bagaimanapun, mencatat
pertumbuhan lebih kukuh pada tahun tersebut, dipacu oleh permintaan yang lebih tinggi daripada
Asia Timur untuk penjanaan elektrik, dan juga pengeluaran yang mulai lebih tinggi daripada telaga
minyak kecil dan baharu.

3.2 Subsidi Dan Kawalan Harga: Keperluan Untuk Pembaharuan Harga

Subsidi dan kawalan harga sejak dulu merupakan ciri ekonomi di Malaysia. Pada tahun
2009, subsidi dan kawalan harga wujud dalam pelbagai produk, termasuk petrol, gas asli, elektrik,
minyak masak, gula, bayaran tol dan tambang bas yang mencakupi kira-kira satu perlima daripada
kumpulan Indeks Harga Pengguna (IHP). Pada peringkat awal pembangunan, dasar ini membantu
memberikan sedikit kestabilan pada harga barangan dalam negeri dan menyokong perkembangan
industri muda. Walau bagaimanapun, apabila Malaysia sedang beralih kepada ekonomi
berpendapatan tinggi9, kos ekonomi bagi subsidi dan kawalan harga jauh melebihi manfaat yang
diperoleh daripada langkah-langkah tersebut disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama,
kebanyakan subsidi di Malaysia bersifat pukal, dan kerana itu menjadi lebih regresif apabila
ekonomi berkembang. Sebagai contoh, dalam kes subsidi bahan api di Malaysia, manfaatnya
dinikmati secara tidak seimbang oleh isi rumah berpendapatan tinggi, yang menggunakan jumlah
bahan api yang lebih banyak memandangkan mereka lebih cenderung memiliki beberapa
kenderaan dengan kapasiti enjin yang lebih besar. Isi rumah dalam kelompok 20% termiskin di
Malaysia dianggarkan menerima hanya 4% daripada subsidi bahan api, manakala isi rumah dalam
kelompok 20% terkaya menerima 42% daripada subsidi tersebut. Oleh itu, subsidi pukal

9
Ekonomi membangun lain yang telah melaksanakan pembaharuan harga dan subsidi, terutamanya dalam kes bahan api
dan/atau elektrik, termasuklah Chile, Brazil, Filipina, Turki, India dan Indonesia.

9
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

merupakan alat yang kurang berkesan untuk memastikan manfaat harga bahan api yang rendah
dapat dinikmati secara meluas dan inklusif10. Keadaan ini boleh mengganggu keputusan tentang
penggunaan dan pengeluaran melalui beberapa cara, dan seterusnya menyebabkan herotan
peruntukan sumber dalam ekonomi.
Bersama-sama dengan trend penurunan dalam pengeluaran, peningkatan penggunaan ini
telah menjadikan Malaysia pengimport bersih produk petroleum mentah dan bertapis pada tahun
2014. Subsidi dan kawalan harga akan menyebabkan syarikat terlalu bergantung pada input yang
murah, yang boleh mengakibatkan syarikat terperangkap dalam sektor berkos rendah yang
berintensif tenaga. Hal ini akan mengurangkan insentif untuk meningkatkan produktiviti,
menjalankan penyelidikan dan pembangunan (research and development, R&D) atau melakukan
inovasi dan bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai, lantas menyekat daya saing syarikat ini pada
peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, pembaharuan harga diperlukan bagi menangani
kesan tersebut. Hal ini disokong oleh hasil kaji selidik Bank Negara Malaysia yang menunjukkan
bahawa kebanyakan syarikat di Malaysia akan mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan
produktiviti untuk mengurus kenaikan kos berikutan pelarasan menaik terhadap harga bahan api
pada bulan September 2013. Secara khusus, industri yang perlu mengekalkan harga rendah melalui
kawalan harga akan menjadi tidak berdaya saing apabila kos meningkat dan seterusnya kurang
berkecenderungan untuk menjalankan usaha meningkatkan kualiti (Thillainathan, 2009).
Masalah ini seringkali dapat diselesaikan apabila industri tidak lagi di bawah peraturan
kawalan harga, sekali gus menekankan perlunya pembaharuan sedemikian dilaksanakan (Pollitt,
2004). Usaha untuk mengekalkan harga sumber yang rendah dalam keadaan harga pasaran global
yang meningkat dan penggunaan yang berlebihan oleh isi rumah dan syarikat akhirnya akan
memberikan kesan terhadap kedudukan fi skal kerajaan. Bagi Malaysia, subsidi untuk petrol runcit
sahaja mencakupi RM23.5 bilion atau 2.4% daripada KDNK pada tahun 2013, lebih tinggi
daripada subsidi di beberapa ekonomi serantau11 . Jumlah ini belum lagi mengambil kira kos
subsidi tersirat dari segi hasil yang dilepaskan oleh perusahaan awam dan Kerajaan di bawah
kawalan harga, seperti pembekalan gas asli kepada syarikat penjana elektrik dengan harga di
bawah harga pasaran bagi membolehkan tarif elektrik yang lebih rendah.

10
Keadaan ini lebih buruk jika mengambil kira kesan penyeludupan haram bahan api.
11
Berdasarkan perangkaan International Energy Agency, jumlah subsidi bahan api pada tahun 2013, dinyatakan sebagai peratusan daripada
KDNK, adalah sebanyak 0.2% di RR China, 0.9% di Thailand, 2.5% di India dan 3.3% di Indonesia.

10
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

Dalam jangka sederhana hingga panjang, pembaharuan harga bukan sekadar


mengurangkan pembaziran tetapi turut menggalakkan peningkatan produktiviti dan seterusnya
meningkatkan kedudukan syarikat ke tahap yang lebih tinggi dalam rantaian nilai, sekali gus
mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan berintensif pengetahuan. Pembaharuan ini
membolehkan sumber ekonomi digunakan oleh Kerajaan untuk membiayai perbelanjaan awam
yang kritikal bagi perlindungan sosial, pendidikan, penjagaan kesihatan dan infrastruktur. Kajian
oleh IMF (2013) mendapati bahawa pembaharuan subsidi merangsang daya saing dalam jangka
panjang dengan mendorong pelaburan swasta, menggalakkan perbelanjaan awam untuk
peningkatan produktiviti dan memupuk penggunaan sumber yang terhad dengan cekap.
Ringkasnya, pembaharuan harga merupakan aspek yang penting bagi strategi keseluruhan semasa
peralihan kepada ekonomi berproduktiviti tinggi dan bernilai tambah tinggi, sekali gus menyokong
pewujudan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi di Malaysia.
3.3 Mekanisme Pembaharuan Harga: Pengaturan Masa Dan Kesan

Pembaharuan sememangnya telah diakui mempunyai peluang kejayaan yang lebih tinggi
jika dijalankan secara beransur-ansur dan dalam persekitaran ekonomi yang berkembang dan stabil
(IMF, 2013). Dalam keadaan sedemikian, isi rumah dan syarikat lebih bersedia untuk membuat
penyesuaian terhadap harga dan kos yang lebih tinggi, serta mampu membuat perubahan yang
diperlukan tanpa menyebabkan gangguan yang besar dalam aktiviti ekonomi. Menyedari akan
hakikat ini, Kerajaan telah menarik balik kawalan harga secara beransur-ansur dan melakukan
beberapa pelarasan harga sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Baru-baru ini, Kerajaan
melaksanakan pelarasan harga tambahan dan memperkenalkan mekanisme penentuan harga
apungan terurus bagi bahan api, berlatarbelakangkan prospek pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Oleh yang demikian, persekitaran harga minyak mentah global yang lebih rendah memberikan
peluang yang sesuai kepada Kerajaan untuk menjalankan pembaharuan ini tanpa perlu menaikkan
harga. Walau bagaimanapun, pembaharuan harga diakui telah menyebabkan kenaikan kos kepada
isi rumah dan syarikat. Cabaran untuk menangani kos ini akan berterusan, memandangkan
pergerakan harga komoditi global mempunyai kesan yang lebih langsung terhadap keadaan kos
dalam negeri. Meskipun tekanan harga luaran dijangka kekal lemah pada tahun 2017, tekanan
menaik terhadap kos dalam negeri boleh meningkat sekiranya harga komoditi global menjadi lebih
tinggi pada masa depan. Bagi isi rumah, jika tiada subsidi dan kawalan harga, kenaikan kos sara

11
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

hidup akan memberikan kesan yang tidak seimbang terhadap kumpulan yang mudah terjejas
seperti golongan berpendapatan rendah, isi rumah berpendapatan sederhana di bandar, golongan
muda yang bekerja dan warga emas. Kumpulan ini, terutamanya yang mempunyai simpanan yang
sedikit, mungkin menghadapi kesulitan dari segi kewangan.
Ketidakpastian yang lebih tinggi tentang kos dan harga pada masa depan juga boleh
mempengaruhi keputusan pelaburan dan pengambilan pekerja oleh syarikat. Oleh itu, teras dasar
yang utama adalah untuk memastikan langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kesan negatif akibat
pembaharuan harga. Yang penting, Kerajaan turut menggubal Akta Kawalan Harga dan
Antipencatutan 2011 untuk mengurangkan aktiviti pencatutan oleh para peniaga dan syarikat.
Pada masa ini, tumpuan adalah pada usaha memantapkan penguatkuasaan Akta untuk memantau
dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyeleweng. Bagi mencapai matlamat ini, inisiatif
turut dilaksanakan bagi memupuk kesedaran tentang hak pengguna dan harga barangan dengan
membuat perbandingan harga melalui media dan alat dalam talian. Tindakan ini akan memastikan
aktivisme pengguna dapat memainkan peranan yang lebih besar untuk membendung kenaikan
harga yang berlebihan.
Bank Negara Malaysia, melalui dasar monetarinya, terus berwaspada terhadap faktor-
faktor yang mungkin menyumbang kepada tekanan inflasi yang berlebihan pada peringkat
ekonomi yang menyeluruh. Bagi tujuan ini, satu sistem perlindungan sosial yang komprehensif
yang meliputi bantuan sosial, insurans sosial dan program pembangunan modal insan sedang
dirumuskan untuk menggantikan bantuan pukal yang regresif. Sistem ini akan bersasar, mampan,
dan yang paling penting akan membantu membina keupayaan penerimanya. Oleh yang demikian,
sistem ini bukan sekadar memberikan sokongan jangka pendek kepada isi rumah yang mudah
terjejas, malah sistem ini juga akan menyediakan peluang bagi menambah pendapatan isi rumah
melalui peningkatan kemahiran dan keupayaan. Sistem sebegini merupakan ciri yang lazim dalam
ekonomi maju. Bagi syarikat, insentif dan geran tertentu akan terus diberikan untuk menggalakkan
peningkatan produktiviti dan inovasi. Selain itu, dalam persekitaran penyahkawalseliaan harga,
peranan Kerajaan akan berubah, daripada peranan menetapkan harga dan memberikan subsidi,
kepada peranan yang menetapkan peraturan untuk mendorong pasaran supaya dapat berfungsi
dengan baik dan berdaya saing.

12
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

Langkah-langkah seperti pengenalan Akta Persaingan 2010 dan penubuhan Suruhanjaya


Persaingan Malaysia (Malaysian Competition Commission, MyCC) akan menggalakkan
persaingan yang berkesan dan mencegah tingkah laku antipersaingan dalam kalangan syarikat.
Peraturan dan penguatkuasaan yang mantap dapat melindungi pengguna dan membolehkan
mereka meraih manfaat daripada barangan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan lebih
pelbagai pada harga mampu milik. Usaha untuk menggalakkan persaingan adalah selaras dengan
Inisiatif Pembaharuan Strategik (Strategic Reform Initiative, SRI) tentang Persaingan, Standard
dan Liberalisasi, yang telah mencatat kemajuan yang besar, sekali gus menyumbang kepada
persekitaran perniagaan yang lebih baik di Malaysia. Langkah-langkah ini apabila digabungkan
akan meningkatkan keupayaan ekonomi membuat penyesuaian terhadap turun naik kos dan harga,
lantas menjadikannya lebih berdaya tahan terhadap kejutan. Seperti semua dasar yang lain, faktor
kejayaan yang utama ialah komunikasi yang jelas, pemantauan yang konsisten, pelaksanaan dan
penguatkuasaan yang berkesan, serta penambahbaikan dasar yang berterusan.
4.0 CADANGAN: MALAYSIA PERLU MENGAMALKAN EKONOMI
PERKONGSIAN BAGI MEMASTIKAN BELANJAWAN DAN EKONOMI TERUS
KUKUH

‘Ekonomi perkongsian’ ialah satu sistem yang memanfaatkan aset atau sumber yang tidak
digunakan sepenuhnya bagi meraih faedah kewangan atau bukan kewangan dengan tiga ciri utama.
Pertama, ia lazimnya didorong oleh platform digital yang dapat memadankan permintaan dengan
pembekal barangan dan perkhidmatan. Kedua, ia menggalakkan akses dan bukannya perubahan
pemilikan. Ketiga, ia memberi peluang kepada isi rumah dan perniagaan untuk menjana
keuntungan daripada aset dan sumber dimiliki oleh mereka yang tidak digunakan sepenuhnya
(Rajah 1). Ekonomi perkongsian lazimnya merangkumi industri-industri pengangkutan
(contohnya perkongsian kenderaan), ruang (contohnya penginapan), barangan dan tidak ketara
(contohnya kemahiran, masa) Teknologi telah membantu mengurangkan kos urus niaga, dan
dengan itu menjadikan perkongsian aset lebih mudah, lebih murah dan lebih besar dari segi saiz.
Perkembangan ini telah membuka peluang pekerjaan baharu, cara penggunaan sumber yang lebih
cekap dan cara menjalankan perniagaan yang lebih inovatif.Pekerjaan dalam ekonomi perkongsian
boleh menjadi daya penarik bagi golongan isi rumah memandangkan halangan penyertaan yang
rendah serta melibatkan waktu fleksibel. Ini membolehkan golongan tersebut meneruskan
komitmen mereka yang sedia ada.

13
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

Sebagai contoh, warga emas yang memiliki aset harta tanah boleh menggunakannya untuk
menjana pendapatan tambahan. Airbnb melaporkan bahawa warga emas merupakan taburan
demografiyang mencatatkan perkembangan terpantas, dengan 10% daripada taburan
demografinya berusia lebih 60 tahun. Pekerjaan dalam ekonomi perkongsian juga boleh
memberikan pendapatan tambahan yang amat penting terutamanya dalam persekitaran ekonomi
yang mencabar. Menurut kaji selidik di Amerika Syarikat dan lima negara Eropah, sekitar 26%
hingga 42% daripada mereka yang ditinjau terlibat dalam kerja-kerja bebas atas dasar keperluan.
Satu contoh ialah ketidakcekapan sedia ada dalam pemilikan kereta persendirian. Anggaran purata
menunjukkan bahawa 95% masa kereta hanya terbiar di parkir. Peningkatan penggunaan
kenderaan-kenderaan persendirian ini dengan menyepadukannya dengan sistem pengangkutan
awam pada masa ini (iaitu untuk menangani cabaran last mile) boleh membantu isi rumah
mengurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan pengangkutan mereka. Konsep ini boleh
diperluas kepada industri lain, baik dari segi ruang, masa atau kemahiran yang tidak digunakan
sepenuhnya.
Satu lagi limpahan positif ekonomi perkongsian ialah inovasi dinamik yang dibawa para
peserta ekonomi perkongsian kepada ekonomi melalui persaingan yang lebih meluas. Persaingan
yang semakin sengit antara firma dalam ekonomi perkongsian mendorong pembekal sedia ada
menilai semula model perniagaan mereka yang sedia ada dan berusaha menambah nilai kepada
pelanggan mereka. Pengguna juga meraih manfaat daripada pelbagai pilihan dan harga yang lebih
rendah. Sebagai contoh, kadar Airbnb adalah antara 30 hingga 60 peratus lebih murah berbanding
dengan kadar hotel di seluruh dunia. Hal ini membantu aktiviti pelancongan dengan menjadi daya
tarikan kepada pelancong budget. Persaingan juga boleh membawa kepada kualiti perkhidmatan
yang lebih baik dan pengagihan sumber yang lebih cekap.

5.0 PENUTUP

Pembaharuan harga merupakan komponen yang penting dalam matlamat Malaysia untuk
mencapai pertumbuhan yang inklusif dan mampan ketika negara berkembang menjadi ekonomi
berpendapatan tinggi. Bagi menyokong keterangkuman, subsidi pukal yang regresif dan kawalan

14
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

harga akan digantikan dengan sistem perlindungan sosial yang lebih bersasar, yang dapat
memberikan bantuan berterusan kepada isi rumah yang memerlukannya. Bagi mempertingkat
kemapanan pertumbuhan, pembaharuan harga akan menggalakkan syarikat untuk meningkatkan
produktiviti, melakukan inovasi dan bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai, selain mengelakkan
kebergantungan yang berlebihan kepada input bersubsidi yang murah. Pada masa yang sama,
penjimatan yang dijana melalui pembaharuan ini membuka peluang kepada Kerajaan untuk
membuat perbelanjaan yang lebih produktif ke atas infrastruktur, penjagaan kesihatan dan
pendidikan. Oleh itu, Malaysia akan meraih manfaat daripada ekonomi yang lebih produktif dan
inklusif, lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi dapat
diwujudkan, akses yang lebih luas kepada barangan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti, serta
fl eksibiliti yang lebih tinggi untuk mengurus kejutan harga. Oleh yang demikian, meskipun
terdapat cabaran jangka pendek yang perlu ditangani, pembaharuan harga akhirnya akan
menempatkan ekonomi pada landasan pertumbuhan yang lebih mampan dan inklusif.
Bagi membolehkan ekonomi perkongsian berkembang di Malaysia, pertama sekali perlu
ada pendirian dasar yang jelas dan tersusun. Isyarat yang positif merentas pelbagai industri, sama
ada pengangkutan atau perkongsian rumah, akan meningkatkan keyakinan dan menggalakkan
pelaburan dan penyertaan oleh pelabur dan orang ramai. Memandangkan terdapat pelbagai isu,
Kerajaan mungkin perlu mengambil pendekatan yang bersepadu untuk menangani kebimbangan
tersebut. Kerajaan juga boleh mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi
sektor awam dengan melibatkan peserta ekonomi perkongsian (contohnya memungut hasil,
mengumpul kaji selidik). Kerajaan juga boleh mencari jalan lain untuk memanfaatkan aset terbiar
(contohnya bilik mesyuarat dan kumpulan kenderaan yang tidak digunakan sepenuhnya) seperti
yang diamalkan di UK dan Seoul. Kini semakin diakui bahawa terdapat kewajaran untuk mencapai
keseimbangan, dengan keuntungan maksimum daripada ekonomi perkongsian diraih, dan risiko-
risikonya juga dapat diurus dengan wajar. Malaysia juga tidak seharusnya menoleh ke belakang
daripada perkembangan baharu dalam industri digital, tetapi sebaliknya mengorak langkah ke arah
membina kelebihan dalam bidang pertumbuhan baharu ini.

15
GMGF2033
Dasar Dan Analisis Fiskal

RUJUKAN

AIER (American Institute for Economic Research) Staff. (2012). The Everyday Price Index,
AIER Economic Bulletin, Vol. LII, February 2012.

Bank Negara Malaysia. (2016). Box Article: Inflation and Cost of Living, Annual Report 2015,
64 – 69.

Brachinger H. W. (2006). Euro or “Teuro”?: The Euro-induced Perceived Inflation in Germany,


Department of Quantitative Economics Working Paper No.5, University of Fribourg
Switzerland

Gulker M. (2016). Average American’s Cost of Living Falls, AIER Research Brief 2.16.

Vlasenko P. and Cunningham S. R. (2015). Capturing the Inflation that People Experience:The
Everyday Price Index vs. the Consumer Price Index, AIER Working Paper No. 004.

International Monetary Fund (2013), Energy Subsidy Reform: Lessons and Implications.

Pollitt, M. (2004), Electrical reform in Chile – Lessons for Developing Countries, Journal of
Network Industries, 5, pp 221-263.

Thillainathan, R. (2009), A Critical Review of Price Controls and Subsidies, Ekonomika,


Malaysian Economic Assocation Bulletin January-March 2009.

World Economic Forum (2013), Lessons Drawn from Reforms of Energy Subsidies.

World Trade Organisation (2006), World Trade Report 2006: Subsidies, Trade and the WTO, pp
45-208.

16

You might also like