Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Jawab semua soalan.

1. Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun bahasa _________________ .

A. Polinesia
B. Austroasia
C. Mikronesia
D. Austronesia

2. Antara berikut, yang manakah menjelaskan ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno?

i Bermula dari abad ke-14


ii Ayat panjang dan berbelit-belit
iii Menggunakan perkataan Sanskrit
iv Awalan mar membawa maksud ber

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. iii dan iv

3. Bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa _______________ dan bahasa ilmu semasa
zaman kegemilangannya.

A. lingua franca
B. franca linguistik
C. linguistik Melayu
D. bahasa antarabangsa

4. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam


Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara _______________.

A. 151
B. 152
C. 153
D. 154

5. Perkataan manakah yang dimulai dengan fonem yang terdiri daripada letupan gigi-
gusi.

A. [Gelam]
B. [Seram]
C. [Peram]
D. [Derum]
6. Berikut merupakan bunyi diftong KECUALI _______________.

A. ai
B. au
C. oi
D. ui

7. Antara perkataan berikut, manakah yang mengandungi vokal /e/ pepet?

A. Ceri
B. Lena
C. Tegap
D. Segak

8. Pilih intonasi bagi ayat “Saya suka membaca buku.”

A. 2-4-3-4
B. 2-3-1-4
C. 2-3-1-2
D. 2-4-2-3

9. Dalam pengeluaran bunyi vokal bahasa Melayu, konsep sempit, separuh luas, dan
luas dikaitkan dengan

A kedudukan lidah
B pergerakan lidah
C turun naik rahang
D bukaan rongga mulut

10. Kata yang manakah mengandungi penggunaan vokal [e] pepet dalam suku kata
terbuka?

i Kenal
ii Sental
iii Merak
iv Mengkal

A i dan iii
B i dan iv
C ii dan iii
D ii dan iv
11. Perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi konsonan sengauan akhir kata?

i Tebal
ii Makan
iii Bumbung
iv Mengantuk

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv

12. Antara berikut, manakah perkataan yang mengandungi bunyi letupan gigi-gusi?

A Pari
B Gari
C Kari
D Tari

13. Pilih perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman.

i Kari
ii Veto
iii Formal
iv Prihatin

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv

14. Antara kumpulan kata berikut, yang manakah mengandungi diftong?

i Halau, mulai, kuasa


ii Sepoi, tauliah, kuih
iii Boikot, haiwan, aurat
iv Kerbau, rambai, sekoi

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

15. Perkataan yang manakah mengandungi bunyi yang dihasilkan dengan menyebut vokal
depan luas dahulu, kemudian digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit?

A Taut
B Kain
C Halau
D Hairan
16. Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi diftong.

i Terdapat unsur geluncuran


ii Kombinasi dua bunyi vokal
iii Membentuk lebih daripada satu suku kata
iv Mempunyai dua puncak kelantangan

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

17. Antara berikut, manakah pasangan kata yang dieja dengan betul?

i Ke tiga – ke-2
ii Kokurikulum – koperasi
iii Antikomunis – jutawan
iv Alat pandang-dengar – menganak tirikan

A i dan ii
B ii dan iii
C ii dan iv
D i, ii, dan iv

18. Pilih perkataan yang dieja dengan BETUL.

i. Beri tahu
ii. Kakitangan
iii. Kertaskerja
iv. Antarabangsa

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv
Cari kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan.
1. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha
kemasyarakatan bahasa Melayu.
2. Setiap pusat melupuskan sampah haruslah sentiasa di pantau tidak memudaratkan
penduduk sekitarnya.
3. Syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak lapan puluh
peratus dalam jangka masa setahun.

Jawapan:
1. mendokong - mendukung
kemasyarakatan – memasyarakatkan

2. melupuskan – pelupusan
di pantau – dipantau

3. mensasarkan – menyasarkan
prodaknya – produknya

Cari kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan.


1. Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja
syarikat tersebut.

2. Keseluruhan penduduk-penduduk kampong itu akan bergotong-royong apabila tiba


musim membajak padi.

3. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat
spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri.

Jawapan:
1. Atur susun – Susun atur
dari – daripada

4. Keseluruhan penduduk-penduduk – Keseluruhan penduduk


membajak padi – membajak sawah/ menuai padi

5. setengah – sesetengah
biasanya – kebiasaannya

You might also like