Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

UNIT 3

TOPIK : PERAYAAN DI MALAYSIA


KEMAHIRAN : MEMBACA
MASA : 1 JAM

A. OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat:

1. Mengetahui tentang perayaan masyarakat di Malaysia,


2. Memahami tentang perayaan masyarakat di Malaysia,
3. Menguasai maklumat tentang perayaan masyarakat Malaysia dan,
4. Membezakan perayaan yang terdapat di Malaysia.

B. BAHAN PENGAJARAN

BIL BAHAN JUMLAH


1 Projektor (LCD) 1
2 Komputer Riba 1
3 Kad Gambar 5
4 Kad Manila 10
5 Kad Frasa 5
C. KOMPONEN 1- PERAYAAN

BIL KANDUNGAN/AKTIVITI MASA CATATAN


1 1.0 Set Induksi 15 minit - Rujuk halaman 4 bagi teks yang dipaparkan
- Murid membaca teks yang dipancarkan. - Soal jawab:
- Perbincangan dan bersoal jawab tentang teks yang
dipancarkan Contoh soalan:
i) Apakah perayaan yang disambut oleh
rakyat Malaysia?
ii) Nyatakan tiga kaum utama di Malaysia.

1.1 Aktiviti pertama yang dijalankan 1.1 Langkah-langkah aktiviti pertama

1. Menjalankan aktiviti ‘padanan kad gambar dan kad 1. Murid dibahagi kepada 4 kumpulan ( 1
frasa’ berdasarkan kefahaman pelajar kumpulan 5 orang)
2. 5 keping kad gambar dan kad frasa
dibahagikan kepada setiap kumpulan secara
rawak.
3. Setiap kumpulan perlu memadankan kad
gambar dan kad frasa dengan betul.

1.2 Aktiviti kedua yang dijalankan 1.2 Langkah-langkah aktiviti kedua

1. Menjalankan aktiviti ‘fan-n-pick’. 1. Pelajar dibahagi mengikut kumpulan yang


sama berdasarkan stesen (Stesen 1-4).
2. Dua orang pelajar kekal distesen manakala
tiga orang pelajar lain bergerak ke stesen
yang lain.
3. Dua orang pelajar tersebut akan
membahagikan tugas sesama mereka.
Seorang akan memegang kad yang disusun
seperti kipas manakala seorang lagi
memegang jawapan kepada setiap soalan.
4. Setiap murid diberi peluang untuk 2 soalan
dalam tempoh masa 3 minit.
5. Setelah tempoh 3 minit tamat, loceng akan
dibunyikan menandakan murid hendaklah
bertukar ke stesen yang lain.
6. Setiap jawapan yang betul akan diberikan 1
mata.
7. Setelah tamat, murid hendaklah kembali ke
stesen masing-masing dan menerangkan
kepada rakan yang lain berkaitan soalan
yang dijawab.
8. Soal jawab akan dilakukan setelah murid
melakukan perbincangan di dalam
kumpulan.

2 2.0 Sesi soal jawab berdasarkan aktiviti 5 minit Contoh soalan:


1. Nyatakan perayaan berdasarkan kaum
1. Soal jawab dilakukan antara guru dan murid mengikut kefahaman murid.
2. Apakah kepentingan sambutan perayaan
diadakan?
3 3.0 Penutup 5 minit Tayangan video berkaitan perayaan di Malaysia
berdasarkan Powtoon di Youtube.
1. Tayangan video berkaitan perayaan di Malaysia
URL seperti di bawah:
JUMLAH MASA 60 minit
(1 JAM)
LAMPIRAN

1.0 TEKS YANG DIPAPARKAN

Di Malaysia terdapat masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum. Kaum-kaum tersebut merayakan perayaan yang berbeza tetapi
perpaduan masih lagi terjalin. Antara tiga kaum terbesar di Malaysia ialah Kaum Melayu, Cina dan India. Hari Raya Aidilfitri di sambut oleh
masyarakat Melayu yang beragama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di Bulan Ramadhan. Sepanjang bulan
Ramadhan, umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang tarawih pada sebelah malamnya. Hari Raya disambut dengan
penuh kesyukuran. Rumah terbuka diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung. Makanan utama bagi hari raya ialah rending ayam,
lemang dan sebagainya. Bagi masyarakat Cina pula, Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran bagi menandakan kedatangan tahun baru
menurut kalendar mereka. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah
untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ang pau kepada saudara mara
dan sahabat yang belum berumah tangga. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun
Baru Cina. Kaum yang ketiga ialah masyarakat India. Masyarakat India menyambut perayaan Deepavali. Ia dirayakan pada bulan gelap bernama
Ippasia pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebaris pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan
mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. DI pagi hari,
masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikti minyak di kepala dan mandi. Mereka bersembahyang dirumah atau
kuil. Makanan utama bagi perayaan Deepavali adalah manisan dan ia akan dibawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara mara mereka.
Perayaan terakhir ialah Hari Natal. Hari Natal disambut oleh penganut Kristian pada 25 Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ.
Sambutan Hari Natal dimeriahkan dengan hiasan pokok krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah
diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan bernyanyi dan menari. Mereka
juga bersembahyang pada waktu pagi di gereja.
2.0 GAMBAR BAGI KAD GAMBAR

You might also like