Laporan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA 2017/1438 HIJRAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RESAK.

Tarikh : 5 September 2017

Masa : 7.45 pagi

Tempat : Anjung Surau, SK Paya Resak

Pada 5 September 2017 yang lalu, SK Paya Resak telah mengadakan majlis sambutan
Hari Raya Aidil Adha yang bertempat di Anjung Surau, SK Paya Resak . Majlis ini
dimulakan tepat jam 8.00 pagi, di mana semua murid dan guru diminta untuk berhimpun di
Anjung Surau. Semua guru dan murid berpakaian suasana hari raya dan indah mata
dipandang oleh mereka yang hadir. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh
pengacara majlis pada hari tersebut iaitu Pn. Norharyanti binti Yusoff . Para AJK PIBG dan
ibu bapa yang hadir sejak awal pagi sibuk bergotong-royong memotong daging, membersih
dan memasak untuk dimakan pada waktu tengah hari.

Setelah itu, majlis telah menjemput tuan Guru Besar iaitu Encik Sulaiman bin Saian
untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya Aidil Adha. Takbir raya diketuai oleh Ustaz
Hj Othman bin Harun . Murid-murid melafazkan takbir raya dengan begitu bersemangat
sekali. Selepas itu, bacaan doa dilafazkan oleh Tn. Hj Jaafar bin Mat Kia bagi memberkati
majlis agar ianya dapat berjalan dengan lancar. Selesai sahaja bacaan doa, persembahan yang
pertama, iaitu kumpulan nasyid dari kelas Tahun 6 dan diikuti persembahan kedua iaitu
nyanyian nasyid daripada Kelas Tahun 4.

Selesai persembahan, murid Tahap 1 telah mengikuti ceramah bertajuk Hikmah


Korban yang disampaikan oleh Ustazah Norhasyimah binti Ismail. Manakala murid tahap 2
pula menjalani aktiviti melukis poster (teknik kolaj) yang diawasi oleh guru-guru pengajaran
dan pembelajaran seperti biasa di kelas masing-masing. Pada pukul 9.45 hingga 10.15 pagi,
murid diberi rehat untuk makan dan minum.

Pada pukul 10.45 pagi pula murid tahap 1 menjalani aktiviti mewarna gambar di kelas
masing-masing manakala murid tahap 2 mendengar ceramah bertajuk ‘Pengorbanan Nabi
Ibrahim yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Othman bin Harun. Pada pukul 11.45 murid-murid
dijamu nasi dan gulai daging korban yang telah dimasak secara bergotong royong oleh AJK
PIBG dan ibu bapa.

Diharapkan semoga majlis sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun-tahun yang
akan datang dapat diadakan. Kerjasama daripada semua AJK dan ibu bapa menunjukkan satu
hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan komuniti.
Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. ……………………………….
(AZALINA BINTI MOHD RANI) (SULAIMAN BIN SAAIAN)
Guru Besar,
AJK Dokumentasi,
SK Paya Resak,
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha,
Marang, Terengganu.
Peringkat Sekolah,
SK Paya Resak.

Laporan disediakan oleh,

…………………………………
(SHUKRI SHAMSUDDIN BIN ZAKARIA)
AJK Dokumentasi,
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha,
Peringkat Sekolah,
SK Paya Resak.
LAPORAN DOKUMENTASI
SAMBUTAN PERAYAAN AIDIL ADHA
PERINGKAT SEKOLAH
PADA 5 SEPTEMBER 2017
14 ZULHIJJAH 1438
DI SK PAYA RESAK

You might also like