Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

USUL FIQH

KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM

AL-AMRU DAN AN-NAHYU

Al-Amr dan Kaedah-kaedahnya

Al-Amr ialah suatu lafaz yang dipergunakan oleh orang yang lebih tinggi kedudukannya untuk
menuntut kepada orang yang lebih rendah derajatnya agar melakukan suatu perbuatan.

Daripada sudut bahasa al-amr boleh didefinisikan sebagai perintah.

Dari sudut istilah pula, para ulama berselisih pendapat mengenai definisi al-amr.

Jumhur ulama berpendapat bahawa al-amr ialah perkataan yang menuntut membuat sesuatu
perbuatan.

‫القول الطالب للفعل‬

Maksudnya : perkataan yang menuntut membuat sesuatu perbuatan

Perkataan ‫ القول‬menunjukkan isyarat yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan tetapi ia


tidak dinamakan perintah.

Manakala ‫الطالب‬ pula berperanan untuk mengeluarkan berita kerana perkataan yang
berbentuk berita tidak dikatakan amar atau perintah.

Seterusnya, perkataan ‫للفعل‬ digunakan dalam takrif untuk mengeluarkan tegahan kerana
perkataan yang menunjukkan tegahan melakukan perbuatan tidak dinamakan al-amr tetapi
dinamakan al-nahy.

Mengikut takrif ini, maka setiap perkataan yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan
dinamakan al-amr, sama ada perkataan itu lahir daripada orang atasan kepada orang
bawahan ataupun sebaliknya. (Hassan Ahmad 2000 : 387)
CATATAN:
USUL FIQH

Kebanyakan ulama Muktazilah dan sebahagian daripada ulama as-Ashairah seperti Abu
Ishak al-Shiraziyy bahawa al-amr ialah perkataan yang menuntut membuat sesuatu
perbuatan dengan syarat lahirnya daripada orang peringkat atasan ke orang peringkat
bawahan.

‫القول الطا لب للفعل بشرط صدوره ممن هو أعلى رتبة لمن هو دونه فى الرتبة‬

Maksudnya : perkataan yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan dengan syarat yang
dikeluar oleh orang atasan kepada orang bawahan.

Huraian perkataan ‫القول‬, ‫الطالب‬, ‫للفعل‬ telah pun dijelaskan semasa penghuraian pengertian
pertama di atas tadi bagi al-amr. Manakala, perkataan

‫بشرط صدوره ممن هو أعلى رتبة لمن هو دونه في فى الرتبة‬

kegunaannya ialah mengeluarkan iltimas dan doa, kerana perkataan yang menuntut
melakukan sesuatu perbuatan jika sekiranya perkataan itu lahir daripada seorang yang sama
taraf dipanggil iltimas dan jika sesuatu perkataan itu keluar daripada orang bawahan kepada
orang atasan dipanggil doa atau rayu. (Hassan Ahmad 2000 : 338)

Abu Hussin Al-Basri daripada golongan Muktazilah berpendapat bahawa al-amr ialah
perkataan yang menuntut membuat sesuatu perbuatan serta mengganggap dirinya
berkedudukan tinggi.

‫القول الطا لب للفعل مع اإلستعالء‬

Maksudnya : perkataan yang menuntut membuat sesuatu perbuatan serta mengganggap


dirinya orang atasan. Perkataan ‫اإلستعإل‬ bererti orang bekedudukan tinggi yang mengangap
dirinya berada diperingkat atas walaupun pada hakikatnya dia bukanlah dari peringkat atasan.
(Muhammad Soleh al-Musaimah 1993 : 28)

CATATAN:
USUL FIQH

Shigah (bentuk-bentuk) lafaz amr itu ialah:


i. Fi'il amr
ii. Fi'il mudhari' yang dimasuki lam al-amr
iii. Sesuatu yang diperlakukan sebagai fi'il amr, seperti isim fi'il
iv. Jumlah khabariyah (kalimat berita) yang diartikan selaku jumlah insaniyah (kalimat
yang mengandung tuntutan).

- Sighah fi’l al-amr iaitu atas wazan ifcal. Contohnya, firman Allah :

ۖ‫قَا َل َيـٰٓأ َ َبت ۡٱف َع ۡل َما ت ُ ۡؤ َم ُر‬

Maksudnya: Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan


kepadamu… ( as-Saffat.37:2)

Lafaz ‫ۡٱفعَ ۡل‬ di atas merupakan fi’l al-amr, dan hukum hakiki dimana setiap perintah
menunjukkan wajib. Maka hukum yang diistinbat daripada sighah al-amr tersebut
menunjukkan perbuatan tersebut wajib dilaksanakan.

- Fi’l al-mudaric yang disertai dengan ‫ ل‬amru. Contohnya, firman Allah :

ُ ‫شہۡ َر فَ ۡل َي‬
ُۖ‫صمۡ ه‬ َّ ‫فَ َمن شَہ َد من ُك ُم ٱل‬

Maksudnya: Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau
mengetahuinya) (al-Baqarah:2:185)

Lafaz ُ َ‫فَ ْلي‬


ُ‫ص ْمه‬ merupakan gandingan fi’l al-mudaric dan ‫ ل‬amru yang menunjukkan perintah
supaya melakukan kerana disertai lam al-amr. Maka hukum yang diistinbat daripadanya
adalah wajib. ( Jasin bin Muhammad Muhalhil Yasin 1988 : 99)

CATATAN:
USUL FIQH

- Sighah al-amr juga boleh hadir dalam bentuk kata terbitan yang menggantikan fi’l al-
amar. Contohnya, firman Allah :

َ ‫فَرهَـن َّم ۡقبُو‬


ۖ‫ضة‬

Maksudnya: Maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang. (al-Baqarah: 2: 283)

Lafaz ‫فَرهَان‬ merupakan kata terbitan daripada perkataan ‫رهن‬ yang menunjukan kepada
perintah. Maka hukum yang diistinbat daripada lafaz ini menunjukkan perbuatan itu adalah
wajib. ( Hassan Ahmad 2000 : 391)

- Jumlah khabariyyah yang difahami sebagai al-amr. Contohnya, firman Allah :

َ‫عة‬
َ ‫ضا‬ َّ ‫املَ ۡي ِنۖ ِل َم ۡن أ َ َرادَ أَن يُتِ َّم‬
َ ‫ٱلر‬ ِ ‫َو ۡٱل َوٲ ِلدَٲتُ ي ُۡر‬
ِ ‫ضعۡ نَ أ َ ۡولَ ٰـدَ ُه َّن َح ۡولَ ۡي ِن َك‬

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap
iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu… (al-Baqarah:2:233)

Sighah ini merupakan tuntutan supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka,dan bukan
bertujuan untuk memberitahu tempoh penyusuan tersebut. Maka ayat ini wajib melalui lafaz
inshaiyyah yang dimaksudkan di sebalik lafaz khabariyyah, iaitu para ibu wajib menyusukan
anak mereka. ( Hassan Ahmad. 2000 : 233)

- Sighah yang hadir dalam bentuk menunjukkan suruhan wajib seperti farada dan
kutiba.

Contoh firman Allah:

ۚ‫ٱَللُ لَ ُك ۡم ت َحلَّةَ أ َ ۡي َمـن ُك ۡم‬


َّ ‫ض‬َ ‫قَ ۡد فَ َر‬

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu,
untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda iaitu kafarah)… ( al-
Tahrim: 66 :

CATATAN:
USUL FIQH

Lafaz َ ‫فَ َر‬


‫ض‬ secara jelas menunjukkan perbuatan itu difardukan. Maka hukum yang
diistinbat daripada lafaz tersebut adalah wajib.

ii. ‫ٱلصيَا ُم‬


ِّ ُ ‫علَ ۡي‬
‫ڪ ُم‬ َ ‫يَـٰٓأَيُّ َها ٱلَّذينَ َءا َمنُواْ ُكت‬
َ ‫ب‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa… (Al-


Baqarah: 2: 183)

َ ‫ ُكت‬adalah lafaz yang secara jelas menunjukkan diwajibkan berpuasa, maka hukum
Lafaz ‫ب‬
berpuasa adalah wajib. (Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali. 1997 : 152)

HUKUM YANG DIISTINBAT DARIPADA SIGHAH AL-AMR

Ulama telah berbeza pendapat dalam menentukan makna hakiki lafaz al-amr ketika tidak ada
tanda yang menunjukkan salah satu dari maknanya. Terdapat beberapa pendapat ulama
mengenai makna hakiki tersebut.

Jumhur ulama usul berpendapat makna asal al-amr adalah wajib berdasarkan dalil ini,
sebagaimana firman Allah s.w.t :

Maksudnya: Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahNya beringat serta
berjaga-jaga supaya mereka tidak ditimpa bala bencana atau ditimpa azab siksa yang tidak
terperi sakitnya. ( al-Nur: 24 : 63 )

Ayat di atas menerangkan, orang yang melanggar perintah Allah akan ditimpa azab yang
pedih. Oleh itu, ulama berpendapat azab yang menimpa mereka adalah kerana meninggalkan
perintah wajib. Ayat ini juga menunjukkan asal perintah adalah wajib, kecuali ada qarinah
yang memalingkan makna asal tersebut. ( Hassan Hassan.2000 : 397-398)

Al-amr asalnya menunjukkan wajib dengan adanya tanda-tanda tertentu. Contohnya firman
Allah :

Maksudnya: Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.. ( al-Nur: 24 : 56)

CATATAN:
USUL FIQH

Lafaz ‫أقي ُموا‬ merupakan fi’l al-amr yang bermaksud perintah, tiap-tiap perintah adalah wajib.
Maka, sembahyang adalah wajib.

Namun demikian terdapat juga beberapa hukum yang dapat dikeluarkan atau diistinbat
daripada sighah-sighah al-amr selain daripada wajib mengikut kesesuaian qarinah yang hadir
bersamanya. Antaranya hukum hakiki wajib tadi boleh menjadi selain daripada hukum wajib
dengan adanya qarinah atau petunjuk yang memalingkan makna tersebut kepada sunat,
harus, irshad, ta’dib, indar (amaran), ta’jiz (melemahkan atau mencabar), doa, ikram, al-
taskhir, al-taswiyyah, al-imtinan, al-takwin, al-tafwid, al-takdhib, al-iltimas, al-tamanni, al-
ihanah, dan al-ihtiqar. (Abdul Latif Muda 1997 : 154-159)

Sighah al-amr juga boleh bermaksud sunat dengan terdapatnya qarinah yang menunjukkan
sunat, contohnya, Firman Allah :

Maksudnya: Hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu
mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat
demikian).. ( al-Nur: 24 : 33)

Ayat di atas telah memalingkan maksud asal hukum tersebut melalui qarinah yang difahami
berdasarkan ayat itu sendiri, iaitu selepas fi’l mudaric diberi pilihan samada untuk menulis
atau tidak hutang tersebut. Ini bermakna lafaz tersebut tidak menunjukkan wajib tetapi
hanyalah sunat.

Seterusnya sighah al-amr juga boleh menjadi harus. Contohnya, firman Allah :

Maksudnya: Makanlah dan minumlah daripada rezeki Allah.. ( al-Baqarah: 2 : 60 )

َ ُ‫ ُكل‬kedua-duanya adalah perintah daripada Allah,dan makna hakiki tiap-tiap


Perkataan ‫واوا ْش َربُوا‬
perintah adalah wajib. Maka melalui ayat ini hukum makan dan minum adalah wajib, tetapi
oleh kerana makan dan minum adalah urusan keduniaan serta Allah dan Rasul tidak
menyatakan banyak atau sedikit malahan tiada paksaan, jadi perintah ini tidak boleh dikatakan

CATATAN:
USUL FIQH

wajib. Sesuatu yang tidak wajib berkaitan hal keduniaan dinamakan mubah, iaitu harus makan
dan minum. (Abdul Qadir Hassan 1971:29)

Kaedah-kaedah al-Amru

Al-Nahyu dan Kaedah-kaedahnya

Al-Nahyu ialah suatu lafaz yang digunakan untuk menuntut agar meninggalkan suatu
perbuatan.

Al-Nahy berasal daripada kalimah bahasa Arab ‫نهى‬ yang membawa maksud larangan atau
cegahan ( Ma’jam al-Madrasiyyi 2006 )

Menurut Mustafa Sa’id al-Khinn dalam kitabnya al-Kafi al-Wafi, beliau mengatakan al-nahy
ialah:

‫هو القول اإلنشائي الدال على طلب الكف على جهة اإلستعالء‬

CATATAN:
USUL FIQH

Maksudnya: Penyataan (ucapan) yang dapat dijadikan petunjuk iaitu tuntutan yang berisi
larangan untuk berbuat sesuatu yang datang daripada pihak yang lebih tinggi kedudukannya.
(Mustafa Sa’id Al-Khinn 2000 : 325 )

Bentuk-bentuk lafaz al-Nahyu adalah:

i. Fi'il Mudhari' yang disertai la-nahiyah,

Firman Allah : Maksudnya: Dan janganlah Engkau jadikan tanganmu terbelenggu di


lehermu, dan janganlah pula Engkau menghulurkannya Dengan sehabis-habisnya,
kerana akibatnya akan Tinggallah Engkau Dengan keadaan Yang tercela serta kering
keputusan. ( al-Isra 17: 29 ) Kalimah ‫ ال تجعل‬adalah dalam bentuk Sighah ‫ ال تفعل‬iaitu
‘jangan kamu jadikan..’.

Maka jelaslah melalui sighah ini bahawa ayat di atas membawa kepada maksud
pengharaman yang hakiki iaitu dilarang untuk bersifat bakhil dan tidak mahu untuk
mengeluarkan nafkah. Golongan sedemikian diumpamakan sebagai mereka yang
mengikat tangan-tangan mereka ke leher mereka sendiri, akibat sifat bakhil dan tamak
mereka itu.

Selain itu dalam Firman Allah:


Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih Suci. . ( al-
Waqi’ah 56:79)
Perkataan ‫ ال يمسه‬menunjukkan kepada larangan untuk memegang al-Quran bagi
mereka yang berhadas besar atau pun kecil. Hanya mereka yang suci/bersih daripada
hadas besar dan kecil dibolehkan untuk menyentuh al-Quran itu. Yang penting di sini
adalah Fi’l Mudari’ yang disertai dengan‫ ال‬al-nahy itu mempunyai maksud larangan.

CATATAN:
USUL FIQH

ii. Jumlah khabariyah yang diartikan selaku jumlah insaniyah.

Firman Allah:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan
bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang Yang disembelih tidak kerana Allah
maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya
dan tidak melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu, maka tidaklah ia
berdosa) Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( al-Nahl
16:115 )

Contoh di atas memberikan penjelasan yang amat nyata mengenai pengharaman


memakan bangkai. Ini boleh dilihat dari perkataan ‫ حرم‬yang menuntut untuk
meninggalkan perkara tersebut.

Kaedah-kaedah An-Nahyu

CATATAN:
USUL FIQH

AL-KHAS DAN AL-AM

Dalam kitab suci al-Quran, terdapat banyak kaedah bersifat bahasa yang berkaitan dengan
usul al-ahkam dan lafaz metodologinya. Ia berkaitan dengan lafaz-lafaz nas serta sudut
kedudukan atau keadaannya terhadap makna. Dalam bab ini juga, kita akan membincangkan
mengenai dua bentuk lafaz yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kedua bentuk ini
mempunyai perbezaan dari segi dalalahnya.

Melalui bab ini, diperkenalkan dengan dua istilah tersebut iaitu istilah al-‘am dan al-khas.
Antara lain, ia merupakan perbahasan lafaz yang ditinjau dari sudut cakupan terhadap
lafaznya iaitu al-‘am dan al-khas dan merupakan salah satu kaedah pengambilan hukum.

Al-‘Am ialah lafaz yang datang dalam bentuk umum yang merangkumi semua afrad yang
terdapat di dalam sesuatu lafaz. Al-Khas pula ialah lafaz khusus yang diperuntukkan untuk
makna-makna tertentu yang khusus. Sebahagian dari lafaz-lafaz al-‘am ini dikhususkan
maknanya dengan lafaz-lafaz al-khas. Proses ini dinamakan takhsis. Namun, tidak semua
lafaz al-‘am boleh ditakhsiskan dengan lafaz al-khas.

Maksud kaedah pengambilan hukum di sini ialah kaedah pengambilan hukum daripada dalil
syarak. Sumber-sumber hukum syarak yang asasi iaitu al-Quran dan hadis dibawa ke dalam
lafaz yang pelbagai. Maka, untuk mengeluarkan hukum mestilah memahami dengan betul
setiap lafaznya sama ada dari segi ‘am, khas, mushtarak atau sebagainya.

PENGERTIAN AL-‘AM

Al-‘Am adalah lafaz yang diperuntukkan sebanyak sekali, dan hanya dengan sekali
peruntukan menunjukkan kepada beberapa perkara yang banyak dan tidak ada batasan
secara meliputi kesemua maknanya yang sesuai baginya.(Muhammad Salih 1993:45)

Al-Raziyy juga mentakrifkan al-‘am sebagai lafaz yang meliputi keseluruhan makna yang
sesuai dengannya berdasarkan satu peruntukan. (Fakhrudin Muhammad bin Umar al-Raziyy
1992:309)

" ‫ " اللفظ المستغرق لجميع ما يصلح بحسب وضع واحد‬Perkataan ‫ المستغرق‬- ‘yang meliputi’ dimasukkan ke
dalam takrif ini untuk mengeluarkan lafaz dalam bentuk jamak yang nakirah dari pengertian
CATATAN:
USUL FIQH

al-‘am. Apabila dikatakan ‫‘ – جأني طالب‬pelajar-pelajar datang kepada aku’, ia tidak bermaksud
semua pelajar datang kepada. Ia juga digunakan untuk mengeluarkan lafaz yang mutlaq
seperti ‫ الرجل‬kerana ia tidak meliputi semua lelaki.(Hassan bin Haji Ahmad 1998:426/427 )

Perkataan‫ ما يصلح‬- ‘yang bersesuaian’, untuk membezakannya dengan perkara-perkara yang


tidak termasuk di dalam pengertian sesuatu lafaz. Umpamanya perkataan ‫ أوالد زيد‬- ‘anak-anak
Zayd’ tidak meliputi anak-anak orang lain. Namun ia tidak mengeluarkan perkataan tersebut
daripada kategori al-a’m kerana anak-anak orang lain memang tidak sesuai dengan
pengertian ‫(أوالد زيد‬Hassan bin Haji Ahmad 1998:426/427 )

Perkataan ‫‘–بوضع واحد‬dengan sekali peruntukan’ialah membezakan lafaz al-‘am daripada lafaz
al-mushtarak ‫ ) ) المشترك‬kerana ia diperuntukkan kepada beberapa makna dengan beberapa
peruntukan seperti perkataan " ‫(" العين‬Hassan bin Haji Ahmad 1998:426/427 )

LAFAZ-LAFAZ AL-‘AM

Al-Am mempunyai banyak sighah yang diperuntukkan untuknya, antaranya adalah seperti
berikut :(Hassan bin Haji Ahmad 1998:429)

a) Lafaz-lafaz jamak seperti lafaz " ‫" كل‬dan" ‫" جميع‬. Begitu juga dengan lafaz " ‫معشر " "عامة‬
‫ " معاشر‬," ‫ " كافة‬," "dan seumpamanya. Lafaz " ‫" كل‬dan “" ‫ جميع‬kedua-duanya memberi
faedah umum perkara yang disandar kepadanya.
b) Jamak yang dima’rifahkan dengan" ‫"ال اإلستغراقية‬
c) Jamak yang dima’rifahkan dengan idafah
d) Lafaz mufrad yang dima’rifahkan dengan ‫ال اإلستغراقية‬
e) Lafaz mufrad yang dima’rifahkankan dengan Idafah
f) Ism-ism Mawsulah
g) Ism-ism Istifham

CATATAN:
USUL FIQH

DALALAH AL-‘AM

Secara umumnya, dalalah ‘am boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu umum secara qat’i,
khusus secara qat’i dan mutlak.

i. ‘Am yang bermaksud umum secara ‫ قطعي‬iaitu al-‘am yang terdapat qarinah (petunjuk)
yang menafikan pengkhususannya (takhsis).(Hassan bin Ahmad 1998:441)

Firman Allah Ta’ala dalam surah Hud 11:6

Maksudnya: Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi


melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat
kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh
Mahfuz) Yang nyata (kepada malaikat-malaikat Yang berkenaan).

Ayat ini menetapkan sunnatullah yang tidak menerima perubahan, maka ayat ini kekal
bersifat umum dan ia merangkumi kesemua maknanya (afradnya) secara berterusan
dan berkekalan.

ii. Am yang bermaksud khusus secara ‫ قطعي‬iaitu al-‘am yang disertakan dengan qarinah
(petunjuk) yang menafikan ia berterusan dalam keadaan umum.

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Imran 3:97

Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan


mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya.

Firman Allah Ta’ala ‫ من استطاع‬menunjukkan bahawa yang dikehendaki dengan ‘am iaitu
‫الناس‬ialah mereka yang mampu, maka tidaklah merangkumi mereka yang tidak
mampu, kanak-kanak dan orang-orang gila pada peringkat permulaan lagi.

iii. ‘Am mutlaq merupakan lafaz ‘am yang tidak mempunyai tanda atau dalil yang boleh
mengkhususkannya. ‘Am mutlak boleh dibahagikan kepada dua iaitu qat’i dan zanni.

CATATAN:
USUL FIQH

‘Am mutlak secara qat’i dapat dilihat pada firman Allah Ta’ala : Maksudnya: Dan
janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang tidak disebut
nama Allah ketika menyembelihnya.

Lafaz ‫ مما‬dalam ayat di atas adalah ‘am yang mutlak secara qat’i kerana ia
menunjukkan setiap yang tidak disebut nama Allah haram dimakan.

Namun begitu, am mutlak secara zanni dapat dilihat berdasarkan sabda Baginda
S.A.W:
‫ذبيحة المسلم حالل ذكر اسم هللا او لم يذكر‬
Maksudnya: Sembelihan muslim halal sama ada menyebut nama Allah atau tidak.

Berdasarkan hadis ahad di atas, dapat dilihat bahawa ia telah mengkhususkan ayat
al-Quran sebelumnya yang mana berdasarkan hadis tersebut sembelihan muslim
adalah halal dimakan walaupun tidak menyebut nama Allah.

AL-KHAS

Dari segi bahasa al-khas membawa maksud 'yang tertentu'.

Manakala dari segi istilah pula al-khas membawa maksud sebagai suatu lafaz yang digunakan
untuk menunjukkan pengertian dan maksud yang khusus terhadap individu seperti nama
orang. Contohnya Muhammad atau Ali. Selain itu, ia juga menunjukkan khas terhadap
sesuatu jenis. Contohnya manusia. Antara lafaz lain ialah lafaz yang menunjukkan terhadap
sesuatu bahagian. Contohnya lelaki dan perempuan. Ia juga merangkumi lafaz bilangan
seperti sepuluh dan dua puluh. (Muhammad Salih 1993:50 & Badran Abu al-Ainain Badran
1965:107)

CATATAN:
USUL FIQH

Firman Allah dalam surah al-Maidah 5:89

Maksudnya: Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin

Ayat di atas menunjukkan bahawa salah satu cara membayar kaffarah ialah dengan memberi
makan sepuluh orang miskin. Oleh itu, lafaz sepuluh dalam ayat di atas ialah pasti dan khas
iaitu tidak kurang dan tidak lebih. Ia juga membawa maksud lafaz yang menunjukkan makna
secara qat'i dan tidak ada kemungkinan makna yang lain.

Selain itu, lafaz khas juga ialah lafaz yang diperuntukkan bagi menunjukkan satu makna
secara berasingan, sama ada dalam bentuk orang seperti Ahmad. Lafaz khas juga boleh
digunakan untuk menunjukkan pelbagai seperti rajulun atau menunjukkan makna yang
banyak dan dapat dikira seperti thalatah (tiga) dan mi'ah(seratus).

Di dalam bahagian khas terdapat satu proses yang digunakan bagi mengkhususkan sesuatu
hukum daripada dalil-dalil yang berbentuk umum. Proses ini dinamakan takhsis.

Pengertian Takhsis

Takhsis membawa maksud mengkhususkan. Ini menunjukkan bahawa takhsis ialah


mengeluarkan sebahagian daripada lafaz-lafaz am berdasarkan dalil .Oleh itu, lafaz am yang
telah ditakhsis akan membawa maksud yang khusus. (A. Hanafie M.a 1988 :62 &al-Shiraziyy
1998 1:341)

Takhsis dapat dilihat banyak berlaku dalam al-Quran. Umpamanya mengkhususkan lafaz '‫الناس‬
' hanya kepada manusia yang mukallaf dan tidak kepada kanak-kanak dan orang gila.

Firman Allah dalam surah ali-Imran 3 : 97)

Maksudnya: ‘ Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi
baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.’

Berdasarkan ayat di atas Allah telah mewajibkan ke atas setiap manusia untuk mengerjakan
ibadat haji. Namun kewajipan ini telah dikhususkan kepada mereka yang mempunyai keahlian
sahaja dan ia tidak diwajibkan kepada kanak-kanak dan orang gila.
CATATAN:
USUL FIQH

Jumhur ulama mengakui keharusan berlakunya takhsis terhadap hukum al-‘am dengan dalil-
dalil lain. Namun begitu, mereka berbeza pendapat tentang dalil-dalil yang boleh mentakhsis,
sama ada ia berasingan dari lafaz am atau tidak berasingan dan sama ada ia bersambung
dengannya atau terpisah darinya.

Menurut kebanyakan ulama selain Mazhab Hanafi, takhsis adalah harus sama ada oleh dalil
yang berasingan atau tidak berasingan dan sama ada ia bersambung dengannya atau
terpisah darinya selagi kewujudannya tidak lewat dari waktu beramal. Terdapat pelbagai
bentuk takhsis menurut jumhur ulama. Secara umumnya ia bolehlah dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu pentakhsis yang berasingan (‫ ) مخصص مستقل‬dan pentakhsis yang tidak
berasingan(‫) مخصص غير مستقل‬.

Pembahagian Mukhassis

Mukhassis membawa maksud mengecilkan skop atau maksud lafaz al-am tersebut.
Mukhassis boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

1. Mukhassis Muttasil iaitu mukhassis yang tidak berasingan daripada lafaz am


2. Mukhassis Munfasil iaitu mukhassis yang berasingan daripada lafaz am.

Mukhasis Muttasil

Mukhasis muttasil juga dikenali sebagai pentakhsis yang tidak berasingan (‫) مخصص غير مستقل‬.
Pentakhsis ghayr mustaqill bermaksud dalil yang merupakan sebahagian daripada ungkapan
yang mengandungi lafaz am.

Ia terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:

CATATAN:
USUL FIQH

a. Istithna’ muttasil ( ‫)إستثنأ متصل‬.

Misalnya firman Allah surah al-'Asr 103 : 2,3


Maksudnya :‘ Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang
beriman dan mengerjakan amal kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran
dan saling menasihati untuk kesabaran.’
Lafaz ' ‫ ’ إنسان‬adalah umum meliputi semua manusia berada dalam kerugian, tetapi
lafaz istithna' '‫ ' إال‬di sini mengeluarkan mereka yang mengerjakan amal kebajikan dan
berpesan untuk kebenaran dari umum lafaz '‫' إنسان‬. (Muhammad Salih Uthaimin
1993:51 )

b. Shart (‫) شرط‬, contohnya firman Allah dalam surah al-Nisa' 4 : 12

Maksudnya: ‘ Dan bagi kamu (wahai para suami) seperdua dari harta yang
ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai anak.'

Berdasarkan ayat di atas telah dikhususkan bahawa suami hanya akan memperoleh
setengah daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri sekiranya dia tidak mempunyai
anak. Ketiadaan anak dalam lafaz di atas menjadi syarat bagi membolehkan suami
mendapat sebahagian daripada harta isterinya.

c. Sifat ( ‫)صفة‬, seperti firman Allah dalam surah al-Nisa' 4 : 25

Maksudnya: Dan siapa diantara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup
untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik(yang merdeka,yang
terpelihara kehormatan) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan
perempuan-perempuan hamba yang beriman yang kamu miliki.

Lafaz '‫ ' فتياتكم‬dalam ayat di atas ialah ‘am merangkumi hamba yang beriman atau kafir,
tetapi apabila disifatkan dengan '‫ ' المؤمنات‬maka ia terbatas kepada hamba-hamba
perempuan yang beriman sahaja.

CATATAN:
USUL FIQH

d. Ghayah ( ‫)غاية‬, Firman Allah dalam surah al-Maidah 5 : 6

Maksudnya: ‘ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan


sembahyang(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka
kamu dan kedua tangan kamu meliputi siku.’

Lafaz '‫ ' أيديكم‬meliputi seluruh tangan tetapi lafaz '‫ ' المرافق‬adalah ghayah yang
membataskan tangan menurut pengertian yang umum kepada had siku.

Mukhassis Munfasil

Mukhassis munfasil juga dikenali sebagai pentakhsis yang berasingan (‫)مخصص مستقل‬.
Pentakhsis mustaqill bermaksud dalil yang bukan merupakan sebahagian daripada lafaz ‘am.

Ia terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah

i. Akal " ‫" عقل‬: seperti yang terdapat dalam nas-nas yang mengandungi perintah taklif
misalnya firman Allah dalam surah al-Imran 3 : 97)

Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengejakan ibadat haji dengan


mengunjungi baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.

Walaupun perintah di dalam ayat ini berbentuk umum, tetapi akal mengkhususkan
mereka yang tidak mempunyai keahlian seperti kanak-kanak dan orang gila tidak
termasuk dalam golongan yang diperintah untuk mengerjakan haji.

ii. Uruf (adat dan kebiasaan) Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah 2: 233

Maksudnya: “ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua


tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.”

CATATAN:
USUL FIQH

Uruf kadang kala boleh mentakhsiskan nas-nas yang umum. Maka nas-nas yang
umum akan ditakhsiskan berdasarkan uruf. Oleh itu ibu-ibu tidak diwajibkan
menyusukan anak mereka kerana sudah menjadi kebiasaan(uruf) bagi golongan
bangsawan tidak menyusukan anak mereka.

iii. Al-Hiss atau al-mushadah (pancaindera)

Maksudnya:Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya

Perkataan (‫ ) كل‬dalam ayat ini adalah umum. Namun kita masih dapat melihat bahawa
masih banyak benda yang wujud sehingga sekarang. Oleh itu, kita mengkhususkan
perkataan (‫ ) كل‬dalam ayat tersebut kepada beberapa perkara yang tidak termasuk
setiap yang kita lihat.

CATATAN:

You might also like