RPH (Assignment)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tugasan 1- Rancangan Pengajaran Harian

Apa itu rancangan pengajaran harian? Rancangan pengajaran harian (RPH) ialah rangka
kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah
dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan sebelum menjalankan sesi pegajaran dan
pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini merupakan panduan kepada guru untuk
mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mencapai objektif dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat
menyampaikan input pembelajaran kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan
bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk
ke dalam kelas.

Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan.


Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari
dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, pengetahuan sedia ada.
kemahiran yang ingin dicapai seperti kemahiran berfikir, elemen merentas kurikulum, nilai
dan refleksi. Gambar di bawah merupakan satu contoh RPH.
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Seni Visual Tahun 3

Apa itu objektif pengajaran? Objektif pengajaran merupakan satu pernyataan ringkas dan
tepat yang ingin dicapai oleh guru selepas tamat sesi pengajaran. Objektif pengajaran
perlulah spesifik, boleh diukur, boleh dicapai sebenar dan relevan. Objektif pengajaran boleh
dibahagi kepada 2 iaitu objektif am dan objektif khas. Objektif am merujuk kepada
pencapaian murid secara umum yang ingin dicapai manakala objektif khas merujuk kepada
pencapaian isi pelajaran dan kemahiran khusus yang ingin dicapai oleh guru dalam satu
tempoh pengajaran. Contoh istilah atau kata kerja yang dapat digunakan dalam menulis
objektif khas ialah: Menulis; murid dapat menuliskan..., menyebut; murid dapat
menyebutkan......

Pengetahuan sedia ada merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan topik yang
telah dimiliki atau telah dikuasai oleh murid sebelum sesi pengajaran bermula. Contohnya
seperti berikut: Murid telah mempelajari cara memberi penjelasan tentang sesuatu perkara
yang tersurat dan tersirat.

Kemahiran berfikir merujuk kepada pembentukan idea, penyusunan maklumat, kebolehan


membentuk konsep atau memberi sebab. Proses menggunakan minda sama ada untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan
serta menyelesaikan masalah. Contoh kemahiran berfikir dalam rancangan pengajaran
harian ialah mencirikan, membanding, mengumpul dan mengelas, membuat urutan, menilai,
menghubungkait dan sebagainya.

Resos ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya
dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Gambar di bawah menunjukkan
resos dekak-dekak
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal
insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Contoh elemen-elemen ialah bahasa, Bahasa, Kelestarian Alam Sekitar, Sains dan
Teknologi, Patriotisme, Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), Kelestarian Global dan Pendidikan Kewangan.

Menurut Hussin (1995), nilai adalah idea tentang kepentingan, faedah, mutu dan
kebernilaian tentang segala benda, perkara dan fenomena yang terdapat dan berlaku di
dalam alam semesta ini. Terdapat 16 nilai murni yang boleh diterapkan dalam pengajaran
guru. Nilai-nilai tersebut adalah baik hati, hormat-menghormati, kasih sayang, berdikari,
keadilan, berhemah tinggi, kebebasan, kejujuran, keberanian, kebersihan, kerajinan,
rasional, kerjasama, kesyukuran, kesederhanaan, dan semangat bermasyarakat.

Apa itu refleksi? Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan
pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan
kemahiran guru. Contoh releksi selepas sesi pengajaran dan pembelajaran ialah: Pelajar
perlu lebih latihan berkaitan……, Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini….,
Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah……, Murid berjaya menguasai
konsep........

You might also like