Professional Documents
Culture Documents
Terapi Ruqyah Berasaskan Al-Quran Analis PDF
Terapi Ruqyah Berasaskan Al-Quran Analis PDF
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Abstrak
Penggunaan ayat-ayat al-Quran sebagai terapi dan ruqyah dalam rawatan
penyakit pada masa kini adalah tidak asing lagi. Pertumbuhan dan
perkembangan pusat-pusat rawatan alternatif Islam yang menyediakan
khidmat rawatan turut pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Perkhidmatan rawatan yang ditawarkan meliputi rawatan terhadap penyakit
rohani dan juga penyakit fizikal. Cumanya, dalam pendekatan rawatan
yang disediakan, setiap pengamal akan menggunakan ayat-ayat al-Quran
atau daripada doa-doa tertentu sebagai ruqyah (jampi) bagi membantu
mengubati penyakit yang dihadapi. Persoalannya, apakah faktor dan
signifikan sesuatu ayat al-Quran yang digunakan sebagai ruqyah
mempunyai kaitan rapat dengan penyakit? Bagaimana sesorang pengamal
menentukan ayat-ayat tersebut bertepatan dengan penyakit yang dirawat?
Melalui aplikasi metodologi analisis induktif dan deduktif, artikel ini
bertujuan untuk menganalisis ayat-ayat al-Quran yang digunakan bagi
rawatan terhadap sesuatu penyakit dan meneliti signifikan ayat-ayat
tersebut sebagai “al-shifa’” kepada penyakit manusia. Hasil kajian
mendapati terdapat tiga signifikan yang menjadi faktor kepada penetapan
sesuatu ayat dijadikan sebagai ruqyah iaitu [1] Mempunyai kalimah atau
perkataan utama secara jelas yang berkaitan dengan penyakit; [2]
Pengajaran terhadap kisah disebalik penurunan ayat; [3] Pemahaman
tersirat disebalik maksud ayat al-Quran; dan [4] Pengalaman dan ilmu yang
dipelajari atau diwarisi daripada pengalaman orang lain. Semoga
perbincangan isu ini akan dapat membantu kefahaman semua pihak
berhubung dengan penggunaan ayat al-Quran sebagai ruqyah dan
kaitannya dengan penyakit manusia.
PENGENALAN
Kitab suci al-Quran merupakan Kalam Allah yang agong yang menjadi rujukan dan
panduan kepada seluruh umat Islam. Keistimewaan al-Quran apabila ia menjadi salah
satu daripada mukjizat Nabi SAW. Apa yang diceritakan dan dikhabarkan dalam al-
Quran adalah bersifat “hidup” dan tidak “basi” ditelan zaman sama ada kepada umat
1
Artikel ini adalah hasil penyelidikan di bawah geran UMRG yang berjudul “Pusat-Pusat Rawatan
Alternatif Islam Berteraskan al-Quran dan al-Sunnah: Kajian di Malaysia” yang bernombor: RG419-
12HNE dan dibentangkan dalam The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014
(MUQADDAS IV) pada 14-15 April 2014 bertempat di Centre of Quranic Research (CQR), Wisma
R&D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
1
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Islam pada masa lalu, sekarang mahupun akan datang sehingga tibanya Kiamat. Jelas
daripada ayat 9 surah al-Hijr, Allah SWT memberikan jaminan pemeliharan al-Quran
daripada segala bentuk penyelewengan, penambahan dan pengurang. Al-Quran yang
ada dan dibacakan pada hari ini adalah menyamai al-Quran yang diturunkan kepada
Nabi SAW.
Dalam pada itu, perkara “akar” yang meletakkan al-Quran itu sebagai penawar kepada
penyakit adalah berdasarkan kepada keterangan ayat 82 surah al-Isra’, ayat 44 surat
Fussilat dan ayat 57 surah Yunus.
Persoalannya adalah bagaimana sesuatu surah atau ayat itu dijadikan sebagai ruqyah
untuk mengubati sesuatu penyakit? Realiti pada hari ini, didapati bahawa sesuatu
penyakit yang dihadapi, perawat Islam atau pengamal pengubatan alternatif Islam,
akan menggunakan ayat-ayat tertentu yang berbeza untuk rawatan penyakit yang
berbeza. Bagaimana perawat itu mengetahui bahawa sesuatu ayat itu sesuai untuk
rawatan sesuatu penyakit? Oleh yang demikian, melalui kajian dan penelitian ini akan
dapat didedahkan signifikan sesuatu ayat digunakan dalam rawatan penyakit yang
tertentu.
Melalui metodologi analisis induktif, deduktif dan diskriptif, artikel ini berusaha
untuk meneliti dan menganalisis ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sebagai ruqyah
(jampi) dalam merawat pelbagai jenis penyakit manusia sama ada berbentuk penyakit
fizikal (jasmani) atau penyakit rohani.
Berhubung dengan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sebagai ruqyah dalam rawatan
sesuatu jenis penyakit, pengkaji merujuk kepada bahan rujukan berbentuk buku yang
digunapakai sebagai nota rujukan dalam kuliah pengajian ilmu pengubatan Islam.
Fokus utama adalah terhadap penggunaan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sebagai
ruqyah bagi rawatan sesuatu penyakit. Dengan itu, kajian ini memberi fokus terhadap
buku lima jilid yang diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam
Malaysia (Darussyifa') yang ditulis oleh Dato’ Dr. Haron Din selaku pengasas dan
penasihat Darussyifa’. 2 Selain itu, pengkaji juga merujuk kepada buku “Ikhtiar
Penyembuhan Penyakit” yang ditulis oleh penulis yang sam.3 Sebab utama pemilihan
kedua-dua buku ini adalah kerana ia mengandungi maklumat lengkap cara rawatan
2
Buku tersebut adalah “Siri Pengajian Pengubatan Islam” yang dijadikan sebagai teks pengajian
pengubatan Islam di Darussyifa’, Bangi dan semua cawangannya. Siri buku ini terdiri daripada 5 jilid
iaitu: Jilid 1: Pengantar Pengubatan Islam; Jilid 2: Rawatan Penyakit Jasmani (I); Jilid 3: Rawatan
Penyakit Jasmani (II); Jilid 4: Rawatan Penyakit Rohani; dan Jilid 5: Rawatan Penyakit Akibat Sihir.
Siri buku ini telah diterbitkan pada tahun 2011 oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam
Malaysia (Darussyifa').
3
Rujuk: TG Dato’ Dr. Haron Din, Ikhtiar Penyembuhan Penyakit: Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa
Mustajab, (Bandar Baru Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
(Darussyifa'), 2008).
2
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
sesuatu penyakit dan menjadi rujukan utama bagi semua ahli dan pelajar di
Darussyifa’. Bahkan, ia turut menjadi teks pengajian pengubatan Islam di Darussyifa’
sendiri.
Oleh itu, ayat-ayat al-Quran yang telah dikenalpasti dan digunakan sebagai ruqyah
bagi rawatan terhadap sesuatu penyakit itu akan dianalisis daripada sudut signifikan
penggunaan ayat-ayat tersebut terhadap sesuatu jenis penyakit. Hasil kajian ini dapat
mendedahkan kepada awam tentang peri pentingkan al-Quran dalam membantu
menyembuhkan penyakit manusia dan bagaimana al-Quran itu menjadi panduan
kepada kehidupan manusia khususnya dalam mengubati pelbagai penyakit yang
dihadapi oleh manusia sama ada penyakit jasmani ataupun rohani.
Antara peristiwa yang pernah berlaku adalah apabila Abi Sa‘id al-Khudri yang telah
membacakan surah al-Fatihah bagi membantu merawat seorang ketua kabilah yang
telah disengat kala jengking. Dengan keyakinan yang teguh daripada pihak Abi Sa‘id
al-Khudri dan takdir daripada Allah SWT, ketua kabilah tersebut disembuhkan oleh
Allah SWT. Selepas itu, Nabi SAW memperakukan apa yang dibacakan dan
dilakukan oleh Abi Sa‘id al-Khudri tersebut sehingga terbit ungkapan baginda:
“Bagaimana kamu tahu bahawa al-Fatihah itu ubat (penawar)?”4
Dalam situasi yang lain, Nabi SAW pernah ditimpa kesakitan dan baginda akan
membacakan al-Mu‘awwidhat5 bagi merawat kesakitan tersebut. Hal yang sama juga
pernah dilakukan oleh ‘A’ishah ketikamana beliau membantu membacakan al-
Mu‘awwidhat atas permintaan Nabi SAW bagi tujuan merawat kesakitan yang
dihadapi oleh Nabi SAW. Selepas itu beliau telah meniupkannya ke tapak tangan
Nabi SAW sebelum disapu ke seluruh tubuh badan Nabi SAW sepertimana dalam
hadith yang diriwayatkan daripada 'A'ishah RA.6
3
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Kemudian, selain daripada situasi di atas, Nabi SAW turut menyarankan umat
baginda untuk beramal dengan surah-surah dan ayat-ayat tertentu bagi tujuan untuk
perlindungan diri daripada terkena penyakit sama ada penyakit fizikal ataupun
penyakit rohani. Antaranya galakan Nabi SAW supaya beramal dengan ayat 255
surah al-Baqarah atau dikenali sebagai ayat Kursi dengan tujuan untuk perlindungan
daripada gangguan dan hasutan syaitan.7 Demikian juga saranan supaya beramal dan
membaca surah al-Baqarah kerana rumah-rumah yang penghuninya tidak
membacakan surah al-Baqarah digambarkan sebagai tanah perkuburan yang merujuk
kepada rumah yang usang, berpenghunikan makhluk-makhluk halus dan tidak
mempunyai keberkatan di dalamnya. Bahkan, syaitan tidak akan memasuki rumah
yang sentiasa penghuninya membacakan surah al-Baqarah. Perkara ini jelas
disebutkan dalam hadith riwayat Abu Hurairah RA.8
Merujuk kepada apa yang telah disebutkan, jelas menunjukkan bahawa penggunaan
ayat-ayat al-Quran atau daripada surah-surah tertentu sebagai ruqyah dan amalan
boleh membantu untuk menyembuhkan penyakit serta membantu dalam melindungi
seseorang daripada terkena sesuatu penyakit. Apa yang jelas adalah, Nabi SAW dan
para sahabat turut mempraktikannya sebagai satu bentuk rawatan serta pencegahan
daripada terkena penyakit.
Apabila dirujuk kepada al-Quran, dalam konteks melihat al-Quran sebagai ruqyah
kesembuhan penyakit dapat diteliti pemahaman terhadap beberapa ayat yang jelas
menyebutkan hal tersebut.
Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa Sunaninih wa Ayyamih (Sahih al-Bukhari),
ditahqiqkan oleh Muhammad Zahir bin Nasir al-Nasir, j.18, (Mansurah, Mesir: Dar Tuq al-Najah,
1422H)
7
Hadith daripada riwayat Abu Hurairah RA berkata:
َِّ ول ِ َّك إِ ََل رس ٍ ِ ِ ِِ ِ َِّ ول
صلى َ اَّلل ُ َ َ َْل َْرفَ َعن:ت َ الطع ِام فَأ
ُ َْخ ْذتُهُ فَ ُقل َ ضا َن فَأ َََتِِن آت فَ َج َع َل ََْيثُو من
َ وسلَّم ِب ْفظ َزَكاة َرَم
َ صلى هللاُ َعلَْيه َ اَّلل ُ َوَّكلَِِن َر ُس
.صبِ َح ِ َِّ إِذَا أَويت إِ ََل فِر ِاشك فَاقْرأْ آيةَ الْ ُكرِس ِي لَن ي ز َال معك ِمن:ال ِ َّ فَ َق.هللا علَي ِه وسلَّم
ْ ُك َشْيطَان ََ ََّّت تَ ُاَّلل ََافظ َوََ يَ ْقَرب ْ َ َ َ ََ ْ ْ َ َ َ َ َ َْ َ يث فَ َقَ ص ا ْْلَد َ َْ ُ
ِ
َذ َاك َشْيطَان،ك َوُه َو َك ُذوب َ : وسلَّم
َ َص َدق َ صلى هللاُ َعلَْيه ُّ ِال الن
َ َِّب َ ََوق
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah menugaskan aku untuk menjaga hasil zakat kutipan pada bulan
Ramadan (makanan dll), tiba-tiba datang seseorang yang mengambil makanan. Aku pun merampasnya
(menangkapnya) dan berkata: “Aku akan adukan hal kamu kepada Rasulullah SAW”. Kemudian aku
pun menceritakannya, termasuk pesanan orang itu (kepadaku) yang berkata: “Jika kamu ingin tidur
bacalah ayat al-Kursi nescaya kamu akan selalu berada dalam lindungan dan penjagaan Allah dan
syaitan tidak akan mendekatimu sehingga ke pagi.” Nabi SAW bersabda lagi: “Dia telah jujur
kepadamu padahal dia adalah pendusta, dia itu adalah syaitan”.
Hadis sahih riwayat al-Bukhari [Kitab al-Wakalah, ( ضهُ إِ ََل ِ ِ فَتَ رَك الوكِيل َشي ئاا فَأ،ب إِ َذا َوَّك َل َر ُج اًل
َ َوإِ ْن أَقْ َر،َج َازهُ امل َوك ُل فَ ُه َو َجاِز ُ َِب
ُ َ ْ ُ َ َ
َج ٍل ُم َس ًّمى َج َاز
َ )أ, no.hadith 2311). Lihat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, j.3, h.101.
8
Hadith daripada Abi Hurayrah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ِت الَّ ِذي تُ ْقرأُ فِ ِيه ُسورةُ الْبَ َقرة
ِ إِ َّن الشَّيطَا َن ي ْن ِفر ِمن الْب ي،ََ ََْتعلُوا ب يوتَ ُكم م َقابِر
َْ َ ُ َ ْ
َ َ َ َ َ ْ ُُ َ
Maksudnya: “Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu sebagai tanah perkuburan.
Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.” Hadith
riwayat Muslim [Kitab Salah al-Musafirin wa Qasriha, ( َو َج َوا ِزَها ِِف ال َْم ْس ِج ِد،ِِف بَْيتِ ِه ص ًَلةِ النَّافِلَ ِة ِ ِ ْ )ِبب,
َ است ْحبَاب ُ َ
no.hadith 780]. Lihat Muslim, Sahih Muslim, j.1, h.789.
4
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Selain daripada penyakit hati tersebut, terdapat beberapa jenis lagi penyakit rohani
yang turut berkaitan dengan hati yang disebutkan dalam al-Quran iaitu hati keras
(surah al-An‘am ayat 34); penyakit riya’ (surah al-Nisa’ ayat 38); penyakit was-was
(surah Taha ayat 120 dan al-A’raf ayat 20); penyakit lupa (surah al-Kahf ayat 63,
surah Yusuf ayat 42 dan surah al-An’am ayat 68); dan sifat membazir (surah al-Isra’
ayat 27). Dengan bantuan dan petunjuk daripada al-Quran, pelbagai penyakit yang
berkaitan rohani dapat diubati. Keterangan ini bertepatan dengan kenyataan Allah di
dalam al-Quran dalam ayat 13 surah al-Ra‘d yang menyatakan bahawa hanya dengan
mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Ini bermakna bahawa apabila sering
membaca kitab Allah, merenung dan menghayatinya, pasti dekat dengan Allah dan
dianugerahkan Allah ketenangan apabila sentiasa dekat denganNya.
Ketiga: Al-Quran menyebutkan penyakit yang pernah dihadapi oleh seseorang, lalu
dikemukakan juga solusi dalam penyelesaian terhadap penyakit tersebut. Pengajaran
ini dapat dirujuk kepada kisah Nabi Ayyub AS yang ditimpa penyakit kulit. Selepas
menceritakan perihal tersebut, Allah SWT menyebutkan juga penyelesaian terhadap
penyakit iaitu iaitu usaha daripada pihak baginda sendiri. Nabi Ayyub AS mengadu
kepada Allah sehingga Allah SWT memerintahkan agar baginda menghentak kaki
sehingga terpancarnya air. Air itu digunakan sebagai bahan rawatan melalui kaedah
minum dan mandi. Hal ini diceritakan dalam surah al-Anbiya’ ayat 83 dan surah Sad
ayat 42. Demikian juga sebab penurunan tiga surah yang dinamakan al-Mu‘awwidhat
iaitu gabungan antara surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas yang diturunkan untuk
membantu menyembuhkan kesakitan yang dihadapi oleh Nabi SAW setelah baginda
telah disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-A‘sam.
9
Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan al-Razi dikenali dengan nama Fakhr al-Din al-
Razi, Mafatih al-Ghaib, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, 1420H), j.21, h.390.
5
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Berdasarkan kepada keterangan yang disebutkan jelas memberi pentunjuk bahawa al-
Quran adalah kalam Allah yang boleh membantu untuk penyembuhan penyakit
manusia sama ada penyakit rohani ataupun jasmani. Cuma, bagaimana manusia atau
umat Islam menjadikan al-Quran itu sebagai penyembuhan adalah terletak kepada
pemahaman, kemahuan dan kemahiran masing-masing.
Dalam penelitian yang dijalankan terhadap buku-buku yang dijadikan sebagai bahan
penyelidikan, pengkaji akan memilih secara rawak jenis penyakit yang ditawarkan
perkhidmatan rawatan di Darussyifa’ yang menggunakan ayat-ayat tertentu dan
khusus bagi sesuatu penyakit. Perlu untuk dinyatakan bahawa bagi rawatan
menggunakan ruqyah ini, tidak semestinya sesuatu penyakit hanya satu ayat sahaja
yang digunakan. Bahkan, kebanyakannya adalah kombinasi beberapa ayat, doa-doa
daripada hadith dan doa-doa yang baik serta selawat Nabi SAW. Cumanya, dalam
penelitian ini, fokus hanya kepada ayat al-Quran yang dijadikan sebagai ruqyah bagi
penyakit-penyakit tertentu sama ada berbentuk penyakit rohani ataupun jasmani.
Bagi mengelakkan perbahsan yang panjang, pengkaji meringkaskan dalam Jadual 1.0
di bawah:
Jadual 1.0: Senarai Penyakit dan Ruqyah Yang Digunakan Dalam Rawatan
6
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
PERBINCANGAN
Imam al-Baghawi mengatakan bahawa “min” dalam ayat 82 surah al-Isra’ itu bukan
menunjukkan “sebahagian” tetapi membawa maksud bahawa diturunkan al-Quran itu
yang mengandungi keseluruhannya penyembuhan, yakni penyembuhan daripada
kesesatan, kejahilan, menerangkan segala percanggahan, menjelaskan kemusykilan,
menyembuhkan dari segala bentuk keraguan (syubhah) dan memberi petunjuk kepada
kekeliruan, bahkan ia penyembuh bagi hati iaitu dengan menghilangkan segala
kejahilan serta menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman. Kemudian al-
Quran tidak memberi manfaat kepada orang yang zalim, sedangkan bagi orang-orang
yang beriman dapat manfaat dan rahmat dari al-Quran itu.10
10
Abu Muhammad al-Husayn bin Mas‘ud bin Muhammad bin al-Fara’ al-Baghawi, Ma‘alim al-Tanzil
fi Tafsir al-Qur‘an, ed. ‘Abd al-Razzaq al-Mahdi, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1420H), j.3,
h.158.
7
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
penyakit. Keterangan ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidak menjadikan al-Quran sebagai (sumber) penyembuhan, maka
tiadalah kesembuhan Allah padanya.”11
Ibn ‘Atiyyah memetik pandangan al-Qadi Abu Muhammad yang berkata bahawa al-
Quran itu benar diturunkan dalam bentuk sebahagian-sebahagian dalam usaha
penurunannya (kepada Nabi SAW). Seolah diturunkan al-Quran satu persatu yang
mana terdapat padanya (ayatnya) itu keseluruhannya shifa’ (penyembuhan).
Penggunaan isti‘ah “al-Shifa’” bagi al-Quran dikirakan sebagai al-Quran
menghilangkan keraguan, membuka penutup hati bagi memahami mukjizat dan tanda-
tanda kekuasaan Allah yang menetapkan syariatNya. Diandaikan juga bahawa
dimaksudkan “al-Shifa’” iaitu manfaatnya (yakni al-Quran) terhadap (penyembuhan)
penyakit dengan menggunaan ruqyah-ruqyah dan doa-doa perlindungan dan
sebagainya daripada al-Quran. Bahkan secara zahir al-Quran sendiri itu adalah
merupakan satu rahmat (Allah SWT). 12
Fakhr al-Din al-Razi mengatakan “min” pada ayat tersebut bukan bermaksud “li al-
tab‘id” tetapi untuk menunjukkan jenis (li al-jins). Makna diturunkan daripada jenis
al-Quran itu yang terdapat padanya kesembuhan. Bahkan keseluruhan al-Quran itu
adalah penyembuhan bagi orang-orang yang beriman. Ketahuilah bahawa al-Quran itu
penyembuh bagi penyakit rohani dan juga penyakit jasmani. Penyembuhan terhadap
penyakit rohani adalah pada zahir al-Quran itu sendiri.13
Terdapat dua jenis penyakit rohani iaitu iktiqad yang batil dan akhlak yang buruk.
Iktiqad batil iailah merujuk kepada iktiqah yang rosak terhadap aspek ketuhanan,
kenabian, hari kiamat, serta qada’ dan qadar. Dengan itu, al-Quran menjadi dalil bagi
kebenaran tentang perkara-perkara tersebut dan menbatalkan segala anutan yang batil.
Al-Quran membatalkan segala anutan yang salah daripada segala penyakit batin dan
dengan sebab itu al-Quran adalah penyembuhan bagi jenis penyakit rohani ini.
Kemudian bagi akhlak yang buruk, maka al-Quran mengandungi keterangan dan
penjelasan terhadap segala bentuk kerosakan dan memberi petunjuk kepada akhlak
yang baik lagi sempurna dan amalan yang terpuji. Pandangan yang sama juga
dikemukakan oleh al-Khazin dalam tafsirnya.14
Oleh itu, kata Fakhr al-Din al-Razi lagi, al-Quran menjadi penyembuhan bagi
penyakit sedemikian. Maka, jelas bahawa al-Quran adalah penyembuh bagi segala
bentuk penyakit rohani. Manakala penyembuhan bagi penyakit jasmani pula adalah
mengambil barakah dengan membacanya yang dapat mengatasi pelbagai penyakit.15
11
Abu al-Qasim Mahmud bin ‘Amru bin Ahmad al-Zamakhshari, al-Kashshaf ‘an Ghawamid al-
Tanzil, (Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, 1407H), j.2, h.689.
12
Abu Muhammad ‘Abd al-Haq bin Ghalib bin ‘Abd al-Rahman bin Tamam bin ‘Atiyyah, al-
Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz, ed. ‘Abd al-Salam ‘Abd al-Shafi Muhammad, (Beirut:
Dar al-Kitab al-‘Arabi, 1407H), j.3, h.480
13
Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan bin al-Husayn al-Razi atau dikenali Fakhr al-
Din al-Razi, Mafatih al-Ghayb (al-Tafsir al-Kabir), (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1420H),
j.21, h.389-391.
14
‘Ala’ al-Din ‘Ali bin Muhammad bin Ibrahim bin ‘Umar al-Shiyahi atau lebih dikenali dengan al-
Khazin, Lubab al-Ta’wil fi Ma‘ani al-Tanzil, ed. Muhammad ‘Ali Shahin, (Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, 1415H), j.3, h.143-144.
15
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j.21, h.390.
8
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Ibn Kathir pula menyatakan bahawa al-Quran tidak membawa datang kebatilan sama
ada dari apa jua keadaan. Al-Quran menghilangkan di dalam hati segala penyakit
manusia seperti penyakit syak, nifaq, syirik dan kecenderungan kepada kejahatan.
Bahkan al-Quran menyembuhkan segala penyakit tersebut. Al-Quran juga menjadi
rahmat iaitu melalui al-Quran akan meningkatkan keimanan, hikmah, kebaikan dan
cenderung kepada kebaikan. Hal ini tidak berlaku melainkan kepada sesiapa yang
membenarkan dan mengikutinya (yakni mengikuti petunjuk al-Quran).16
Dalam keterangan daripada hadith Nabi SAW, daripada Abi al-Ahwas bahawa
seorang lelaki bertemu dengan ‘Abd Allah dan berkata:
َما َج َع َل،ِ " ُسْب َحا َن هللا:ِال َعْب ُد هللا َ ََس ِق ِيه؟ ق
ْ اْلَ ْم ُر أَفَأ
ْ ُت لَه ِ ِ
َ إِ َّن أَخي َم ِريض ا ْشتَ َكى بَطْنَهُ َوإِنَّهُ نُع
ُّ َوالْ ُق ْرآ ُن ِش َفاء لِ َما ِِف،َّاس
" الص ُدوِر ِ الْ َع َسل ِش َفاء لِلن:ْي
ُ
ِ ْ َالش َفاء ِِف َشْي ئ
ُ
ِ إََِّّنَا،س
ٍ هللاُ ِش َفاءا ِِف ِر ْج
Maksudnya: “Sesungguhnya saudaraku sakit, iaitu menanggung sakit pada
perutnya. Sesungguhnya bolehkah aku memberikan kepadanya arak untuk
diminum (bagi mengubatinya)? Kata ‘Abd Allah: “Maha Suci Allah, Allah tidak
sekali-kali memberikan kesembuhan pada bahan yang najis, tetapi Dia berikan
kesembuhan pada dua perkara iaitu: madu yang menyembuhkan penyakit
(fizikal) manusia, dan al-Quran yang dapat menyembuhkan (penyakit) di dalam
dada.”17
[Kedua]: Adakah merawat melalui ruqyah menafikan peranan doktor dalam rawatan
penyakit.
Berhubung dengan ikhtiar rawatan penyakit melalui kaedah terapi ruqyah, adakah
bermaskud bahawa menafikan peranan doktor dalam rawatan penyakit? Dalam isu
berkaitan dengan peranan doktor perubatan di hospital dan klinik, rawatan melalui
terapi ruqyah adalah sebagai salah satu bentuk ikhtiar rawatan sepertimana
mendapatkan rawatan daripada seorang doktor. Tidak wujud soal menafikan peranan
doktor dalam konteks usaha untuk mencari penawar bagi sesuatu penyakit. Hal ini
boleh dirujuk kepada beberapa hadith yang menyatakan bahawa Allah tidak
menurunkan sesuatu penyakit, melainkan bersamanya ubat. Ini bermakna Nabi SAW
memberikan galakkan dan sarankan agar berikhtiar mencari ubat apabila sakit atau
16
Abu al-Fida’ Isma‘il bin ‘Umar bin Kathir al-Basri, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, ed. Shami bin
Muhammad Salamah, (Taybah: Dar Taybah li al-Nashr wa al-Tawzi‘, 1999), j.5, h.112.
17
Hadith riwayat al-Tabarani,[ no.hadith 8910]. Lihat Sulayman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim
al-Tabarani (1404H/1983M), al-Mu‘jam al-Kabir, ditahqiqkan oleh Humaidi bin ‘Abd al-Majid al-
Salafi, al-Mawsal: Maktabah al-‘Ulum wa al-Hakam, j.9, h.184.
9
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Manakala dalam riwayat Usamah bin Syarik RA berkata, sabda Nabi SAW:
ض َع َم َعهُ ِش َفاءا إََِّ اََْرَم
َ ض ْع َداءا إََِّ َو َّ تَ َد َاوْوا ِعبَ َاد ا ََّّللِ فَِإ َّن
َ َاَّللَ ُسْب َحانَهُ ََلْ ي
Maksudnya: "Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah SWT tidak
menciptakan penyakit kecuali diciptakan juga bersamanya ubat, melainkan satu
penyakit sahaja iaitu penyakit tua."20
Dalam hadith yang lain, diriwayatkan dari Abi Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda:
َّواءَ َو َج َع َل لِ ُك ِل َد ٍاء َد َواءا فَتَ َد َاوْوا َوَ تَ َد َاوْوا ِِبََرٍام َّ إِ َّن
َ اَّللَ أَنْ َزَل الدَّاءَ َوالد
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan menyediakan
bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah, dan janganlah kamu berubat dengan
benda yang diharamkan.”21
Ibn Battal mengatakan bahawa pada hadith riwayat al-Bukhari di atas (yakni hadith
Abi Hurayrah RA), jelas menunjukkan bahawa keharusan untuk berikhtiar mencari
ubat. Bahkan beliau menyangkal pendapat golongan sufi yang menyangka bahawa
kewalian (mencapai tahap seorang wali) tidak sempurna melainkan reda terhadap
semua musibah atau bala yang diturunkan dan tidak perlu baginya untuk mencari ubat.
Sedangkan, Nabi SAW jelas mengharuskan perkara tersebut. 22 Manakala Ibn Hajar
dalam Fath al-Bari merumuskan dengan mengaitkan pada semua riwayat di atas
18
Selain daripada hadith yang disebutkan, terdapat hadith-hadith lain yang menggalakkan umat Islam
berikhtiar mencari ubat bagi mengubati suatu penyakit, iaitu: Daripada Jabir RA, daripada Rasulullah
ِ
َِّ َّاء ب رأَ ِبِِ ْذ ِن ِ ِ ٍ ِ
SAW bersabda: (اَّلل َعَّز َو َج َّل َ )ل ُك ِل َداء َد َواء فَإ َذا أُصMaksudnya: “Setiap penyakit ada ubatnya.
ََ يب َد َواءُ الد
Apabila sesuatu ubat dapat mengubati sesuatu penyakit, maka ia sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa
Jalla.” [Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Salam, (َّدا ِوى َ اب الت ِ )ِبب لِ ُك ِل د ٍاء دواء و, no.hadith 5741]. Lihat
ُ َاست ْحب ْ َ ََ َ َ
Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim dalam Mawsu‘ah al-Hadith
al-Sharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘. 2000), h. 1069.
19
Hadith riwayat al-Bukhari [Kitab al-Tibb, (اَّللُ َداءا إََِّ أَنَْزَل لَهُ ِش َفاءا َّ )ِبب َما أَنَْزَل,
َ no.hadith 5678]. Lihat Bukhari,
Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al- al-Ja‘fi, Sahih al-Bukhari dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-
Sharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘, 2000), h.486.
20
Hadith riwayat Ibn Majah [Kitab al-Tibb, (اَّللُ َداءا إََِّ أَنَْزَل لَهُ ِش َفاءا َّ )ِبب َما أَنْ َزَل,
َ no.hadith 3436. Ibn Majah, Abu
‘Abd Allah Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (1417H), Sunan Ibn Majah, dalam Mawsu‘ah al-
Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘, h. 2684
21
Hadith riwayat Abu Dawud [Kitab al-Tibb, (وه ِة ِ
َ )ِبب ِِف اْل َْد ِويَة ال َْمكُْر,َ no.hadith 3874. Abu Dawud,
Sulayman bin al-Asy‘at al-Sajastani al-Azdi (2000), Sunan Abi Dawud, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-
Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘, h.1507
22
Abu al-Hasan ‘Ali bin Khalf bin ‘Abd al-Malik bin Battal al-Kubra al-Qurtubi selepas ini Ibn Battal
(1423H/2003M), Sharh Sahih al-Bukhari, ditahqiqkan oleh Abu Tamim Yasir bin Ibrahim, al-Riyad:
Maktabah al-Rushd, j.9, h.394.
10
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
dengan tambahan daripada beberapa riwayat yang lain bahawa setiap penyakit ada
ubatnya kerana Allah SWT menurunkan sesuatu penyakit bersama dengan
penawarnya.23
Kemudian dalam berubat pula, keyakinan tentang kesembuhan pula adalah hanya
milik Allah SWT sahaja. Hal ini kerana apa jua pekerjaan yang dilakukan, niat adalah
perkara utama yang ditekankan. Dengan niat yang baik, akan menentukan hala tuju
sesuatu amalan itu sama ada diterima atau ditolak. Oleh itu, ketika berikhtiar mencari
ubat, letakkan keyakinan bahawa hanya Allah yang Maha Penyembuh penyakit,
lainya adalah sekadar ikhtiar dan usaha manusia sahaja.
Dari itu, jelas menunjukkan bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang mampu untuk
memberikan nilai kesembuhan penyakit jasmani dan rohani manusia. Bahkan, bukan
sekadar ayat-ayat tertentu sahaja, tetapi keseluruhan al-Quran itu mendatangkan
petunjuk dan hidayah kepada semua manusia. Kemudian, melalui panduan hadith
Nabi SAW, baginda sangat menggalakkan orang yang sakit supaya berikhtiar mencari
ubat dan penawar sesuatu penyakit. Pendekatan rawatan melalui penggunaan ruqyah
daripada al-Quran adalah salah satu pendekatan yang boleh diamalkan dan bertepatan
dengan keterangan al-Quran dan penjelasan daripada Nabi SAW.
HASIL ANALISIS
Berdasarkan kepada jenis penyakit dan ayat-ayat yang digunakan sebagai ruqyah bagi
sesuatu penyakit itu, pengkaji dapat menyatakan bahawa terdapat empat signifikan
23
Maksud diturunkan ubat adalah diturunkan ilmu tentang penyakit itu di atas lidah Nabi SAW, atau
diibaratkan dengan turun itu sebagai takdir. Tambahan lagi, konsep berubat itu terikat hanya kepada
perkara-perkara yang dihalalkan sahaja, kerana tidak harus untuk berubat dengan sesuatu yang
diharamkan. Manakala hadith riwayat Jabir pula mengisyaratkan bahawa kesembuhan terhadap
penyakit tertakluk kepada keizinan Allah SWT. Hal ini kerana, kemungkinan sesuatu penyakit itu telah
dilakukan pelbagai kaedah dan rawatan serta berapa jumlah ubat yang diberi, namun masih tidak
berjaya. Tambahan lagi, dalam hadith Ibn Mas‘ud pula, ia adalah isyarat bahawa sebahagian ubat tidak
diketahui oleh sesiapa pun kerana ia telah ditetapkan sebab-sebabnya demikian. Akan tetapi ia tidak
pula menafikan tawakkal kepada Allah SWT. Oleh itu, sesiapa yang beriktikad bahawa kesembuhan
itu adalah dengan izin Allah dan takdirnya (iaitu ketentuan dari Allah), sesungguhnya ia yakin dengan
kekuasaan Allah padanya. Bahkan, sesuatu ubat itu boleh menjadi penyakit atau racun jika ditakdirkan
Allah SWT sedemikian. Dari itu, penyakit yang dihadapi adalah di atas takdir (ketentuan) dan
kehendak Allah SWT terhadapnya, sedangkan berubat (ikhtiar rawatan) bukan pula menafikan konsep
tawakkal kepadaNya sepertimana untuk menghilangkan lapar dan dahaga, sudah pasti perlu makan dan
minum. Lihat Ibn Hajar (1421H/2001M), Fath al-Bari, op.cit., j.10, h.141-142.
11
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
[Pertama]: Signifikan dengan tema ayat atau kalimah yang terkandung di dalam ayat
yang berkaitan dengan penyakit.
Dalam aspek ini, didapati bahawa kebanyakan ruqyah yang dibacakan ke atas
penyakit adalah merujuk kepada tema atau terdapat kalimah khusus yang mewakili
penyakit atau berkaitan dengan tempat yang sakit atau mewakili anggota badan yang
terkena penyakit.
Dalam ayat 81-82 surah Yunus, ayat 118-122 surah al-A‘raf dan ayat 69 surah Taha
Allah SWT menyebutkan tentang sihir yang berlaku pada zaman Nabi Musa AS,
usaha Nabi Musa AS bersama Nabi Harun AS memerangi sihir dan berlawan dengan
ahli tukang sihir Firaun serta Allah membatalkan sihir-sihir yang dilakukan oleh
tukang-tukang sihir Firaun tersebut. Manakala ayat ayat 84 surah al-Nisa’ dan ayat 64
surah Yusuf adalah kombinasi ayat untuk memohon pemeliharaan dan penjagaan
daripada Allah SWT daripada terkena penyakit sihir khususnya dan umumnya
daripada segala gangguan makhluk halus.
Manakala dalam rawatan sakit kepala atau pening kepala, ayat yang digunakan
sebagai ruqyah adalah ayat 19 surah al-Waqi‘ah. Dalam ayat itu terdapat tema ayat
yang menyebutkan tentang keadaan golongan yang mendapat Syurga Allah yang akan
hidup di dalamnya dalam keadaan senang lenang dan disediakan pelbagai
kenikmatan. Bahkan mereka tidak akan merasai pening dan tidak pula mabuk.
Kemudian, sama juga dalam rawatan terhadap sakit dalam dada akibat sesak nafas.
Kombinasi ruqyah rawatnnya adalah terdiri daripada ayat 1-8 surah al-Sharh, ayat 125
surah al-An‘am dan ayat 22 surah al-Zumar. Keseluruhan ayat tersebut mempunyai
tema yang berkaitan dengan dada dan permohonan supaya dilapangkan dada di mana
Allah SWT menyatakan bahawa apabila seseorang itu diberikan hidayah Islam, maka
Allah SWT akan melapangkan dada mereka. Jadi, konsep “lapang dada” itu
menunjukkan permintaan supaya masalah sesak dada dapat disembuhkan dan
dilapangkan dada.
Demikian dalam rawatan sakit dada iaitu dada berdebar-debar. Kombinasi ayat yang
dijadikan ruqyah dalam rawatan adalah ayat 28 surah al-Ra‘d, ayat 13 surah al-
An‘am, ayat 33 surah al-Shura dan ayat 45 surah al-Furqan. Keseluruhan ayat itu
mengandungi tema khusus iaitu memohon ketenangan dan ketenteraman daripada
segala kegelisahan dan permasalahan. Terdapat kalimah “sakana” dan “tatma’inn”
yang membawa maksud ketengangan.
24
Haron Din, Dato’ Dr., Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5, (Bandar Baru Bangi, Selangor:
Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’), 2011), h. 161-163.
12
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Kemudian, dalam merawat masalah tulang patah akibat terjatuh, kemalangan dan
sebagainya, ruqyah yang digunakan dalam rawatan adalah kombinasi ayat 78-79
surah Yasin, ayat 259 surah al-Baqarah dan ayat 30 surah al-Anbiya’. Signifikan
penggunaan ayat-ayat tersebut adalah berkait rapat dengan tema tersebut. Dalam ayat
78-79 surah Yasin Allah SWT menyebutkan tentang kekuasaanNya yang mampu
untuk menghidupkan kembali tulang bendulang yang telah hancur seperti debu.
Manakala pada ayat 259 surah al-Baqarah juga Allah SWT mahu menunjukkan
kekuasaanNya menghidupkan kembali keldai daripada tulang-tulang keldai yang telah
hancur itu. Pada ayat 30 surah al-Anbiya’, seperti yang disebutkan ia menjelaskan
tentang asal kejadian makhluk daripada air dan kekuasaan Allah SWT untuk
menghidupkan sesuatu.
Dalam situasi yang kedua pula, sebahagian ayat yang digunakan dalam rawatan
sesuatu penyakit adalah bersesuai dengan pengajaran terhadap kisah dan disebalik
penurunan ayat tersebut. Contohnya, ayat 1-5 dari surah Taha, digunakan sebagai
ruqyah untuk rawatan pelembut hati iaitu berkaitan dengan penyakit seseorang yang
bersikap kasar dan keras hati atau keras hati. Kisah disebalik ayat ini adalah merujuk
kepada pengajaran yang dipetik daripada kisah pengislaman Saidina Umar al-Khattab
yang mendengar ayat tersebut sehingga melembutkan hati beliau yang keras
menentang Islam sebelum itu. Ayat tersebut menjadi faktor Saidina Umar al-Khattab
mendapat hidayah Allah dan melembutkan hati beliau untuk menerima Islam. Pada
masa yang sama Allah memaqbulkan doa Nabi SAW agar dikuatkan Islam dengan
salah seorang daripada dua Umar.25
Demikian juga dalam rawatan berhubung dengan masalah sukar mendapatkan zuriat,
ayat yang digunakan sebagai ruqyah adalah ayat 30 dan 89 surah al-Anbiya’dan ayat
38 surah Ali ‘Imran.
Dalam ayat 89 surah al-Anbiya’ dan ayat 38 surah Ali ‘Imran, terdapat signifikan
yang jelas daripada kisah berkaitan dengan permohonan dan doa Nabi Zakaria AS
untuk mendapatkan anugerah anak. Signifikan terhadap doa yang dipohon oleh Nabi
Zakaria tersebut, ia dijadikan sebagai ruqyah dalam usaha ikhtiar untuk mendapatkan
zuriat dan juga mengambil pengajaran daripada kisah tersebut. Manakala dalam ayat
30 surah al-Anbiya' pula, terdapat signifikan yang jelas di mana Allah SWT
menyatakan bahawa setiap sesuatu asal kejadian makhluk itu adalah daripada air.
Berasaskan kepada keterangan Allah bahawa kejadian makhluk itu semuanya
berasaskan kepada air, maka amat sesuai ruqyah itu digunakan sebagai ruqyah untuk
rawatan kesukaran mendapatkan anak. Hal ini kerana manusia dan semua makhluk itu
adalah ciptaan Allah SWT.
25
Rujuk kepada hadith daripada Ibn ‘Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ِ َّ اَّلل صلَّى ِ ِ ِ ََّعَّز ا ِإل ْس ًَلم ِِبَِِب ج ْه ِل بْ ِن ِه َش ٍام أَو بِعمر بْ ِن ا ْْلَط
ِ «اللَّه َّم أ
ْ اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم فَأ
َسلَ َم َ َّ َصبَ َح فَغَ َدا ُع َمُر َعلَى َر ُسول
ْ فَأ:ال
َ َاب» ق ََ ُ ْ َ َ ُ
Maksudnya: ““Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan (pengislaman) Abu Jahal bin Hisham atau
dengan (pengislaman) ‘Umar bin al-Khattab.” Kata Ibn ‘Abbas lagi: “Setelah paginya (pagi Jumaat),
maka pergilah ‘Umar bertemu dengan Rasulullah SAW dan beliau memeluk Islam.” Kata al-Tirmidhi
hadith ini gharib dengan wajah ini. Lihat Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa al-Tirmidhi al-Sulami, al-Jami‘
al-Sahih Sunan al-Tirmidhi, ditahqiqkan oleh Ahmad Muhammad Syakir et.al, (Misr: Sharikah
Maktabah wa Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1975), j.5, h.618.
13
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Dalam kisah berkaitan dengan Nabi Musa AS, Allah SWT telah memberikan
kemampu kepada baginda untuk bercakap secara terus. Perkara itu diabadikan dalam
ayat 169 surah al-Nisa'. Permahaman terhadap maksud disebalik kisah ini, maka ayat
ini telah dijadikan sebagai ruqyah bagi merawat kanak-kanak yang lambat bercakap.
Signifikannya adalah kerana kemampuan bercakap secara terus itu adalah
kemampuan tertinggi yang dianugerahkan Allah SWT kepada Nabi Musa AS. Oleh
sebab itu, dijadikan ayat ini sebagai ruqyah rawatan bagi kanak-kanak yang lambat
bercakap.
Demikian juga bagi kesakitan akibat daripada terkena api atau sesuatu yang panas,
maka ruqyah yang digunakan adalah ayat 69 surah al-Anbiya'. Dalam ayat ini
menyebutkan tentang arahan Allah SWT terhadap unggun api yang digunakan oleh
Raja Namrud yang mahu membakar Nabi Ibrahim AS. Arahan Allah SWT, sifat api
yang panas dan membakar itu menjadi sejuk dan tidak membakar menjadi signifkan
terhadap penggunaan ayat ini sebagai ruqyah bagi merawat kesan terbakar atau
terkena api atau bahan yang panas.
Manakala dalam rawatan penyakit lumpuh pula, ayat yang dijadikan sebagai ruqyah
adalah ayat 30 surah al-Anbiya’. Lumpuh adalah penyakit yang menyebabkan
anggota badan mati atau tidak dapat berfungsi disebabkan oleh gangguan pada saraf.
Oleh sebab itu, pada ayat 30 surah al-Anbiya’ ini, Allah SWT menyebutkan bahawa
segala makhluk ciptaanNya adalah daripada sumber air. Jadi, difahami bahawa dalam
ayat itu menyeru supaya aggota yang tidak berfungsi itu kembali “hidup” yakni
berfungsi seperti sediakala. Namun demikian, dalam rawatan lumpuh terdapat
beberapa pendekatan lain yang dilakukan seperti urutan, menanam pesakit dalam
pasir dan sebagainya. Ayat tersebut hanya sebagai ruqyah sahaja.
Dalam rawatan terhadap masalah tercekik tulang pula, ruqyah yang digunakan adalah
ayat 80 surah al-Isra’. Pengunaan ayat ini adalah berasaskan kepada pemahaman
terhadap ayat iaitu konsep masuk dan keluar. Apabila masuknya makanan ke dalam
mulut makan masuklah dengan baik, sedangkan apabila keluar juga keluarlah dengan
baik. Jadi, tercekik tulang itu menandakan wujudnya masalah. Melalui doa ini
dipohon agar yang tercekik itu dapat dilepaskan dan menyelamatkan orang yang
tercekik itu.
Bagi penyakit barah pula, ayat yang dijadikan sebagai ruqyah adalah ayat 1 dan 2
surah al-Qalam. Barah adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang menggangu
sel dalam badan manusia. Berlakunya barah apabila sel dalam badan tersebut menjadi
“gila”. Oleh sebab itu, dijadikan ayat tersebut sebagai usaha dan ikhtiar untuk
memohon agar sel tersebut tidak memberontak sehingga menyebabkan berlakunya
barah. Semuanya adalah pemahaman berasaskan kepada maksud yang tersirat
daripada ayat dan dikaitkan dengan penyakit tersebut.
Demikian juga berkaitan dengan masalah kencing malam yang sering berlaku kepada
kanak-kanak apabila tidur. Sebagai usaha dan ikhtiar masalah ini, ayat ruqyah yang
digunakan adalah daripada ayat 44 surah Hud. Dalam ayat ini Allah SWT
memerintahkan agar bumi menelan air dan langit berhenti menurunkan hujan dalam
14
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
peristawa banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh AS sehingga
menenggelamkan semuanya termasuk gunung ganang. Signifikan kepada arahan
Allah supaya bumi menahan air daripada keluar dan langit menahan air daripada
turun, menjadi sebab kepada penggunaan ruqyah ini sebagai penahan daripada
kencing malam.
[Keempat]: Merujuk kepada pengalaman dan ilmu yang dipelajari atau diwarisi
daripada pengalaman orang lain.
Contohnya, dalam rawatan sakit pinggang, ayat yang digunakan sebagai ruqyah
adalah kombinasi ayat 130 surah al-Shu‘ara’ dan ayat 12-16 surah al-Buruj. Dalam
ayat 130 surah al-Shu‘ara’ menyebutkan tentang memukul dan menyeksa dengan
kejam. Manakala dalam ayat 12-16 surah al-Buruj menceritakan tentang kekuasaan
Allah SWT. Jadi, tiada sebarang tema atau sebab penurunan yang dapat dikaitkan
dengan penyakit. Namun, ia adalah berasaskan kepada pengamalan dan ilmu yang
diwarisi daripada orang-orang tua terdahulu yang menggunakan ayat ini sebagai
ruqyah dalam rawatan penyakit tersebut.
Demikian juga dalam rawatan penyakit kayap. Ruqyah yang digunakan dalam ayat 44
surah Hud. Secara umumnya, tiada sebarang tema dalam ayat untuk dikaitkan
penyakit atau berkait dengan sebab penurunan ayat. Ayat ini dijadikan ruqyah
berasaskan kepada pengalaman dalam kalangan masyarakat yang mendalami ilmu
berkaitan dengan penyakit. Bahkan, berasaskan kepada pengalaman itu, mereka telah
berjaya untuk membantu menyembuhkan penyakit tersebut dengan izin Allahn SWT.
Pengkaji meringkaskan perbahasan dalam bentuk jadual di bawah. Lihat Jadual 2.0 di
bawah.
Jadual 2.0: Senarai Jenis Penyakit, Ayat-Ayat Ruqyah Rawatan dan Signifikan Ayat Terhadap
Rawatan Penyakit
15
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
KESIMPULAN
Pertama: Al-Quran merupakan kitab wahyu dan Kalam Allah yang merupakan
mukjizat kepada Nabi SAW. Salah satu kemukjizatan al-Quran adalah mampu untuk
membantu menyembuhkan penyakit jasmani dan rohani manusia. Cumanya
diserahkan kepada manusia bagaimana untuk memanfaatkan wahyu dan Kalam Allah
tersebut. Apa yang pasti al-Quran itu adalah petunjuk jalan kepada manusia dan Nabi
SAW sebagai utusan yang bertanggungjawab untuk menjelaskan kandungannya.
16
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Ketiga: Walaupun sesuatu penyakit itu mempunyai signifikan yang jelas tersurat atau
tersirat, merujuk kepada penelitian, pengkaji dapat menyatakan bahawa ia bergantung
sepenuhnya kepada sumber ilmu yang dipelajari oleh seseorang perawat atau
pengamal itu dalam menggunakan sesuatu ayat atau kombinasi ayat-ayat tertentu
sebagai ruqyah. Hal ini dibuktikan bahawa dalam kajian yang pernah dijalankan oleh
pengkaji sebelum ini.26 Sekalipun jenis penyakit yang sama, kadang kala kombinasi
ayat-ayat ruqyah tersebut adalah berbeza. Kadang kala, ilmu yang dipelajari daripada
beberapa orang guru itu digabungkan atau disenergikan sehingga lahir kombinasi baru
berdasarkan kepada ijtihad pengamal itu sendiri. Oleh sebab itu, ia kombinasi ayat-
ayat ruqyah untuk merawat sesuatu penyakit adalah berbeza.
Abu Dawud, Sulayman bin al-Asy‘at al-Sajastani al-Azdi (2000), Sunan Abi Dawud,
dalam dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad:
Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘.
Baghawi, Abu Muhammad al-Husayn bin Mas‘ud bin Muhammad bin al-Fara’ al-
Baghawi, Ma‘alim al-Tanzil fi Tafsir al-Qur‘an, ed. ‘Abd al-Razzaq al-
Mahdi, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1420H).
Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al- al-Ja‘fi, Sahih al-Bukhari dalam
Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam
li al-Nashr wa al-Tawzi‘, 2000).
Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari al-Ja‘fi selepas ini al-,
al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa
Sunaninih wa Ayyamih (Sahih al-Bukhari), ditahqiqkan oleh Muhammad
Zahir bin Nasir al-Nasir, j.18, (Mansurah, Mesir: Dar Tuq al-Najah, 1422H)
Fakhr al-Din al-Razi, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan al-Razi,
Mafatih al-Ghaib, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, 1420H).
Fakhr al-Din al-Razi, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan bin al-
Husayn al-Razi, Mafatih al-Ghayb (al-Tafsir al-Kabir), (Beirut: Dar Ihya’
al-Turath al-‘Arabi, 1420H).
Haron Din, Dato’ Dr., Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5, (Bandar Baru Bangi,
Selangor: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
(Darussyifa’), 2011).
Haron Din, Dato’ Dr., Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5, (Bandar Baru Bangi,
Selangor: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
(Darussyifa’), 2011).
26
Khadher Ahmad, “Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam al-Kutub al-Sittah:
Aplikasi di Pusat Rawatan Islam di Malaysia”, (Tesis PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012).
17
The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV)
April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Haron Din, TG Dato’ Dr. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit: Dengan Ayat-Ayat dan
Doa-Doa Mustajab, (Bandar Baru Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan
dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'), 2008).
Ibn ‘Atiyyah, Abu Muhammad ‘Abd al-Haq bin Ghalib bin ‘Abd al-Rahman bin
Tamam bin ‘Atiyyah, al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz, ed.
‘Abd al-Salam ‘Abd al-Shafi Muhammad, (Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi,
1407H).
Ibn Battal, Abu al-Hasan ‘Ali bin Khalf bin ‘Abd al-Malik bin Battal al-Kubra al-
Qurtubi, Sharh Sahih al-Bukhari, ditahqiqkan oleh Abu Tamim Yasir bin
Ibrahim, (al-Riyad: Maktabah al-Rushd, 2003).
Ibn Kathir, Abu al-Fida’ Isma‘il bin ‘Umar bin Kathir al-Basri, Tafsir al-Qur’an al-
‘Azim, ed. Shami bin Muhammad Salamah, (Taybah: Dar Taybah li al-
Nashr wa al-Tawzi‘, 1999).
Ibn Majah, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (1417H), Sunan Ibn
Majah, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad:
Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘.
Khadher Ahmad, “Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam al-Kutub
al-Sittah: Aplikasi di Pusat Rawatan Islam di Malaysia”, (Tesis PhD,
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 2012).
Khazin, ‘Ala’ al-Din ‘Ali bin Muhammad bin Ibrahim bin ‘Umar al-Shiyahi, Lubab
al-Ta’wil fi Ma‘ani al-Tanzil, ed. Muhammad ‘Ali Shahin, (Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiyyah, 1415H).
Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim,
ditahqiqkan oleh Ahmad Muhammad Syakir, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath
al-‘Arabi, 2014).
Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim dalam
Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam
li al-Nashr wa al-Tawzi‘. 2000).
Tabarani, Sulayman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-, al-Mu‘jam al-Kabir,
ditahqiqkan oleh Humaidi bin ‘Abd al-Majid al-Salafi, (al-Mawsal:
Maktabah al-‘Ulum wa al-Hakam. 1983)
Tirmidhi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa al-Sulami, al-Jami‘ al-Sahih Sunan al-
Tirmidhi, ditahqiqkan oleh Ahmad Muhammad Syakir et.al, (Misr:
Sharikah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1975).
Zamakhshari, Abu al-Qasim Mahmud bin ‘Amru bin Ahmad al-Zamakhshari, al-
Kashshaf ‘an Ghawamid al-Tanzil, (Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, 1407H).
18