Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

CARA HIDUP BANGSA MELAYU DI MALAYSIA

a) Komunikasi

Manusia hidup dalam kepelbagaian bangsa dan menuturkan kata dalam pelbagai
bahasa. Ini merupakan cara mereka berkomunikasi. Komunikasi boleh menolong
untuk meningkatkan hubungan mesra antara jururawat dan pesakit. Penejlasan mesej
dan penerangan dalam bahasa yang mudah dan terang serta difahami pesakit akan
dapat membantu jururawat itu menyampaikan maklumat atau mesej kepada
pesakitnya dengan lebih berkesan.

 Melayu - Dialek N.9, Kelantan, Perak, Sabah, Sarawak

b) Cara Perkahwinan

Adat merisik dijalankan bagi memastikan gadispilihan lelaki belum berpunya. Pihak
lelaki akan menghantar ibu bapa atausaudara mara.Lazimnya sebentuk cincin belah
rotan akandiberikan kepada pihak perempuan. Pada masa ini pihak lelaki dan
perempuan akan berunding untuk menetapkan tarikh pertunangan. Perbincangan juga
berkisar tentang hantaran.Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah perempuan
dengan membawa hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung,
sebentuk cincin dan hantaran lain. Wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang
belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan hal-hal lain. Wakil pihak lelaki akan
menyarungkan cincin pertunangan. Pengantin lelaki akan membaca lafaz nikah
didepan Tok Kadi. Selepas saksi berpuas hati dengan lafaz tersebut, maka kedua
mempelai selamat diijabkabulkan. Adat berinai akan dijalankan dimana mempelai
ditepung tawar.Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin. Pengantin
akan bersanding diatas pelamin.Adat menepung tawar turut dilakukan.

c) Pekerjaan

Masyarakat Melayu Tradisional mengamalkan sistem ekonomi sara diri dengan


menjalankan aktiviti melalui pertanian dan penternakan manakala pada zaman ini
masyarakat Melayu masih mengamalkan pekerjaan ini tetapi lebih kearah moden dan
canggih seperti penggunaan jentera dan baka yang lebih berkualiti tinggi dalam sistem
pertaniaan dan penternakan seiring dengan kemodenan arus kini.

You might also like