Minit Mesyuarat Panitia Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Bil 1 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA NERAM 1

24060 KEMAMAN
TERENGGANU DARUL IMAN
Emel : tba2035@moe.gov.my
Tel : 09-5519760 Fax: 09-5519152

____________________________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT
PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BIL 1 /2020

Tarikh : 15 JANUARI 2020


Hari : RABU
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : MAKMAL KOMPUTER

KEHADIRAN :

1. En. Mohd Nadzlin Bin Mat : PK Pentadbiran


2. En. Zailani Bin Ali : Ketua Panitia
3. Tengku Hafiz Shazlee Bin Tengku Kamaruzaman : Setiausaha
4. En. Ahmad Hadi Bin Udzir @ Ahmad Nawawi : Ahli Jawatankuasa

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang menghadirkan diri
dalam mesyuarat Panitia Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) buat kali pertama tahun
2020.
1.2 Semua guru dinasihatkan agar terus memberikan komitmen yang terbaik untuk panitia dan
bekerjasama dalam mengatasi segala masalah dan berusaha untuk menjadikan pelajar agar
menguasai subjek TMK.
Makluman : Semua guru
2.0 UCAPAN PENASIHAT
2.1 Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohd Nadzlin Bin Mat mengucapkan tahniah kepada
semua AJK Panitia TMK di atas pelantikan.
2.2 Panitia merupakan badan yang kuat untuk jalankan aktiviti berkaitan PdPC dan perlu lebih
teliti dalam merancang aktiviti panitia 2020 agar lebih mantap bagi mempertingkatkan
prestasi mata pelajaran.
2.3 Harapan beliau tahun 2020 ini prestasi murid semua tahun dapat ditingkatkan dari semasa ke
semasa.
Makluman : Semua guru

1
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Tengku Hafiz Shazlee Bin Tengku Kamaruzaman selaku setiausaha Panitia TMK 2020
membentangkan minit mesyuarat lalu.
3.2 En. Ahmad Hadi Bin Udzir @ Ahmad Nawawi mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan
disokong oleh En. Zailani Bin Ali.
Makluman : Semua guru
4.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.

5.0 PENYEDIAAN RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

5.1 Guru diminta untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan semasa ubtuk rujukan
masing-masing. Walaubagaimanapun, penyediaannya boleh dirujuk dalam fail panitia.
5.2 Pada tahun ini, semua guru akan menggunakan tapak e-rph sebagai Rancangan Pengajaran
harian. Guru – guru boleh merujuk kepada PK Pentadbiran jika mempunyai sebarang
masalah berkaitan e-rph.
5.3 e-rph mesti dihantar sebelum atau pada hari Jumaat jam 11.59 malam pada minggu tersebut.

Makluman : Semua guru


Tindakan : Semua guru
6.0 PEMBAHAGIAN MINGGU MENGAJAR

6.1 Seperti tahun-tahun sebelumnya, pengajaran bagi subjek TMK dan juga RBT akan dilakukan
secara berselang-seli. Sebagai contoh Minggu1 ialah pengajaran bagi subjek RBT manakala
Minggu 2 pengajaran bagi subjek TMK.

Tindakan : Semua guru


7.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA 2020

7.1 Mesyuarat Jawatankuasa Panitia TMK akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun.
7.2 Guru-guru yang membawa murid ke Makmal Komputer perlu sentiasa mengawasi dan
Bersama murid-murid semasa berada di dalam makmal.
7.3 Guru-guru perlu memastikan keselamatan murid dan kebersihan makmal dijaga dengan baik.
7.4 Panitia juga bercadang untuk mengadakan aktiviti seperti berikut pada tahun 2020 :
7.4.1 Aktiviti Pasca UPSR – persembahan Powerpoint
7.4.2 Kursus/Bengkel pendedahan penggunaan VLE Frog bagi murid-murid dan guru.
7.5 Pengerusi berharap semua aktiviti dan program yang telah dirancang sepanjang tahun 2020
diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid dalam TMK.

Tindakan : Semua guru


2
8.0 PENILAIAN PRESTASI MURID

8.1 Ujian sumatif akan diadakan dua kali setahun iaitu Penilaian Pertengahan Tahun dan
Penilaian Akhir Tahun.
8.2 Tarikh penilaian akan dimaklumkan oleh PK Pentadbiran dan Setiausaha Peperiksaan
kemudian.
Makluman : Semua guru
9.0 PERANCANGAN KEWANGAN PANITIA TMK 2020

9.1 Ketua panitia meminta cadangan peralatan dari guru untuk kegunaan guru dan murid.
9.2 Peruntukan kewangan bagi panitia belum diterima. Guru-guru boleh merujuk atau berjumpa
dengan Ketua Panitia dari semasa ke semasa bagi tujuan memesan peralatan untuk
kegunaan PdPc.
9.3 Sebahagian peruntukan juga akan digunakan untuk projek keceriaan panitia pada tahun ini.

Makluman : Semua guru


10.0 HAL-HAL LAIN

10.1 Panitia bercadang untuk mengadakan projek keceriaan seperti yang telah diminta oleh pihak
pentadbir. AJK panitia Bersama-sama PK Pentadbiran telah bersetuju untuk mengecat
dinding Makmal Komputer sebagai projek keceriaan Panitia TMK pada tahun ini.
10.2 Sebahagian peruntukan juga akan digunakan untuk projek keceriaan panitia pada tahun ini.
Tindakan : Semua guru
11.0 PENUTUP
11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang dan diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ...............................................
(TENGKU HAFIZ SHAZLEE B. TG KAMARUZAMAN) (ZAILANI BIN ALI)
Setiausaha Ketua
Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sekolah Kebangsaan Felda Neram 1 Sekolah Kebangsaan Felda Neram 1

You might also like