Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

E-pembelajaran dan aplikasi telah berkembang secara mendadak di dalam sistem

pendidikan Malaysia. Ia meningkatkan kemudahan mengakses maklumat untuk

pembelajaran bagi pelajar. Produk baru dari Kementerian Pendidikan dipanggil Virtual

Learning Environment (VLE) telah diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah dan

menengah di seluruh Malaysia. Kebanyakan program yang diperkenalkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia tidak ada pengukur yang tepat bagi mengetahui

tahap kejayaannya. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk memodelkan penggunaan

pelajar terhadap VLE dalam pembelajaran Bahasa Inggeris berasaskan 2 model yang

telah konsisten dan telah diuji iaitu model UTAUT dan McLean & DeLeon sebagai

model asas dalam kajian penggunaan teknologi. Sebanyak lapan belas (18) hipotesis

telah di utarakan untuk menguji perkaitan di antara pemboleh ubah dalam model

tersebut. Teknik pra analisis digunakan sebelum analisis terhadap pemodelan

dilakukan. Perisian SPSS 20 digunakan pada peringkat pra analisis manakala perisian

SmartPLS digunakan sebagai penganggaran kuasa dua terkecil separa (PLS) untuk

analisis penggunaan VLE dengan menggunakan 950 data sampel dari pelajar-pelajar

sekolah menengah di mana sekolah-sekolah tersebut menggunakan VLE dalam

pengajaran dan pembelajaran mereka. Hipotesis penggunaan VLE mencadangkan,

mengemukakan beberapa hipotesis seperti; jangkaan prestasi, sikap terhadap VLE,

pengaruh rakan, kemudahan teknologi, kemudahan sumber, tanggapan kepermainan,

kualiti sistem, interaksi guru, kepuasan pengguna, penggunaan sukarela di mana

pemboleh ubah-pemboleh ubah ini mempunyai pengaruh positif terhadap

penggunaan VLE manakala kepuasan dan sistem kualiti mempunyai pengaruh positif

terhadap penggunaan VLE. Pada akhir analisis, model penggunaan ini diukur

berdasarkan nilai t bagi mengetahui tahap signifikan atau tidak diterima. Hasil kajian

ini mendedahkan 14 daripada 18 hipotesis disokong bagi penggunaan pelajar


terhadap teknologi VLE dalam pembelajaran Bahasa Inggeris mereka. Sementara

rakan sebaya dan kepuasan menunjukkan hubungan tertinggi bacaan nilai t dengan

nilai 24.087 terhadap penggunaan VLE. Ini membuktikan pelajar dan rakan berpuas

hati dengan sistem VLE sebagai alternatif kepada gaya pembelajaran mereka

berbanding kaedah tradisional di dalam kelas.

You might also like