Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

SK LANGKASUKA SESI 2019

Tarikh: 30 DISEMBER 2018


Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan AL-GHAZALI

1. Bismillahirrahmanirrahim…
Pembukaan / Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera,
Aluan Yang Berusaha Cikgu Che Noh bin Ahmad,Guru Besar Sk Langkasuka,

Yang Dihormati Cikgu Ahmad Dzulkefli bin Bakar,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sk Langkasuka,

Cikgu Sanuri bin Othman,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cikgu Norliah binti Mat Dari,Guru Penolong Kanan Kokurikulum serta

Guru-guru,Para ibu bapa dan penjaga Murid Tahun 1 sesi 2019


Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat kita


berkumpul pada hari yang berbahagia ini bagi menjayakan Hari Orientasi
Tahun 1 bagi tahun 2019.

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa penjaga bagi murid
Tahun 1 dan seterusnya memeriahkan lagi majlis pada pagi ini.

Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tahun 1 seramai 60 orang
yang telah diterima masuk ke SK Langkasuka. Selamat datang ke SK Langkasuka
dan sekali gus menjadi warga sekolah ini.

Tujuan Program Transisi Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak


menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di
tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan
terlaksananya program ini, murid-murid diharap telah dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan baru dalam masa
yang singkat.

2. Menadah tangan tanda kerendahan,


Bacaan Doa Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Tn Hj Ustaz Ramzan bin
Zainul . Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan taklimat Transisi oleh Cikgu Che Embun binti Mohd Nor .
Dipersilakan.
**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Che Embun binti Mohd Nor di atas taklimat
Transisi sebentar tadi.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Suraya


binti Sharif untuk menyampaikan taklimat SPBT.Dipersilakan
**********(taklimat)

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Suraya binti Sharif di atas taklimat SPBT
sebentar tadi.

3. Hadirin yang dihormati,


Ucapan Guru Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Besar Tak berguna jika payung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Che Noh bin
Ahmad selaku Guru Besar SK Langkasuka untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
**********(ucapan)

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
ucapan sebentar tadi.

Ikrar waris / Majlis diteruskan dengan membaca ikrar oleh waris murid tahun 1 sesi
pengumuman 2019.Majlis dengan segala hormatnya menjemput
……………………………………………………….…….. dipersilakan.
**********(ikrar)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada …………………………………………….. atas bacaan ikrar
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan simbolik penyampaian buku teks kepada murid


Tahun 1 sesi 2019.Majlis dengan hormatnya mempersilakan Cikgu Che Noh bin
Ahmad.
**********(simbolik)
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Che Noh bin Ahmad di atas penyerahan
buku teks sebentar tadi.

penutup Dengan berakhirnya Ikrar waris itu tadi,


Waris-waris boleh membuat pembayaran sumbangan dan penerimaan buku teks
di kelas masing-masing.

Saya bagi pihak majlis ingin memohon maaf andai tersilap kata, tersalah bicara
sepanjang majlis kita berlangsung pada hari ini.

Sekian.. wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh, dan jumpa lagi.

You might also like