Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Islam pada zaman Rasulullah SAW, apabila terdapat kekurangan kefahaman atau persoalan
terhadap sesuatu hukum, para sahabat akan terus berjumpa Rasulullah dan menanyakan hal
tersebut dan Rasulullah akan menjawab berdasarkan wahyu Allah (al-Quran) atau kefahaman
baginda sendiri yang tidak jauh dari nas al-Quran. Kemudian setelah wafatnya Rasulullah
SAW, para sahabat menggunakan pengalaman yang diperoleh daripada perkataan, perbuatan,
dan kebiasaan baginda ketika hidup.Setelah zaman demi zaman berlalu, semakin banyak
permasalahan dalam syariat islam yang muncul.Oleh yang demikian, muncul pelbagai mazhab
dari masa ke semasa. Walaupun muncul pelbagai mazhab antaranya Mazhab Hanbali, Mazhab
Syafi’e, Mazhab Hanafi dan sebagainya. Setiap mazhab ini masih bersumberkan al-Quran dan
an-Sunnah. Pada lampiran kali ini, kita akan membahaskan imam yang mengasaskan Mazhab
Hanbali iaitu Imam Hanbali.

2.0 RIWAYAT AWAL

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu Abdullah al-Shaibani dilahirkan di Baghdad pada 20
Rabiulawal tahun 780M (164H). Beliau berketurunan Arab daripada Bani Shayban yang
memainkan peranan penting dalam sejarah penaklukkan Iraq dan Khurasan. Ayahanda dan
bonda beliau berasal dari kota Marwin, Khurasan.

Datuknya, Hambal bin Hilal merupakan gabenor pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.
Ayahnya Muhammad bin Hambal merupakan pegawai tentera kerajaan dan mendapat perintah
berpindah ke Khurasan. Beliau lebih masyhur dikenali sebagai Imam Ahmad bin Hambal
kerana nama Hambali itu dipetik daripada nama datuk beliau.

Namun, beliau tidak sempat bertemu dengan datuknya dan ayahnya. Semasa kanak-
kanak, ayah beliau meninggal di Khurasan. Imam Ahmad membesar di bawah jagaan ibunya,
Syafiah binti Maimunah asy-Syaibani. Beliau bekerja keras untuk menyara dirinya dan
mendapatkan bekalan kertas dan dakwat dengan keringat sendiri. Beliau bekerja di kedai jahit
dan mengambil upah menulis surat.

1
3.0 MENGEMBARA MENCARI HIKMAT

Semenjak kecil, hati Imam Ahmad sudah tertawan dengan majlis ilmu. Seringkali Imam Ahmad
terjaga sebelum waktu subuh dan ingin keluar ke majlis ilmu. Namun, ibunya menasihatkan
beliau bahawa masih terlalu awal untuk keluar rumah, orang masih belum bangun tidur.

Beliau membesar di Kota Baghdad dan berguru dengan ramai ulama Baghdad. Setelah
beliau berusia 16 tahun, barulah beliau keluar mengembara untuk meluaskan pengetahuannya.
Merantaulah Imam Ahmad ke Kufah, Basrah, Syam, Yaman, Mekah dan Madinah untuk
menuntut ilmu sedalam-dalamnya.

Setelah Imam Syafi’e difitnah di Yaman, beliau kembali ke Mekah pada usia 34 tahun.
Ketika itulah Imam Ahmad bin Hambal yang berusia 20-an datang ke Mekah dan bertemu
Imam Syafi’e ketika musim haji. Imam Ahmad berguru dengan Imam Syafi’e semasa Imam
Syafi’e mengajar di Masjidil Haram. Mereka berdua bertemu sekali lagi di Baghdad.
Perhubungan antara guru dan sahabat terjalin antara dua bintang agama ini. Imam Syafi’e
bahkan mengajak beliau berhijrah ke Mesir namun Imam Ahmad kekal menetap di Baghdad.

Beliau sangat memuliakan Imam Syafi’e walaupun jarak umur mereka tidaklah jauh
berbeza. Imam Abu Ismail at-Tarmizi pernah bercerita ketika beliau di Mekah, beliau
berkumpul bersama Imam Ahmad bin Hambal dan Imam asy-Syafi’e.

Imam Ahmad berkata pada Imam at-Tarmizi,”Bergurulah dengan asy-Syafi’e!”

“Apa yang harus aku lakukan? Usianya sebaya denganku? Perlukah aku tinggalkan
guruku Sufyan bin Uyaynah dan Imam al-Muqni?”

Imam Ahmad menjawab, ”Mereka itu orang lama yang sudah jauh zamannya,
sedangkan yang ini (asy-Syafi’e) sedang berada pada zamannya!”

2
4.0 MIMPI IMAM SYAFI’E

Ketika Imam asy-Syafi’e berada di Mesir, beliau telah bermimpi sesuatu. Beliau bermimpi
perihal sahabatnya dan muridnya yang alim, Imam Ahmad bin Hambal yang berada di
Baghdad.

Imam Syafi’e memanggil muridnya, Rabi’ bin Sulaiman, ”Wahai Rabi’, ambil suratku
ini dan serahkan ke tangan Abu Abdillah (Imam Ahmad)! Lekas kembali semula dengan
jawapan daripada beliau!”

Rabi’ pun terus berangkat dari Mesir ke Baghdad membawa surat yang telah dicap lilin
oleh Imam Syafi’e. Rabi’ tiba di Baghdad dan bertemu Imam Ahmad ketika solat subuh. Surat
itu diserahkan ke tangan Imam Ahmad.

”Surat ini daripada saudara tuan, Syafi’e di Mesir.”

“Apakah engkau pernah buka?” tanya beliau.

“Belum!”

Cap lilin pada surat itu dipecahkan Imam Ahmad dan warkah kiriman itu dibaca. Tiba-
tiba beliau menangis, air mata berlinangan, warkah daripada sahabat beliau itu dibaca dengan
sebak.

“Apa isinya, wahai Abu Abdullah?” tanya Rabi’.

Kata Syafi’e, beliau bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang menyuruhnya


mengirimkan surat kepada Abu Abdullah. “Sampaikan salam Rasulullah SAW kepadanya dan
khabarkan kepadanya dia akan menempuh ujian yang berat. Dia akan dipaksa mengaku al-
Quran itu makhluk. Paksaan itu janganlah diikut. Tuhan akan mengibarkan benderamu sampai
hari kiamat.”

“Ini adalah berita gembira daripada Tuhan!” kata Rabi’.

Rabi’ kemudian pulang semula ke Mesir membawa hadiah batasan daripada Imam
Ahmad berupa pakaian gamis dan memberi surat balasan Imam Ahmad kepada Imam asy-
Syafi’e. Ujian besar pun datang tidak lama selepas itu.

3
5.0 UJIAN QURAN ADALAH MAKHLUK

Selama 15 tahun (833 – 848M), ‘mehnah (Ujian) Quran makhluk’ melanda kerajaan
Abbasiyah. Fahaman kaum Mu’tazilah telah meresap dalam istana khalifah Abbasiyah.
Fahaman yang meracuni masyarakat ini menyatakan akal lebih diutamakan berbanding al-
Quran dan an-Sunnah.

Kaum Mu’tazilah berpendapat bahawa al-Quran itu Kalam Allah yang bukan azali. Ia
berpisah dari Zat Allah dan adalah makhluk, bukan qadim. Bagi mereka, bagaimana al-Quran
yang terdiri daripada suara makhluk dan ditulis dengan dakwat di atas kertas dianggap sebagai
qadim dan sebahagian daripada zat Tuhan.

Namun Ahlus Sunnah wal Jaamah meyakini al-Quran itu merupakan Kalamullah yang azali
dan tetap qadim walaupun ditulis dengan dakwat di atas kertas. “Bukankah ia masih merupakan
Kalamullah yang qadim?, disampaikan kepada Malaikat Jibril? Ia tetap daripada Zat Allah!”

‘Mehnah Quran makhluk’ bermula pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun. Beliau
diiktiraf sebagai seorang ahli politik yang pandai mengurus empayar. Beliau banyak membaca
karangan-karangan ahli fikir kuno dan gemar kepada ilmu falsafah. Minatnya yang mendalam
kepada ilmu falsafah sehinggakan beliau diriwayatkan termimpi-mimpi bertemu dengan
Aristotle.

Pada zaman pemerintahan beliau, Baghdad berada di puncak kejayaan. Kota metropolitan
Baghdad mempunyai lebih daripada dua juta penduduk. Perniagaan semakin maju di Baghdad
dan bidang ilmu semakin pesat bertambah mutu. Namun, Khalifah al-Ma’mun mengisytiharkan
polisi kerajaan yang baru setelah fikiran beliau diracuni oleh ulama Mu’tazilah terkemuka,
Ahmad bin Abi Du’ad. Beliau diangkat ke persada sehingga dilantik sebagai Ketua Hakim
Negara. Khalifah telah terpengaruh dengan ajaran Mu’tazilah dan memaksa semua orang
percaya apa yang dia percaya. Al-Quran itu bukan qadim, al-Quran itu makhluk.

Khalifah al-Ma’mun memerintahkan supaya seluruh ulama dalam kerajaan datang


menghadap ke istana dan diuji fahamannya. Para ulama ramai yang ditangkap, yang penakut
akan menurut, yang tidak tahan akan keluar dari Baghdad. Yahya bin Ma’in dan Ali bin al-
Madini adalah antara ulama hadis yang mengubah pendirian di hadapan kerajaan dan membuat

4
pengakuan al-Quran itu makhluk. Baghdad sudah menjadi tempat yang ditakuti ulama. Mereka
yang melawan akan dilarang daripada bekerja dengan kerajaan, bahkan boleh dihukum penjara.

5.1 Ujian Semasa Era Khalifah Al-Ma’mun (Memerintah Dari 813-833M)

Khalifah Al-Ma’mun telah memanggil gabenor Kota Baghdad, Ishak bin


Ibrahim untuk mengumpulkan semua kadi dari serata negeri dan menguji
kefahaman mereka. Kadi yang tidak sehaluan cara berfikir, dipecat serta merta.
Ramailah yang terpaksa mengangguk, kecuali beberapa ulama yang
menyuarakan tentangan.

Mereka yang membantah ketika itu adalah Imam Ahmad bin Hambal,
Imam Muhammad bin Nuh, Imam Ubaidullah bin Umar al-Quwairi dan Imam
Hassan bin Hammad Sajadah.

Imam Ubaidullah dan Imam Hassan bin Hammad pada awalnya


menentang, namun akhirnya mengangguk. Imam Muhammad bin Nuh juga pada
awalnya menentang, namun selepas dipenjarakan, beliau bertukar pendapat dan
bersetuju dengan falsafah kerajaan. Imam Ahmad kekal tidak berganjak,
prinsipnya teguh seperti gunung. “Al-Quran itu Kalam Allah dan bukan
makhluk. Ia sebahagian Zat Tuhan!”

Disebabkan keyakinan beliau yang teguh itu, beliau dibawa menghadap


Al-Ma’mun di luar kota dalam keadaan dibelenggu dan digari. Namun, sebelum
sempat beliau bertemu Al-Ma’mun, khalifah tersebut meninggal dunia. Dalam
keadaan bergari itu beliau dibawa kembali ke Kota Baghdad.

5.2 Ujian Era Khalifah Al-Mu’tasim

Pada usia 30 tahun, Al-Ma’mun meninggal selepas baru sahaja empat bulan
melancarkan polisi al-Quran adalah makhluk itu. Beliau mangkat di Tarsus
dalam perjalanan hendak ke medan perang. Setelah mangkatnya al-Ma’mun,
pemerintahan empayar diganti pula oleh adiknya al-Mu’tasim. Beliau
merupakan pahlawan perang yang tidak takut mati. Banyak wilayah yang
ditawannya, banyak juga negeri yang dimusnahkan.

5
Khalifah Al-Mu’tasim teguh dengan pendirian almarhum abangnya, Al-
Ma’mun bahkan berwasiat supaya beliau memelihara fahaman Mu’tazilah dan
menghukum mereka yang melawannya supaya tidak berjangkit kepada
masyarakat. Ketua Hakim Negara, Ahmad bin Abi Du’ad meghasut khalifah
untuk meneruskan polisi itu.

Khalifah Al-Mu’tasim mengadakan debat antara Imam Ahmad dengan


wakil-wakil pendebat daripada pihak kerajaan termasuklah Kadi Ahmad bin Abi
Du’ad sendiri. Imam Ahmad dengan yakin menyatakan, “Berikan dalil
bersumberkan kitabullah dan Rasul-Nya, barulah saya dapat memberikan
pendapat yang sama.”

Kadi Ahmad bin Abi Du’ad menghasut khalifah, “Bunuh saja dia! Orang
ini kafir lagi sesat!”

Khalifah al-Mu’tasim enggan membunuh beliau dengan pedang kerana


sudah berjanji tidak akan memerintahkan pembunuhan dengan pedang. Bahkan
Ketua Hakim Negara menghasut lagi khalifah itu, “Sebat saja!”

Setelah berdebat tiga hari yang penuh tekanan, khalifah pun


mengeluarkan arahan. Sebat! Hujah Imam Ahmad tidak dapat dipatahkan, maka
pakaian beliau pun dibuka, belakang badan pun terdedah.

Khalifah al-Mu’tasim duduk di kerusi ketika Imam Ahmad disoal siasat


secara terbuka. Al-Mu’tasim berkata, “Atas namaku sebagai kerabat Rasulullah
SAW, aku akan memukul kau dengan cemeti sampai kamu benarkan apa yang
telah aku benarkan, atau kau menyatakan apa yang aku katakan.”

Imam Ahmad tidak berubah prinsip. Maka beliau pun dicemeti oleh
Sang Algojo. Libasan cemeti pun hinggap di badan Imam Ahmad.

“Bismilah!” Laung Imam Ahmad dan badan beliau dilibas lagi.

“La hawla wala quwwata illa billah!” Laung Imam Ahmad.

Libasan Algijo yang seterusnya hinggap lagi di badan yang mulia itu.

“Al-Quran itu Kalam Allah, bukan makhluk!” Rintih Imam Ahmad.


6
Imam Ahmad dilibas lagi. Terkeluarlah ayat al-Quran daripada lidah
beliau yang dipetik daripada surah at-Taubah.

“Katakanlah tidak menimpa sesuatu musibah ke atas kami melainkan


apa yang engkau tetapkan ke atas kami!” (Surah at-Taubah 9:ayat 51)

Beliau dipukul bertalu-talu sehingga pengsan. Sedar-sedar beliau sudah


berada di dalam penjara tidak lagi diikat. Tukang sebat yang telah bertaubat
kemudiannya, menyatakan beliau menyebat Imam Ahmad sebanyak 80 kali.
Seandainya satu sebatan itu dilibas pada gajah, gajah akan jatuh!

Beliau dipikul dan didera, mengalir darah daripada luka padahal ketika
itu pada bulan puasa. Begitulah penderitaan yang ditanggung Imam Ahmad
selama 28 bulan di dalam ‘sangkar emas’ pada era pemerintahan Al-Mu’tasim.

5.3 Ujian Semasa Era Khalifah Al-Wathiq (Memerintah Dari 842-847M)

Setelah khalifah Al-Mu’tasim meninggal, puteranya yang bernama al-Wathiq


menaiki takhta empayar. Namun, beliau tetap dengan pendirian ayahnya Al-
Mu’tasim dan bapa saudaranya, Al-Ma’mun. Walau bagaimanapun Imam
Ahmad tidak berganjak daripada pendiriannya yang asal.

Al-Wathiq tidak menyeksa beliau, namun menyekat pergerakan beliau.


Imam Ahmad bebas berjalan namun dilarang mengajar selama lima tahun
hinggalah Al-Wathiq meninggal dunia.

5.4 Ujian Semasa Era Khalifah Al-Mutawakkil (Memerintah Dari 847-861M)

Setelah Al-Wathiq wafat, penggantinya adalah saudaranya yang bernama Al-


Mutawakkil. Luar biasa takdir Tuhan. Sekian lama Imam Ahmad bin Hambal
dipenjara dan disebat, kemudian hidup disekat pergerakan, namun nyawa beliau
tidak melayang tetapi nyawa ketiga-tiga khalifah itulah yang melayang.

Beliau mendapat kebebasan setelah Khalifah al-Mutawakkil mendapat


kuasa empayar. Khalifah Al-Mutawakkil mengeluarkan perintah baru mengubah
perintah lama. Jangan dipakasa mereka menggubah keyakinan agama. Apa yang
penting mereka tidak menggangu ketenteraman umum.
7
Khalifah Al-Mutawakkil menamatkan ‘Fahaman Quran Makhluk’
dengan menghalau ulama Mutazilah dan menolak falsafah mereka keluar dari
istana kerajaan.

Pada 848M, Kadi Abi Du’ad diserang penyakit strok dan lumpuh separuh
badan. Jawatan Ketua Hakim diberikan kepada anaknya, Muhammad, namun
pengaruh keluarganya telah hilang. Falsafah Mu’tazilah telah ditendang keluar
oleh khalifah tersebut.

6.0 DIJULANG PADA ZAMAN KEMUDIAN

Imam Ahmad bin Hambal lulus ujian hidupnya setelah menghadapi ujian selama 15 tahun.
Beliau mendapat gelaran ‘Imam Ahlus Sunnah Wal Jamaah”. Tiada yang sehebat Imam Ahmad
dalam melawan arus pemerintah.

Ahli hadis tidak mengiktiraf hadis yang mempunyai nama ulama yang mengubah
pendirian kerana ketakutan. Kata mereka, “Hadis yang dirawikan tidak dapat dipercayai kerana
mereka mengubah pendirian disebabkan takut”.

Yahya bin Ma’in pernah melawat Imam Ahmad di rumahnya. Namun Imam Ahmad
enggan bercakap dengan beliau. Yahya merayu dia membuat pengakuan al-Quran makhluk
ketika mihnah bukan daripada hati, tetapi terpaksa. Bukankah orang terdahulu pernah membuat
penyaksian kufur namun dalam hati masih beriman?Bukankah hal itu dibenarkan syarak?

Namun Imam Ahmad masih membisu. Yahya bin Ma’in pun pulanglah. Imam Ahmad
kemudian memberitahu, orang terdahulu membuat penyaksian kufur setelah batang tubuh
mereka diseksa, sedangkan Yahya bin Ma’in hanya baru setakat diugut.

Namun, berlaku pula ujian baru kepada Imam Ahmad. Ujian harta dan sanjungan. Imam
Ahmad telah dijemput ke istana Khalifah al-Mutawakkil dan dikurniakan hadiah pakaian yang
mewah dari istana. Imam Ahmad tidaklah gembira dengan pemberian istana itu. Beliau berkata
dengan air mata berlinang , “Saya telah selamat daripada bahaya mereka selama ini, kini setelah
ajal hampir datang, saya diuji pula dengan dunia mereka”.

8
Khalifah kemudian mengurniakan Imam Ahmad 10,000 dirham sebagai wang
perbelanjaan keluarga beliau. Jika sakit, Khalifah akan menghantar tabib. Jika ada hajat,
pegawai khalifah akan datang membantu. Selepas tamat ujian, beliau diuji pula dengan layanan
VIP dari sitana. Namun beliau tetap merendah diri dan bersyukur kepada Tuhan.

Selain daripada kisah ujian Imam Ahmad bin Hambal, kisah rumah tangga beliau juga
boleh dijadikan iktibar sepanjang zaman. Beliau bernikah pada usia 40 tahun dengan
pasangannya, Abbasah binti al-Fadl yang berketurunan Arab.

Imam Ahmad memberitahu muridnya, sepanjang kehidupan mereka bersama selama 30


tahun, beliau tidak pernah bergaduh dengan isterinya itu. Hasil perkongsian hidup mereka itu
lahirlah seorang putera yang bernama Saleh. Puteranya inilah yang banyak meriwayatkan kisah
hidup ayahnya itu.

Setelah isterinya itu meninggal, beliau bernikah dengan Rayhanah dan dikurniakan
seorang lagi putera. Putera itu diberi nama Abdullah. Putera beliau inilah yang menjadi sebagai
pengumpul fatwa-fatwa Imam Ahmad. Abdullah putera Imam Ahmad menyatakan “Ayahku
(imam Ahmad) mencatatkan 10 juta hadis dan tidak dicatat hitam atau putih melainkan
semuanya telah beliau hafal”

Setelah beberapa tahun tamatnya ujian, beliau kembali menghadap ilahi ketika berusia
75 tahun, pada 885 M. Ketika sakit,beliau dijaga oleh anaknya Saleh. Beliau dilaporkan sentiasa
bersolat walaupun tubuhnya tidak sihat. Saleh sebagai puteranya dijangka akan menjadi imam
solat jenazah ayahnya namun kemudiannya solat jenazah Imam Ahmad diimakkan oleh
gabenor Baghdad sebdiri.

Majlis pengebumian beliau dihadiri oleh dua juta orang. Kedai-kedai Yahudi ditutup
manakala penduduk Baghdad mengambil wuduk dari waktu dhuha sampai ke waktu asar kerana
terlalu ramai yang mahu melakukan solat jenazah. Bahkan tentera menjaga saf solat kerana
jemaah terlalu ramai. Beliau dikebumikan di Baghdad, kota kelahirannya.

7.0 SUMBANGAN DAN JASA

Salah sebuah buku karangan Imam Ahmad yang terkenal ialah ‘al-Musnad’, iaitu sebuah kitab
hadis yang mengandungi sejumlah 40 000 hadis. Hadis-hadis ini dikumpulkan oleh Imam
Ahmad daripada mereka yang boleh dipercayai. Kitab ini menjadi sumber rujukan utama bagi
9
mereka yang ingin mempelajari atau mengkaji ilmu yang berkaitan dengan hadis Rasulullah
S.A..W. Selain itu, beliau juga mengarang sebuah kitab bernama ‘az-Zuhd’. Melalui kitab ini,
beliau menceritakan kehidupan para nabi, para sahabat, khalifah-khalifah dan ulama-ulama
terkemuka yang hidup dalam keadaan zuhud dan serba kekurangan walaupun mereka
berpeluang menjalani hidup dengan penuh kemewahan.

Imam Ahmad juga mengarang pelbagai kitab yang lain terutamanya yang berkaitan
dengan hadis dan sunnah Rasulullah S.A.W. Walaupun Imam Ahmad merupakan imam dan
seorang yang alim dalam bidang ilmu fikah, beliau tidak mengarang kitab yang berkaitan
dengan ilmu tersebut.

Walau bagaimanapun, beberapa orang murid beliau ada menyusun pendapat dan fatwa-
fatwa beliau dalam beberapa buah kitab yang dihasilkan oleh mereka. Antaranya yang paling
terkenal ialah kitab ‘al-Jami’, ‘al-Kabir’ yang terdiri daripada 20 jilid dan disusun oleh murid
beliau yang bernama Ahmad bin Muhammad al-Hilal dan lain-lain.

8.0 PEMIKIRAN ISLAM TENTANG FIQH OLEH IMAM HANBALI

Ahmad ibn Hanbal (Imam Hambali) menyibukkan diri sebagai seorang Ahli Hadith
(tradisionalist), para ahli teologi menyetujui bahwa Imam Hambali sebagai Ahli Hadith. Hasil
pemikirannya tentang Islam mengenai ilmu fiqh seperti berikut.
8.1 Najis dan bersuci
Menurut mazhab Imam Hambali tentang bersuci, Imam Hambali berpendapat
bahwa: “Najis tidak dapat dihilangkan kecuali dengan air”. Dari pendapat Imam
Hambali tersebut, sebuah pendapat dapat diberi bahawa yang dimaksudkan oleh Imam
Hambali adalah najis tidak akan dikatakan hilang apabila belum dibasuh dengan air.
Namun air yang seperti apa? Apakah boleh dengan apa-apa jenis air atau bagaimana?
Itulah pertanyaan yang timbul tentang pendapat Imam Hambali mengenai bersuci.

Kemudian ada sebuah pendapat Imam Hambali kembali mengenai bersuci, “Air
tersebut tidak dapat dipergunakan untuk bersuci”. Maka dapat disimpulkan bahawa
yang dimaksudkan oleh Imam Hambali ialah air yang mampu untuk bersuci harus
memiliki syarat mutlak iaitu air yang suci sekaligus menyucikan. Maksudnya, banyak
sekali jenis air yang suci namun belum tentu menyucikan.
10
8.2 Wudhu’

Ada beberapa pendapat Imam Hambali mengenai Wudhu’, antaranya :

 Membaca Basmalah ketika wudhu’ adalah wajib.


 Berkumur dan memasukkan air kedalam hidung adalah sunnah didalam wudhu’
serta mandi.
 Wajib menyapu seluruh kepala.
 Disunatkan menyapu kepala dengan sekali sapuan.
 Kedua telinga termasuk bahagian kepala. Oleh kerana itu, disunatkan menyapu
keduanya ketika menyapu kepala.
 Sunnah menyapu kepala serta telinga dengan sekali sapuan.
 Boleh menyapu kedua kaki, boleh juga memilih antara membasuh dan menyapu
seluruh kaki.
 Tertib didalam wudhu’ itu wajib.
Dari beberapa pendapat Imam Hambali tersebut, terdapat salah satu rukun yang
wajib dilakukan dalam rukun wudhu iaitu mengenai membasuh wajah atau muka dan
terdapat juga pendapat Imam Hanbali yang menyatakan wajib sesuatu rukun itu akan
tetapi adalah sunat.

8.3 Tayammum
Menurut Imam Hambali mengenai Tayamum, ada beberapa pendapat yang
dikemukakan iaitu antaranya :
 Tidak boleh bertayamum kecuali dengan tanah yang suci atau dengan pasir yang
berdebu.
 Mengusap sampai kesiku adalah mustahab (sunnah), sedangkan sampai
kepergelangan tangan adalah wajib.
 Tayamum akan batal secara mutlak jika telah menemukan air.
 Tidak boleh mengerjakan dua solat fardhu dengan satu tayamum, baik bagi
orang mukmin ataupun musafir.

11
Dari beberapa pendapat Imam Hambali tersebut mengenai Tayamum, maka dapat
disimpulkan bahawa tata cara bertayamum serta hal yang membatalkan tayamum sudah
sejalan dengan dasar hukum islam iaitu al-Quran. Namun masih ada sebuah
kekurangan,iaitu wajib menyapu debu ke muka.

8.4 Solat
Imam Hambali berpendapat mengenai Solat antaranya :
 Menutup aurat termasuk syarat-syarat solat.
 Mengangkat kedua tangan pada waktu takbiratul ihram ada tiga pendapat, iaitu
sejajar bahu, sejajar telinga dan boleh memilih diantara keduanya.
 Bersedekap dengan meletakkan kedua tangan dibawah pusat.
 Wajib membaca Surah al-Fatihah pada setiap rakaat solat.
Berdasarkan pendapat Imam Hambali tersebut mengenai Solat, boleh
disimpulkan bahawa dalam solat seorang muslim atau muslimat wajib menutup anggota
tubuh mereka yang sebagai kawasan terlarang untuk diperlihatkan (aurat), kerana dari
segi moral bertujuan untuk menjaga kesopanan dan harga diri seseorang.

Mengenai mengangkat tangan saat takbiratul ihram,sebahagian orang


ada yang sejajar bahu, namun ada pula yang melakukannya sejajar telinga. Kedua hal
tersebut sah untuk dilakukan, akan tetapi lebih baik dilakukan dengan sejajar bahu.
Kerana sesuai dengan ajaran Rasulullah S.A.W. Begitu juga dengan rukun bersedekap,
lebih baik diletakkan diatas pusat atau lebih tepatnya di ulu hati.

Selain itu mengenai wajibnya membaca surah Al fatihah itu sangat


dituntut, kerana itu termasuk rukun dan syarat sahnya solat. Jika hal itu tidak dilakukan
maka solat yang dilakukan tidak sah.

8.5 Zakat
Mengenai membayar zakat, Imam Hambali berpendapat bahawa “Jika seseorang
memiliki barang sampai nisab, maka ia harus mengeluarkan zakatnya”. Ertinya
bahawa seseorang yang memiliki harta atau kekayaan yang sudah mencapai nisab

12
(berat timbangan) sesuai dengan hukum islam, maka diwajibkan untuk
mengeluarkan zakat.
8.6 Puasa
Menurut Imam Hambali mengenai puasa, ada beberapa pendapat diantaranya:
 Waktu niat dalam berpuasa ramadhan antara terbenam matahari hingga waktu fajar
kedua (fajar sadiq).
 Puasa dikatakan batal jika melakukan persetubuhan, namun jika makan tidak
dikatakan batal.
Dari beberapa pendapat Imam Hambali mengenai puasa, dapat dijelaskan
melakukan niat puasa dibulan ramadhan itu pada waktu tenggelam matahari, sehingga
sebelum terbit fajar. Pendapat Imam Hambali mengenai batalnya puasa jika bersetubuh,
namun jika makan puasa itu tidak batal. Imam Hambali berpendapat demikian dengan
catatan bahawa ada unsur paksaan. Namun seperti yang kita tahu bahawa puasa ialah
menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu dari terbit fajar sampai tenggelamnya
matahari. Dapat disimpulkan, jika kita makan maka puasa pada saat itu juga dapat
dikatakan batal apatah lagi bersetubuh.

8.7 Haji
Imam hambali dalam pendapatnya mengenai Haji iaitu “Wajib dilaksanakan dengan
segera dan tidak boleh ditunda-tunda jika sudah berkewajipan”. Dari pendapat Imam
Hambali, dapat dijelaskan bahawa yang dimaksudkan berkewajipan ialah seseorang
yang telah memenuhi syarat untuk menunaikan ibadah haji. Baik dari segi harta
mahupun spiritual (mental).
9.0 MENINGGAL DUNIA
Ketika detik-detik terakhir kehidupan beliau, Imam Ahmad tetap mengutamakan ibadatnya.
Ketika sakit, beliau dijaga oleh anaknya Saleh. Beliau dilaporkan sentiasa bersolat
walaupun tubuhnya tidak sihat. Beliau tidak pun memikirkan sesuatu kecuali tentang solat.
Di sisi beliau turut terdapat tiga helai rambut Rasulullah S.A.W. yang selalu dibawa ke
sana ke mari sebagai menggambarkan betapa beliau mencintai Rasulullah S.A.W dan selalu
memuliakan baginda.

13
Pada awal bulan Rabiulawal, beliau menghidap demam panas sehingga tidak boleh
berjalan. Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat 12 Rabiulawal, tahun 241 H(885 M) pada
umur 75 tahun. Saleh sebagai puteranya dijangka akan menjadi imam solat jenazah ayahnya
namun kemudiannya solat jenazah Imam Ahmad diimamkan oleh gabenor Baghdad sendiri.

Majlis pengebumian beliau dihadiri oleh dua juta orang. Kedai-kedai Yahudi ditutup
manakala penduduk Baghdad mengambil wuduk dari waktu dhuha sampai ke waktu asar kerana
terlalu ramai yang mahu melakukan solat jenazah. Bahkan tentera menjaga saf solat kerana
jemaah terlalu ramai. Beliau dikebumikan di Baghdad, kota kelahirannya.

Jenazah beliau dikebumikan di kawasan perkuburan di Baghdad dengan diiringi oleh


berpuluh-puluh ribu orang.

10.0 KESIMPULAN
Berikutan sejarah kegemilangan Imam Hanbali tersebut, dapat diulaskan bahawa Imam
Hanbali merupakan seorang pejuang Islam yang sangat berani dan tahap ketaatan beliau
kepada Allah tiada tolok bandingnya. Beliau sangat berjiwa kental dan berhati mulia
dalam memperjuangkan ajaran Allah. Walaupun diseksa dan diberi ujian yang tidak
tertanggung olehnya, beliau masih tetap dengan akidah beliau yang sangat kukuh
bahawa al-Quran itu bukan makhluk. Kekuatan ibadah beliau sangat tinggi sehinggakan
beliau masih gagah untuk solat walaupun sakit teruk.
Oleh itu, kita wajar mencontohi perjuangan dan sifat Imam Hanbali dalam setiap
perkara yang kita lakukan seharian. Sikap berani, setia, kasih-sayang beliau bersama
isteri, anak- anaknya dan gurunya Imam Syafi’e serta ketaatan beliau kepada Allah
sangat perlu dijadikan pedoman hidup. Hal ini kerana, dengan sikap ini kita bakal
mendapat kehidupan yang bahagia dan diredhai Allah serta dikurniakan akhirat yang
cantik.
Imam Hanbali telah mengasaskan sebuah mazhab yang tidak kurang hebatnya
dengan mazhab-mazhab imam masyhur yang lain iaitu Mazhab Hanbali. Mazhab ini
boleh juga dijadikan rujukan kerana Imam Hanbali mempolopori mazhab ini
berdasarkan al-Quran, an-Sunnah, Qiyas dan ijmak ulama’ yang menjadi dasar rujukan
asas pembinaan syariah islam.

14
11.0 RUJUKAN

BUKU
 Abdullah Ishak.Para Sahabat dan Ulama.Era Visi Publication Sdn.Bhd.
 Syed Azharul Asriq.2019.Imam Imam Yang Melawan.Selangor.Must Read Sdn.
Bhd.

INTERNET

 file:///C:/Users/HOME/Desktop/contoh%20assignment%20hambali.pdf

15

You might also like