Cabaran Pengajaran Matematik Murid Berma PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER

PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

Cabaran Pengajaran Matematik Murid Bermasalah Penglihatan di Malaysia


Nor Jannah Hassana,*, Safani Barib, Norshidah Mohd Sallehc, Muhammad Ismail Sallehd,*

a,b,c
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Selangor. Malaysia
d
SMK Badin, Tuaran. Sabah
norjannah.ukm@gmail.com
safani_bari@yahoo.com
nshidah@ukm.edu.my
reisz83_hd@yahoo.com

Abstrak

Kementerian Pelajaran melaksanakan usaha yang berterusan bagi meningkatkan kualiti pendidikan terus beranjak
mengikut keperluan semasa. Namun, akses kepada disiplin Matematik bagi Murid Bermasalah Penglihatan terus
menjadi isu dan masalah yang perlu ditangani dengan segera. Umumnya, sifat Matematik yang memerlukan visual
sebagai asas penting penguasaannya menyebabkan Murid Bermasalah Penglihatan jauh ketinggalan dalam
pencapaian Matematik di semua peringkat persekolahan. Oleh itu, kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi melihat
cabaran pengajaran Matematik di peringkat sekolah rendah di Malaysia. Pendekatan kajian secara kualitatif
dijalankan menggunakan kaedah temu bual melibatkan 10 orang guru Matematik daripada dua buah sekolah rendah
pendidikan khas bermasalah penglihatan yang masing-masing mewakili zon Borneo dan zon Semenanjung
Malaysia. Dapatan kajian mendapati terdapat empat isu utama yang menjadi cabaran pengajaran Matematik.
Pertama, pengetahuan pedagogi guru lebih kepada keperluan ketidakupayaan Murid Bermasalah Penglihatan dan
bukannya subjek Matematik. Kedua, modul pengajaran Matematik yang disediakan mempunyai aras kemahiran
yang terlalu tinggi dan kurang mengambil kira ketidakupayaan Murid Bermasalah Penglihatan. Ketiga, perbekalan
buku yang menggunakan medium braille adalah terhad menyebabkan akses Murid Bermasalah Penglihatan hanya
kepada buku teks yang dibekalkan sahaja. Cabaran yang keempat menunjukkan terdapatnya peningkatan bilangan
Murid Bermasalah Penglihatan yang mempunyai kecacatan sampingan yang boleh mengganggu keupayaan mereka
menguasai Matematik dengan baik. Cabaran ini menjadi kekangan dalam meningkatkan pencapaian Matematik
Murid Bermasalah Penglihatan. Justeru itu, usaha menangani cabaran ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar
pengajaran Matematik untuk Murid Bermasalah Penglihatan lebih berkesan dan pencapaian murid dapat
ditingkatkan.
.
Keywords: Cabaran, Pengajaran Matematik, Murid Bermasalah Penglihatan

1.0 PENGENALAN

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib bagi semua murid di Malaysia.
Matematik dikenal pasti sebagai pengetahuan dan pra syarat kepada kerjaya masa depan dan alat bagi
melahirkan warga yang produktif (NCTM, 2010). Umumnya, Kurikulum Matematik untuk Murid
Bermasalah Penglihatan melibatkan bidang kandungan yang sama seperti murid tipikal. Namun, jika
disoroti kembali murid yang mempunyai masalah penglihatan ini biasanya mengalami kesukaran dalam
memperoleh maklumat visual dan seterusnya mengekang mereka menerima maklumat secara langsung
dari persekitaran yang akan membataskan pengalaman dan peluang pembelajaran mereka (Sack &
Silberman, 2010; Norshidah, 2009; Khalim & Norshidah, 2009; Friend, 2008). Justeru itu, kejayaan
akademik Murid Bermasalah Penglihatan bergantung sepenuhnya pada setakat mana peluang mereka
untuk memperoleh pengetahuan daripada pengajaran dan pembelajaran (Holbrook & Koenig, 2010) di
samping kebijaksanaan dan kreativiti guru memilih dan merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER
PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

yang sesuai (Abdul Jamir, Ab Halim & A’dawiyah, 2012) dengan keperluan dan ketidakupayaan murid
serta dapat menarik minat murid untuk mengikutinya. Pemilihan gaya pengajaran, bahan pengajaran,
dan matlamat pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan Murid Bermasalah Penglihatan akan
mengoptimumkan kebolehan dan pengalaman pembelajaran visual mereka melalui media pembelajaran
lain seperti pendengaran dan sentuhan (Norshidah & Khalim, 2010).
Murid Bermasalah Penglihatan adalah murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan dan ahli
optik sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan [Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas), 2013]. Manakala, Gargiulo (2008) mendefinisikan masalah penglihatan merujuk
kepada kecacatan atau ketidakupayaan yang ketara pada deria penglihatan walaupun individu itu telah
menggunakan kanta pembetulan (correction lenses), dan masalah penglihatan ini akan menyukarkan
mereka dalam proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, kesukaran Murid Bermasalah Penglihatan
dalam pembelajaran dapat diminimumkan sekiranya dilakukan penyesuaian secara individu kepada
amalan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran. Meskipun sifat dan tahap penglihatan antara mereka
mungkin berbeza, penyesuaian kepada amalan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran dapat
membantu mereka belajar dengan berkesan (Carney, Engbretson, Scammell, & Sheppard, 2003; Friend,
2008; Dursin, 2012).
Umumnya, keupayaan kognitif Murid Bermasalah Penglihatan adalah sama dengan murid tipikal,
namun perkembangan kognitif mereka mungkin mengalami sedikit kelewatan kerana kekangan
penglihatan (Frederickson & Cline, 2009). Walau bagaimanapun, Chapman dan Stone (1988) dalam
Bjorklund (2000) menegaskan ramai Murid Bermasalah Penglihatan mampu menunjukkan kekuatan
sendiri. Sesetengah Murid Bermasalah Penglihatan menunjukkan kejayaan yang sama dalam akademik
sama seperti murid tipikal. Piaget dalam Teori Perkembangan Kognitifnya pada tahun 1978 menekankan
pengubahsuaian diri dalam bilik darjah adalah faktor penting dalam perkembangan kognitif individu
(Bjorklund, 2000). Piaget berpendapat, di dalam proses pengubahsuaian diri dalam bilik darjah,
pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperoleh pengalaman daripada proses
interaksinya dengan orang lain, selain perkara dan benda yang terdapat dalam persekitaran. Hujah ini
sealiran dengan pendapat Bruner (1966) yang dipetik dalam Sigelman dan Rider (2003), Bruner
mencadangkan penggunaan inkuiri penemuan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah. Sehubungan itu, guru perlu merancang situasi pembelajaran bagi memberi peluang kepada murid
mengenal pasti masalah yang ditimbulkan, memahami dan menganalisis perkaitan unsur-unsurnya, dan
berusaha mendapat jawapan secara sendiri.
Kapperman dan Sticken (2010) menjelaskan terdapat beberapa punca kelemahan Murid
Bermasalah penglihatan dalam Matematik. Menurut Kapperman dan Sticken, kelemahan utama ini
berpunca daripada Matematik itu sendiri adalah bersifat disiplin visual. Perbendaharaan kata seperti
arahan, kuantiti, dan bentuk adalah berdasarkan kepada rujukan visual. Murid Bermasalah Penglihatan
didapati lemah dalam pembelajaran yang bersifat visual berbanding pembelajaran yang bersifat lisan.
Murid Bermasalah Penglihatan yang mengalami ketidakupayaan penglihatan sejak lahir juga akan
mengalami kelewatan dari segi perkembangan kognitif untuk memahami Matematik, termasuk konsep
ruang dan arah (contoh; ke atas, ke bawah, di sini, di sana, lebih, kurang), dan jisim. Di samping itu,
Murid Bermasalah Penglihatan tidak boleh melihat maklumat secara keseluruhan seperti murid tipikal,
mereka mesti menggabungkan beberapa maklumat untuk mewujudkan kesimpulan secara keseluruhan
(Kapperman, Heinze & Sticken, 2010). Selain itu, menurut Kapperman dan Sticken (2010) kelemahan
murid bermasalah penglihatan dalam Matematik juga adalah disebabkan kegagalan mereka menguasai
kod braille Nemeth dengan baik.
Sorotan kajian lepas didapati lebih berfokus kepada melihat dan mengatasi kelemahan dan
kesukaran Murid Bermasalah Penglihatan terhadap Matematik. Oleh demikian, kajian ini diperluaskan
kepada ingin melihat permasalahan Matematik daripada pelbagai sudut. Mengenal pasti isu dan
kelemahan pengajaran akan membantu pihak yang terlibat merancang strategi yang berkesan seterusnya
membantu meningkatkan pencapaian murid dalam Matematik. Penyelesaian kepada isu dan masalah yang
tepat juga akan membantu murid memperoleh pembelajaran yang bermakna.
"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER
PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

2.0 METODOLOGI

Objektif kajian

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat permasalahan yang menjadi cabaran kepada pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Matematik khusus untuk Murid Bermasalah Penglihatan di peringkat
sekolah rendah di Malaysia.

Sampel dan lokasi kajian

Persampelan bertujuan telah dilakukan untuk memilih sampel yang terlibat dalam kajian ini. Sampel
kajian terdiri daripada 10 orang guru pendidikan khas yang mengajar subjek Matematik khusus untuk
Murid Bermasalah Penglihatan. Kajian ini melibatkan dua buah sekolah rendah pendidikan khas di
Malaysia. Pemilihan guru adalah berdasarkan kedudukan sekolah mengikut band tertinggi dan sederhana
iaitu sebuah sekolah band 3 mewakili zon Borneo Malaysia dan sebuah sekolah band 5 mewakili zon
Semenanjung Malaysia.

Kaedah pengutipan dan analisis data

Pendekatan kajian secara kualitatif dijalankan menggunakan kaedah temu bual melibatkan 10 orang guru
Matematik daripada dua buah sekolah rendah pendidikan khas bermasalah penglihatan. Data temu bual
telah dianalisis secara manual. Creswell (2008) menyatakan bahawa pengkaji yang menganalisis data
secara manual dapat mendekatkan dirinya dengan datanya. Proses penganalisisan data diteruskan dengan
membaca semula data-data untuk mencari sama ada terdapat kod baru atau tidak. Dalam proses ini kata-
kata yang dipetik dari responden kajian digunakan untuk menyokong kod. Seterusnya, proses triangulasi
dilakukan dengan menggunakan data temu bual yang melibatkan 10 orang guru bagi menjamin kesahan
dan kebolehpercayaan dapatan. Triangulasi penting bagi melahirkan sebuah kajian yang mantap dan
meningkatkan keobjektifan kajian serta memastikan konsistensi dalam dapatan sesebuah kajian.

3.0 DAPATAN KAJIAN

Matematik diakui merupakan satu subjek yang sukar disampaikan bukan sahaja kepada Murid
Bermasalah Penglihatan malah kepada murid tipikal. Walau bagaimanapun, isu dan permasalahan bagi
setiap kategori murid mungkin berbeza. Dalam kajian ini pengkaji melihat isu dan masalah yang menjadi
cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik kepada Murid Bermasalah
Penglihatan. Dapatan kajian mendapati terdapat empat isu utama, iaitu:

Pertama, pengetahuan pedagogi guru lebih kepada keperluan ketidakupayaan Murid Bermasalah
Penglihatan dan bukannya subjek Matematik.

Guru menjelaskan sukar untuk menyampaikan topik Matematik kerana kurang penguasaan isi kandungan.
Kebanyakan guru yang mengajar Matematik di sekolah-sekolah pendidikan khas tidak mempunyai
opsyen dalam subjek Matematik. Guru-guru ini terlatih khusus untuk pengajaran dan pembelajaran murid
pendidikan khas secara umum sahaja. Antara kenyataan guru adalah seperti berikut:

permasalahan matematik selalunya timbul pada murid totally blind. Macam mana nak
sampaikan kepada murid...(GPK EIDA - 4:23)

Saya bukan opsyen matematik tetapi di sekolah ni saya mengajar matematik...(GPK FH - 5:11)
"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER
PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

Saya tidak dapat ikut sepenuhnya. soalan-soalan ataupun contoh-contoh yang diberi semua untuk
murid normal. Sukar bagi saya memikirkan kaedah atau pendekatan yang sesuai untuk mengajar
murid buta. Contoh operasi bahagi. Operasi bahagi ditulis dalam bentuk lazim, bentuk lazim ni
tidak boleh di aplikasi dalam pengajaran untuk murid buta…(GPK TA - 9:31)

Kedua, Modul pengajaran Matematik yang disediakan mempunyai aras kemahiran yang terlalu
tinggi dan kurang mengambil kira ketidakupayaan Murid Bermasalah Penglihatan.

Sukatan mata pelajaran yang digunakan dalam pengajaran Matematik khusus untuk Murid Bermasalah
Penglihatan adalah sama seperti yang digunakan oleh murid tipikal. Oleh itu, aras soalan yang disediakan
tidak mengambil kira tahap kognitif dan ketidakupayaan Murid Bermasalah Penglihatan yang pelbagai.
Justeru wujud masalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Kalau saya lihat daripada KSSR tahun 1 hingga tahun 4, kebanyakan soalan berunsur KBAT.
Soalan yang asas terlalu sikit. Arasnya tetap tinggi. Walaupun soalan yang diberi tu mudah bagi
murid-murid normal tapi untuk murid-murid pendidikan khas ni masih di anggap aras tinggi.
Maksudnya pencapaian murid bermasalah penglihatan belum di tahap KBAT. Meskipun
terdapat contoh-contoh diberikan dalam buku teks tu…(GPK MA - 6:18)

Sekarang ni modul yang sedia ada lebih kepada murid yang tahap tinggi, murid yang tahap
rendah tiada aktiviti yang sesuai di dalam modul yang sedia ada sekarang ni…(GPK AAS - 2:41)

Buku Teks dan buku Aktiviti. Terutamanya buku aktiviti, kedua-dua buku mempunyai aras yang
tinggi dan kurang bersesuaian dengan murid bermasalah penglihatan…(GPK WMS - 10:28)

Ketiga, perbekalan buku yang menggunakan medium braille adalah terhad menyebabkan akses
Murid Bermasalah Penglihatan hanya kepada buku teks yang dibekalkan sahaja.

Di Malaysia, penyediaan buku-buku untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran Murid Bermasalah
Penglihatan di peringkat sekolah rendah dan menengah sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keupayaan untuk pihak kementerian menyediakan
dan memenuhi keperluan buku teks dan rujukan di semua peringkat persekolahan untuk Murid
Bermasalah Penglihatan ini adalah sangat terhad. Oleh itu, wujud isu dan masalah ketidakcukupan
bekalan dan ketiadaan bekalan untuk kegunaan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Murid
Bermasalah Penglihatan. Masalah perbekalan buku braille ini menjadi cabaran kepada guru dalam
menyampaikan pengajaran Matematik dengan berkesan kepada Murid Bermasalah Penglihatan.

Kementerian hanya membekalkan buku teks sahaja dan buku aktiviti…(GPK MKA - 7:17)

saya kena ubahsuai sendiri lah sebab tiada disediakan dalam braille...(GPK NAA - 8:18)

tiada lagi modul yang digubal untuk murid-murid bermasalah penglihatan dalam mata pelajaran
matematik…(GPK WMS - 10:33)

Buku aktiviti tidak ada dibekalkan. Buku teks tu sahaja. Modul pengajaran pun tidak ada
dibekalkan. Saya menggunakan buku teks dan DSKP sahaja. Buku teks ni belum diubahsuai
mengikut keperluan pendidikan khas, belum ada bekalan dalam bentuk braille…(GPK TA -
9:33)
"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER
PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

Keempat, terdapatnya peningkatan bilangan Murid Bermasalah Penglihatan yang mempunyai


kecacatan sampingan yang boleh mengganggu keupayaan mereka menguasai Matematik dengan
baik.

Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan, hampir keseluruhan guru berdepan dengan Murid Bermasalah
Penglihatan yang mempunyai kecacatan sampingan lain. Selain buta atau rabun yang biasa dialami oleh
Murid Bermasalah Penglihatan, terdapat juga gabungan kecacatan lain seperti lembab (slow learner),
hyperactive, autisme dan pekak. Keadaan kecacatan yang pelbagai ini merupakan cabaran terbesar kepada
guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan berkesan. Gabungan
kecacatan ini juga menyukarkan Murid Bermasalah Penglihatan untuk mengikut sukatan pelajaran yang
disediakan oleh kementerian pada masa sekarang. Penjelasan guru adalah seperti berikut:

apa yang membimbangkan sekarang kebanyakan murid, separuh ataupun ¾ murid masalah
penglihatan mempunyai masalah kecacatan sampingan seperti masalah pendengaran atau
masalah pembelajaran. Masalah Pembelajaran tu seperti slow learner, masalah hyperactive,
dan masalah emosi. Jadi mereka tidak boleh mengikuti sukatan ataupun keperluan pengajaran
dan pembelajaran yang disediakan pada masa sekarang…(GPK AIS - 3:22)

Kalau murid yang mempunyai gabungan kecacatan contohnya murid itu buta atau rabun dan
dalam masa yang sama mengalami masalah lembab, saya rasa aras kemahiran yang perlu
dicapai dalam buku teks ataupun buku aktiviti yang dibekalkan itu terlalu tinggi arasnya untuk
murid tersebut (GPK MKA - 7:16)

Dapatan kajian ini jelas menunjukkan terdapat empat cabaran utama yang menjadi kekangan
kepada pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik kepada Murid Bermasalah Penglihatan. Keempat
cabaran ini boleh dikelompokkan mengikut tema berikut; (i) Pengetahuan pedagogi guru; (ii) sukatan
pelajaran khusus; (iii) Perbekalan buku braille, dan (iv) Klasifikasi kecacatan dan penempatan murid.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan cabaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran Murid
Bermasalah Penglihatan perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi memastikan Murid Bermasalah
Penglihatan mendapat manfaat sama seperti murid tipikal dalam arus pendidikan perdana.

4.0 PERBINCANGAN

4.1 Pengetahuan Pedagogi Guru

Dapatan kajian jelas menunjukkan masalah utama dalam pengajaran Matematik kepada Murid
Bermasalah Penglihatan adalah kurangnya pengetahuan dan kemahiran guru dari aspek pedagogi dan isi
kandungan pelajaran Matematik. Kebanyakan guru yang mengajar Matematik hanya memiliki opsyen
pendidikan khas tetapi tidak mempunyai opsyen Matematik dan ada guru yang mempunyai opsyen
Matematik tetapi tidak mempunyai opsyen pendidikan khas. Hanya terdapat 2 orang guru daripada
responden kajian yang memiliki kedua-dua opsyen tersebut. Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK)
dalam kalangan guru adalah amat penting kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran murid
umumnya (Ball, Thames, & Phelps, 2008) dan kepada Murid Bermasalah Penglihatan khasnya. Namun,
perhatian kepada pembangunan pengetahuan dan kajian berkaitan keperluan pengajaran Murid
Bermasalah Penglihatan adalah sangat terhad. Dari segi sejarah, penyelidik telah memberi tumpuan
kepada banyak aspek pengajaran, tetapi kurang memberi perhatian kepada bagaimana guru perlu untuk
memahami pelajaran yang mereka ajar. Di samping itu, apabila penyelidik, guru dan penggubal dasar
mengalihkan perhatian kepada pembangunan pendidikan, perkara utama yang diberi perhatian adalah
kemajuan daripada segi pencapaian murid dalam mata pelajaran bukannya aspek pengetahuan guru.
"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER
PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

Penyelidikan sering tertumpu pada berapa banyak persediaan guru perlu dalam memenuhi keperluan
elemen kandungan mata pelajaran dan bukannya pada apa jenis kandungan yang mereka perlu kuasai dan
belajar (Ball et al. 2008).
Kapperman dan Sticken (2010) menjelaskan bahawa masalah utama dalam pengajaran Murid
Bermasalah Penglihatan adalah guru didapati lemah dan sukar dalam menguasai kod braille Nemeth dan
penyediaan rajah timbul yang khusus untuk Matematik. Kebanyakan guru hanya mempunyai kelayakan
akademik yang umum dalam pengajaran murid berkeperluan khas dan bukannya terlatih khusus untuk
pengajaran Murid Bermasalah Penglihatan. Pengetahuan yang terhad dari segi pedagogi pengajaran
kepada Murid Bermasalah Penglihatan khususnya untuk mata pelajaran Matematik akan menyukarkan
guru menyediakan bahan dan strategi pengajaran yang sesuai dengan keperluan murid (Kapperman,
Heinze & Sticken, 2010). Justeru itu, pengetahuan, kemahiran dan latihan yang bersesuaian untuk guru
perlu diberikan agar mereka dapat melaksanakan strategi dan bahan pengajaran yang sesuai dengan
keperluan dan ciri-ciri Murid Bermasalah Penglihatan.
Pengetahuan profesional guru boleh dianggap sebagai ciri yang paling penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Shulman (1987) menjelaskannya dalam tujuh kategori, iaitu kandungan
pengetahuan, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan pedagogi am,
pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri mereka, pengetahuan tentang konteks pendidikan dan
pengetahuan tentang matlamat pendidikan, tujuan dan nilai-nilai. Tujuh kategori tersebut kemudiannya
dicantumkan menjadi empat kategori utama iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan ciri-ciri murid,
pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kurikulum. Pendapat Shulman ini telah mempengaruhi
pemahaman para penyelidik baharu tentang kepentingan Pengetahuan Pedagogikal Kandungan dalam
konteks pendidikan. Di samping percaya bahawa tahap Pengetahuan Pedagogikal Kandungan guru akan
mempengaruhi tahap pencapaian pelajar (Abell, 2007).
Pengetahuan Kandungan Pedagogi memberi tumpuan kepada strategi yang digunakan dalam
pengajaran dan mencipta strategi yang memberi pengalaman pembelajaran terbaik untuk setiap murid.
Pengetahuan Pedagogikal Kandungan melibatkan pengetahuan bagaimana untuk mengambil peluang
daripada pendekatan pengajaran yang berbeza yang boleh memberi satu pengalaman pembelajaran yang
paling sesuai kepada Murid Bermasalah Penglihatan. Misalnya, guru berupaya menjadikan suasana
pembelajaran boleh diubahsuai mengikut keperluan, kebolehan dan kepelbagaian keupayaan Murid
Bermasalah Penglihatan.
Nielsen (2004) percaya bahawa guru memainkan peranan penting untuk mewujudkan
persekitaran yang boleh membantu membina kemahiran sedia ada murid. Persekitaran yang sesuai akan
menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan secara tidak langsung membantu
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid ke tahap yang lebih tinggi. Guru harus membuat
satu penilaian yang teliti berkaitan tahap pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid agar objektif
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat mengimbangi pembangunan emosi murid supaya
guru mengetahui tahap atau aras objektif yang sesuai untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran
(Moss, 2004; Prince, 2004). Curry dan Hatlen (2007) sependapat menegaskan tentang perlunya kepekaan
guru menganalisis masalah utama dalam pengajaran dan pembelajaran sebelum sesuatu pendekatan
dilaksanakan. Menurut Curry dan Hatlen, bagi memenuhi keperluan dan matlamat pengajaran dan
pembelajaran Murid Bermasalah Penglihatan, guru perlu mempelbagaikan pendekatan bagi memenuhi
keperluan pengajaran dan pembelajaran mereka yang pelbagai.

4.2 Sukatan Pelajaran Khusus

Hakikatnya, kesukaran bagi menguasai kemahiran dan pengetahuan Matematik bukan sahaja dialami oleh
Murid Bermasalah Penglihatan, malah guru juga mengalami kesukaran untuk menyediakan strategi dan
bahan yang sesuai untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi proses
mengubahsuai, mengadaptasi dan mereka bentuk kaedah dan pendekatan yang sesuai bagi menyampaikan
"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER
PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

pengajaran kepada Murid Bermasalah Penglihatan ini (Kapperman, Heinze & Sticken 2010). Meskipun
terdapat banyak modul pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di pasaran sekarang, namun menurut
Ludikova dan Finkova (2012) Murid Bermasalah Penglihatan tidak dapat mengikuti dengan jayanya
modul-modul yang digunakan dalam arus perdana tanpa pengubahsuaian atau modifikasi mengikut tahap
ketidakupayaan mereka.
Ludikova dan Finkova turut menegaskan bahawa satu bentuk pengajaran yang berasingan seperti
penetapan objektif pengajaran, kandungan, bahan bantu mengajar, kaedah dan strategi pengajaran yang
berbeza daripada murid tipikal perlu disediakan khusus untuk Murid Bermasalah Penglihatan. Malah,
khidmat sokongan kepakaran juga seharusnya disediakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Murid Bermasalah Penglihatan ini bagi memastikan keberkesanan pendidikan dapat ditingkatkan. Justeru,
Pengubahsuaian sukatan pelajaran Matematik untuk Murid Bermasalah Penglihatan adalah langkah utama
bagi memenuhi keperluan akses murid kepada kepelbagaian sumber pembelajaran khususnya bagi mata
pelajaran Matematik, membantu guru menyediakan pengubahsuaian bahan pengajaran, dan bagi
memenuhi keperluan bahan pengajaran kemahiran asas Matematik yang sepatutnya dikuasai murid di
peringkat sekolah rendah lagi.
Jika disoroti kajian lepas, jelas menunjukkan ketidakupayaan penglihatan mengekang murid
untuk menerima ilmu pengetahuan sama seperti murid tipikal tanpa pengubahsuaian. Oleh itu, penyediaan
sukatan pelajaran yang khusus untuk Murid Bermasalah Penglihatan adalah penyelesaian terbaik bagi
memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan kecacatan murid yang pelbagai.
Penyediaan sukatan pelajaran yang khusus akan membantu pengajaran disampaikan dengan berkesan.
Pengajaran berkesan adalah pengajaran yang boleh disampaikan dengan baik, diterima, difahami dan
diingati serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian murid (Morrison, Ross, Kalman, & Kemp,
2011). Pengajaran berkesan memerlukan pelaksanaan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang
sistematik. Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan perlu mengambil kira
kesesuaian dan jenis ketidakupayaan Murid Bermasalah Penglihatan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik, Madungwe (2013) berpendapat
penyediaan bahan bantu mengajar perlu disertai dengan media yang berbeza atau dalam bentuk
diubahsuai supaya murid boleh belajar melalui saluran deria lain selain daripada penglihatan.
Kepelbagaian bahan yang dicadangkan perlu disesuaikan dengan pendekatan umum yang digunakan oleh
guru dalam mengajar Murid Bermasalah Penglihatan termasuklah melalui representasi sentuhan, alat
bantuan audio, perwakilan bahan 3-D, peranti haptik, dan pendekatan bersepadu. Selain itu, Ferrell (2006)
mencadangkan penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran Matematik bagi meningkatkan ketepatan
murid membuat pengiraan. Murid Bermasalah Penglihatan akan memperoleh pengetahuan yang
bermakna sekiranya langkah-langkah pengajaran yang berkesan ini dipatuhi dan menjadi amalan para
guru.

4.3 Perbekalan buku braille

Di Malaysia, realitinya akses Murid Bermasalah Penglihatan terhadap bahan pembelajaran hanya terhad
kepada buku teks braille dan peralatan khas yang asas sahaja (Bahagian Pendidikan Khas, 2012). Akses
yang terhad ini mempengaruhi pencapaian yang rendah dalam kalangan Murid Bermasalah Penglihatan
terutamanya dalam Matematik berbanding murid tipikal (Kapperman & Sticken, 2010; Barmby, Harries,
Higgins & Suggate, 2009; Kapperman, Heinze & Sticken, 2010). Murid Bermasalah Penglihatan didapati
gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik, iaitu profisiensi (proficiency) penguasaan
kemahiran asas yang diperlukan murid untuk menjalani kehidupan secara efektif dan produktif
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012, p3-13).
Di samping masalah akses dan kemahiran guru, ketidakupayaan penglihatan yang dialami oleh
Murid Bermasalah Penglihatan juga merupakan faktor utama yang mengekang kepada kelancaran dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mereka sehingga perlunya kepada sukatan pelajaran
"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER
PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

yang khusus (Sack & Silberman, 2010; Friend, 2008; Ferrell, 2006; Norshidah, 2009; Khalim &
Norshidah, 2009). Kekangan ketidakupayaan penglihatan ini menyebabkan perlunya Murid Bermasalah
Penglihatan ditawarkan sukatan pelajaran yang berasingan atau sukatan pelajaran yang di ubahsuai
mengikut keperluan pembelajaran mereka yang unik (Frederickson & Cline, 2009; Hallahan & Kauffman,
2009; Hardman, Drew & Egan, 2008) termasuklah pengubahsuaian kaedah dan alat pengajaran dan
pembelajaran (Holbrook & Koenig, 2010; Najafi, Malkhalifeh & Amiripour, 2011). Meskipun murid
bermasalah penglihatan mempunyai bakat dan kebolehan yang tinggi, namun mereka memerlukan satu
bentuk pengajaran dan pembelajaran khusus yang sesuai dengan tahap kebolehan dan ketidakupayaan
mereka (Bigge et al., 1999; Ashman & Elkin, 2004; Ludikova & Finkova, 2012; Dursin, 2012).
Murid Bermasalah Penglihatan di sekolah rendah juga bergantung sepenuhnya kepada bantuan
guru untuk mendapatkan akses kepada pendidikan (Bahagian Pendidikan Khas, 2012). Tanpa proses
pengubahsuaian, Murid Bermasalah Penglihatan sukar untuk mengakses pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan. Menurut Drake dan Sherin (2006) penyediaan bahan pengajaran Matematik menjadi
lebih rumit kerana guru perlu mengimbangi objektif, tujuan, rancangan pengajaran dan aktiviti membuat
keputusan yang berterusan dan dalam masa yang sama guru perlu untuk lebih kreatif melakukan
pengubahsuaian bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, menarik minat dan
penglibatan Murid Bermasalah Penglihatan dalam membina pemahaman Matematik. Oleh itu, bekalan
buku teks dalam tulisan braille dan cetakan biasa adalah perlu disediakan secukupnya bagi memudahkan
guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cekap dan berkesan.

4.4 Klasifikasi ketidakupayaan dan Penempatan Murid.

Bilangan Murid Bermasalah Penglihatan di Malaysia merupakan penyumbang utama dalam


meningkatkan pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) keseluruhan memandangkan mereka
dapat mengikuti pembelajaran seperti murid tipikal dengan adanya akomodasi yang disediakan sekiranya
murid tidak mengalami ketidakupayaan lain (comorbility). Daripada 157 orang Murid Bermasalah
Penglihatan yang menduduki UPSR tahun 2012, hanya 66 orang yang memperoleh pencapaian cemerlang
dan baik (Bahagian Pendidikan Khas, 2013). Pencapaian cemerlang dan baik yang tidak menyeluruh
kepada semua Murid Bermasalah Penglihatan ini disebabkan oleh semakin ramai Murid Bermasalah
Penglihatan yang bukan sahaja buta atau rabun malah mengalami masalah kecacatan lain. Selain itu, Sifat
dan tahap penglihatan antara individu mungkin berbeza dengan ketara, oleh itu setiap murid mungkin
memerlukan penyesuaian secara individu kepada amalan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran
untuk membantu mereka belajar dengan berkesan (Carney, Engbretson, Scammell, & Sheppard, 2003;
Friend, 2008; Dursin, 2012). Menurut Ballard (2013) masalah penglihatan boleh dialami sejak lahir
disebabkan oleh kecacatan genetik; penyakit; kemalangan; kesan ubat dan bahan kimia. Pengalaman sedia
ada murid banyak dipengaruhi oleh penglihatan. Oleh itu, tempoh masa seseorang murid itu mempunyai
keupayaan visual sangat mempengaruhi perkembangan kognitif mereka (Heward, 2006; Gargiulo, 2008;
Lusk & Corn, 2006).
Dari aspek perkembangan kognitif, umur dan tahap perkembangan kemerosotan penglihatan
murid mempengaruhi keupayaan murid untuk memperoleh kemahiran dan konsep, serta mendapat
manfaat daripada penerangan visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Gargiulo, 2008).
Menurut Houwen, Visscher, Lemmink & Hartman (2009), umur semasa berlakunya ketidakupayaan
penglihatan adalah istilah perubatan merujuk kepada permulaan murid itu mengalami masalah, simptom
dan gangguan penglihatan. Heward (2006) menjelaskan bahawa murid yang mengalami masalah
penglihatan sejak lahir mempunyai persepsi yang berbeza tentang persekitaran berbanding dengan murid
yang hilang penglihatan selepas berusia 12 tahun. Murid yang hilang penglihatan sejak lahir belajar
tentang persekitaran melalui deria rasa, pendengaran, dan sentuhan. Manakala murid yang mengalami
masalah penglihatan selepas berumur 5 hingga 12 tahun akan mengekalkan memori penglihatan mereka
tentang perkara dan peristiwa yang pernah mereka alami, lihat dan belajar. Memori ini akan membantu
"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER
PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

mereka dalam proses pembelajaran (Gargiulo, 2008; Heward, 2006; Lusk & Corn, 2006). Sehubungan
itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu mengambil kira pengetahuan tentang jenis
ketidakupayaan Murid Bermasalah Penglihatan, faktor penyebab ketidakupayaan dan tahap
ketidakupayaan murid agar dapat membantu guru membina strategi pengajaran yang bersesuaian dengan
keperluan murid.
Sehubungan itu, ketidakupayaan Murid Bermasalah Penglihatan yang pelbagai memerlukan
penempatan persekolahan yang sesuai mengikut kategori kurang upaya yang lebih dominan. Penempatan
murid yang kurang sistematik menyebabkan murid kehilangan peluang untuk memperoleh bantuan
pembelajaran yang sesuai dengan kategori ketidakupayaannya. Justeru, ujian saringan ketidakupayaan
yang lebih sistematik dan berkolaborasi dengan jabatan yang tepat diperlukan bagi memastikan Murid
Bermasalah Penglihatan dengan ketidakupayaan sampingan lain ditempatkan di sekolah yang bersesuaian
dengan ciri-ciri murid.

5.0 KESIMPULAN

Kajian ini telah berjaya meneroka isu dan masalah yang menjadi cabaran kepada keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran Murid Bermasalah Penglihatan khususnya dalam subjek Matematik
sekolah rendah di Malaysia. Ringkasnya cabaran dapat dilihat daripada empat aspek utama, iaitu;
pengetahuan pedagogi guru; sukatan pelajaran khusus untuk Murid Bermasalah Penglihatan; Perbekalan
buku braille, dan Klasifikasi kecacatan dan penempatan murid. Cabaran ini menjadi kekangan dalam
meningkatkan pencapaian Matematik Murid Bermasalah Penglihatan. Justeru itu, usaha menangani
cabaran ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar pengajaran Matematik untuk Murid Bermasalah
Penglihatan lebih berkesan dan pencapaian murid dapat ditingkatkan.

6.0 RUJUKAN

Abdul Jamir Md Saad, Ab Halim Tamuri & A’dawiyah Ismail. (2012). Pembelajaran aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran berkesan Pendidikan Islam. Retrieved from
www.ipislam.edu.my/index.phd/research/tag/PKPI2012
Abell, S. (2007). Research on science teachers' knowledge. In. S.K. Abell, & N.G. Lederman (eds.).
Handbook of research on science education (pp. 1105-1149). Mahwa, New Jersey: Lawrence
Erlbaum Associates.
Ashman, A., & Elkins, J. (2005). Educating Children With Special Needs. Sydney: Pearson Education.
Bahagian Pendidikan Khas. (2012). Laporan Tahunan 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Laporan Tahunan 2013. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ball, D.L., Thames, M.H., & Phelps, G. (2008). Content knowledge for teaching: What makes it special?
Journal of Teacher Education, 59(5), 389-407.
Ballard, C. (2013). Mata: Kecederaan, Penyakit dan Kesihatan. Terj. Noor Junainah Masjuni. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Barmby, P., Harries, T., Higgins, S., Suggate, J. (2009). The array representation and primary children’s
understanding and reasoning in multiplication. Educational Studies in Mathematics, 70(3), 217–
241. Retrieved from springer.
Bjorklund, D.F. (2000). Children’s Thinking. Developmental Function And Individual Differences (3th
eds.) Wadsworth: Canada.
Bigge, J.L., Stump, C.S., Spagna, M.E., & Silberman, R.K. (1999). Curriculum, assessment, and
instruction for students with disabilities. USA: Wadsworth Publishing Company.
"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER
PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

Carney, S., Engbretson, C., Scammell, K., & Sheppard, V. (2003). Teaching Students with Visual
impairments. A Guide for the Support Team. Saskatchewan Learning. Retrieved from
http://www.sasked.gov.sk.ca/k/pecs/se/publications.html.
Curry, S.A., & Hatlen, P.H. (2007). Expanded Core Curriculum Advocacy: Meeting The Unique
Educational Needs Of Visually Impaired Pupils Through Appropriate Placement. Journal of
Visual Impairment & Blindness. April. American Foundation for the Blind and Perkins School for
the Blind. Retrieved from http://www.eccadvocacy.org
Creswell, J. W. (2008). Educational Research (International Edition, 2nd ed.) Englewood Cliffs, NJ:
Pearson Prentice Hall.
Dursin, A. G. (2012). Information Design And Education For Visual Impaired And Blind People.
Procedia Social And Behavioral Sciences. 46, 5568-5572. Retrieved from
www.sciencedirect.com Doi:10.1016/j.sbspro.2012.06.477.
Ferrell, K.A. (2006). Evidence-Based Practices For Students With Visual Disabilities. Communication
Disorders Quarterly, 28(1), 42-48. Retrieved from http://cdq.sagepub.com doi:
10.1177/15257401060280010701.
Frederickson, N,. & Cline, T. (2009). Special Education Needs, Inclusion and Diversity: A Textbook (2nd
eds.) Philadelphia: Open University Press.
Friend, M. (2008). Special Education: Contemporary Perspectives For School Professionals. New York:
Pearson Education, Inc.
Gargiulo, R. M. (2008). Special Education In Contemporary Society. An Introduction to Exceptionally
(3nd eds.). London: SAGE: Publications, Ins.
Hallahan, D., & Kauffman, J. (2009). Exceptional children (11th ed.) Needham Height, MA: Allyn &
Bacon.
Hardman, M., Drew, C., & Egan, W. (2008). Human exceptionally (9th ed.). Needham Height, MA: Allyn
& Bacon.
Heward, W. L. (2006). Exceptional Children: An Introduction to Special Education (8th eds.). New
Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.
Holbrook, M.C., & Koenig, A.J. (2010). Basic Techniques for Modifying Instruction. Dlm. Alan J.
Koenig & M. Cay Holbrook. Foundations of Education (2nd Eds). Volume II: Instructional
strategies for teaching children and youths with visual impairments.(hlm.173-195). New York:
AFB Press.
Houwen, S., Visscher, C., Lemmink, K., & Hartman, E. (2009). Motor Skill Performance Of Children
And Adolescents With Visual Impairments: A Review. Exceptional Children. 75(4), 464-467.
Kapperman, G., & Sticken, J. (2010). Modifying and designing instruction: Assistive technology. In. A.J.
Koenig & M.C. Holbrook (eds.) Foundation of education (2nd ed.). Volume II: Instructional
strategies for teaching children and youths with visual impairment. pp.500-528. New York: AFB
Press.
Kapperman, G., Heinze, T., & Sticken, J. (2010). Modifying and designing instruction: Mathematics. In.
A.J. Koenig & M.C. Holbrook (eds.) Foundation of education (2nd ed.). Volume II: Instructional
strategies for teaching children and youths with visual impairment. pp.370-399. New York: AFB
Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.
Khalim Zainal & Norshidah Mohamad Salleh. (2009). Disciplinary Problems Among Students With
Sensory Impairments In Malaysia: A Case Study. The International Journal of Learning. 16(9),
419-431.
Ludikova, L., & Finkova, D. (2012). Improvement in education of people with visual impairment.
International Conference On New Horizons in Education (INTE). Procedia Social and
Behavioral Sciences, 55, 971-979. Retrieved from www.sciencedirect.com doi:
10.1016/j.sbspro.2012.09.587.
"MELESTARI PENDIDIKAN: MEMBANGUN SUMBER
PERSIDANGAN SERANTAU SISWAZAH PENDIDIKAN DAYA MANUSIA"

Lusk, K.E., & Corn, A. L. (2006). Learning and using print and braille. A study of dual-media learners,
Part 2. Journal of Visual Impairment and Blindness. November, 653-665.
Madungwe, L.S. (2013). Teaching Mathematics to Visually Impaired Students: Case Study of Margaretta
Hugo Schools for the blind: Zimbabwe. International Journal of Research in Education
Methodology. 2(3), 146-154.
Morrison, G.R., Ross, S.M., Kalman, H.K. & Kemp, J.E. (2011). Designing Effective Instruction. (6th
eds.). New York, NY: John Wiley & Sons, Inc.
Moss, K. (2004). Five Phases Of Educational Treatment Used In Active Learning Based On Excerpts
from Are You Blind? By Dr. Lilli Nielsen. Texas School for the Blind and Visually Impaired.
Retrieved from www.tsbvi.edu.
National Council of Teachers of Mathematics (NCTM). (2010). Principles and Standards for School
Mathematics. Retrieved from http://www.nctm.org/standards/content.aspx?id=11608
Najafi, M., Malkhalifeh, M.R., & Amiripour, P. (2011). The effect of efficiency of cooperative learning
method on increasing blind students’ perception of mathematical conceptions. International
Journal of Applied Operational Research, Autumn, 1(2), 49-55. Retrieved from www.ijorlu.jr
Nielson, G.L. (2004). Active Learning and Blind, Multiply Disabled Child. Future Reflections. Retrieved
from http://nfb.org/images/nfb/publications/fr/fr14/fr04se08.htm
Norshidah Mohamad Salleh. (2009). Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan. Dlm. Zalizan Mohd Jelas.
(pnyt.) Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norshidah Mohamad Salleh & Khalim Zainal (2010). How and why the visually impaired students
socially behave the way they do. Procedia Social dan Behavioral Sciences, 9, 859-863. Retrieved
from Elsevier. www.sciencedirect.com doi:10.1016/j.sbspro.2010.12.249.
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas). (2013). 18 Julai 2013. P.U. (A) 230. Jabatan Peguam
Negara.
Prince, M. (2004). Does Active Learning Work? A Review of the Research. Journal of Engineering
Education, 93(3), 223-231.
Sacks, S.Z., & Silberman, R.K. (2010). Modifying and designing Instruction: Social skills. Dlm. Koenig,
A.J., & Holbrook, M.C. (pnyt.) Foundations of Education. Volume II: Instructional Strategies for
Teaching Children and Youths with Visual Impairments. (2nd eds.). hlm. 616-652. New York:
AFB Press.
Shulman, L.S. (1987). Knowledge and Teaching. Foundations of the new reform. Harvard Educational
Review, 57(1),1-22.
Sigelman, C. K., & Rider, E.A. (2005). Life-Span Human Development (4th eds.) Australia: Belmont, CA:
Thomson/Wadsworth.

You might also like