Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PJMS3183 BIOMEKANIK

NAMA: MOHAMMAD AFIQ BIN HAMZAH KUMP: G8.6

Amali 1

Tajuk artikel: Sebuah Model Untuk Daya Impak Ketika Mendarat Daripada Lompatan
Smesy

1. Asas-asas Biomekanik
Kajian ini membincangkan sebuah model untuk daya impak, magnitud daya yang
terlibat, melihat nilai sudut sendi-sendi kaki, daya pada paksi mendatar dan menegak.
Kajian ini juga melihat kesan pergerakan segmen anggota badan dalam
mempengaruhi keputusan ujian seperti subjek memfleksikan kaki semasa di udara
sebelum mendarat untuk memanjangkan masa.

2. Parameter kinetik dan kinematik


Parameter kinetik di dalam kajian ini ialah daya graviti yang menambahkan lagi daya
impak kepada kaki semasa mendarat. Daya pada sendi lutut dan daya pada sendi
buku lali juga dilakukan pengiraan.
Parameter kinematik pula ialah apabila lokasi kaki ketika berada diudara. Kajian ini
membuat perbandingan mendarat dengan memfleksikan lutut dapat mengurangkan
kecederaan. Halaju pergerakan juga menjadi pantas kerana smesy merupakan aktiviti
yang memerlukan kuasa otot yang baik. Pergerakan linear pada keseluruhan jasad
dikesan berlaku ketika fasa melompat untuk smesy. Namun perubahan yang berlaku
pada kaki ialah semasa diudara dan mendarat. Kaki akan melakukan pergerakan
angular di mana lutut akan difleksikan dan bergerak sebanyak 90 darjah pada sendi
lutut.

3. Rumusan
Secara ringkasnya dapat dibuat kesimpulan bahawa ketika subjek mendarat, daya
impak yang terhasil pada kaki yang mendarat adalah lebih kecil berbanding dengan
kaki sebelah lagi. Ini menunjukkan bahawa, ketika mendarat daya impak yang besar
telah dipindahkan kepada kaki yang sebelah lagi untuk mengurangkan risiko
kecederaan pada kaki mendarat. Di samping itu, aktiviti memfleksikan kaki juga
memainkan peranan dalam mengurangkan risiko kecederaan.
RUJUKAN

Azmin Sham Rambely & Siti Shahanum Buslain. (2008). Sebuah Model Untuk Daya
Impak Ketika Mendarat Daripada Lompatan Smesy. Malaysian Journal of
Mathematical Sciences 2(2): 113-124.

You might also like