Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Garis Panduan Perkhidmatan

Talian Internet Interim di


Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan (BSTP), Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri
(BTPN), Pusat Teknologi
Pendidikan Bahagian (PTPB),
Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan
Sekolah-Sekolah KPM
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Garis Panduan ini adalah mengenai Perkhidmatan Talian Internet Interim
di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Teknologi Pendidikan
Bahagian (PTPB), Pusat Kegiatan Guru (PKG) Dan Sekolah-Sekolah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 1 Julai 2019
hingga 31 Disember 2019.

1.2 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Kelulusan
Khas Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh: 14 Jun 2019 No
Rujukan: S/K.KEW/PK/KPM/05/06/S.K.4(37)

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Talian internet sekolah di bawah Kontrak 1BestariNet Fasa 2 dijadualkan


berakhir pada 30 Jun 2019.

2.2 Talian internet interim ini akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2019 hingga 31
Disember 2019 di BSTP, BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah-Sekolah di
bawah KPM.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memastikan talian internet di sekolah tidak putus dan berterusan untuk
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta Pengurusan dan
Pentadbiran (PdT).

3.2 Memastikan semua aplikasi dalam talian KPM dapat diakses oleh warga
KPM.

3.3 Sebagai persediaan alternatif talian internet yang baharu apabila kontrak
1BestariNet Fasa 2 tamat pada 30 Jun 2019.

3.4 Memastikan guru dan murid dapat melaksanakan PdPc berasaskan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN

4.1 Tadbir Urus Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

4.1.1 Pelantikan Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian


Internet Interim (Pelantikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri)

Pengerusi : Ketua Sektor


Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
(SPMICT)
Pengerusi Ganti : Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik
Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah, BTPN
Ahli : Wakil Unit Kewangan
Wakil Sektor Pengurusan Sekolah
Penolong PPD ICT
Urus Setia : SPMICT

4.1.2 Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 orang (termasuk


pengerusi).

4.1.3 Kekerapan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau


mengikut keperluan.

4.1.4 Mengesahkan Internet Service Provider (ISP) setiap sekolah


berdasarkan ketetapan Surat Kelulusan Kementerian
Kewangan serta semakan yang dibuat oleh Pasukan Kerja
Daerah.

4.1.5 Memperakui syor Pasukan Kerja Daerah bagi penamatan ISP


yang tidak memenuhi perkhidmatan yang ditawarkan.

4.1.6 Menyediakan laporan Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet


Interim dan dikemukakan kepada BPM, KPM.

4.2 Tadbir Urus Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

4.2.1 Pelantikan Pasukan Kerja Peringkat Daerah bagi kerja-kerja


pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim (Pelantikan
oleh Pegawai Pendidikan Daerah)

Pengerusi : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ICT


Pengerusi Ganti : Penyelia ICT
Setiausaha : Pegawai Teknologi Pendidikan PKG
Ahli : Ketua Juruteknik Komputer Daerah
Guru Penyelaras Bestari
Juruteknik Komputer PKG
Juruteknik Komputer Sekolah
Urus Setia : Unit Pentadbiran dan Kewangan

4.2.2 Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 orang (termasuk


pengerusi).

4.2.3 Kekerapan mesyuarat sekurang-kurangnya 1 bulan sekali atau


mengikut keperluan.

4.2.4 Menetapkan ISP berdasarkan kelulusan Kementerian


Kewangan dan liputan terbaik di sekolah.

4.2.5 Pengujian dan Pentauliahan talian internet interim oleh Pasukan


Kerja peringkat daerah.

4.2.6 Pengesahan penerimaan perkhidmatan internet melalui Sijil


Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan
(SPP) daripada ISP yang dilantik untuk pemasangan kali
pertama.

4.2.7 Pemantauan pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim


sekolah.

4.2.8 Menyediakan laporan perkhidmatan ISP dan dikemukakan


kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian
Internet Interim peringkat negeri

o Laporan Prestasi Perkhidmatan (rujuk Lampiran C)


o Laporan Aduan Perkhidmatan Internet Service Provider (ISP)
(rujuk Lampiran D)
o Laporan Kewangan (cetakan MyGFMAS)
o Salinan SAP dan SPP (pengesahan penerimaan
perkhidmatan)

4.2.9 Mengemukakan syor penamatan ISP yang tidak memenuhi


perkhidmatan yang ditawarkan.

4.2.10 Memastikan pengesahan bil dibuat oleh sekolah dan dihantar ke


PPD.

5.0 PEMBAYARAN

5.1 BPM akan menyediakan subwaran peruntukan kewangan talian internet


interim kepada BSTP, BTPN ,JPN dan PPD yang terpilih.

5.2 Peruntukan yang akan diturunkan adalah di bawah bayaran Utiliti dibawah
Objek Sebagai (OS23000 mengikut kod aktiviti yang ditetapkan oleh
Bahagian Akaun.

5.3 Pembayaran dicadangkan secara pukal mengikut kod aktiviti yang telah
disediakan dan jika sebaliknya maka pembayaran akan dibuat secara
baucar.

5.4 Pihak ISP yang dilantik perlu mengemukakan bil dalam tempoh 5 hari
selepas akhir bulan sebelumnya.

5.5 BSTP, BTPN, PPD, PTPB dan sekolah perlu membuat pengesahan dan
menghantar bil kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh 5 hari
bekerja selepas bil diterima.

5.6 BSTP, BTPN dan PPD membuat pembayaran (pukal / baucar).

5.7 Pihak PPD perlu menghantar laporan bulanan prestasi perbelanjaan


setiap bulan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Interim Perkhidmatan
Internet Interim peringkat negeri.
5.8 Pihak JPN perlu menghantar laporan bulanan prestasi perbelanjaan
setiap bulan kepada BPM, KPM.

6.0 PEMANTAUAN PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET

6.1 Pemantauan boleh dbuat menggunakan borang speed test atau borang
Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) yang diberikan kepada semua
JPN dan PPD.

7.0 PERANAN

7.1 SEKOLAH

7.1.1 Menerima surat arahan Perkhidmatan Talian Internet Interim


daripada KPM

7.1.2 Menerima kunjungan KPM, JPN, Pasukan Kerja Daerah dan ISP
bagi tujuan pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim .

7.1.3 Menentukan lokasi pemasangan talian internet:


Keutamaan di pejabat, makmal komputer dan bilik guru.
Walaubagaimana pun, sekolah boleh menentukan lokasi terbaik
di kawasan sekolah dengan mengambil kira liputan capaian
internet bagi memastikan proses PdPc dapat berlaku dan aplikasi
dalam KPM dapat diakses.

7.1.4 Memastikan SAP perkhidmatan ditandatangani oleh pihak


pentadbir dan SPP ditandatangani oleh wakil Pasukan Kerja
Daerah dan satu salinan SAP dan SPP tersebut disimpan oleh
pihak sekolah.

7.1.5 Jika tiada capaian internet atau kerosakan peralatan pihak


sekolah perlu membuat aduan kepada pihak ISP mengikut terma
perjanjian dan syarat.

7.1.6 Sekiranya ISP gagal menyelesaikan aduan dalam tempoh 24 jam,


pihak sekolah perlu memaklumkan kepada pihak pasukan kerja
peringkat daerah dengan mengemukakan maklumat berikut:
o Tarikh aduan
o Nombor tiket aduan
o Log aduan

7.1.7 Sekolah perlu membuat pengesahan dan menghantar bil kepada


PPD dalam tempoh 5 hari selepas bil diterima.

7.1.8 Sebarang pertanyaan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan talian


internet interim boleh merujuk kepada Pasukan Kerja Daerah /
JPN / KPM.
7.2 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

7.2.1 Pelantikan Pasukan Kerja Peringkat Daerah bagi kerja-kerja


pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim (Pelantikan oleh
Pegawai Pendidikan Daerah)

7.2.2 Mengurusetia mesyuarat sekurang-kurangnya 1 bulan sekali atau


mengikut keperluan.

7.2.3 Menetapkan ISP berdasarkan kelulusan Kementerian


Kewangan dan liputan terbaik di sekolah.

7.2.4 Pengujian dan Pentauliahan talian internet interim oleh Pasukan


Kerja Peringkat Daerah

7.2.5 Pengesahan penerimaan perkhidmatan talian internet interim


daripada ISP dilantik (SAP dan SPP) untuk pemasangan kali
pertama.

7.2.6 Pemantauan pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim di


sekolah

7.2.7 Menyediakan laporan perkhidmatan ISP dan mengemukakannya


kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian
Internet Interim peringkat negeri
o Laporan Prestasi Perkhidmatan (rujuk Lampiran C)
o Laporan Aduan Perkhidmatan ISP (rujuk Lampiran D)
o Laporan Kewangan (cetakan MyGFMAS)
o Salinan SAP dan SPP (pengesahan penerimaan
perkhidmatan)

7.2.8 Mengemukakan syor penamatan ISP yang tidak memenuhi


perkhidmatan yang ditawarkan.

7.2.9 Sekiranya ISP dilantik gagal menyediakan perkhidmatan,


Pasukan Kerja Daerah boleh mengesyorkan cadangan
penambahbaikan perkhidmatan kepada KPM.

7.2.10 Memastikan pengesahan bil dibuat oleh sekolah dan diterima


oleh PPD dalam tempoh 5 hari bekerja.

7.2.11 Memastikan semua sekolah di bawah seliaan masing-masing


menerima capaian internet sebagaimana yang telah ditetapkan.

7.2.12 Mengambil tindakan segera jika terdapat aduan dari pihak


sekolah.

7.2.13 Membuat bayaran selepas semua dokumen adalah lengkap dan


mematuhi tatacara kewangan yang berkuatkuasa.
7.2.14 Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada sekolah-sekolah
dalam pelaksanaan talian internet interim ini

7.3 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

7.3.1 Pelantikan Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian


Internet Interim (dilantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri).

7.3.2 Mengurusetia mesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau


mengikut keperluan.

7.3.3 Mengesahkan pemilihan ISP setiap sekolah berdasarkan


ketetapan yang dibuat oleh Pasukan Kerja Daerah.

7.3.4 Memperakui syor Pasukan Kerja Daerah bagi penamatan ISP


yang tidak memenuhi perkhidmatan yang ditawarkan.

7.3.5 Menyediakan laporan Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet


Interim dan dikemukakan kepada BPM, KPM.

7.3.6 Bertanggungjawab sebagai Pengurus di peringkat JPN.

7.3.7 Memastikan semua sekolah di bawah seliaan masing-masing


menerima capaian internet sebagaimana yang telah ditetapkan.

7.3.8 Memastikan semua ISP mematuhi terma perjanjian dan syarat


yang telah ditetapkan.

7.4 Bahagian Pengurusan Maklumat

7.4.1 Menyediakan Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet


Interim di BSTP, BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah-Sekolah di
bawah KPM bermula 01 Julai 2019.

7.4.2 Memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim


dilaksanakan mengikut ketetapan dan kelulusan dari
Kementerian Kewangan Malaysia.

7.4.3 Menyediakan surat arahan kepada JPN berserta senarai sekolah


dan ISP serta jadual pemasangan.

7.4.4 Memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim


dilaksanakan mengikut ketetapan dan kelulusan dari
Kementerian Kewangan Malaysia

7.4.5 Merancang, mengurus dan menyediakan agihan peruntukan


serta menurunkan subwaran kepada BSTP, BTPN dan PPD
untuk bayaran talian internet interim di PKG, PTPB dan sekolah-
sekolah KPM.
7.4.6 Menyediakan laporan bulanan capaian talian internet dan status
bayaran kepada Pengurusan Tertinggi KPM.

7.4.7 Melaksanakan pemantauan pelaksanaan talian internet interim ke


lokasi terlibat supaya pihak syarikat mematuhi terma perjanjian
perkhidmatan yang telah ditetapkan.

7.4.8 Memberi khidmat nasihat kepada BSTP, BTPN, JPN, PPD,


PPTB, PKG dan sekolah.

7.4.9 Mengumpul dan menganalisis segala data yang diterima dari


BSTP dan JPN.

7.5 Syarikat

7.5.1 Menerima surat arahan Perkhidmatan Talian Internet Interim


daripada KPM

7.5.2 Menyediakan perkhidmatan berdasarkan surat arahan yang telah


ditetapkan.

7.5.3 Pihak syarikat perlu mengadakan perbincangan dengan JPN dan


PPD bagi tujuan urusan pelaksanaan perkhidmatan pelaksanaan
talian internet interim

7.5.4 Syarikat perlu menyenaraikan nama kakitangan berdaftar yang


akan melaksanakan kerja-kerja pemasangan talian internet di
sekolah berserta kad kuasa bergambar dan surat kebenaran.

7.5.5 Syarikat hendaklah boleh dihubungi melalui surat, lisan, telefon,


faks, emel atau lain-lain cara bagi menyelesaikan sebarang
masalah capaian internet di sekolah.

7.5.6 Kakitangan syarikat yang hadir ke sekolah / lokasi untuk


menjalankan kerja-kerja penyenggaraan atau lain-lain yang
melibatkan talian internet mesti memakai kad pengenalan diri.

7.5.7 Syarikat yang hadir ke sekolah / lokasi mesti melaporkan diri


dan memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah, jika
gagal pihak sekolah berhak untuk tidak membenarkan syarikat
menjalankan kerja-kerja.

7.5.8 Syarikat dikehendaki menyerahkan bil bulanan kepada BSTP,


BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah-sekolah KPM mengenai caj
bayaran talian internet sekolah-sekolah selewat-lewatnya 5hb
setiap bulan di bulan berikutnya.

7.5.9 Syarikat dikehendaki menyerahkan ringkasan bil bulanan kepada


BTPN, PTPB dan PPD.
8.0 PENUTUP

8.1 Pelaksanaan talian internet interim di sekolah merupakan kaedah


alternatif sementara menunggu proses tender terbuka yang dijangkakan
akan selesai perolehan pada Disember 2019

8.2 Memandangkan proses untuk meneruskan dengan Kontrak 1BestariNet


sedia ada secara interim akan mengakibatkan kos yang berlipat ganda
maka kaedah secara interim dari pelbagai ISP digunakan untuk memberi
penjimatan dan menguntungkan kerajaan.

8.3 Keberkesanan pelaksanaan ini boleh dicapai dengan kerjasama pelbagai


pihak terutama JPN, PPD dan sekolah. Kerjasama padu diperlukan dalam
keselarasan aduan, maklumat dan pemantauan pelaksanaan projek
interim ini. Langkah ini perlu supaya syarikat yang dilantik adalah selari
dengan objektif keperluan capaian oleh sekolah.

8.4 Berpandukan saranan pihak kerajaan memastikan setiap projek


dilaksanakan secara kos efektif, proses interim ini diurus secara
berhemah dan mematuhi tatacara kewangan semasa.

Disediakan oleh

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


25 JUN 2019
ALIRAN PROSES : PEMASANGAN PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET INTERIM

SURAT ARAHAN
(BPM) MULA
SENARAI SEKOLAH MENGIKUT ISP
JADUAL PEMASANGAN

BSTP
SURAT KEBENARAN
JPN
PEMASANGAN TALIAN INTERNET

TERIMA JADUAL DAN SURAT


PPD KEBENARAN PEMASANGAN
TALIAN INTERNET

PENGESAHAN TERIMA JADUAL DAN


TAMAT
SEKOLAH SAP (PENTADBIR) & SPP (PASUKAN SURAT KEBENARAN
KERJA) PEMASANGAN TALIAN
INTERNET
PEMASANGANIAN
INTERNET
PENYEDIAAN PEMASANGAN TALIAN
ISP
SAP & SPP INTERNET
ALIRAN PROSES : TADBIR URUS

MULA

Mengeluarkan surat arahan


pelaksanaan senarai sekolah
berserta ISP dan jadual
1 pemasangan
(Pentadbir Projek BPM)

Pelantikan Jawatankuasa
Pelaksanaan Interim
2 Perkhidmatan Internet (Dilantik
oleh pengarah BSTP/JPN/BTPN)

Pelantikan Pasukan Kerja


3 Peringkat Daerah bagi kerja-kerja
pelaksanaan interim perkhidmatan
internet

Mengesahkan pemilihan
ISP setiap sekolah Menetapkan ISP berdasarkan
TIDAK 4
berdasarkan ketetapan 5 kelulusan MOF dan liputan
yang dibuat oleh Pasukan terbaik bagi sekolah di Daerah
Kerja Peringkat Daerah

Y
A
Menerima pemasangan Menerima pemasangan talian
talian internet interim TIDAK 6 internet interim daripada ISP yang
daripada ISP yang telah 7 telah ditetapkan (Sekolah)
ditetapkan (BSTP,
BTPN,PTPB dan PKG)

Pengujian dan Pentauliahan talian


8 internet interim oleh Pasukan Kerja
Peringkat Daerah

Y
A
Pemantauan pelaksanaan
9
perkhidmatan internet interim

Menyediakan laporan perkhidmatan ISP


10 dan dikemukakan kepada Jawatankuasa
Pelaksanaan Interim Perkhidmatan
Internet peringkat negeri
CARTA ALIRAN : PEMBAYARAN

MULA KELUARKAN
ISP BIL BULANAN

BSTP MENERIMA DAN


BTPN MENGHANTAR
MENGESAHKAN
PTPB BIL KE PTJ
BIL BULANAN
PKG
SEKOLAH

BSTP PEMBAYARAN
MENYEMAK TAMAT
BTPN UNIT KEWANGAN
PPD BIL
(PUKAL/BAUCAR)
PTPB

TEMPOH 5 hari 5 hari Tempoh pembayaran bil 14 hari


MASA
PAKEJ INTERIM PERKHIDMATAN INTERNET BAGI 10,214 SEKOLAH, SATU (1) BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BSTP), 15 BAHAGIAN
TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN), 13 PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN (PTPB) DAN 366 PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)
SIJIL AKUAN PENERIMAAN
Nama Jabatan: BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT Nama & Alamat Syarikat: Telekom Malaysia Berhad
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 17 Selatan, Menara TM, Jalan Pantai
Baru, 50672 Kuala Lumpur
No. Rujukan Syarikat/No.
Inbois:
No. Rujukan Jabatan: No. Kontrak/Pesanan Kerajaan: KPM/40/2014/06/0024

Buatan Harga (RM) Direkodkan Dalam Buku Stok


Butiran
Nama Alat-Alat/ Bahan-Bahan (Jenama/Model) Kuantiti Jumlah Ulasan Jabatan
(Kod Item) Seunit No. Buku Stok Mukasurat
Dan Negara Asal

Laporan
Huawei / China 3 RM129 RM 387 pengesahan
UONU
pemasangan dan
1.
ujilari disertakan
untuk diserahan
kepada BPM

ERINGATAN: Saya mengaku bahawa alat-alat/bahan- Disahkan oleh:


1. SAP hendaklah disediakan asal dan 2 salinan bahan yang tersebut di atas telah diterima
untuk edaran berikut: dan disemak betul oleh saya pada
a. Salinan asal PTJ yang membayar
b. 1 salinan asal kepada Kontraktor ………………………………………………. …………………………………………………….
c. 1 salinan asal kepada lokasi/agensi yang Tandatangan
dipasang peralatan. Pengetua/Guru Besar/PK/GPK
/Guru Penyelaras ICT /Juruteknik
2. Pegawai Penerima hendaklah daripada pegawai ……………………………………………………. Komputer Sekolah
yang telah dilantik oleh Ketua Jabatan dan Tandatangan Pegawai Penerima
memiliki kepakaran teknikal ICT. Nama dan Cop Jawatan:
Nama Pegawai Penerima: …………………….

Tarikh : ..........................
Tarikh: ……………………………………….
SIJIL PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN

(Nama Syarikat dan Alamat)

………………………………………….….
………………………………………….….

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-4, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Tuan,

PAKEJ INTERIM PERKHIDMATAN INTERNET BAGI 10,214 SEKOLAH, SATU (1)


BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BSTP), 15 BAHAGIAN
TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN), 13 PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BAHAGIAN (PTPB) DAN 366 PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

No. Kontrak: ……………………………….......

Merujuk kepada kontrak tersebut di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa item di bawah
yang mana telah dibekalkan ke ………………………………… pada ………………… dan telah berjaya
dipasang, diujilari dan ditauliah pada ………………………………………

No. Kod & Nama


Bil. Kuantiti
Item
1. Perkhidmatan Unifi
3 unit
(50mbps)

2. Dimaklumkan juga bahawa dengan pengesahan kerja-kerja pemasangan, pengujian dan


pentauliahan oleh Ketua Jabatan seperti di bawah, tidak menghadkan pihak tuan/puan
untuk membuat apa-apa tuntutan kepada kami seperti mana yang ditetapkan di dalam
syarat-syarat kontrak sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap item tersebut.

…………………………………….………………
(Tandatangan Pegawai ICT JPN/
Pegawai ICT BTPN/Pegawai ICT PPD/
Pegawai PKG/Guru Penyelaras ICT /
Juruteknik Komputer Sekolah)
(Nama dan Cop Jabatan)

Tarikh: ……………………….

Pengesahan Ketua Jabatan/Bahagian


Dengan ini adalah disahkan bahawa item seperti yang dinyatakan seperti di para 1 di
atas telah dipasang, diujilari dan ditauliah pada ………………………… Disahkan juga di sini
bahawa segala perubahan dan pembetulan kepada mana-mana maklumat yang
tercatat sebelum ini telah diambil kira dan dipersetujui oleh saya pada tarikh
pengesahan ini.

………………………………………. Tarikh : ……………………………


(Tandatangan Pengetua/Guru Besar)
(Nama dan Cop Jabatan)
1

You might also like