Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PK07

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI AMPANG

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI 1 / 2020

Tarikh : 8 JANUARI 2020

Masa : 1.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : En Mohd Nazlan bin Mohamad Najib

Kehadiran : 1) En Mohd Nazlan bin Mohamad Najib


2) En Zulfadli bin Ahmad
3) En Mohamad Ashraf bin Jamaluddin

Urus Setia/Setiausaha : En Mohamad Ashraf bin Jamaluddin

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 En Mohd Nazlan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli panitia ke Mesyuarat Panitia
Sains kali ke 1 / 2020
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Bil 4 / 2019

Cadangan disahkan : En Mohd Nazlan bin Mohamad Najib


Disokong oleh : En Zulfadli bin Ahmad

Mesyuarat sebulat suara mengesahkan Mesyuarat Bil 4 / 2019 supaya disahkan.

Tindakan: Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Mesyuarat telah menetapkan buku yang akan digunakan bagi pdpc sains.
Penggunaan buku bagi murid tahap 1 dan 2:
Tahun 1- 2 : Buku teks, Buku aktiviti, 1 buku nota pendek
Tahun 3 : Buku teks, buku aktiviti, 1 buku nota panjang
Tahun 4-6: Buku teks, buku rampaian, 2 buku nota panjang

Tindakan: Makluman

3.2 Mesyuarat telah menetapkan jumlah latihan minimum yang perlu diberi
seminggu oleh guru ialah sebanyak dua latihan bagi murid tahap 1 dan tahap 2.

Tindakan : Makluman
3.3 Mesyuarat telah menetapkan format penulisan Rancangan Pengajaran Harian 2020
perlulah mengikut format yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas.

Tindakan : Makluman

4 LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM

4.1 BULAN PANITIA

Bulan Panitia akan dilaksanakan pada bulan Jun. Mesyuarat telah menetapkan antara
aktiviti yang dirancang pada tahun ini adalah seperti berikut- :-

1. Pelan Intervensi Tahun 6


a) Bengkel menjawab akan dilakukan pada pertengahan bulan Februari/awal bulan
Mac.
b) Kelas tambahan bagi tahun 6 akan bermula selepas sambutan Tahun Baru Cina iaitu
dari jam 1.20 hingga 2.00 petang.
c) Teknik menjawab soalan akan diberikan kepada murid-murid tahun 6.

Tindakan : Makluman

4.2 PENGGUBAL SOALAN

Mesyuarat telah sebulat suara menetapkan penggubalan soalan akan mengikut tahun guru
yang mengajar.

Tindakan : Makluman

5 HAL-HAL LAIN

1. En Mohd Nazlan mencadangkan supaya ahli panitia dapat menggunakan wang


peruntukan panitia untuk membeli radas dan menghias makmal sains.
2. Sebuah projek taman herba akan dibina di sebelah pondok Hajah Maizun di bawah
panitia Sains.

Tindakan : Makluman
6 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih dari pengerusi. Mesyuarat


ditangguhkan pada pukul 3 petang.

Disediakan oleh,

............................................................................
(MOHAMAD ASHRAF BIN JAMALUDDIN)
Setiausaha Sains
SK Tasek Permai
Ampang

You might also like