Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENGHASILAN BATA RINGAN

BERCAMPURAN POLISTERIN

PROJEK 1

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIX

NURUL NAJIHAH BINTI ARIF 16DKA18F1102

NUR IFFAH DIYANNAH BINTI 16DKA18F1100


MOHD. SAIDI
NURUL SYAFIEQAH 16DKA18F1984
SYAHIRAH BINTI DZULKEFLI
BAB 1
PENGENALAN

Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud
beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan
awam.

Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x
102.5mm x 65mm dimana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm.
Ukuran dan saiznya tidak berubah dari dulu.

Bata yang digunakan dalam pembinaan diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah yang
utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-jenis bata yang dihasilkan dan digunakan
dalam pembinaan tempatan ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

PENYATA MASALAH

• Pasir merupakan bahan penting dalam membuat blok bata ringan, walaubagaimanapun
lama-kelamaan pasir akan habis.

• Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti penggunaan polisterin , plastik dan
sebagainya.

• Dapat mengurangkan penggunaan bahan batu baur dan menggantikan batu baur kepada
polisterin.

• Dapat menjimatkan kos bahan batu baur.

• Dapat menggantikan dengan bahan yang lebih ringan.

OBJEKTIF

• Untuk menghasilkan blok bata ringan .

• Untuk menentukan kekuatan mampatan blok bata.

• Untuk membandingkan perbezaan setiap campuran bahan.

SKOP KAJIAN

• Perbezaan nisbah campuran polisterin bagi setiap bancuhan.

• Bahan-bahan yang digunakan ialah simen , pasir , air dan polisterin.

• Kajian ini untuk menilai kekuatan konkrit dan ketumpatan konkrit

• Beberapa sampel akan dibuat untuk menguji ketahanan dan kekuatan bata blok.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
Pengenalan Bata
Penggunaan bata dalam industri pembinaan dunia telah mempunyai sejarah yang lama.
Tamadun Mesir suatu masa dahulu banyak menggunakan bata bakar untuk membina
bangunan-bangunan mereka (Varghese, 2006).
Perkembangan industri pembinaan di Malaysia yang pesat telah memberi ruang kepada
pelbagai bahan binaan untuk digunakan dalam proses pembinaan. Antara bahan binaan yang
mula mendapat tempat di Malaysia sebagai binaan dinding ialah Bata Saling Mengunci.
Secara amnya, batu bata ialah bahan binaan yang berbentuk segiempat bujur, dibuat dari
bahan tak organik yang keras dan lasak (Mat Lazim, 2005). Saiz dan beratnya direka supaya
mudah dipegang dengan sebelah tangan. Menurut Piawaian British, BS 3921 (1985) saiz
maksimum piawai bagi bata ialah 337.5mm panjang, 225mm lebar dan 112.5mm tinggi,
dimana bahan binaan dinding lain yang melebihi saiz maksimum ini ditakrifkan sebagai blok
binaan. Terdapat pelbagai jenis bata yang di hasilkan di pasaran, bergantung kepada sifat
semulajadi tanah liat yang digunakan, bentuk dan dimensi serta proses pembakaran sesuatu
bata tersebut, antaranya ialah Bata Muka, Bata Kejuruteraan dan Bata Biasa (Taylor, 2002).
Kepelbagaian jenis bata ini memberi pilihan kepada pengguna untuk membina struktur yang
dikhendaki mengikut fungsi dan kestabilan sesuatu struktur tersebut. Unit-unit bata ini akan
disusun dan diikat oleh tukang dengan bantuan mortar untuk menstabilkannya membentuk
sesuatu struktur yang dikehendaki. Mortar biasanya dihasilkan daripada campuran antara
simen dan pasir pada nisbah yang tertentu. Terdapat banyak jenis ikatan bata yang boleh
dipraktikan sesuai dengan struktur yang ingin dibina. Bata yang biasa digunakan dalam
industri pembinaan di Malaysia menurut MS7.6 (1972) mestilah bersaiz 215mm panjang,
lebar 102.5mm dan tinggi 65mm. Bagi bata saling mengunci pula perubahan telah dilakukan
pada dimensi saiz, saiznya adalah 250mm panjang, 125mm lebar dan 100 mm tinggi untuk
mempercepatkan proses pembinaan. Inovasi juga telah dilakukan pada struktur bata saling
mengunci di mana terdapat rongga pada bata tersebut yang berfungsi untuk memasukkan
mortar dan tetulang.
Sesuai dengan situasi pembinaan di Malaysia di mana kebanyakan struktur dinding sesuatu
bangunan di negara ini dibina dengan menggunakan bata, samada untuk bangunan kediaman
ataupun komersial, bata saling mengunci mula menjadi pilihan kerana penggunaannya dapat
menjimatkan kos pembinaan kerana bata ini tidak memerlukan sebarang kerja lepaan.
Tempoh pembinaan juga dapat dijimatkan dengan penggunaan bata ini dan kaedah
pembinaannya yang mudah dapat menjimatkan tenaga kerja. Selain daripada dinding, bata
saling mengunci ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja kejuruteraan awam yang lain
seperti pembinaan sistem saliran dan
JENIS-JENIS BATA
• Bata ini terbahagi kepada jenis-jenisnya yang tersendiri yang mana akan di gunakan
bersesuaian dengan keadaan sekeliling dan juga kos yang bakal di keluarkan oleh orang yang
ingin membina sesebuah bangunan. Bata terbahagi kepada tiga jenis iaitu bata batu api,
bata pasir kapur dan juga bata tanah liat.

Bata tanah liat

• Bata jenis ini mempunyai tiga jenis iaitu bata biasa, bata muka dan juga bata kejuruteraan.
Setiap jenis bata ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Bata biasa

• Bata jenis ini tidak mempunyai permukaan yang cantik dan berlekuk kerana ianya selalu di
gunakan untung dinding-dinding sekatan yang mana akan di tutupi oleh lapisan lepa.

Bata Muka

• Bata jenis ini mempunyai kemasan pada permukaanya sama ada bertekstur, licin atau
berpasir. Bata ini selalunya di gunakan untuk dinding muka supaya ianya kelihatan cantik
dan sifatnya hendaklah tahan lasak terhadap keadaan sekeliling dan cuaca.

Bata kejuruteraan

• Bata jenis ini merupakan bata yang padat yang mana di gunakan untuk untuk pembinaan
tembok penahan, dinding atau tembok sambut yang akan menanggung beban. Bata jenis ini
hendaklah menepati piawaian Malaysia.

CIRI-CIRI BATA YANG BERKUALITI


• Bata yang berkualiti baik di hasilkan apabila ianya dapat memenuhi ciri-ciri seperti :
• bunyi yang nyaring apabila diketuk dengan sudip bata atau keluli
• mempunyai ukuran yang tepat seperti yang dikehendali
• ia juga akan menampakkan warna yang sekata
• mempunyai juring atau bahagian segi yang sama
• dapat menebat bunyi dengan baik apabila digunakan
• tahan api jika dibuat pembakaran yang betul
• dapat menahan bebanan yang dikenakan ke atasnya
• berupaya memegang sambungan mortar
• mempunyai berat lebih kurang 4 kg bagi bata muka
• Mempunyai bahagian segi yang sama
• Menampakan warna yang sama

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN BATA

KELEBIHAN KELEMAHAN

Mudah digunakan untuk kerja Kerja menurap bata memerlukan pekerja yang mahir
pembinaan tembok atau dinding seperti kerja menerap bata bagi tembok atau dinding
yang panjang dan tinggi.

Mudah diangkat dan dikendalikan Mempunyai kekuatan tegangan yang rendah

Bata muka boleh dijadikan hiasan


tanpa perlu dilepa

Tahan serangan asid dan alkali


BAB 3
BAHAN-BAHAN

SIMEN
Simen adalah bahan utama dalam penghasilan sesuatu konkrit. Ia berfungsi sebagai tindak balas dengan
campuran konkrit yang lain seperti pasir dan air.Terdapat 4 jenis simen utama iaitu simen portland, simen
putih, simen warna dansimen cepat mengeras. Simen boleh didapati dalam bentuk beg mengikut jenis
jenamanya. Kebiasaannya, isi kandungannya sebanyak 50 kg bagi satu beg.Umumnya, simen dihasilkan
melalui proses pembakaran campuran bahan antara batu kapur dan tanah liat. Bahan ini mempunyai 2 sifat
utama iaitu sifat lekatan dansifat lekitan.

PASIR

Pasir adalah bahan tidak asing lagi dalam industri pembinaan. Permintaan bahan ini amat tinggi bagi
setiap projek pembinaan. Kebiasaannya, pasir boleh didapati dari sungai dan lombong. Pasir dari laut
tidak digalakkan guna dalamindustri pembinaan kerana mengandungi kandungan garam yang boleh
menyebabkan terjadinya kejadian peroi. Pasir yang sesuai digunakan ialah pasir yang telah dinyak
berukuran antara 0.63 mm hingga 2.0 mm. Kandungan pasir yang bersih serta telah digredkan dapat
mempengaruhi hasil ikatan konkrit atau
mortar yang ligat.

AIR

Air adalah penting kerana kekuatan dan ketahanan sesuatu konkrit bergantung kepada kandungan
air yang terdapat di dalam bancuhan konkrit yang dikerjakan. Air mestilah bersih serta tidak
dicampur dengan kandungan cecair lain semasa proses penyediaan konkrit atau mortar. Kandungan
nisbah air –simen perlulah dijalankan dengan teliti agar hasil sesuatu konkrit atau mortar itu positif.

BAHAN TAMBAH YANG


DIGUNAKAN

Polisterin polyfoam adalah bahan yang digunakan secara meluas dalam pembinaan
persekitaran rumah hijau. Bahan yang menggunakan manik-manik yang bersaiz kecil sebagai
agregat ringan ini sering digunakan dalam penghasilan konkrit ringan. Ianya tidaklah sekuat
seperti mana campuran konkrit berasaskan batu, tetapi mempunyai kelebihan lain seperti
tahan haba dan mempunyai ciri-ciri penebat bunyi,mudah dibentuk dan membentuk
menggunakan tangan serta mesin pembancuh. Iaber fungsi bagi menggantikan penggunaan
batu baur dalam kandungan konkrit supaya ia mempunyai ketumpatan yang rendah serta
kekuatan mampatan yang kukuh. Selain boleh membentuk konkrit yang ringan, ianya juga
adalah bahan yang popular untuk kegunaan teknologi rumah hijau.

You might also like