Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengenalan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)

Latar Belakang KPJ


Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ


1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala
antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah
perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah
dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan aman.

Moto KPJ
“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

Objektif KPJ
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.


3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.

4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang
bersesuaian.

5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa
dan negara.

Peranan Ahli KPJ


Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain
pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid


2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri
Jawatankuasa KPJ
Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:
1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas
Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)
4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah
Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah
Penaung:
Pengetua/Guru Besar
Penasihat:
Penolong Kanan HEM
Pegawai Perhubungan Sekolah
Guru Penasihat:
Guru Disiplin Sekolah (2 orang)
AJK Kelab:
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli Jawatankuasa (5 orang)
-Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan
Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah
1. Ceramah dan Dialog:
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya
2. Kursus, Bengkel dan Seminar:
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid
3. Lawatan Sambil Belajar:
-Penjara
-Sekolah Henry Gurney
4. Kempen:
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah
5. Perkhemahan:
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri
6. Pertandingan:
-Sketsa jenayah murid-murid sekolah
-Mencipta logo dan slogan antijenayah
7. Penerbitan:
-Menerbitkan buletin KPJ
-Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah
8. Program-program Khas:
-Karnival KPJ
-Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
-Program Jati Diri

You might also like