Professional Documents
Culture Documents
Kertas Konsep JKS 2019
Kertas Konsep JKS 2019
Kertas Konsep JKS 2019
Disediakan oleh:
Dengan Kerjasama
2019
KERTAS KONSEP PELAKSANAAN
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
TAHUN 2019
1.0 PENGENALAN
Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.
2.0 RASIONAL
Pelaksanaan program Jom ke Sekolah oleh KPM dan PDRM ini adalah amat
bertepatan dengan usaha KPM yang baru dilaksanakan, iaitu Program Ziarah
Cakna. Program Jom ke Sekolah pada tahun ini akan melibatkan pelbagai pihak
dalam usaha menggalakkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan ke sekolah
bagi menyokong hasrat KPM dari aspek kemenjadian murid. Komitmen antara
KPM dan PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha
penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan
murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko
salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep
sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program
Jom ke Sekolah pada awal tahun persekolahan ini diharapkan akan dapat
menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara
pihak sekolah dan pihak PPS.
3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang
serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.3 Mempeluaskan penggunaan Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan
Polis Sekolah (PPPS) oleh PDRM di sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Sekolah .
3.3 Memberikan ruang kepada pihak PDRM melalui PPS untuk memaparkan
maklumat penting dan terkini mengenai isu isu semasa kepolisian kepada
warga sekolah dan pihak ibubapa .
4.0 Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Polis (PPPS)
Seperti Lampiran 1
5.0 ANJURAN
Program Jom ke Sekolah merupakan program kerjasama di antara KPM
(Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti) Bukit Aman.
8.0 KEWANGAN
Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan.
10.0 PENUTUP
Kehadiran pihak polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan PPS. Secara tidak langsung akan dapat
mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif
serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.