Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

FUNGSI PERUNTUKAN SEKTOR AWAM DI MALAYSIA


Pengenalan

Sejak awal abad ke 17, revolusi politik dunia telah banyak mempengaruhi pemikiran

tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara. Selain sistem pemerintahan seperti unitari

dan gabungan, sistem federal turut dibentuk has ii daripada orientasi pemikir seperti Johannes

AIthusius (1562-1638), Jean-Jacques Rousseau (1712-1778), Immanuel Kant (1724-1804), John

Stuart Mill (1806-1873) dan Pierre-Joseph Proudhon (1809-1865). Ternyata doktrin federalisme

mereka mampu diadaptasi dalam konteks negara moden (Taghavi -Dinani 1982; Follesdal 2003).

Sehingga hari ini, negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Spain, Jerman, Italy,

Switzerland, India, Argentina, Brazil, 2 Nigeria, Colombia, Korea, Bolivia, Mexico dan

Malaysia menjadi pengamal sistem federalisme dalam pemerintahan dan pentadbiran negara.

Pemikir ekonomi seperti J.M. Keynes pula telah mempengaruhi pentadbiran

makroekonomi sesebuah negara. Dalam sistem pemerintahan persekutuan, ideologi Keynes

menekankan penglibatan signifikan kerajaan untuk mencapai matlamat fiskal sekaligus menolak

keyakinan terhadap idea pasaran bebas oleh ahli ekonomi klasik dan monetarist. Bagaimanapun,

penekanan terhadap pembabitan kerajaan dalam acuan federalisme turut menyumbang kepada

konflik agihan kuasa dan fungsi fiskal secara efisien, ekuiti dan efektif kepada setiap peringkat

kerajaan. Berjaya atau tidak sesebuah negara persekutuan menghadapi konflik ini, bergantung

kepada kebijaksanaan pemerintah mengurus dan mentadbir ekonomi masing-masing.

Melalui federalisme fiskal, kerajaan telah melaksanakan tiga fungsi ekonomi yang utama

iaitu fungsi peruntukan, agihan, dan penstabilan. Dari segi ekonomi, federalisme fiskal dapat

249360 1
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
ditakrifkan sebagai "penentuan struktur optimum terhadap sektor awam dari segi penugasan

tanggungjawab membuat keputusan tentang fungsi-fungsi yang ditentukan kepada wakil-wakil

kumpulan masyarakat mengikut kawasan geografi" (Oates 1972). Ia mencadangkan garis

panduan pembahagian yang sesuai terhadap fungsi-fungsi fiskal antara kerajaan pusat dengan

kerajaan negeri dan kerajaan tempatan

Konsep Federalisme

Konsep federalisme telah wujud sejak zaman kegemilangan bangsa Yunani pada abad

ketiga belas lagi apabila negara-negara kota di sekitar Yunani bekerjasama mempertingkatkan

keselamatan bersama bagi menghadapi serangan dari negara-negara musuh. Selepas itu, pada

abad keenam belas konsep federalisme mula tersebar luas ke Eropah apabila Jean Bodin, seorang

pemikir politik Perancis yang berpengaruh menegaskan bahawa sistem pemerintahan yang

terbaik ialah sistem federalisme kerana ia menggalakkan penyatuan wilayah-wilayah kecil untuk

menjadi sebuah negara yang kuat. Bodin menyatakan walaupun sistem ini memerlukan negara

kota menyerahkan kedaulatan wilayah kepada pemerintahan pusat, ini tidak bermakna wilayah

tersebut tidak akan mengekalkan identiti masing-masing. Sistem pemerintahan jenis ini menjadi

lebih berpengaruh lagi apabila Amerika Syarikat yang mula bebas dari pengaruh British pada

tahun 1776 memilih sistem ini untuk mentadbir negaranya yang luas itu. Sistem ini

kemudiannya diikuti oleh Kanada (1867), Australia (1901) dan negara-negara lain seperti India

(1950), Malaysia (1957) dan Nigeria (1960).

Apakah federalisme? Menurut Wheare (1967), pemerintahan federalisme merupakan satu

sistem kerajaan yang mengandungi kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang masing-masing

mempunyai bidang kuasa tersendiri yang bersifat sedarjat (co-equal) dan bebas seperti yang

249360 2
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
ditetapkan oleh perlembagaan. Ia merupakan percantuman beberapa wilayah atau negeri yang

bebas dan seterusnya membentuk negara bersekutu di bawah satu struktur perlembagaan yang

dinamakan perlembagaan pusat. Sistem ini sangat menekankan kepada pembahagian kuasa

antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri sebagai asas paling utama dalam mentadbir

negara. Di Malaysia, pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri ini telah

diperuntukkan dengan jelas dalam Bahagian Enam Perkara 73-958 dan Jadual Kesembilan

Perlembagaan. Selain itu, khusus bagi negeri Sabah dan Sarawak, perlindungan tambahan telah

diberikan kepada negeri ini seperti yang termaktub dalam Bahagian 12,A.(Perlindungan

tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak) Perlembangaan Persekutuan.

Ringkasnya, ciri-ciri asas negara yang mengamalkan sistem persekutuan adalah seperti

berikut :

i. Mempunyai dua bentuk kerajaan yang memerintah negara dan rakyat yang sama

dan setiap kerajaan pula mempunyai satu daerah di mana mereka mempunyai

kuasa dan kekuasaan yang diperolehi itu adalah terjamin.

ii. Negara federalisme ini lahir atas keinginan negeri-negeri untuk bersatu di bawah

satu perikatan. Setiap negeri yang bergabung boleh mengekalkan terus identiti

kaum dan kewilayahan mereka. Ini secara tidak langsung dapat menyelesaikan

konflik kepentingan berlandaskan perkauman dan kedaerahan.

iii. Negeri-negeri yang membentuk persekutuan ini bersedia untuk mengorbankan

kedaulatan mereka. Apabila sahaja persekutuan dibentuk, ia menjadi sebuah

negara yang berdaulat.

iv. Negara federalisme bukan terdiri dengan sendiri, tetapi adalah dibentuk.

Disebabkan ia mempunyai dua kerajaan yang mempunyai bidang kuasa masing-

249360 3
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
masing, maka perlembagaan bertulis merupakan kunci penting dalam

menggariskan sempadan kuasa antara kedua-duanya. Ini bertujuan supaya

masing-masing kerajaan tidak bertindak memonopli kuasa atau menindas antara

satu sama lain. Sekiranya apa-apa perubahan ke atas perlembagaan hendak

dibuat, maka ia mestilah dipinda terlebih dahulu dengan mendapat jumlah

sokongan tertentu dari ahli Dewan. Tegasnya, keagungan perlembagaan perlulah

dipertahankan jika sistem persekutuan mahu terus dikekalkan.

Di Malaysia, perhubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta peruntukan

kuasa seperti yang dimaktubkan oleh perlembagaan persekutuan adalah berat ke sebelah pusat.

Namun demikian, pembahagian kuasa perundangan seperti yang termaktub dalam Jadual

Kesembilan menunjukkan tiap-tiap kerajaan negeri adalah bebas mengikut kuasa perundangan

dan pemerintahan masing-masing. Perkara-perkara yang penting seperti ha1 ehwal luar negeri,

pertahanan, keselamatan dalam negeri dan pentadbiran keadilan, kewarganegaraan, perdagangan

dan perindustrian adalah tertakluk dalam bidang kuasa kerajaan pusat, manakala hak kemajuan

sumber alam seperti tanah, pertanian dan perhutanan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan

negeri. Kedua-dua kerajaan pusat dan negeri mempunyai hak untuk meluluskan undang-

undang ke atas perkara-perkara dalam senarai masing-masing. Walaubagaimanapun dalam

sistem persekutuan di Malaysia seperti yang dinyatakan sebelum ini, sebahagian besar daripada

kuasa itu adalah dipegang oleh kerajaan pusat dan bukan oleh kerajaan negeri.

Perkara 74 memperuntukkan bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang

mengenai mana-mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama

atau sebagaimana yang selainnya diperuntukkan oleh perlembagaan. Menurut Perkara 75 pula,

jika mana-mana undang-undang negeri adalah berlawanan dengan undang-undang persekutuan,

249360 4
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
maka undang-undang persekutuan hendaklah digunakan dan undang-udang negeri itu hendaklah

terbatal setakat mana ia berlawanan dengan undang-undang persekutuan. Ini jelas menunjukkan

bahawa kerajaan pusat adalah lebih kukuh berbanding dengan kerajaan negeri. Begitu juga

dengan Perkara 76 yang memperuntukkan bahawa parlimen boleh membuat undang-undang

mengenai apa-apa perkara yang disebutkan dalam senarai negeri jika ia melibatkan sebarang

perjanjian antara persekutuan dan negeri lain atau keputusan sebarang badan antarabangsa yang

dianggotai oleh persekutuan, atau jika berlaku persamaan undang-undang antara dua atau lebih

negeri, atau jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana negeri. Walaubagaimanapun

pembahagian kuasa perundangan ini adalah agak berbeza sedikit pemakaiannya bagi negeri-

negeri Sabah dan Sarawak. Ini dapat dilihat dalam Perkara-Perkara 958, 95C dan 95D

Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pembahagian kuasa pemerintahan, Perkara 93 memberi kuasa kepada kerajaan

persekutuan untuk menjalankan siasatan (sama ada dengan suruhanjaya atau lain-lain), membuat

tinjauan dan mengumpul serta menyiarkan apa-apa perangkaan yang difikirkan patut walaupun

siasatan, tinjauan dan perangkaan-perangkaan itu adalah berhubung dengan sesuatu perkara

negeri. Selain itu, Perkara 94 memperuntukkan bahawa kuasa pemerintah bagi persekutuan

adalah meliputi kuasa untuk menjalankan penyelidikan, mengadakan dan menyelenggarakan

stesen ujikaji, memberi nasihat serta bantuan teknik kepada kerajaan negeri. Dalam menjalankan

kuasa pemerintahan persekutuan, seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh kerajaan pusat di

bawah Perkara 95 boleh memeriksa mana-mana jabatan atau kerja kerajaan negeri dengan

tujuan hendak membuat suatu laporan mengenainya kepada kerajaan persekutuan.

Walaubagaimanapun pemeriksaan hanya boleh dilakukan ke atas jabatan yang tidak secara

eksklusifnya berada dalam kelayakan negeri. Selain itu, Perkara 81 memperuntukkan bahawa

249360 5
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
kuasa pemerintah tiap-tiap negeri hendaklah dijalankan supaya apa-apa undang-undang

persekutuan yang dipakai bagi negeri itu dipatuhi dan supaya tidak menghalang kelicinan

perjalanan kuasa pemerintahan persekutuan.

Dari segi peruntukan kewangan pula, bahagian VII Perlembagaan memperuntukkan

sumber-sumber hasil yang terpenting kepada kerajaan pusat kecuali hasil tanah dan hutan.

Kerajaan pusat juga adalah pihak yang mempunyai kuasa mengutip hampir kesemua cukai yang

utama (Perkara 96). Begitu juga dengan hak negeri untuk membuat pinjaman kewangan dengan

institusi luar adalah tidak dibenarkan melainkan sama ada dengan kerajaan pusat atau bank-bank

dalam negara yang dibenarkan oleh kerajaan pusat (Perkara 111 Perlembagaan Persekutuan).

Bagaimanapun bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, kuasa meminjam adalah tertakluk kepada

peruntukan Perkara 1128 yang menyatakan kedua-dua negeri tersebut boleh membuat pinjaman

sekiranya Bank Negara meluluskan peminjaman tersebut.

Sekiranya peruntukan kewangan dari kerajaan pusat tidak mencukupi, maka pihak

berkuasa negeri boleh meminta peruntukan tambahan. Kerajaan pusat pula hendaklah

mempertimbangkan permohonan ini dan meluluskan pemberian geran tambahan sekiranya

difikirkan wajar. Ini boleh dilakukan di bawah peruntukan Perkara 109(3), (5) dan (6)

Perlembagaan Persekutuan. Dilihat dari segi kuasa kewangan ini, maka jelaslah bahawa kerajaan

pusat mempunyai kuasa kewangan yang besar dan keadaan inilah yang menjadikan

pergantungan kerajaan negeri kepada kerajaan pusat begitu besar dan tinggi sekali.

Memandangkan pembahagian kewangan adalah lebih kepada kerajaan Persekutuan, maka

berkemungkinan sekali senjata ini digunakan oleh kerajaan pusat untuk menakut-nakutkan

kerajaan negeri supaya tidak membantah kerajaan pusat dan mengikut sahaja polisi persekutuan

249360 6
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
yang tidak boleh diketepikan sama sekali. Pergantungan kewangan negeri sebagaimana yang

diterangkan menyebabkan amat sukar bagi sesebuah negeri yang kerajaannya dikawal oleh

sebuah parti pembangkang yang berlainan dari parti pemerintah di peringkat pusat mendapat

kerjasama dan peruntukan kewangan sewajarnya dari parti yang memerintah di peringkat pusat.

Peruntukan Fungsi Fiskal

Bagi negara yang melaksanakan sistem federalisme, struktur kerajaan yang berperingkat

memerlukan pengaruh dominan Kerajaan Persekutuan untuk membentuk pembahagian fungsi

dan aktiviti fiskal yang meliputi perbelanjaan dan pencukaian di peringkat Kerajaan Negeri

(Tiebout 1956; Musgrave 1959, 1969; Oates 1972, 1977). Pengaruh dominan Kerajaan

Persekutuan ini penting bagi mengelakkan konflik dan pertindihan dalam memperuntukkan

fungsi-fungsi fiskal, di samping bersesuaian untuk mencapai matlamat makroekonomi. Teori

Federalisme Fiskal oleh Musgrave (1969) menyebut bahawa peruntukan fungsi fiskal kerajaan

bertujuan untuk kestabilan, agihan dan peruntukan. Fungsi kestabilan dan agihan

dipertanggungjawabkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, manakala fungsi

peruntukan diletakkan di bawah tanggungjawab bersama di kedua-dua peringkat kerajaan.

Pembahagian tugas untuk melaksanakan fungsi fiskal ini sangat perlu dalam sistem

federalisme kerana saiz pengagihan faedah barangan dan perkhidmatan awam adalah berbeza-

beza. Sesetengah barangan dan perkhidmatan awam memberi faedah kepada semua penduduk di

dalam sesebuah negara seperti tentera. Manakala sesetengah perkara lain hanya memberi faedah

kepada penduduk di kawasan tertentu seperti taman rekreasi dan lampu jalan raya. Maka, fungsi

fiskal yang memberi kebajikan kepada seluruh penduduk dalam sesebuah negara hendaklah

dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, sementara barangan dan perkhidmatan yang memberi

249360 7
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
faedah kepada kumpulan tertentu pula diletakkan di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri

(Md. Zyadi 1995). Oleh itu, peruntukan fungsi fiskal ini merupakan agihan tanggungjawab

kepada setiap peringkat kerajaan untuk mencapai kecekapan dan mengelakkan pembaziran

sumber.

Fungsi Peruntukan

Fungsi peruntukan pula boleh dilaksanakan di bawah bidang kuasa bersama di antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Aspek peruntukan ini meliputi penyediaan barangan

dan perkhidmatan awam kepada penduduk. Barangan dan perkhidmatan awam menurut

Samuelson (1954) adalah merujuk kepada tiga perkara iaitu perkongsian dalam penawaran, tiada

pengecualian dan tiada penolakan. Lazimnya, barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh

Kerajaan Persekutuan akan memberi faedah kepada setiap penduduk di dalam negara, contohnya

seperti pertahanan, penyelidikan atom dan kawalan dadah. Manakala Kerajaan Negeri pula perlu

menyediakan barangan dan perkhidmatan awam untuk faedah penduduk di dalam kawasannya

sahaja seperti projek empangan air, kawalan banjir dan lampu jalan raya.

Penglibatan Kerajaan Negeri dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan awam

tempatan penting untuk mencapai kecekapan peruntukan. Misalnya, sesetengah masyarakat

mengutamakan taman rekreasi sedangkan masyarakat lain mungkin mengutamakan sekolah atau

klinik, dan mereka sanggup membayar kos atau cukai untuk barang tersebut (Md. Zyadi 1995)

Dengan cara ini, kecekapan peruntukan akan lebih mudah dicapai di peringkat Kerajaan Negeri

berbanding Kerajaan Persekutuan memandangkan penyediaan dan peruntukan barang awam

adalah berbeza-beza mengikut cita rasa serta keutamaan masyarakat di setiap kawasan.

Sebagaimana yang didakwa oleh Oates (1972) melalui 'Decentralization Theorem', setiap

249360 8
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
barangan dan perkhidmatan awam yang disediakan mengikut bidang kuasa negeri, Tahap

Kecekapan Pareto (Pareto Efficient) dapat dicapai berbanding penyediaan oleh Kerajaan

Persekutuan yang bersifat seragam menerusi 'Median Voter". Dengan kata lain, keputusan untuk

menyediakan barang awam oleh bidang kuasa kerajaan di peringkat rendah adalah lebih berkesan

dan cekap kerana Kerajaan Negeri lebih hampir dengan masyarakat serta lebih mengetahui

kehendak dan keutamaan mereka.

"Kesan Tiebout" yang diperkenalkan oleh Tiebout (1956) pula menjelaskan bagaimana

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat menyediakan barangan dan perkhidmatan

mengikut keutamaan penduduk di samping mengoptimumkan dasar fiskal. Melalui sistem

federalisme fiskal, setiap pengguna dibenarkan bergerak bebas dari satu tempat ke tempat lain

untuk mencapai kepuasan optimum dengan memilih jenis dan tingkat output barangan atau

perkhidmatan mengikut keutamaan mereka (Tiebout 1956). Dalam kes sektor awam, pergerakan

dan persaingan isi rumah akan mencapai keseimbangan apabila faedah sut barang awam sama

dengan kos sut barang awam. Lazimnya, pergerakan isi rumah cenderung menurut cita rasa dan

pendapatan di mana mereka akan bergerak dan tinggal dalam masyarakat yang mempunyai

persamaan nilai dan mampu menanggung kos tersebut dalam jumlah yang sama. Proses ini

akhirnya akan mewujudkan keseimbangan mengikut kelompok masyarakat berkenaan

berasaskan pendapatan.

Pembahagian tanggungjawab dalam fungsi peruntukan akan mewujudkan faedah serta

kecekapan dalam penyediaan barangan dan perkhidmatan kepada penduduk. Proses politik dan

unit kerajaan yang kecil tentunya lebih hampir kepada penduduk atau pengundi untuk bertindak

balas terhadap keperluan mereka. Ringkasnya, semakin kecil suatu unit pentadbiran fiskal, maka

249360 9
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
semakin hampir pembuat dasar dengan penduduknya, seterusnya lebih optimum penyediaan

barangan dan perkhidmatan awam sama ada dari segi jenis, kualiti mahupun kuantiti.

Boleh dirumuskan bahawa kejayaan pelaksanaan ketiga-tiga fungsi kerajaan dalam aspek

kestabilan, pengagihan dan peruntukan banyak bergantung kepada kebijaksanaan mengimbangi

keutamaan fungsi tersebut serta meletakkan tanggungjawab di peringkat tertentu (Kerajaan

Persekutuan atau Negeri). Ketiga-tiga fungsi ini saling berkait antara satu sama lain walaupun

pada masa yang sama ia tidak sehaluan. Walaubagaimanapun, penekanan melampau terhadap

kecekapan peruntukan sumber boleh menjejaskan kecekapan agihan. Sebaliknya, penekanan

terhadap kesaksamaan agihan pula akan menjejaskan kecekapan sumber. Dalam hal ini, kerajaan

perlu menilai kepentingan ketiga-tiga fungsi di atas bagi memastikan kestabilan ekonomi,

kebajikan rakyat dan pembangunan negara tercapai.

Cadangan Penambahbaikan Fungsi Peruntukan

Kelemahan utama pengurusan makroekonomi Malaysia adalah salah tadbir urus

kewangan awam seperti yang ternyata berlaku dalam skandal RM50 bilion 1MDB yang

diceritakan dalam buku “Billion Dollar Whale”. Oleh yang demikian, reformasi institusi adalah

perlu untuk meningkatkan ketelusan disiplin fiskal yang bukan sahaja dapat mengelak

berulangnya salah laku, tetapi dapat memastikan kestabilan makroekonomi dan kemampanan

pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan perlu menstruktur semula pendekatan

belanjawan melalui Zero-Based Budgeting iaitu sistem belanjawan berasaskan sifar belanjawan.

Pendekatan ini meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan penjimatan kerana perbelanjaan

dibuat melalui penilaian matlamat peruntukan, dan bukannya berdasarkan perbelanjaan tahun

lalu, dan semua perbelanjaan yang menurut budi bicara akan dirancang dari sifar.

249360 10
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
Selain itu, kerajaan perlu mewujudkan satu Akta Kebertanggungjawaban Fiskal atau

Fiscal Responsibility Act untuk mengelak perbelanjaan yang tidak terkawal dan menyebabkan

hutang yang maha besar. Dengan ini melaksanakan Akta Perolehan Kerajaan dengan kadar

segera untuk mengawal selia proses perolehan bagi memastikan ketelusan dan persaingan

terbuka, dan pada masa yang sama, mengenakan tindakan punitif ke atas penyalahgunaan kuasa,

kecuaian dan rasuah. Pelaksanaan tender terbuka bukan sahaja akan menjimatkan wang

pembayar cukai, malah ia juga akan meningkatkan kecekapan dan daya saing sektor swasta.

Kesimpulan

Dalam sistem federalisme, pelaksanaan dasar fiskal disusun mengikut fungsi setiap

peringkat kerajaan atas alasan mencapai matlamat kestabilan, pengagihan dan peruntukan.

Ternyata sistem federalisme fiskal mampu memenuhi matlamat ini dengan meletakkan fungsi

kestabilan dan pengagihan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, sementara Kerajaan

Negeri berperanan untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat melalui fungsi peruntukan.

Berlandaskan peruntukan perlembagaan pula, setiap peringkat diberi tanggungjawab berbelanja

dan memungut hasil cukai. Walaupun sistem federalisme tulen memberi kebebasan sepenuhnya

kepada setiap peringkat kerajaan untuk melaksanakan aktiviti ini.

Namun dalam konteks federalisme moden, segala aktiviti yang dijalankan di peringkat

bawah perlu berada di bawah pengawasan Kerajaan Persekutuan. Dari segi perbelanjaan,

peruntukan di setiap peringkat dibuat mengikut keperluan dan kebajikan penduduk. Dalam masa

yang sama, ia cuba mengelakkan pertindihan peranan dan pembaziran sumber. Dari sudut

sumber hasil pula, Kerajaan Persekutuan memegang hasil yang penting sementara Kerajaan

Negeri hanya diberi autoriti oleh perlembagaan untuk memungut hasil dari sumber-sumber yang

249360 11
GMGF 2033
DASAR DAN ANALISIS FISKAL
kurang penting. Memandangkan keperluan berbelanja mengatasi keupayaan untuk memungut

hasil, Kerajaan Negeri memerlukan bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan berupa

peruntukan pemberian dan pinjaman bagi menampung bajet defisit.

249360 12

You might also like