Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

BFF TINGKATAN 4 SESI 1 20/01/2020

1. JELASKAN CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KERAJAAN ALAM MELAYU?


( 8 MARKAH)

JAWAPAN:

Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu ialah (a) RAJA. Hal ini kerana raja
menjadi (b) TONGGAK utama kerajaan. Seterusya (c) KEDUDUKAN raja yang kukuh
dalam sistem pentadbiran kerana dibantu oleh (d) PEMBESAR. Malahan, raja sentiasa ditaati
oleh rakyat kerana dianggap (e) SUCI. Contohnya, Raja Champa dianggap suci dan dikaitkan
dengan Dewa (f) SIVA.

Selain itu ialah UNDANG-UNDANG. Hal ini bertujuan memastikan


KESEJAHTERAAN sesebuah kerajaan dan menjadi PANDUAN dalam pentadbiran
kerajaan. Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang KUTARA
MANAWA.

Faktor yang berikutnya pula, ialah Wilayah Pengaruh. Di mana kawasan yang mana
rakyatnya MENERIMA dan memperakui pemerintah. Contohnya ialah Kerajaan Funan
mempunyai wilayah pengaruh yang LUAS

Faktor yang terakhir pula ialah, RAKYAT. Dalam sesebuah negara, mestilah terdiri
daripada penduduk yang SETIA akan rajanya dan juga hendaklah melafazkan taat setia yang
tidak berbelah bagi kepada kepada pemerintah iaitu RAJA. Rakyat dalam sesebuah kerajaan
dilarang sama sekali untuk MENDERHAKA kepada pemerintah iaitu raja. Kesan daripada
ketaatan itulah, membawa kepada KEAMANAN dan kemakmuran dalam sesebuah
pemerintahan apabila setiap masyarakat memainkan tugas masing-masing dalam menjaga
keamanan sesebuah negara.

You might also like