Koleksi Ulasan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 46

Jom Ulang kaji Tajuk – Tajuk Karangan Bahagian B ( 2019 )

Ulasan 1 ( Pengambilan Makanan Secara Sihat )

Gambar menunjukkan panduan untuk pengambilan makanan secara sihat demi


memastikan kualiti kesihatan kita.

Makanan berlemak, berminyak, bergaram, dan bergula perlu dihadkan


pengambilannya kerana akan menyebabkan penyakit obesiti dan darah tinggi. Selain itu,
makanan yang berasaskan protein seperti ikan, susu, dan keju perlu dimakan secara
sederhana. Seterusnya, protein dapat melindungi badan daripada penyakit dan
menguatkan sistem imun badan. Makanan berasaskan karbohidrat perlu diambil dalam
kuantiti yang banyak kerana karbohidrat membekalkan tenaga kepada tubuh badan
manusia.

Kesimpulannya, makanan yang kita ambil hendaklah berasaskan panduan


makanan supaya kita sentiasa sihat dan cergas.

1
Ulasan 1.1 ( Pengambilan Makanan Secara Sihat )

Poster ini menunjukkan piramid makanan sebagai panduan untuk makan


secara sihat demi memastikan kualiti kesihatan kita.

. Makanan berasaskan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti


yang banyak kerana karbohidrat membekalkan tenaga kepada tubuh
badan manusia. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlu dimakan antara
dua hingga tiga sajian pada setiap hari. Selain itu, makanan yang
berasaskan protein seperti ikan, telur, dan daging perlu dikurangkan
pengambilannya, iaitu satu hingga tiga sajian pada setiap hari. Hadkan
pengambilan lemak, minyak, garam, dan gula dalam sajian kerana akan
menyebabkan penyakit obesiti dan darah tinggi..

Kesimpulannya, jumlah makanan yang diambil hendaklah berasaskan


piramid makanan supaya kita sihat sepanjang hayat.

2
Ulasan 2 ( Keselamatan di Jalan raya )

Kempen Keselamatan Jalan Raya tersebut dianjurkan oleh Yayasan


Belia Malaysia.

Kempen ini ditujukan khas untuk pejalan kaki. Pejalan kaki


diingatkan supaya memakai pakaian yang cerah. Hal ini penting
supaya mereka mudah dilihat oleh pemandu kenderaan. Seterusnya,
pejalan kaki hendaklah berjalan di lorong pejalan kaki yang
memisahkan pejalan kaki dengan kenderaan yang bergerak lebih
pantas. Mereka perlu berjalan menghadap lalu lintas juga. Selain itu,
pejalan kaki mestilah menggunakan jejantas semasa melintas jalan.

Kesimpulannya, pejalan kaki perlulah mengambil langkah untuk


menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya.

3
Ulasan 2.2 ( Keselamatan di Jalan raya )

Gambar menunjukkan tentang langkah-langkah keselamatan di jalan


raya yang perlu kita titik beratkan demi keselamatan kita.

Topi keledar hendaklah dipakai semasa menunggang motosikal


untuk menjaga keselamatan jika berlaku sesuatu kemalangan. Di
samping itu, mematuhi peraturan lampu isyarat sangat penting supaya
tidak berlaku kemalangan. Selain itu, jejantas perlu digunakan semasa
melintas jalan raya agar dapat melintas jalan dengan selamat.
Seterusnya, kanak-kanak perlu memegang tangan orang dewasa
semasa melintas jalan agar dapat melintas jalan dengan selamat.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah-


langkah keselamatan semasa di jalan raya.

4
Ulasan 2.3 ( Keselamatan di Jalan raya )

Sekolah Kebangsaan Sungai Ria telah mengadakan Kempen


Keselamatan Jalan Raya.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan setiap


murid dapat menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya.
Untuk menjaga keselamatan diri di jalan raya, satu daripada cara
yang perlu dilakukan ialah setiap murid diminta melintas jalan
menggunakan lintasan zebra atau menggunakan jejambat yang telah
disediakan. Selain itu, murid-murid perlulah beratur semasa menaiki
bas. Murid-murid perlu beratur ketika menaiki bas supaya tidak ditimpa
kemalangan seperti terjatuh ketika menaiki bas. Ketika mengayuh
basikal di jalan raya, setiap murid tidak perlulah bersaing-saing antara
satu sama lain. Murid-murid yang menunggang basikal mestilah
menunggang dalam satu barisan agar tidak mengganggu perjalanan
kenderaan di jalan raya. Di samping itu, juga, ketika berjalan kaki di
jalan raya, kita mestilah berjalan menghadap trafik agar kita nampak
kenderaan yang berada di hadapan kita.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah-


langkah keselamatan semasa di jalan raya.
5
Ulasan 3 ( Penjagaan Kesihatan )

Penjagaan kesihatan diri sangat penting bagi semua orang.

Terdapat beberapa kaedah dalam menjaga kesihatan diri. Kita


perlulah mengamalkan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu untuk membolehkan otak kita cerdas. Di samping itu, kita juga
haruslah menjaga kebersihan diri sendiri seperti memastikan kuku pendek
dan sentiasa mencuci tangan sebelum makan. Amalan pemakanan yang
seimbang turut memainkan peranan yang penting dalam penjagaan
kesihatan diri seseorang kerana dapat menggelakkan pelbagai penyakit.
Selain itu, kita perlulah bijak dalam menangani tekanan agar kesihatan diri
tidak terjejas. Kita juga perlu memastikan bahawa kita mendapat tidur dan
rehat yang cukup agar cergas pada siang harinya. Akhir sekali, seseorang itu
perlu kerap menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan tahap
kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Kesimpulannya, penjagaan kesihatan amat penting dalam


memastikan kualiti kehidupan kita.

6
Ulasan 4 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

Gambar menunjukkan tentang sambutan ulang tahun kemerdekaan


negara yang disambut pada setiap tahun.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah menghias kelas dengan Jalur


Gemilang sebagai tanda kita menyayangi negara kita. Di samping itu,
bangunan sekolah juga dihiasi dengan Jalur Gemilang untuk
menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan. Selain itu, aktiviti yang
dijalankan semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan ialah
pertandingan lagu patriotik. Pertandingan beragam berasaskan Jalur
Gemilang juga diadakan daripada pelbagai kaum.

Kesimpulannya, sambutan ulang tahun kemerdekaan dapat


memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah. Kita
patut berasa bersyukur kerana dapat hidup di sebuah negara yang
merdeka.

7
Ulasan 5 ( Amalan Gaya Hidup Sihat )

Gambar menunjukkan tentang amalan gaya hidup sihat.

Kita patut mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga kebersihan anggota badan seperti mandi dan
mencuci badan dengan sabun untuk menghilangkan segala kotoran yang melekat pada badan. Di samping itu,
kita juga perlu menjaga kebersihan gigi dengan menggosok gigi setiap hari untuk menggelakkan kerosakan gigi.
Selain itu, kita hendaklah bersenam agar badan menjadi sihat dan cergas. Seterusnya, kita perlu mendapat rehat
dengan tidur dalam jumlah jam yang mencukupi agar kita tidak mengantuk semasa belajar.

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat penting supaya badan kita sihat dan cergas.

Ulasan 5.1 ( Amalan Gaya Hidup Sihat )

Amalan gaya hidup sihat sangat penting untuk memastikan kita sentiasa
berada dalam keadaan sihat dan ceria.

Bersenam merupakan antara amalan yang boleh dilakukan untuk


memastikan kita sentiasa sihat. Kita boleh berjoging pada hari minggu
ataupun beriadah di taman untuk mengeluarkan peluh dan mengekalkan
berat ideal. Selain itu, pengambilan makanan yang seimbang dan
berkhasiat juga amat diperlukan untuk pertumbuhan badan. Makanan yang
mengandungi lemak, minyak, dan gula yang banyak akan menyebabkan
pelbagai penyakit seperti diabetes dan darah tinggi. Apabila seharian sibuk
bekerja, kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk memastikan badan
menjadi segar dan minda kembali bertenaga. Tidur yang berkualiti pada
waktu malam dapat memastikan kita bangun dengan bersemangat pada
keesokan harinya. Merokok perlu dijauhi kerana boleh menjejaskan
kesihatan.

Kesimpulannya, pelbagai penyakit sama ada penyakit berjangkit atau


tidak biasanya berpunca daripada kegagalan mengamalkan gaya hidup
sihat.
8
Ulasan 6 ( Faedah Bersukan )

Gambar menunjukkan suasana temasya sukan tahunan yang diadakan di


setiap sekolah.

Salah satu daripada facdah bersukan ialah dapat menyihatkan


badan. Ketika bersukan, badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku
pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat
dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar. Melalui bersukan, kita
dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan, Kita dapat
berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun
agama. Hal ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Di samping itu,
bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.
Ini akan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah.

Kesimpulannya, bersukan mendatangkan banyak faedah dan secara


tidak langsung dapat mewujudkan persiktaran yang sihat dalam kalangan
murid-murid.
9
Ulasan 7 ( Alam Sekitar )

Gambar menunjukkan kepentingan kitar semula yang akan memberi impak


yang positif dalam kehidupan kita.

Alam sekitar hendaklah dijaga dengan baik. Oleh itu, kita mestilah
mengitar semula bahan-bahan terpakai dalam usaha menjaga alam sekitar
supaya tidak tercemar. Dengan mengitar semula bahan-bahan terpakai
dapat menyelamatkan hutan daripada terus ditebang. Ini kerana hutan
membekalkan oksigen kepada haiwan dan manusia. Seterusnya, dengan
mengitar semula bahan terpakai dapat menjimatkan kos. Contohnya,
menggunakan tayar terpakai sebagai hiasan di taman. Dengan mengitar
semula dapat mengurangkan masalah pencemaran dan secara tidak
langsung udara di persekitaran menjadi lebih sihat. Kita dapat menyedut
udara yang segar setiap hari. Selain itu, jika kita berusaha memelihara alam
sekitar, persekitaran juga akan lebih bersih tanpa pencemaran.

Kesimpulannya, sebagai warganegara yang prihatin kita


bertanggungjawab memastikan kualiti persikataran kita bebas daripada
pencemaran.

10
Ulasan 8 ( Pengurusan Wang / Berjimat Cermat )

Gambar menunjukkan cara-cara seseorang individu itu perlu mengetahui cara-


cara untuk menguruskan kewangan.

Antara cara untuk menguruskan kewangan adalah dengan merancang


perbelanjaan seharian seperti menyediakan belanjawan bulanan. Berbelanja
secara bijak dengan mengutamakan barangan keperluan berbanding dengan
kehendak adalah salah satu cara menguruskan kewangan. Pastikan wang sentiasa
berada di tangan pada setiap masa bagi mengelakkan kita berhutang. Tempat
penyimpanan wang juga penting untuk memastikan wang disimpan di tempat
yang selamat dan tidak terdedah kepada kecurian dan kehilangan.

Kesimpulannya, pengurusan wang yang cekap akan menceriakan


kehidupan kita kerana kita bebas daripada hutang.

11
Ulasan 8.1 ( Faedah Berjimat Cermat )

Carta menunjukkan kepentingan amalan menabung di samping melatih diri


kita untuk berjimat cermat.

Amalan menabung harus dipupuk sejak kecil atau sejak di bangku


sekolah lagi kerana amalan menabung dapat menjamin masa hadapan.
Seseorang yang bijak menguruskan wang dapat menggunakan wang
tabungannya untuk melanjutkan pelajaran, ibarat kata pepatah Melayu,
'sediakan payung sebelum hujan'. Wang tabungan tersebut mampu
menampung perbelanjaan ketika kecemasan seperti membiayai kos
perubatan. Dengan itu, kita tidak perlu meminjam wang daripada saudara-
mara atau sahabat handai. Selain itu, amalan ini dapat memupuk disiplin diri
agar dapat membudayakan sikap berjimat cermat dalam kehidupan
seharian.

Kesimpulannya, amalan menabung perlu menjadi sebahagian


daripada amalan murni yang mesti kita praktikkan kerana budaya murni ini
mampu mendidik kita menjadi insan yang berfikiran matang dan
mempunyai pandangan yang jauh serta wawasan yang jelas.

12
Ulasan 9 ( Faedah Membaca )

Gambar menunjukkan tentang amalan membaca. Membaca merupakan


amalan yang mulia dan perlu ditanam dalam diri kita.

Amalan membaca biasanya mula ditanam oleh ibu bapa sejak kita
masih kecil lagi. Banyak manfaat yang boleh kita peroleh sekiranya kita rajin
membaca. Antaranya, kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah. Selain itu, membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan
dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Aktiviti membaca boleh
dilakukan di mana-mana sahaja. Contohnya. di dalam bilik bacaan.
perhentian bas, perpustakaan ataupun di ruang tamu. Penerapan budaya
membaca akan melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan
boleh bersaing di peringkat antarabangsa

Kesimpulannya, banyak membaca luas pengetahuan dan secara


tidak langsung akan membentuk generasi yang berwawasan dan
berwibawa.

13
Ulasan 10 ( Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum )

Gambar menunjukkan faedah-faedah menyertai aktiviti kokurikulum.


Terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh dengan menyertai aktiviti
kokurikulum.

Antara faedah yang boleh diperoleh ialah kita dapat mengharumkan


nama keluarga dan sekolah. Contohnya. jika kita berjaya dalam sesuatu
aktiviti yang diceburi, secara tidak langsung kita dapat mengharumkan
nama keluarga kita dan sekolah yang kita wakili. Selain dapat mengisi masa
lapang dengan aktiviti yang berfaedah, aktiviti kokurikulum juga dapat
membentuk sikap berdikari dalam kalangan murid yang menyertainya. Di
samping itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita dan
dapat juga memupuk semangat kerjasama antara murid yang
menyertainya.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang perlu


disertai oleh setiap murid.

14
Ulasan 10 ( Belilah Barangan Buatan Malaysia )

Peta buih menunjukkan kebaikan belilah barangan buatan Malaysia kerana


jenama buatan Malaysia setanding dengan jenama dari luar negara.

Faedah membeli barang buatan Malaysia ialah kita dapat


menjimatkan perbelanjaan keluarga kerana harga barangan buatan
Malaysia lebih murah berbanding barangan import. Selain itu, kita dapat
meningkatkan imej negara kerana barangan buatan Malaysia setanding
dengan jenama antarabangsa. Tambahan pula, sebagai rakyat Malaysia
kita haruslah mempunyai semangat patriotik dengan berbelanja barangan
buatan Malaysia. Akhir sekali, amalan rakyat Malaysia yang membeli
barangan buatan Malaysia pastinya dapat memajukan industri tempatan
seperti pembuatan batik.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga


dengan barangan keluaran negara sendiri yang telah terbukti mutunya
yang berkualiti.

15
Ulasan 11 ( Cara-cara Hendak Menjadi Murid yang Cemerlang )

Peta minda menunjukkan cara-car untuk menjadi murid yang cemerlang.

Setiap murid bercita-cita untuk menjadi seorang murid yang


cemerlang. Kecemerlangan seseorang murid boleh diukur daripada
pencapaian dalam peperiksaan yang ditempuhi termasuklah UPSR.
Terdapat berbagai-bagai cara yang boleh dilakukan untuk menjadi seorang
murid yang cemerlang. Salah satu cara untuk menjadi murid yang
cemerlang ialah dengan memberi tumpuan di dalam kelas dan sering
mencatat maklumat penting yang dipelajari serta sering bertanya kepada
guru jika tidak memahami apa yang telah dipelajari. Di samping itu juga.
Bagi menambahkan lagi kecemerlangan diri, kita perlu berbincang
bersama-sama rakan tentang pelajaran yang dipelajari serta bertukar-tukar
idea antara satu sama lain bagi mendapat pengetahuan atau maklumat
terkini. Bagi mengekalkan kecemerlangan juga, kita haruslah rajin
mengunjungi perpustakaan untuk membuat rujukan serta boleh meminjam
buku yang ada untuk membuat rujukan. Secara tidak langsung ini dapat
menambah pengetahuan. Untuk menjadi murid yang cemerlang juga kita
haruslah sering membuat ulang kaji di rumah serta menyiapkan kerja sekolah
yang diberi oleh guru. Apa yang penting. Untuk menjadi murid yang
cemerlang kita haruslah rajin berusaha bak kata pepatah "kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya."

Kesimpulannya, belajar tanpa jemu pasti akan menghasilkan kejayaan


dan kecemerlangan.

16
Ulasan 11 ( Selamatkan Bumi Kita daripada Tercemar )

Gambar menunjukkan poster "Selamatkan Bumi Kita daripada Tercemar"


Bumi telah tercemar akibat kerakusan manusia.

Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan asap kilang, kenderaan,


dan pembakaran terbuka. Selain itu. semburan racun serangga di ladang-
ladang juga salah satu punca pencemaran udara. Sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab seperti membuang sampah di merata-rata tempat
mengakibatkan udara berbau busuk. Pembuangan sisa toksik menyebabkan
air tercemar dan hidupan marin pupus. Penebangan hutan secara tidak
terkawal mengundang kepada pemanasan global. Akibatnya, berlakulah
ketidakseimbangan ekosistem bumi.

Oleh itu, kita hendaklah menjaga kelestarian bumi kita agar kita dapat
hidup dengan selesa. "Hijaukan Bumi Kita".

17
Ulasan 12 ( Kempen Amalan Membaca )

Amalan membaca harus dipupuk sejak kecil untuk melahirkan generasi yang
berilmu pengetahuan.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan ahli keluarga berperanan


untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa
juga boleh membaca buku bersama-sama ahli keluarga sepertimana
kempen "Jom Membaca Bersama-sama untuk 10 Minit" yang telah
dilancarkan. Seterusnya, sokongan padu daripada semua pihak dalam
menjayakan kempen membaca ini amat diperlukan bagi memastikan
objektifnya tercapai. Dalam pada itu, kita juga hendaklah bekerjasama
dalam memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan kempen
amalan membaca ini, sekali gus menjadikannya sebagai tabiat dan
dipraktikkan secara berterusan.

Kesimpulannya, jadikanlah amalan membaca sebagai amalan harian


kerana banyak membaca luas pengetahuan.

18
Ulasan 13 ( Kempen Amalan Membaca )

Kerjaya sebagai pemain bola sepak merupakan kerjaya yang sangat


mencabar dan dapat mengharumkan nama negara.

Namun begitu, sebelum mengecap kejayaan, pelbagai halangan dan


rintangan perlu dilalui oleh pemain. Misalnya, tidak mendapat restu
daripada keluarga pada awal penglibatan dalam sukan tersebut. Ibu bapa
mungkin beranggapan bahawa kerjaya tersebut tidak menjamin masa
depan. Dalam pada itu, seorang pemain bola sepak perlu giat menjalani
latihan supaya dapat meningkatkan mutu permainannya. Setelah itu,
apabila aksi mereka semakin cemerlang dan bakat mula menyerlah,
baharulah mereka diberikan kepercayaan untuk menyarung jersi bagi
mewakili pasukan bola sepak di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.
Benarlah kata orang bahawa usaha tangga kejayaan.

Kesimpulannya, tidak mustahil untuk seseorang pemain mengecap


kejayaan kerana kemahuan dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh mereka
itu pasti akan membuahkan kejayaan di penghujungnya.

19
Ulasan 14 ( Jasa Guru )

Guru merupakan insan mulia yang banyak mencurahkan ilmu tanpa pernah
kenal erti penat dan lelah dalam mendidik anak bangsa. Tanpa guru,
siapalah kita.

Guru diibaratkan sebagai ibu bapa kepada murid-murid di sekolah.


Dalam hal ini, murid-murid banyak menghabiskan masa di sekolah dan
berada di bawah pengawasan guru. Tugas guru amat besar kerana
merekalah yang akan membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada
murid-murid dalam mencapai kecemerlangan. Murid-murid akan bersama
dengan guru bukan sahaja untuk aktiviti di dalam kelas, bahkan aktiviti di
luar kelas seperti kokurikulum. Selain itu, guru juga bertanggungjawab dalam
membentuk peribadi dan tingkah laku murid sejak di bangku sekolah rendah
lagi agar dapat melahirkan seorang insan yang berguna kelak.

Kesimpulannya, kita haruslah menghargai pengorbanan guru.


Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit apabila kita sudah
berjaya suatu hari nanti.

20
Ulasan 15 ( Cara Membalas Jasa Guru )

Pantun menunjukkan tentang cara menghargai jasa guru yang patut


diamalkan oleh semua murid.

Salah satu cara menghargai guru ialah murid perlu berkelakuan baik
terhadap guru. Murid mestilah menghormati guru dan bersopan-santun
apabila berhadapan dengan guru. Selain itu, murid perlu belajar
bersungguh-sungguh untuk membalas pengorbanan guru. Di samping itu,
murid seharusnya tidak melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan
kegiatan negatif yang boleh merosakkan nama baik guru dan sekolah. Kita
boleh menghargai mereka dengan meraikan sambutan Hari Guru. Selain itu,
kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan
guru.

Kesimpulannya, guru merupakan insan mulia yang patut dihargai oleh


semua pihak kerana tanpa guru siapalah kita.
21
Ulasan 16 ( Tempat-tempat Bersejarah di Melaka )

Dialog menunjukkan tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Salah satu


tempat bersejarah di Malaysia ialah Lembah Bujang.

Lembah Bujang merupakan binaan manusia tertua yang pernah


direkodkan di Asia Tenggara. Binaan candi menunjukkan Lembah Bujang
mempunyai hubungan perdagangan maritim di antara beberapa buah
negara luar seperti China. Istana lama Seri Menanti juga merupakan salah
satu tempat bersejarah. la terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan
menjadi kediaman rasmi bagi Yang di-Pertuan Negeri Sembilan sejak 1900-
an. Keunikan istana ini ialah tidak menggunakan paku tetapi hanya
menggunakan pasak. Di samping itu, Kota A Famosa di Melaka telah dibina
oleh Portugis. Merupakan kubu pertahanan Portugis.

Kesimpulannya, tempat-tempat bersejarah ini sangat bernilai dan


menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

22
Ulasan 17 ( Sambutan Hari Kebangsaan )

Poster tersebut tentang Pertandingan Melukis Poster #sehatisejiwa anjuran


Blog Sekolah Kebangsaan Taman Cemerlang.

Pertandingan ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.


Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah, tempat pertama diberi wang tunai
RM50.00, alat tulis dan sijil penyertaan. Tempat kedua pula akan diberi wang
tunai RM30.00, alat tulis dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga akan
diberi wang tunai RM20.00, alat tulis dan sijil penyertaan. Semua peserta
yang mengikuti pertandingan ini akan diberi sijil penyertaan. Pertandingan ini
terbuka kepada Murid Tahap 2. Tarikh tutup penyertaan pada 16 September
2015.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang


pertandingan boleh melayari laman web
sktamancemerlang.worldpress.com.

23
Ulasan 18 ( Kem Motivasi UPSR )

Iklan tersebut adalah tentang Klinik UPSR 2016 anjuran Berita Semasa Skor A.
Kem Motivasi ini memberi kepada murid-murid tahun enam untuk meraih
keputusan 6A dalam UPSR.

Yuran penyertaan sebanyak RM120. Antara pengisian program ialah


teknik menjawab soalan secara berkesan dan menerapkan elemen motivasi
oleh fasilitator. Subjek yang diberi perhatian ialah Bahasa Melayu
(Pemahaman dan Penulisan), Bahasa Inggeris (Pemahaman dan Penulisan),
Sains (Kertas 1 dan 2) serta Matematik (Kertas 1 dan 2). Peserta boleh memilih
masa yang sesuai sama ada Sabtu dan Ahad atau Jumaat dan Sabtu
bermula dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman


sesawang berita semasa SkorAcSwordpress.com.

24
Ulasan 19 ( Cara-cara Menggunakan Alat Pemadam Api )

Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadamkan


kebakaran kecil. Namun begitu. pastikan kita menggunakannya dengan
betul.

Pertama, tanggalkan alat keselamatan yang dilengkapkan daripada


pemadam api. Alat ini dipasang untuk mengelakkan alat pemadam api
daripada digunakan secara tidak sengaja. Seterusnya, halakan muncung
alat pemadam api ke pangkal api. Pastikan anda berada pada jarak yang
betul semasa memadamkan api. Kemudian, tekan bahagian atas alat
pemadam api dan semburkan ke arah api menggunakan kaedah
menyapu. Apabila api sudah dipadamkan, anda dikehendaki membuka
semua pintu dan tingkap rumah untuk membolehkan udara segar masuk.

Kesimpulannya, alat pemadam api haruslah digunakan dengan betul


supaya tidak memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

25
Ulasan 20 ( Keistimewaan Pokok Kelapa )

Pokok kelapa merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh subur di pesisir


pantai yang banyak memberikan manfaat kepada manusia.

Antaranya, air kelapa muda dapat meredakan suhu badan seseorang


yang mengalami demam panas. Rasanya juga sungguh sedap. Selain itu,
daun kelapa muda boleh dianyam untuk dijadikan ketupat pada musim
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya, batang pokok kelapa dapat
dijadikan titi untuk menyeberangi longkang parit, dan anak sungai. Dalam
pada itu, isi buah kelapa yang sudah matang boleh dijadikan santan atau
diproses secara saintifik untuk dijadikan alat-alat kosmetik seperti sabun,
pelembut kulit, dan minyak rambut. Manakala, lidi kelapa pula boleh
dijadikan penyapu.

Kesimpulannya, kita wajar untuk memanfaatkan tumbuhan ini dengan


sebaik-baiknya kerana pokok kelapa sangat berguna kepada manusia.

26
Ulasan 21 ( Aktiviti Semasa Cuti Sekolah )

Cuti sekolah sememangnya saat yang ditunggu-tunggu oleh semua murid


kerana mereka boleh berehat di rumah dan dapat meluangkan masa
bersama-sama keluarga.

Namun begitu, cuti persekolahan haruslah diisi dengan aktiviti-aktiviti


yang bermanfaat seperti mengulang kaji pelajaran agar dapat
memantapkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan. Selain itu, aktiviti
riadah seperti bersenam atau berjoging bersama-sama keluarga juga boleh
dilakukan bagi membentuk kesihatan jasmani dan rohani. Seterusnya. cuti
persekolahan juga boleh diisi dengan aktiviti berkebun seperti menanam
pokok bunga bagi mencantikkan pemandangan di persekitaran rumah. Di
samping itu. murid-murid juga boleh mengikut keluarga makan angin ke
tempat-tempat menarik untuk menambahkan pengetahuan dan
pengalaman.

Kesimpulannya, kita perlu mengisi waktu cuti persekolahan dengan


aktiviti-aktiviti yang berfaedah supaya dapat merasai pengalaman yang
berguna.

27
Ulasan 22 ( Kebaikan Aktiviti Gotong-royong )

Gambar menunjukkan kebaikan aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini dapat


membentuk kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat.

Salah satu kebaikan aktiviti gotong-royong ialah aktiviti ini mampu


meningkatkan semangat bekerjasama dalam kalangan peserta seperti
bergotong- royong menghapuskan kawasan nyamuk aedes. Selain itu,
aktiviti bergotong- royong dapat meringankan kerja dan kos kerana peserta
melakukannya tanpa upah tetapi atas semangat tolong-menolong dan
bersikap prihatin dalam menghasilkan sesuatu tugasan komuniti. Aktiviti
gotong-royong juga dapat menjalinkan hubungan silaturahim dalam
kalangan peserta dan mewujudkan perpaduan. Hubungan yang baik tanpa
mengira bangsa akan melahirkan kerukunan dalam sebuah komuniti.

Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong perlu menjadi budaya hidup


kita.

28
Ulasan 23 ( Kepentingan Pelbagai Jenis Pengangkutan )

Gambar menunjukkan kepentingan pelbagai jenis pengangkutan awam.


Pengangkutan awam yang berkualiti dapat menarik pengguna untuk
menggunakannya.

Pengguna mampu menjimatkan masa kerana kenderaan awam


seperti komuter, LRT dan monorel mempunyai laluan sendiri. Selain itu,
pengguna juga dapat menjimatkan kos perjalanan dari segi minyak dan
penyelenggaraan kenderaan jika menggunakan pengangkutan awam. Di
samping itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan jalan
raya seperti yang berlaku di bandar-bandar besar. Kesannya, pengguna
dapat mengurangkan stres dan kadar pencemaran udara yang sentiasa
berjerebu.

Kesimpulannya, kerajaan perlu menambah baik kelancaran sistem


pengangkutan awam di Malaysia.

29
Ulasan 24 ( Punca-punca Kemalangan Jalan raya )

Gambar menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya. Kadar


kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat terutama pada musim
perayaan.

Punca utama kemalangan ialah sikap negatif pengguna yang sering


melanggar peraturan jalan raya dengan memandu secara berbahaya dan
melebihi had laju. Selain itu, keadaan kenderaan tidak diselenggara dengan
baik seperti bunga tayar sudah haus dan kerosakan brek boleh
menyebabkan kemalangan. Punca seterusnya ialah faktor alam seperti
jerebu yang membataskan pandangan pengguna, manakala hujan lebat
boleh menyebabkan permukaan jalan raya licin dan kenderaan mudah
terbabas.

Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa mengamalkan sikap 'Pandu


Cermat Jiwa Selamat.'

30
Ulasan 25 ( Faedah Memancing )

Gambar menunjukkan pelbagai faedah yang boleh kita diperoleh daripada


aktiviti memancing. Pelbagai lapisan umur menggemari aktiviti ini.

Antaranya, memancing dapat mengisi masa Iapang dengan


berfaedah di samping mengeratkan hubungan keluarga atau rakan yang
menyertainya. Selain itu, memancing dapat memupuk kesabaran dan
disiplin kerana pemancing perlu bersabar menunggu habuannya mengena
berjam-jam lamanya. Kegiatan memancing ini dapat meningkatkan
kesihatan mental seseorang dan menghilangkan stres. Di samping itu, kaki
pancing berpeluang memenangi pertandingan memancing yang ada
dijalankan. Pertandingan memancing ini dapat menarik lebih ramai
pengunjung.

Kesimpulannya, kegiatan memancing mampu mendatangkan


keseronokan kepada penggemarnya.

31
Ulasan 26 ( Faedah Kebaikan Bercakap Benar )

'Bercakap benar itu pahit tetapi buahnya manis'. Begitulah ungkapan moral
bagi individu yang bercakap benar.

Kebaikan bercakap benar antaranya, diri seseorang itu disukai dan


dihormati serta dipercayai rakan dan taulan. Selain itu, amalan bercakap
benar menjadi pendorong ke arah perlakuan yang baik kerana seseorang
yang bercakap benar itu jujur dan amanah orangnya. Di samping itu,
amalan bercakap benar berkait rapat dengan kejayaan. Majikan
mempercayainya lantas kenaikan pangkat menjadi mudah.

Kesimpulannya, berkata benarlah pada setiap masa agar kehidupan


kita diberkati Tuhan.

32
Ulasan 27 ( Amalan Nilai Murni dalam Kalangan Masyarakat )

Gambar menunjukkan amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat.


Kecantikan bukan sahaja diukur daripada paras rupa tetapi juga daripada
perlakuan baik.

Amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat akan membentuk


kesejahteraan hidup rakyat Malaysia baik dari segi komunikasi, kebersihan
dan sebagainya. Kesedaran sivik boleh dipraktikkan jika rakyat Malaysia
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan harian. Contohnya, kes jenayah
dapat ditangani segera jika rakyat sentiasa bertanggungjawab membantu
polis. Selain itu, perpaduan dapat diperkukuh dengan sikap rakyat yang
bertolak-ansur, saling bekerjasama dan saling menghormati.

Kesimpulannya, amalan nilai murni mampu melahirkan masyarakat


Malaysia yang berjiwa positif.

33
Ulasan 28 ( Cara-cara untuk Memperoleh Kecemerlangan dalam UPSR )

Gambar menunjukkan cara-cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam


Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Setiap murid perlu bersikap positif dengan cara menumpukan


perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas. Catat nota-nota penting
dan bertanyalah kepada guru tentang perkara yang tidak difahami. Selain
itu, murid perlu mempunyai jadual belajar dan mematuhinya. Membuat latih
tubi dapat mengukuhkan ingatan manakala penerokaan Internet
memberikan informasi lanjut tentang sesuatu subjek. Di samping itu, murid
hendaklah mengikuti kelas tambahan bagi menambah kefahaman dan
pemahaman sesuatu subjek semakin jelas.

Kesimpulannya, kita mesti rajin kerana 'kalau tidak dipecahkan ruyung,


manakan dapat sagunya.'

34
Ulasan 29 ( Langkah-langkah Menangani Vandalisme )

Gambar menunjukkan langkah-langkah menangani vandalisme. Pelaku


vandalisme merupakan golongan yang tidak bersyukur terhadap harta
benda awam.

Mereka sepatutnya dididik sejak kecil oleh ibu bapa tentang nilai
bertanggungjawab terhadap harta awam. Contohnya, kerosakan lif akibat
vandalisme menyusahkan penghuni kawasan perumahan. Selain itu,
pendidikan moral dan agama perlu diberikan supaya remaja mempunyai
sifat kekitaan dan menghargai harta benda awam. Di samping itu, pelaku
vandalisme perlu dikenakan hukuman denda yang berat seperti yang
dilakukan di Singapura.

Kesimpulannya, sayang dan hargailah harta benda awam kerana


harta benda awam adalah milik semua.

35
Ulasan 30 ( Amalan Berjimat Cermat )

Gambar menunjukkan berjimat cermat amalan mulia. Peribahasa 'ingat


sebelum kena, jimat sebelum habis' berkaitan dengan amalan mulia ini.

Berjimat cermat boleh dipraktikkan apabila kita berhemat dalam


perbelanjaan, bijak membuat pilihan dan mendahulukan perbelanjaan
penting. Selain itu, amalan menabung ialah kesan daripada sikap bijak
berjimat cermat. Seseorang tidak mudah berhutang dan tidak terjebak
dengan masalah hutang. Hasil tabungan boleh dibelanjakan pada waktu
kecemasan. Di samping itu, amalan berjimat cermat menjadikan seseorang
itu berdisiplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan
dan tidak melakukan pembaziran.

Kesimpulannya, kita perlu membudayakan amalan berjimat cermat


dalam kehidupan kita.

36
Ulasan 31 ( Kebaikan dan Keburukan Menonton Televisyen )

Gambar menunjukkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen.


Televisyen ialah alat penyiaran yang dimiliki hampir setiap rumah di Malaysia.

Menonton televisyen dapat meluaskan pengetahuan seseorang


melalui rancangan dokumentari dan menambah pengetahuan am. Selain
itu, seseorang dapat berehat dengan menonton televisyen. Mereka boleh
menghiburkan hati dengan rancangan hiburan, mencuba pelbagai resipi
dengan rancangan masakan dan mendapat nasihat dengan rancangan
berbentuk agama. Walau bagaimanapun, terdapat keburukannya jika
disalahgunakan. Murid menjadi malas belajar, meniru aksi ganas dan
menggunakan bahasa yang tidak sopan.

Kesimpulannya, pilihlah rancangan yang baik untuk manfaat bersama.

37
Ulasan 32 ( Kegunaan Pokok Kelapa )

Pokok kelapa dikenali sebagai ‘Pokok Seribu Guna’. Pelbagai hasil daripada pokok
kelapa boleh dimanfatkan.

Misalnya, daun kelapa digunakan untuk membuat ketupat yang merupakan


juadah utama. Selain itu, isi buah kelapa boleh diparut dan diambil santannya
untuk dibuat makanan dan kuih-muih. Air kelapa muda pula sedap diminum dan
boleh menyejukkan badan. Di samping itu, tempurung kelapa boleh dijadikan
senduk, tabung dan bahan bakar. Batang kelapa dijadikan titi untuk menyeberang
anak sungai atau parit. Seterusnya, lidi kelapa boleh dijadikan penyapu untuk
menyapu sampah di halaman rumah.

Kesimpulannya, pelbagai kegunaan pokok kelapa dan mampu menjana


pendapatan para pekebun kelapa, sekali gus memperkukuh ekonomi keluarga.

38
Ulasan 33 ( Kegunaan Pokok Pisang )

Pokok pisang merupakan sejenis tanaman yang banyak kegunaannya.


Pelbagai hasil daripada pokok pisang boleh dimanfatkan.

Misalnya, daun pisang dapat dijadikan pembalut makanan seperti


nasi lemak dan ikan bakar. Jantung pisang pula dapat dijadikan ulam atau
kerabu sebagai hidangan tengah hari yang enak. Selain itu, buah pisang
yang sudah tua boleh dijadikan kerepek, manakala buah pisang yang
sudah masak boleh digoreng atau dijadikan pencuci mulut selepas makan.
Seterusnya, batang pisang pula dapat dijadikan tali dan rakit untuk
menyeberangi sungai yang tohor airnya.

Kesimpulannya, produk yang dihasilkan oleh pisang atau buah pisang


mampu menjana pendapatan para petani, sekali gus memperkukuh
ekonomi keluarga.

39
Ulasan 34 ( Fakta tentang Malaysia )

Gambar menunjukkan fakta tentang Malaysia. Malaysia menyambut hari


kemerdekaan pada setiap 31 hari bulan Ogos dengan kibaran bendera
rasmi negara, iaitu Jalur Gemilang.

Perdana Menteri yang pertama ialah YAM Tuanku Abdul Rahman


Putera Al-Haj. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah
Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Masyarakat
majmuk Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa-
bangsa lain yang membentuk 30 juta rakyatnya. Mercu tanda Malaysia
yang terkenal di seluruh dunia ialah Menara Berkembar Petronas. Bunga
Rafflesia merupakan ikon bunga terbesar di Malaysia.

Kesimpulannya, Malaysia ialah negara yang sangat unik kerana


terdapat kepelbagaian bangsa dan agama.

40
Ulasan 35 ( Sehari Kehidupan Seorang Murid Cemerlang )

Carta alir menunjukkan sehari dalam kehidupan seorang murid cemerlang.


'Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya', setiap murid perlu
mengejar kecemerlangan.

Rutin kehidupan Sophia Chui bermula pada jam 5.45 pagi, iaitu
bangun tidur, mandi dan bersiap ke sekolah. Sophia Chui bersarapan
sebelum menaiki bas pada pukul 6.30 pagi. Setibanya di sekolah, dia
bertugas membersihkan kelas. Sophia Chui belajar di Kelas Tahun 6 Sri 1 dari
jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang. Selepas pulang dan menikmati makan
tengah hari, Sophia Chui pergi ke kelas tuisyen. Kemudian, dia berjoging,
makan malam dan mengulang kaji pelajaran sebelum tidur pada pukul
10.30 malam.

Kesimpulannya, seseorang itu perlu bijak membahagikan masanya.

41
Ulasan 36 ( Graf )

Graf palang menunjukkan jenis pekerjaan penduduk Taman Century


Garden, Johor Bahru.

Pelbagai pekerjaan dilakukan oleh penduduk majmuk Century


Garden, antaranya 20 orang penduduk menjadi doktor sama ada
persendirian, kerajaan atau swasta. Ada 30 orang menjadi kakitangan
kerajaan sementara 48 orang bekerja di syarikat swasta. Seramai 50 orang
bekerja di Singapura kerana pendapatannya cukup lumayan. Kelompok
yang paling ramai ialah 80 orang terlibat dalam pelbagai bidang
perniagaan sama ada restoran, kedai elektrik, perhotelan dan sebagainya,
manakala 30 orang ialah pesara.

Kesimpulannya, tiada penganggur dalam masyarakat taman itu.

42
Ulasan 36.1 ( Graf )

Graf menunjukkan skor pencapaian UPSR berdasarkan subjek Sekolah


Kebangsaan Tanjung Rhu 2015.

Di Sekolah Kebangsaan Tanjung Rhu, pencapaian UPSR 2015


berdasarkan mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, peratusnya ialah
85 peratus, manakala Bahasa Melayu Penulisan, skornya lebih tinggi iaitu 90
peratus. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, peratus skor turun kepada 75
peratus. Mata pelajaran Matematik pula mendapat skor 70 peratus,
manakala mata pelajaran Sains cuma mendapat skor 60 peratus dan
merupakan skor yang terendah.

Secara keseluruhan, bimbingan khas diperlukan untuk tiga subjek


terakhir supaya peratus meningkat pada peperiksaan UPSR akan datang.

43
Ulasan 37 ( Carta Pai )

Carta pai menunjukkan jenis bahan bacaan yang digemari oleh Murid Tahun
5 Bijaksana.

Bagi murid Tahun 5 Bijaksana, 25 peratus daripada murid itu memilih


buku akademik dan buku cerita sebagai bacaan yang digemari. Hal ini
membuktikan bahawa mereka ialah murid yang mementingkan pelajaran.
Membaca buku cerita mampu meningkatkan penguasaan bahasa.
Sebanyak 15 peratus murid membaca surat khabar sebagai pengetahuan
tambahan, manakala 10 peratus murid suka membaca majalah hiburan,
buku pengetahuan am dan komik. Hanya 5 peratus murid yang gemar
membaca buku tahyul.

Kesimpulannya, pemilihan bahan bacaan yang betul pasti


memberikan pengetahuan yang luas.

44
Ulasan 39 ( Jadual )

Jadual menunjukkan atur cara sambutan Hari Guru 2016 Sekolah


Kebangsaan Seri Tebrau.

Sekolah Kebangsaan Seri Tebrau menyusun pelbagai acara untuk


memeriahkan hari tersebut. Pada pukul 7.30 pagi, semua murid berkumpul di
Dewan Ilmu. Tepat jam 8.00 pagi, Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Seri
Tebrau menyampaikan ucapan alu-aluan tanda penghargaan terhadap
guru. Jam 8.15 pagi, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tebrau
menyampaikan ucapan sempena Hari Guru. Acara sukaneka diadakan
dengan meriah di padang sekolah. Jamuan tengah hari disediakan pada
pukul 10.30 pagi. Kemudian, diadakan persembahan pentas daripada wakil
guru dan murid pada pukul 11.15 pagi.

Majlis penyampaian cenderamata dan bersurai pada pukul 12.30


tengah hari.

45
Ulasan 39.1 ( Jadual )

Jadual menunjukkan kedudukan pingat rumah sukan, Sekolah Kebangsaan


Seri Angsana.

Kedudukan pingat rumah sukan Sekolah Kebangsaan Seri Angsana


pada tahun 2016 menunjukkan bahawa Pasukan Laksamana Hang Tuah
memenangi pingat emas yang terbanyak, iaitu 20 buah dan sekali gus
menjadi johan pada tahun 2016. Pasukan Laksamana Hang Jebat
mendapat naib johan dengan jumlah keseluruhan pingat yang dimenangi
ialah 51 buah. Pasukan Laksamana Hang Kasturi dan Pasukan Laksamana
Hang Lekiu menduduki tempat ketiga dan keempat dalam Kejohanan Sukan
2016. Pingat gangsa terbanyak dimenangi oleh Pasukan Laksamana Hang
Jebat.

Kesimpulannya, kejohanan sukan dapat melahirkan semangat


kerjasama berpasukan dalam kalangan ahlinya.

46

You might also like