Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Lampiran C

BORANG ULASAN BUKU

Nama Sekolah: SK Cahaya Baru Kod Sekolah:


JBA1015

1
Nama Guru Wan Nur Asma Amira bt Wan Zulkifli
.
2
Judul Kenali Kanak-Kanak Susah Belajar 3. Bidang: Pendidikan
.
4 Tarikh
20 Oktober 2019 5. Masa: 3 hari
. Pembentangan
6 Tempat
-
. Pembentangan
7 Sinopsis
.
Buku ini membicarakan tentang perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak yang
bermasalah pembelajaran. Bab 1 buku ini membincangkan mengenai pembelajaran dan juga
beberapa teori pembelajaran yang terkenal. Menurut beberapa pelopor teori, pembelajaran
boleh berlaku melalui sikap (BF Skinner), melalui kognitif (Piaget & Bruner), pemerhatian
(Bandura), rangsangan (Pavlov), hubung kait (Thorndike), nilai murni dan moral (Maslow), input-
output data (Gagne), dan penguasaan maklumat yang diperolihi melalui cari gali ataupun
bimbingan (Ausubel). Melalui teori-teori ini jelaslah bahawa pembelajaran mampu terhasil darr
pelbagai cara.

Bab 2 berkenaan dengan masalah-masalah yang mengahalang proses pembelajaran.


Terdapat beberapa ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Antaranya ialah
disleksia yang mencetus kekeliruan bentuk huruf dan ejaan. Selain itu, kanak-kanak ini juga
mempunyai kesukaran untuk memahami arahan mudah. Lemah penguasaan kemahiran asas
3M juga merupakan penghalang proses pembelajaran seseorang itu.

Bab 3 mengetengahkan cara untuk mengatasi masalah ini. Perkara pertama yang perlu
dilakukan ialah membuat penilaian. Guru perlu mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut
dan mengukur tahap malasah pembelajaran mereka. Semua itu boleh dilaksanakan dengan
penyediaan instrumen dan seterusnya membuat perekodan. Penialaian boleh dibuat samada
secara lisan mahupun bertulis. Setelah selesai dinilai, tindakan susulan boleh diambil mengikut
kesesuaian.

Bab 4 meneroka pengurusan kehendak kanak-kanak terbabit. Antara yang berperanan dalam
mengurus kehendak ini ialah ibu bapa. Ibu bapa adalah tunjang penting dalam pengurusan ini
kerana mereka yang sentiasa bersama dengan kanak-kanak tersebut. Mereka bertindak sebagai
penyelaras kehendak yang akan menentukan apa yang wajar dituruti dan sebaliknya. Ibu bapa
juga beperanan sebagai pendrong dan pemberi maklumat. Selain ibu bapa, agensi kerajaan
juga berperanan dalam memastikan kehendak kanak-kanak tersebut diuruskan dengan baik.

Bab 5 membicarakan mengenai pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan masalah
pembelajaran. Pendidikan yang sinonim dengan kanak-kanak ini ialah pendidikan khas.
Pendidikan ini boleh berlaku mengikut 3 situasi. Pertama, pendidikan khas di sekolah khas yang
mempunyai sistem pendidikan dan infrastruktur tersendiri. Kedua, kanak-kanak tersebut boleh
bersekolah di sekolah biasa bergantung kepada kesukaran yang mereka alami. Ketiga adalah
pendidikan inklusif

Bab 6 mengenali penglibatan ibu bapa dalam pendidikan samada di sekolah, di rumah
mahupun kedua-duanya sekali. Amatlah penting bagi ibu bapa untuk melibatkan diri dengan
urusan anak-anak mereka kerana mereka lebih mengetahui latar belakang dan psikologikal
kanak-kanak tersebut.

Bab 7 membincangkan tentang cara meningkatkan penguasaan kemahiran asas. Bahagian


ini banyak memberikan contoh aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak bermasalah
pembelajaran untuk membaca dan memperbaiki kelemahan kemahiran asas.

Bab 8 menyentuh tentang bentuk aktiviti bagi menguasai bidang asas-asas yang perlu
dikuasai. Bab 9 menyentuh mengenai komunikasi. Komunikasi terbahagi kepada 5 bahagian,
komunikasi perseorangan, kumpulan kecil, umum, masa dan kekeluargaan. Asas komunikasi ini
dapat mendorong kanak-kanak untuk merasa selesa di kalangan orang ramai. Selain itu,
strategi komunikasi berkesan juga perlu dipraktikkan. Antaranya adalah komunikasi bilik darjah
samada secara interpersonal mahupun intrapersonal. Komunikasi sewaktu mengajar juga perlu
dipilih dengan baik. Guru boleh memilih untuk berkomunikasi secara autoritarian, permisif
ataupun autoratif. Akhir sekali, guru juga boleh berkomunikasi melalui penampilan seperti
penggunaan nada suara, ruang dan sebagainya.

Bab 10 pendidikan inklusif yang perlu diamalkan di setiap sekolah dan juga perlu difahami
kosepnya oleh setiap warga sekolah. Manakala bab terakhir iaitu bab 11 membicarakan
mengenai faktor penerimaan terhadap kanak-kanak tersebut. Terdapat 4 faktor penerimaan
yang diketengahkan. Antaranya ialah latar belakang, psikologilal, komunikasi dan sokongan
sosial.

Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran perlu diberikan


bimbingan yang lebih berbanding dengan kanak-kanak normal. Pada pandangan saya, amatlah
sukar bagi seorang guru untuk membimbing kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran jika
mereka tidak diasingkan daripada kanak-kanak yang lain.

8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran


.
 Guru dapat memahami tentang pelbagai cara untuk mengenalpasti kanak-kanak
bermasalah pembelajaran yang bukan sahaja dapat didiagnos kerana masalah kesihatan.
 Guru mendapat pengetahuan tentang cara terbaik untuk berkomunikasi dengan kanak-
kanak bukan sahaja bergantung kepada guru malah kanak-kanak tersebut.
 Guru memahami bahawa semua yang ada dalam masyarakat mempunyai peranan penting
untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.
9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
.
 Guru memainkan peranan dalam menyediaan persekitaran pembelajaran yang baik dan
selesa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
 Guru memastikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dapat belajar dan memperbaiki
kelemahan diri.
 Guru dapat mempraktikkan cara membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran untuk
menguasai kemahiran asas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ........................................
................
( W Nur Asma Amira bt W Zulkifli ) ( )

You might also like