Teks Emcee Hari Anugerah Kecemerlangan 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1

TEKS PENGACARA MAJLIS


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
SK DELAYAN 2019
AGENDA TEKS QUE /
CATATAN

PEMBUKAAN Majlis mengucapkan selamat datang ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan


dan Majlis Apresiasi Tahun 6 bagi tahun 2019.

PERSEMBAHA Untuk memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan
N MURID persembahan Hafazan yang akan disampaikan oleh Adik Mohd Syakir, pelajar
1 Prasekolah SK Delayan. Untuk pengetahuan semua, Adik Mohd Syakir
merupakan Johan bagi Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah Keningau.di
Mari sama-sama kita saksikan...

**PERSEMBAHAN**

Terima kasih Adik Mohd Syakir atas persembahan sebentar tadi.

PENYAMPAIA Hadirin dan hadirat sekalian,


N SIJIL
PRASEKOLAH Kini tibalah masanya untuk kita menyaksikan majlis penyampaian Anugerah
Khas Prasekolah. Dengan ini majlis menjemput Puan Jamninah Lompungok,
Guru Penolong Kanan Kurikulum diiringi oleh Cikgu Zavina Ros untuk
menyampaikan Anugerah dan Sijil kepada para penerima.

**PENYAMPAIAN**

Terima kasih Puan Jamninah atas kesudian menyampaikan anugerah.

ACARA Tanpa membuang masa, kita teruskan majlis untuk Penyampaian Anugerah
PENYAMPAIA Tahap Penguasaan bagi murid Tahap 1. Untuk itu, dijemput Encik Rukiman
N HADIAH 1 Kindalu, Ketua Kampung Tenggulun diiringi Encik Kajimin Minin, MPKK Kg.
Tenggulun untuk menyempurnakan acara penyampaian ini. Majlis
mempersilakan.

**PENYAMPAIAN**

Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Kajimin atas kesudian


menyampaikan anugerah.
2

PERSEMBAHA Bagi menambah seri majlis kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita
N MURID menyaksikan persembahan Tarian yang akan disampaikan oleh murid-murid
2 comel prasekolah SK Delayan. Persembahan ini adalah di bawah bimbingan
Cikgu Zavina Ros. Mari sama-sama kita saksikan...

**PERSEMBAHAN**

Terima kasih atas persembahan yang menarik sebentar tadi. Diharap para
hadirin terhibur dengan persembahan tersebut.

ACARA Hadirin sekalian,


PENYAMPAIA
N HADIAH 2 Kita teruskan lagi majlis kita untuk Penyampaian Anugerah Kedudukan Terbaik
di dalam Kelas dan Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik. Untuk itu,
dijemput Yang Berusaha Encik Mazelli Kasimin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Delayan diiringi Puan Jamninah Lompungok, Guru Penolong Kanan Kurikulum
untuk menyempurnakan acara penyampaian ini. Majlis mempersilakan.

**PENYAMPAIAN**

Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian
menyampaikan anugerah.

PENYAMPAIA Seterusnya, bagi menghargai anak-anak kita, majlis diteruskan lagi dengan
N HADIAH penyampaian hadiah galakan yang disampaikan oleh ibu bapa kepada anak-anak
GALAKAN yang disayangi.

**PENYAMPAIAN**

Tahniah diucapkan kepada semua penerima.

ACARA Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Cikgu Sintau Puar,
PENYAMPAIA Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid diiringi oleh Puan Jumaisah Jaimon, Guru
N HADIAH 3 Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan Sijil Anugerah Khas kepada
para penerima.

**PENYAMPAIAN**

Majlis merakamkan terima kasih kepada Cikgu Sintau atas kesudian


menyampaikan sijil.
3

PENGUMUMA Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Adzhar Eddy bin Datuk Tan Sri
N KETIBAAN R. M. Jasni, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah dan rombongan.

**TARIAN SAMBUTAN SELAMAT DATANG**


+

Para penari Tarian Sumazau sebentar tadi terdiri daripada murid-murid


PERSEMBAHA
Tahun 5 dan Tahun 6 SK Delayan. Persembahan ini dibimbing oleh Cikgu
N TARIAN 3
Dianah Ellin.

SALUTASI Bismillahirahman hirrahim….

Yang Berbahagia Tuan Adzhar Eddy bin Datuk Tan Sri R. M. Jasni, Setiausaha
Politik kepada Ketua Menteri Sabah,

Yang Berusaha Encik Mazelli Kasimin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Delayan,

Yang Dihormati Puan Sherliy Doukin, YDP PIBG SK Delayan

Yang Dihormati Puan Jamninah Lompungok, Guru Penolong Kanan Kurikulum,

Yang Dihormati Encik Sintau Puar, Guru Penolong Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Puan Jumaisah binti Jaimon, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati Puan Hariney _________________, Timbalan YDP PIBG SK


Delayan

Barisan guru yang dedikasi, AKS yang sedia menabur bakti, barisan Ahli
Jawatankuasa PIBG yang prihatin, para ibu bapa yang penyayang, barisan
pengawas yang bertanggungjawab dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera.

Indah bersinar seri bintang,


Tampak dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.
4

UCAPAN ALU- Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
ALUAN kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini untuk
menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Aspresiasi Tahun 6 SK
Delayan bagi tahun 2019.

Pihak penganjur merakamkan ucapan selamat datang kepada semua


hadirin ke majlis yang gilang gemilang ini.

NYANYIAN Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu
LAGU Sabah Tanahairku. Hadirin diminta berdiri.

**LAGU**

Para hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang akan
disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shayuti bin Mohamad. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
**DOA**

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Shayuti atas bacaan doa itu
tadi.

UCAPAN WAKIL Majlis diteruskan dengan menjemput wakil pelajar, Nurul Fazura binti
MURID Jamaluddin dari Tahun 6 untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan

**UCAPAN**

Terima kasih adik Nurul Fazura atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN YDP Hadirin sekalian,


PIBG
Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan YDP PIBG SK
Delayan Puan Sherliy Doukin untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis
mempersilakan

**UCAPAN**

Terima kasih diucapkan kepada Puan YDP atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.
5

UCAPAN GURU Hadirin sekalian,


BESAR
Tanpa membuang masa, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Encik Mazelli Kasimin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Delayan, untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan

**UCAPAN**

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Para tetamu yang dihormati sekalian,


UCAPAN Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang
PERASMIAN
Berbahagia Tuan Adzhar Eddy bin Datuk Tan Sri R. M. Jasni, Setiausaha Politik
kepada Ketua Menteri Sabah, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Aspresiasi Tahun 6 SK
Delayan bagi tahun 2019 pada hari ini. Majlis dengan pernuh rasa takzim
mempersilakan.

**UCAPAN**

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan


Adzhar Eddy bin atas kesudian beliau untuk hadir dan merasmikan majlis
kita yang amat bermakna ini.

PENYAMPAIAN Seterusnya, dijemput Yang Berusaha Encik Mazelli Kasimin, Guru Besar Sekolah
CENDERAHATI Kebangsaan Delayan diiringi Puan Jamninah Lompungok, Guru Penolong Kanan
Kurikulum untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan acara penyampaian
cenderahati.

Dengan ini dijemput Yang Berbahagia Tuan Adzhar Eddy bin Datuk Tan Sri R. M.
Jasni untuk menerima cenderahati. Majlis mempersilakan.

**PENYAMPAIAN**

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


6

PERSEMBAHAN Untuk meneruskan majlis kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan
4 (PIBG) persembahan Tarian yang akan disampaikan oleh gabungan para ibu dan guru SK
Delayan. Mari sama-sama kita saksikan...

**PERSEMBAHAN**

Terima kasih atas persembahan yang menarik sebentar tadi. Diharap para hadirin
terhibur dengan persembahan tersebut.

ACARA Kita teruskan majlis kita pada hari ini dengan Penyampaian Anugerah Khas
PENYAMPAIAN Pewaris Prihatin Prasekolah dan Anugerah Khas PIBG, PIBK SK Delayan. Dengan
ANUGERAH ini majlis menjemput Yang Dihormati Puan Sherliy Doukin, YDP PIBG SK Delayan
PIBG diiringi oleh Timbalan YDP, Puan Hariney Kasim untuk menyampaikan Anugerah
4 kepada para penerima.

Majlis mempersilakan.

**PENYAMPAIAN**

Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan YDP atas kesudian menyampaikan
anugerah.

PERSEMBAHAN Sidang dewan sekalian,


MURID

5
Hendak pergi ke hujung pekan,

Untuk membeli si bunga merah,

Sekalung tahniah kami ucapkan,

Kepada semua penerima anugerah.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput murid-murid Tahun 6 yang akan


menyampaikan sebuah persembahan Tarian yang diberi nama “SUGAR FREE”.
Persembahan tarian ini adalah di bawah bimbingan Cikgu Dianah Ellin. Mari
bersama-sama kita saksikan.

**PERSEMBAHAN**

Terima kasih atas persembahan yang menghiburkan sebentar tadi.


7

UPACARA Hadirin dan hadirat sekalian,


APRESIASI
TAHUN 6
Kini tibalah masanya untuk kita menyaksikan majlis penyampaian Anugerah dan
Sijil Tamat Persekolahan kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menamatkan
pembelajaran di Sekolah Rendah bagi melanjutkan pelajaran di sekolah
menengah. Dengan ini majlis menjemput Yang Berbahagia Tuan Adzhar Eddy bin
Datuk Tan Sri R. M. Jasni, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, untuk
menyampaikan Sijil Tamat Persekolahan kepada murid-murid Tahun 6.

Majlis mempersilakan....

**PENYAMPAIAN**

Terima kasih Tuan Adzhar Eddy atas kesudian menyampaikan anugerah.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat sekalian,


ANUGERAH
TOKOH
PELAJAR
Kini tibalah masa yang kita nanti-nantikan iaitu Penyampaian Anugerah Tokoh
Pelajar bagi Tahun 2019. Untuk itu, dijemput sekali lagi Yang Berbahagia Tuan
Adzhar Eddy bin Datuk Tan Sri R. M. Jasni untuk menyampaikan anugerah.

Majlis mempersilakan.

**PENYAMPAIAN**

Majlis sekali lagi merakamkan terima kasih kepada Tuan Adzhar Eddy atas
kesudian menyampaikan anugerah.

PERSEMBAHAN Hadirin dan hadirat sekalian,


MURID
Marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan seterusnya yang akan
6 dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 6 yang akan menyampaikan Lagu
Perpisahan. Majlis mempersilakan

**PERSEMBAHAN**

Terima kasih atas persembahan itu tadi.


8

SESI Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah atas


BERGAMBAR kecemerlangan anda. Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Cuba dan
cuba lagi sehingga berjaya.

Kita teruskan lagi majlis kita dengan sesi bergambar.

Seterusnya majlis menjemput para tetamu, pihak sekolah, para ibu bapa, murid-
murid dan hadirin sekalian untuk menjamu selera di tempat yang disediakan.
Majlis mempersilakan

PENUTUP
Saya mewakili Jawantankuasa kerja menyusun sepuluh jari memohon
keampunan jika terkasar bahasa dan terlanjur kata.

Sekian, Wabillahitaufik walhdayah, Assalamualaikum Warahmatullahi


wabarahkatu......

You might also like