Surat Bersetuju Memberikan Sumbangan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kelab Sokongan Ibu Bapa (KSIB),

Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara,


Jalan Beringin,
Bukit Damansara 50490,
Kuala Lumpur. 26 Februari 2018

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD),
Jalan Beringin,
Bukit Damansara 50490,
Kuala Lumpur.

Puan,

PERSETUJUAN MEMBERIKAN SUMBANGAN UNTUK PROJEK RENOVASI PERPUSTAKAAN


SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak sekolah, pihak KSIB telah bersetuju memberikan sumbangan
wang untuk membiaya kos renovasi perpustakaan sebanyak RM 60,000 [Ringgit Malaysia
Enam Puluh Ribu Sahaja] seperti yang diusulkan oleh Penyelaras Pusat Sumber dan disahkan
oleh Guru Besar SKBD, Puan Hazinah bt. Ibrahim.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak KSIB mengharapkan agar wang tersebut dapat
digunakan sebaiknya untuk kerja-kerja renovasi perpustakaan dan memberi manfaat kepada
warga sekolah terutamanya murid-murid SKBD.

4. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah kami ucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT DEMI BANGSA DAN NEGARA”

Yang menurut perintah,

(AMIRUL ARIFFIN SOPIEE BIN )


Pengerusi
Kelab Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
SK Bukit Damansara
Kuala Lumpur.

You might also like